suarakeadilan | Mengulas mengenai belanjawan yang dilaksanakan Perdana Menteri Abdullah Badawi, Jumaat lepas, Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata belanjawan yang dibentangkan ibarat gula-gula dan bermotifkan politik.
Katanya kerajaan terpaksa menumpukan Sabah dan Sarawak demi menarik perhatian rakyat negeri itu berdasarkan keadaan semasa yang tertumpu kepada perubahan tampuk kepimpinan negara yang dijangka pada 16 September ini.
“Saya ibaratkan ianya hanya belanjawan kapal titanic, dimana Abdullah cuba untuk kali terakhir untuk selamatkan kapal Umno dari tengelam,” katanya.
Tambahnya lagi, belanjawan yang dibentangkan oleh Abdullah tidak banyak khabar gembira bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta dan perkilangan.
“Abdullah tidak menjamin sektor buruh dimana kurang khabar gembira kepada pekerja-pekerja di sektor swasta dan perkilangan,” katanya lagi.... selanjutnya.
Sep 7, 2008
Abdullah bentangkan belanjawan Titanic - Shamsul Iskandar
Labels: Bajet 2009
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Gerakan ulangi mungkin keluar BN, MCA mahu kekal
mstar | Gerakan mengulangi akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika ia tidak dapat memainkan peranan "yang bermakna" dalam perikatan berusia lebih lima dekad itu, kata Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Gerakan sedang menyemak semula peranannya dalam BN, kata beliau dua hari selepas menyatakan pandangan sedemikian di Kelantan.
Kelmarin, kata beliau, Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN sekiranya partiparti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakya.
Di Kota Baharu kelmarin, sambil menegaskan Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN, Koh bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesagesa dalam tindakannya dan akan memberi "tempoh munasabah" sebelum mengambil sebarang tindakan.... selanjutnya.
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Malaysian spends 11 months at depot for illegals
Unemployed M. Rajeshvari, 22, carrying her baby Logekali as she walks out of the Lenggeng Immigration depot in Negri Sembilan on Friday evening. She had been detained at the depot for 11 months simply because she did not have her identity card with her and could not recall its number when she was checked by police in Brickfields, Kuala Lumpur. — thestar
Labels: Pendatang
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments