raksasabn - (...) Bersama-sama pengaruh yang turut sama tersenarai dalam “pemberontak-pemberontak” UMNO, Tun Mahathir telah membuat pelbagai tuduhan berat kepada Pak Lah dan seterusnya mengesa supaya PM meletak jawatan “demi keutuhan UMNO”.
Penulis tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut kemelut UMNO kerana sekali imbas kita boleh mengagak bahawa usia UMNO sudah tinggal tidak berapa hari lagi, dan lagi di”usik” UMNO maka akan bertambah nazak keadaannya. Saya lebih berminat untuk mengulas beberapa kepelikan Tun Mahathir dan tindak tanduknya yang agak tidak konsisten.
Jika sebelum ini Tun begitu berminat menjatuhkan Pak Lah untuk diganti dengan Najib, tetapi kelmarin, beliau jelas berpandangan bahawa Najib juga sudah tidak layak menggantikan Pak Lah sebagai PM kerana alasannya Najib begitu mementingkan diri daripada parti.
Soalan saya, pernahkah wujud seorang TPM yang secucuk dengan Tun? Jika kita imbas balik, dahulu sewaktu Tun menjadi PM, pengganti beliau sendiri bermasalah dari tidak tahan dengan beliau.Mula-mula dahulu Musa Hitam lari dari baying Tun, diikuti dengan Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim, yang bukan saja dipecat tetapi dihina dan dimalukan dengan begitu dahsyat sekali. (more...)
Apr 23, 2008
Tun M Sudah Lupa Kezaliman Sendiri...
Labels: Belit Mahathir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Melayu (umno) mdah lupa
Post a Comment