KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 30, 2008

Mengapa Mereka Takut Sangat DSAI Jadi PM ?

jamilkucing | ..... Lalu mereka yang bimbang dengan 16 September boleh tersenyum semula dengan perkembangan itu. Mereka mengira kes liwat dan pendakwaan itu akan mematikan langkah Anwar dan 16 September tinggal sebagai angan-angan saja. Bagaimana pun kemenangan besar Anwar di pilihan raya kecil Permatang Pauh kelmarin bagaikan taufan mengubah semula suasana dan suhu perubahan naik kembali. Ingatan dan persoalan umum pada 16 September timbul semula.

Seorang Menteri (biar saya tidak menyebut namanya); sebaik selesai Anwar angkat sumpah semalam menarik tangan saya pergi ke satu sudut khusus untuk bertanya fasal Anwar. Kenapa?

“Macam mana Pak Sheikh, you fikir boleh ke dia ambil alih kerajaan 16 September ini?” tanya menteri itu pandir dengan wajah yang agak cemas. Mula saya ingat dia hanya main-main saja. “Kenapa?” tanya saya.

“Kalau jadi sungguh mampuslah kita (BN)!” ujarnya.

“Agak-agaknya boleh ke (ambil kerajaan),” acahnya lagi. Nampak diwajahnya begitu bimbang dengan apa yang berlaku. Dia juga seakan hilang keyakinan yang dipercayainya sendiri.... selanjutnya.

'Bertahlil' sambut Ramadhan bersama Avril Lavigne

umnomore | Rakyat malaysia berpeluang untuk menyambut Ramadhan tahun ini dengan persembahan 'tahlil' bersama Avril Lavigne. Pada hari Jumaat yang mulia dan 2 hari sebelum Ramadhan.

Kuasa kabinet telah mengatasi segala galanya. Membenarkan persembahan itu walaupun di dalam tempoh menyambut Ramadhan yang mulia.

Mufti dan JAKIM turut menjadi OKU kerana cacat tidak boleh bercakap untuk tempoh beberapa hari ini dan akhirnya ... malam tadi acara itu berlangsung.

Baru baru ini Kerajaan negeri johor dan wilayah telah bertindak tidak membenarkan INUL membuat persembahan di Johor dan Bukit Jalil. Kenapa Inul tidak boleh, tapi Avril Lavigne boleh? Mungkin Inul terpaksa menghasilkan gambar gambar bogel sebelum memohon untuk membuat pertunjukan di Malaysia.

Dah tak waras ... sekejap boleh, sekejap tak boleh. Kerajaan Malaysia Otaknya macam biskut, sekejap ada, sekejap tak der.

Klik SINI

Whose Decision To Block Malaysia Today?

advocacy.globalvoicesonline |

Amidst uproar from Malaysian netizens, today’s announcement by the Energy, Water & Communications Minister, Datuk Shaziman Abu Mansur, has put a new kink in the plot. Datuk Shaziman was reported to have said that the government had not ordered the Malaysian Today website to be banned.

According to news reports, Datuk Shaziman stated that the government only gave “general instruction” to the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to allow all blogs and websites to function provided they adhered to provisions under the Communications and Multimedia Act 1998. In the same report, Datuk Shaziman confirmed the commission’s independence, and that he “was told” by the commission that they intended to block the news portal under the provisions of s. 263 of the Act.

Datuk Shaziman also stated that that todate 127 websites and blogs have been blocked for contravention of various provisions of the Act.... selanjutnya.

Don't ban websites, AIMS panel advises Government

journalism.sg | The government-appointed AIMS panel has called for Singapore's symbolic ban on 100 websites to be lifted. AIMS (the Advisory Council on the Impact of New Media on Society) says that ban can be replaced by more holistic, community-based defences against undesirable internet content.

If the proposal is accepted, it would mark the most significant freeing up of the internet since content regulations were introduced in 1996. However, just like ban itself, lifting it would have a mainly symbolic effect, possibly signaling the government's recognition that a paternalistic approach to internet regulation is neither sustainable nor wise.... selanjutnya.

In Defence of Those Who Despise Me

Khairyjamaluddin | No other website has caused me as much bad rep and deliberately destroyed my character as Raja Petra Kamaruddin's Malaysia Today. Yet I cannot help disagreeing with the recent move by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to block access to the site. Such blatant and crude employment of State power is inconsistent with the widening of the democratic space - an approach the current Administration adopted long before the 12th General Election.... selanjutnya.

War of words between Sapp and Umno

kamal-talksmalaysia | Sabah Barisan Nasional’s ‘rebel’ party Sabah Progressive Party (Sapp) has left little doubt that it no longer holds any desire to remain part of the Barisan Nasional.

Not only has it engaged openly in a war of words with BN component party Parti Bersatu Sabah of former chief minister Joseph Pairin Kitingan, it is also trading ‘verbal blows’ now with the state Umno.

Political observers say Sapp, led by another former chief minister Yong Teck Lee whose party has two MPs and four state assemblypersons (including deputy chief minister Raymond Tan), is only waiting to be kicked out from the ruling coalition.

The BN supreme council has been dragging its feet to make a final decision after Sapp’s response to its show-cause letter for supporting a no-confidence motion against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.... selanjutnya.

MERDEKA | Perutusan Anwar

Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan

31 Ogos ini genaplah 51 tahun berdirinya Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Semenjak dari tarikh keramat kemerdekaan, kita rakyat Malaysia telah lalui bersama saat-saat sukar dan detik kejayaan. Kita menaruh harapan untuk melihat Malaysia yang adil, makmur dan perkasa.

51 tahun lalu rakyat negara ini telah membuat pilihan untuk berdiri sendiri, bebas dari pemerintahan penjajah, bersetuju bahawa negara ini ialah negara hukum yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Rakyat Malaysia membuktikan mereka berani untuk memilih dan membuat keputusan. Memilih yang terbaik buat Malaysia.

Namun genap 51 tahun merdeka kita sekali lagi berada di persimpangan. Kita melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa.

Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia membuat pilihan untuk menemukan kembali erti kemerdekaan negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita sekarang untuk memastikan demokrasi bernafas semula di negara ini, keluhuran perlembagaan kembali dijunjung dan kedaulatan undang-undang terbina kukuh.

Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh

BN semakin yakin terlepas kuasa

Hari ini, Najib cuba memainkan perasan rakyat untuk terus memberikan sokongan. Untuk beberapa hari kebelakangan ini, semangat Najib kelihatan kendur untuk mengutuk dan mengkritik Pakatan Rakyat.

Melalui ucapan berikut .... semakin jelas, kuasa besar kemungkinan akan bertukar.

"Jika kita tidak menjaga negara dengan baik, jangan rindu-rinduan jika kita (kerajaan Barisan Nasional) terlepas kuasa," katanya merujuk kepada satu pantun Melayu sebagai peringatan kepada semua pihak.
Pantun itu berbunyi: "Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan".
Katanya, pantun tersebut bukan hanya membawa maksud ikatan persahabatan tetapi ia turut membawa maksud yang lebih mendalam. - Bernama
Siapa lah rakyat yang masih bodoh untuk merindui Najib dan kerajaan BN ... Kalau peralihan kuasa boleh di segerakan ... lebih baik.

Saya bukan berkempen - Ramlang

MStar |"Saya bukan berkempen. Saya hanya mahu beri penjelasan sebenar. Satu patah perkataan pun saya tak sebut mengenai kempen.

"Saya tidak kata pun kepada mereka di sana supaya undi mana-mana calon," katanya yang enggan menyatakan di mana beliau berada sekarang.

Beliau yang dihubungi hari ini juga enggan menyatakan di mana beliau berada bimbang keselamatannya terancam.

Ramlang berkata, beliau hadir ke 'pentas' Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah atas kehendak sendiri tanpa didorong oleh sesiapa mahupun untuk kepentingan peribadi.... selanjutnya.
no2umno - Ramlang tak salah ... cuma yang bodohnya JAKIM. Bontot mereka mungkin sudah di sontot dek BN untuk bertindak. Maklumlah ... rezeki tangan BN.

Merdeka 2008 'made in Taiwan'

copy taiwan logo and merdeka 51st celebration logo fiasco 280808 02... selanjutnya.

Anwar Comeback - 28 Aug 08 - Part 1

Jakim tertinggal teloq

Konsert Avril berlangsung di Stadium Merdeka di sebalik bantahan PAS

"Kami mahu JAKIM mengawal ketat persembahan artis dari luar negara termasuk di dalam negara. Kami juga mahu pihak berwajib seperti televisyen dan hiburan lain membuat tapisan secara ketat serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM," tutur Kamarulzaman lagi.

"Avril bukanlah seorang role model yang boleh disamakan dengan tokoh-tokoh wanita negara," katanya dalam perhimpunan aman itu yang berlangsung kira-kira 20 minit.... selanjutnya.
Mana Jakim yang kuat berkokok ? Cehhhh ..... nak tegakkan Islam atau berpolitik? Bila cerita pasal sumpah laknat .... cakap berdentum, bila cerita pasal penyanyi porno ... teloq jadi sekuntum.

Gantung teloq kat ujung katil sebelum keluar untuk bekerja. Pirrahhh !!!

Bajet | Abdullah Lempar Bola Tanggung

MSOmelayu | ... Mungkin undi secara belah bahagi terpaksa dilakukan untuk menentukan ianya diterima ataupun tidak.

Bagaimana pun kemungkinan ini jangan disalah anggap. Satu teori menyebut bukan pembangkang saja yang menentang Bajet ini tetapi di kalangan Umno juga terutama dari Sabah dan Sarawak.

Seorang pemerhati dan juga menjadi broker politik kepada tokoh tertentu di pihak kerajaan membayangkan Abdullah akan terjempit dengan keadaan itu dan akhirnya memaksa beliau melepaskan jawatan.

Apakah ia benar atau tidak sama-sama kita tunggu.

Bagaimana pun yang pastinya perbahasan Bajet itu selepas raya nanti dikira menarik. Permerhati juga tertunggu-tunggu untuk mendengar ucapan sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membahas Bajet berkenaan.

Kalau sebelum ini (ketika berada dalam kerajaan) beliau membetangkan Bajet semasa menjadi Menteri Kewangan, hari ini orang mahu mendengar pula apakah kritikan, pandangan dan sindirian beliau kepada pihak kerajaan semasa membahas Bajet berkenaan selaku ketua pembangkang.... selanjutnya.

Melayu jangan di sentuh. Islam tak per ...

Bila 10% kuota Melayu cadang di buka kepada bukan Bumiputera ... melayu marah
Bila artis seksi buat persembahan .... melayu diam.

Gamis dan beritanya di sini


 3 Buah Kereta Polis Halang Mahasiswa Bantah Konsert
" 29 Ogos 2008, Kuala Lumpur : Hampir 100 orang mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang berhimpun secara aman selepas Solat Jumaat di Masjid Negara tidak mempedulikan 'gangguan' polis Bukit Aman yang cuba menghalang himpunan membantah pemberian 'permit' oleh Jemaah Menteri Malaysia kepada terhadap kehadiran artis penuh kontroversi, Avril Lavigne walaupun ia telah mahu dibatalkan oleh pihak Jawatankuasa Permohonan Artis Luar (PUSPAL), Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KPKKW) sendiri. - seterusnya

Baghu aku perasan yang melayu tu bukan semuanya Islam

Is Mahathir really a nice guy?

Rujuk artikel terbaru dari chedet .... SINI
Gua petik sikit

Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.
Bermakna ..... Mahathir tidak akan bersetuju sama sekali dengan Abdullah Badawi.
Baca barisan berikutnya di dalam artikel yang sama ...
Blocking Blogs

1. When a Government makes a promise to the country and then reneges on its promise, then not only will the Government lose credibility but also any respect that the public may have for it.

2. I do not often agree with Malaysia-Today.net and Raja Petra Kamaruddin. He had been sometimes quite irresponsible. But court action had already been taken against him. He is not above the law and if he is found guilty there are already adequate punishment that can be passed against.

3. But to break a promise and to openly show that you can meddle with the security of the internet is to expose a degree of oppressive arrogance worthy of a totalitarian state. - chedet
Entah kenapa ... Aku sukar nak percaya pada kenyataan Mahathir. Mungkin kerap sangat di tipu ketika beliau memerintah.

Kalau serangan Malaysiatoday seperti ini berlaku di zaman pemerintahan Mahathir, apakah yang beliau akan membiarkan Blog ini mengentam pemerintahannya? Masih ingat operasi Lalang? Mahathir boleh menjadi lebih bahaya dari Pak lah sekiranya masih memerintah dan adakah Anwar boleh sebebas sekarang?

Malaysia today pada asasnya menyekat angan angan Najib untuk menjadi Perdana Menteri. Jika Najib menjadi PM, semua orang selamat termasuk Mahathir sendiri. Terlalu banyak serangan yang berlaku membabitkan Najib berbanding Pak Lah. Oleh itu serangan blog di lihat menjadi penghalang untuk Najib menjadi Perdana menteri. Sedangkan kita tahu Najib adalah orang kepercayaan Mahathir untuk menggantikan Pak Lah.

Dan sekiranya Najib gagal menjadi PM, laluan mudah kepada Anwar untuk memerintah. Jika ini berlaku, ianya mimpi buruk bukan sahaja Najib tetapi juga Mahathir. Kerana itu beliau pernah menyatakan kesanggupan beliau untuk berhijrah sekiranya Anwar memerintah.

Maka kenapa .. tiba tiba Mahathir seolah olah memihak kepada Raja Petra dan di dalam masa yang sama menyerang Pak Lah, sedangkan ... usaha menyekat blog kelihatannya lebih kelihatan di lakukan oleh Najib.

Kita lihat antara komen di dalam blog Malaysiatoday
written by avj, August 29, 2008 | 13:46:34
This guy is great, he can see all the mistakes in others,but is blind to his own.Has he forgotten "Operation Lalang". He never fails to amaze me. Hey TDM your days are over and nobody and I mean nobody who knows you for what you are is interested in what you have to say. You and your legacy will soon be dumped in the cesspool of history. Take a rest,and save your breath, you will need it.
Korang ingat mahathir boleh TIBA TIBA BERUBAH menjadi baik?

Posting terkini

Blog Archive