KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 17, 2008

81 villagers claim Govt officers seize their land

NST | .... “The case file has just been referred to Kedah ACA for investigation,” he told reporters at the Kedah ACA office where he and 20 other villagers gave their statements here today.

He said the land involved were in Ban Lok Koi, Padang Wat and Sungai Sari and planted with rubber and fruit trees.

He said all the villagers had paid RM50 to process their application for land titles at the Padang Terap Land Office in 2003 but in April this year, they were told that the land had been alienated to other people.... selanjutnya.

Beri alasan konkrit kenapa bebaskan Razak Baginda - Gobind

MStar |.... Gobind berkata, sepanjang pengetahuannya, ketika Jabatan Peguam Negara mendapat fail kes, mereka dikatakan mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Razak yang akhirnya menyebabkan Razak ditahan reman sepanjang perbicaraan.

"Apabila tiba masa pembebasan pada masa ini, tiada alasan konkrit yang diberikan...tiada yang berubah. Jika tiada yang berubah, kami akan tanya kenapa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan yang sebaliknya iaitu rayuan tersebut tidak perlu (dilakukan).

"Ini penting kerana kes ini bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara malah daripada masyarkat antarabangsa," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskanRazak daripada tuduhan tersebut.

Razak merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya dibebaskan 31 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah Hakim Mohd Zaki mendapati tiada kes prima facie bagi Razak untuk menjawab tuduhan.... selanjutnya.

Kerajaan Pulau Pinang Ditegur Berhubung Penggunaan Perkataan Berunsur Islam

Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang daripada Barisan Nasional menegur kerajaan negeri berhubung penggunaan perkataan berunusr Islam.

Shabudin Yahya (BN-Permatang Berangan) berkata kerajaan negeri perlu merujuk kepada pihak yang arif terutama ketika menggunakan perkataan dalam bahasa Arab yang tulisannya dirumikan.

"Sebagai contoh perkataan "Amar Ma'ruf" pada sepanduk yang dipasang sekitar negeri ini pada bulan Ramadan lalu, ditulis dengan ejaan yang salah sehingga membawa maksud yang berbeza.

"Yang ditulis pada papan tanda itu ialah Amal Makhruf yang memberi maksud berbeza dengan perkataan yang sebenarnya iaitu "Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar".... selanjutnya.

Mintak mintak ketam sekarang dah pandai jalan lurus.
Kalau ketam masih jalan senget, problem nak ajar anak nanti ..... wakakakakak

Minyak turun seciput lagi ESOK

Harga petrol RON97, RON92 dan diesel dikurangkan sebanyak 15 sen seliter masing-masing berkuatkuasa mulai esok 18 November.

Timbalan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga baru petrol RON97 ialah RM2.00 seliter daripada RM2.15, petrol RON92 ialah RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05.
Phuiiiiihhhhhhhh ....... Wakakakak
Minyak di jangka turun ke harga asal 40 tahun lagi.
Manakala lembu yang naik minyak akan di korbankan hari Raya haji nanti.

Joging di Malaysia, Gempa bumi di Sulawesi

Gempa kuat berukuran 7.5 skala Richter melanda perairan berdekatan Kepulauan Sulawesi, di timur Indonesioa, awal pagi tadi.

Pusat Amaran Tsunami pasifik melaporkan gempa yang berpotensi membawa ombak besar itu berlaku di sepanjang 1,000 kilometer di sepanjang pantai di pusat gempa. Bharian
Gegeran mungkin berpunca dari Malaysia .... SINI


Wakakakak ... .geli aku baca komen Tukartiub
Wakakakak. .. heheheheh ... hohohohoho (phut...phut ....prrroooooootttt)

Joint tonight, tomorrow star work

Anwaribrahimblog | .... Adit, who until two days ago was an independent state assemblyperson for Ngemah - a predominantly-Iban constituency in Sarawak’s central region - has on Saturday hosted a 330-table dinner in Sibu with PKR chief Anwar Ibrahim as the guest of honour.

Adit’s speech before a crowd of 4,000 people at Sibu Trade and Exhibition Centre was listened intently by his new boss Anwar, the recently-elected MP for Permatang Pauh and parliamentary opposition leader.

Adit acknowledged it would not be easy to bring about change in Sarawak but said he was confident that if everyone in the opposition Pakatan Rakyat coalition worked together, “nothing would be impossible”.

He also revealed political attempts to “sabotage” the dinner, but added that he was happy the event went off without a hitch.

Those present at the function were other key PKR leaders - secretary-general Salehuddin Hashim, vice-president Dr Jeffrey Kitingan and information chief Tian Chua.... selanjutnya.
Cogankata UMNO
Join hari ni, esok start rasuah ... wakakakak

Siasat Umno Pahang !!!!!

Gempurserkamdarat | "Rakyat masih berpeluang membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang," kata Fuziah ketika berceramah di kampung Razali, dekat sini baru-baru ini. Pada majlis sama Fuziah mengingatkan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia menghadapi strategi dan penipuan BN dalam pilihan raya akan datang. Mengimbas pilihan raya ke-12 lalu, pihaknya berjaya mengesan penipuan BN yang dibuat secara licik dipercayai atas bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan pengundi lama di dalam daftar pemilih.

Katanya, pihaknya mengesan sejumlah nama pemilih yang telah dibersihkan daripada daftar pemilih 2004 dimasukkan semula didalam daftar pemilih 2008."Bagi SPR mereka ini bukan pengundi hantu kerana nama mereka berada di dalam daftar pemilih itu," ujarnya.Ekoran itu, pihaknya membuat laporan polis menyebabkan pihak terbabit dipercayai berhati-hati atau tidak melakukan penipuan menyebabkan beliau menang di Kuantan dan Inderamahkota.... selanjutnya.
Sapa nak siasat ... angkat tangan !!! heh ... tak der sorang pun?
UMNO ni memang kebal. Tu sebab seperti yang di lapurkan oleh MSO ... kaki maksiat UMNO mengaku sebagai AJK UMNO untuk elak dari di tangkap. Wakakakakak ... silap la.

Kalau kiamat nanti jangan lupa pakai T Shirt "DACING"
Wakakakak .. .minta minta Tuhan lindungkan korang.... Wakakak
Allah selamat kan BN
Allah selamat kan BN
Allah selamatkan UMNO dan BN
Allah selamatkan BN
Wakakakakak .....

Projek TAHI Kerajaan BN

Aku cukup minat kalau tajuk tajuk artikel yang cam ni. Sedap dengar. TAHI dan BN ... macam sesuai je. Tambah tambah lagi kalau ada BN di letak antara ayat... wakakaka.
Korang tengok gambar dan klik

JJ mahu babitkan Istana?

sidangonline | ...Isu Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Md. Saad yang diherdik selepas berkhutbah oleh Ahli Parlimen Rompin Dato’ Seri Jamaluddin Jarjis (JJ) di masjid Keratong 4 Jumaat lalu, terus meruap panas.

Kehangatannya pula disebabkan ia dibakar lagi oleh media, sehingga menenggelamkan isu yang sebenar. Isu sebenarnya ialah JJ, yang pernah dikaitkan dengan ‘orang besar yang pernah meraba punggung wanita’ di sebuah hotel dulu telah datang kepada Suhaimi selepas selesai Solat Jumaat hari berkenaan dan memarahi Suhaimi kerana tidak berpuas hati dengan isi khutbah.

Setelah itu JJ telah mengajak Suhaimi keluar untuk ‘berbincang’ katanya. Apa yang nak dibincang? Wallahu-a’lam, hanya Allah SWT dan JJ sahaja yang tahu tapi beliau dalam keadaan marah setelah tidak bersetuju dengan isi khutbah Suhaimi itu.

Suhaimi pada mulanya mempelawa JJ berbincang dalam masjid sahaja sebab apa yang tidak dipuashati dan dipertikaikan ialah berkaitan dengan isi khutbah sebentar tadi, jadi eloklah berbincang dalam masjid. Jadi, JJ nak bincang apa sebenarnya, atau nak mengajak ‘bergasak’?

Jangan kata kita bias dengan kenyataan ini, sebab Umno sama Umno pun bergasak di Seremban dalam mesyuarat agungnya! Lagi pun JJ ini terkenal dengan jenis cakap lepas dan pemanas, jadi bila sudah jadi pertengkaran dipercayai beliau tidak akan mampu mengawal diri.... selanjutnya.
Bila sebut JJ ni ... geli geleman aku. Tapi orang tak bermaruah cam ni .. .di puja dalam UMNO. Lagi buruk, lagi cantik. Wakakakak ...
Artikel berkaitan
JJ , Rais dapat banyak publisiti
Ustaz dan Ustazah Tak ada Tempat Dalam Umno
TAK SAH KHUTBAH DAN SEMBAHYANG IMAM TANPA TAULIAH?

The Malaysian swan song

Image

Mtoday | ....Malaysia has many Acts. Publishing and Printing Press Act, University and University Colleges Act, Societies Act, Police Act, Sedition Act, Official Secrets Act, Internal Security Act, amongst just some of our draconian laws, and all these Acts were passed by Parliament after Merdeka. Therefore it is not true when our leaders argue that these are old British Laws inherited by our country.

The old British laws are called Ordinances, such as the Emergency Ordinance, which also allows for detention without trial. In fact, Malaysia has many duplicate laws -- Acts and Ordinance -- and both are still being applied. In other words, the Ordinances have not been repealed in spite of the newer Acts that have been passed which should have replaced the old British laws.

As an example, although we have the newer Anti-Corruption Act, Anwar Ibrahim was charged, convicted and sentenced to six years jail under the old British Ordinance in 1998-1999. They chose to charge Anwar under the old Ordinance rather than the newer Act because it was easier to get Anwar convicted. They felt under the newer Act they might have problems convicting Anwar.

There are certain laws still being applied which actually violate the Federal Constitution of Malaysia. But then there is a provision in the Constitution which allows Parliament to pass unconstitutional laws in the event the country is facing an emergency. In other words, if Malaysia were under ‘attack’ it would be legal for Parliament to pass ‘illegal’ laws. This is called the ends justifying the means or matlamat menghalalkan cara.

Emergency was actually declared back in 1962 when Indonesia declared war on Malaysia and we went through a period of Konfrontasi. Though the confrontation with Indonesia ended later on, the emergency was never lifted and when race riots erupted in may 1969 the government just ‘rode on’ the emergency already declared in 1962 and which was never lifted.... selanjutnya.

Raja petra di Balai Polis Sentul Esok

Menurut berita ari ni, Raja Petra di arahkan ke Balai polis Sentul untuk di ambil lapurannya berikutan satu lagi lapuran polis telah pun di buat oleh JAKIM.

Beliau di arahkan ke sana pada jam 3.00 petang esok.
Tiada butir butir laporan Jakim di perolehi.
Tapi .. biasa lah. JAKIM ....wakakakakak
Jaki .... ke jakim?
Kalau bahasa orang dulu ... Jaki tu bermaksud dengki. Dan 'M' itu adalah melayu.
Jadinya .. Melayu dengki melayu.... wakakakak.
Selagi tak tukar kerajaan, selagi tu la macam ni jadinya. Semuanya macam ada tali kat idung. Wakakakak

Dr M: Pak Lah to blame for corruption and cronyism in Umno

malaysiainsider | Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed today blamed Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi for the corruption which he says is rife in Umno.

He said the new Umno leadership would have to work hard to repair what he described as the damages inflicted on the country by Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's administration.

Dr Mahathir, who has been increasingly vocal in recent weeks, repeated his contention that Barisan Nasional's (BN) current weak position is largely the fault of Abdullah.

Writing in his popular chedet.com blog today, he defended his own administration and leadership, pointing out that even when Umno was extremely unpopular in 1999, BN managed to retain its two-thirds majority in Parliament.

"Umno leaders must now meet as many Umno members and voters as possible to hear their

complaints," he said, naming the economic downturn, inflation, lack of employment and contracts for small contractors as matters that Datuk Seri Najib Razak, as Abdullah's successor, must pay attention to.

He said that cronyism and corruption became rife under Abdullah.

"This was so because even Abdullah was seen to abuse his position and power to help his son and son-in-law's businesses," he stated, referring to such companies as Scomi, in which his son Kamaluddin Abdullah is involved in and ECM Libra, which his son-in-law Khairy Jamaluddin is linked to.... selanjutnya.
Kaedah untuk ketawa sampai puas.
1. Ambil gambar Mahathir dan letak di belakang.
2. Mula kan ketawa sehingga keluar urat leher.
3. Kentut sambil ketawa. (Proppp ... proooop ... proooop atau phuiiiiitttttt .......)
4. Selepas puas, letak kembali gambar itu atau di buangkan sahaja kerana bau yang melekat.
5. Ucap tanda lega .... Piirrrrraaahhhhh Mahathir, sau pun sama je.

UMNO...malulah kepada Samy Vellu

sarfarizmalsaad | Umum mengetahui bahawa YBhg. Datuk Seri S. Samy Vellu berhajat untuk terus mengekalkan jawatan yang dia anggap dia sorang sahaja yang boleh sandang jawatan tersebut iaitu Presiden MIC Malaysia. Daripada sumber-sumber terdekat yang saya dapat, menyatakan bahawa bangsa India sudah kurang berminat untuk menyokong tok sami ini. Walaupun begitu Samy Vellu tetap nak bertanding jawatan tersebut demi perutnya.

Namun, apa yang saya ingin tekankan ialah keberanian dan keterbukaan tok sami ini untuk 'membuka' kerusi no.1 MIC kepada sesiapapun yang berhajat untuk menyandang jawatan tersebut. Malah, beliau turut membuat kenyataan bahawa beliau sanggup menerima 100 orang ahli MIC untuk bertanding dan menentang beliau merebut jawatan no.1 MIC tersebut.

Betapa hebatnya keterbukaan yang diamalkan oleh tok sami ini jika niat dan kata-katanya itu betul-betul ikhlas dan dibuat demi parti. Seharusnya parti-parti komponen dalam Barisan Nasional mencontohi tok sami ini kerana memiliki semangat keterbukaan yang baik. Jawatan no.1 dalam setiap parti bukanlah hak seseorang individu atau hak seorang penyandang untuk 'menamakan' seseorang untuk menggantikan tempatnya. Semua ini memang tiada dalam perlembagaan parti-parti komponen dalam BN.... selanjutnya.

Malaysia negara tak bertuan

Lim Kit Siang pertikai ketiadaan PM, TPM dalam negara dua hari yang sama

MStar
| ..Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mempertikaikan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam negara pada dua hari yang sama dalam minggu ini kerana menghadiri lawatan rasmi di luar negara.

Lim berkata, mengikut kedudukan peraturan sejak 30 tahun lalu, Perdana Menteri dan timbalannya tidak boleh meninggalkan negara pada masa yang sama.

Beliau berkata demikian berikutan Abdullah kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi empat hari yang turut disertai oleh dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Abdullah hanya akan kembali bertugas pada Jumaat ini.... selanjutnya.
Tak per ... ada ramai barua barua diorang tu jaga Malaysia.
berita lain .... Who’ll lead the country with the PM and DPM away?’

Keputusan terhadap Nazri di tangguh ke minggu depan

malaysiakini | ...Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keputusan itu yang sepatutnya diumumkan hari ini, terpaksa ditangguhkan kerana menteri terbabit tidak hadir dalam sidang dewan kerana mengikuti rombongan rasmi Perdana Menteri ke Uzbekistan, Kyrgystan dan Turkmenistan.

"Saya dah siap buat penyelidikan saya tetapi masalahnya menteri (Nazri) berada di luar negara selama satu minggu dan dijangka balik hujung minggu ini.

"Amalan yang saya lihat di Kanada, India dan United Kingdom bahawa apabila khususnya peraturan 36 (12) ini dibangkitkan, kedua-dua pihak yang membangkitkan dan ditujukan masalah ini perlu hadir dalam dewan.

"Dengan keadaan sedemikian, saya tak dapat buat keputusan dengan ketidakhadiran menteri itu sendiri dalam mesyuarat ini. Keputusan itu minggu depan dan beri notis (kepada kedua-duanya)," kata Wan Junaidi di Dewan Rakyat hari ini.... selanjutnya.
Gerenti selamatnya .. apa susah sangat nak teka?

Ada niat tak baik

malaysiakini | ....Timbalan pendakwaraya, Roslan Abu Bakar kemudian memohon supaya ikat jamin ditetapkan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Roslan dibantu oleh DPP Muhammad Iskandar Ahmad.

Roslan juga meminta peguambela yang mewakili Liu supaya menjelaskan usul yang difailkan oleh Liu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

ronnie liu charged in pj court 171108 01Dalam jawapannya Gobind berkata, mahkamah harus membenarkan jaminan peribadi ke atas Liu kerana beliau adalah seorang wakil rakyat dan exco kerajaan Selangor dan kerana itu beliau tidak mungkin melarikan diri.

Berhubung permohonan pelanggannya untuk mengenepikan waran tangkap terhadapnya, Gobind berkata ia akan diserahkan kepada pejabat pendakwaraya sebaik sahaja dokumen-dokumennya di meterai oleh mahkamah.

Gobind kemudiannya mempersoalkan motif pihak pendakwa memutuskan untuk mendakwa Liu setahun selepas insiden berlaku pada 2 November tahun lalu.

Beliau mendakwa wujud niat tidak baik di pihak pendakwa yang membuat pendakwaan terhadap pelanggannya selepas begitu lama.... selanjutnya.

Konsortium Baja Nasional batal kerana 'mafia'?

harakah | ..."Sebelum ini, kita mendengar dakwaan mengenai 'mafia' yang menguasai pelbagai perniagaan dalam negara ini termasuk perniagaan beras, gula, tepung, simen dan lain-lain.

"Setiap kali harga barang naik, kerajaan melalui penguatkuasanya hanya memburu peniaga kecil, peruncit termasuk peniaga roti canai. Kita tidak pernah mendengar tindakan terhadap golongan yang didakwa sebagai 'mafia' itu.

"Oleh sebab itulah, jika benar perniagaan baja juga dikuasai oleh 'mafia', kita amat dukacita kerana ia sudah tentu menjadi lintah darat yang menjadikan sektor pertanian negara ini, terutama para petani sendiri sendiri sebagai mangsanya," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berharap kerajaan dapat menafikan dakwaan bahawa penubuhan Konsortium Baja Nasional itu tergantung begitu sahaja kerana kebimbangan terhadap tindak balas 'mafia' yang berkenaan.

"Jika benar dakwaan itu, timbul satu lagi persoalan yang lebih besar iaitu adakah negara ini dikuasai mafia? Malah, akan timbul juga pertanyaan adakah 'mafia-mafia' berkenaan mempunyai kaitan dengan pembiayaan rasuah politik di dalam Umno?" beliau mempersoalkan. ... selanjutnya.
Besi, pasir, kertas, barang lusuh, beras, gula, tepung, simen, pelacur, along ..... niaga apa yang belum ada mafia?

Umno Pahang anugerah 400 ekar tanah pada Pengerusi SPR?

Harakah | .... "Bagi SPR mereka ini bukan pengundi hantu kerana nama mereka berada di dalam daftar pemilih itu," ujarnya.

Ekoran itu, pihaknya membuat laporan polis menyebabkan pihak terbabit dipercayai berhati-hati atau tidak melakukan penipuan menyebabkan beliau menang di Kuantan dan Inderamahkota.

Fuziah menjangkakan perkara sama turut dilakukan di kawasan lain tetapi jentera pilihan raya di sana gagal mengesan menyebabkan mereka kalah dalam pilihan raya itu.

Fuziah mendakwa, ekoran kejayaan cemerlang Umno Pahang atas permainan SPR, maka sebagai menghargai jasa kerajaan Umno Pahang menganugerahkan tanah seluas 400 ekar kepada pengerusi SPR yang dibuat atas nama seorang proksi.

"Kita ada bukti bergambar kaitan pengerusi SPR dengan proksinya yang mendapat anugerah daripada kerajaan Umno Pahang," ujarnya.

Menurut Fuziah, pengerusi SPR itu juga turut mendapat tanah di Selangor atas jasanya memenangkan Umno-BN Selangor dalam pilihan raya umum sebelum itu.

Turut berceramah bersama Fuziah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Leong Ngah Ngah. ... selanjutnya.
400 ekar? Macam macam boleh buat tu. Kalau buat kubur pun ramai yang boleh di tanam.

Tentang Freemason



hijazi alislami | ...Pada 25 Oktober 1978, seluruh ahli parlimen Barisan Nasional digemparkan dengan killer question daripada Tuan Guru. Ketika itu Tuan Guru adalah ahli parlimen bagi Pengkalan Chepa dan ketika itu juga Perdana Menteri ialah Tun Hussein Onn.

Apabila tiba gilirannya, Tuan Guru membangkitkan suatu soalan tentang pertubuhan Freemason di Malaysia. Di dalam soalannya itu Tuan Guru mempersoalkan “Mengapa kerajaan Malaysia tidak mahu mengharamkan pertubuhan itu yang semua orang telah jelas bahawa ia bercanggah dengan akidah Islam.”

Tuan Guru juga mendedahkan sehingga 1977, sebanyak 55 pertubuhan Freemason (lodges) berjaya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 . Dan keanggotaanya telah pun mencapai 2,984 ahli. Tuan Guru juga menimbulkan rasa khuatirnya dengan mengatakan golongan yang terlibat bukanlah calang-calang orang, ahli-ahlinya terdiri dari individu-individu elit dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

Dan yang paling mengejutkan, apatah lagi Tuan Guru sendiri, Tun Hussein Onn ketika menjawab soalan itu mengatakan kerajaan tidak bercadang langsung untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) walaupun mengakui ianya bercanggah dengan akidah Islam.... selanjutnya.

Kenduri Arwah yang di nanti

sabahdaily | ....Ura-ura ahli MP kerajaan yang sudah muak (fed-up) dengan Barisan Nasional dan kepimpinan yang masih tak ubah-ubah seperti dulu walau sudah dapat Presiden baru mungkin membuat mereka sudah tidak selesa memperjuangkan pemimpin outdated. Ahli MP kerajaan KECEWA dengan NAJIB yang baru di lantik Presiden. Kenyataan NAjib yang tidak konsisten (berbelit dan non stop talking) menyebabkan Ahli MP tidak dapat maklum balas yang sempurna. Belang-belang sikap kerakusan NAJIB sudah mula terlihat. Hanya orang dari ‘CIRCLE’ Najib sahaja yang boleh menasihatinya. Orang lain yang lebih bijak telah di ‘ignore’ dan pandangan mereka diketepikan.

Ini belum jadi PM dah tunjuk sifat tak cukup, baru jadi Presiden UMNO sudah mula pasang GENG lapuk. ramai ahli MP sudah mula bercakap NAJIB akan beri lebih banyak masalah kepada UMNO dan BN di masa akan datang!. Kemungkinan BN tewas teruk jika Pilihanraya di adakan bila-bila masa. Ramai ahli UMNO sebenarnya mengharapkan ‘perubahan dalaman’. Namun , pemimpin yang gagal dalam PILIHANRAYA Umum lalu masih menjadi pilihan bahagian2 UMNO untuk berada di atas puncak sebagai PRESIDEN, timbalan dan MT.

Tidak ada muka baru. Pemimpin yang FAIL dalam pilihanraya lalu menjadi pilihan UMNO untuk terus menerajui kepimpinan tertinggi merentasi abad yang akan datang. Sedangkan pemimpin inilah penyebab kejatuhan UMNO dan BN.... selanjutnya.

I'm TIRED but I am more ANGRY than tired!

reubenchan | ...The event was about to end when a police team, including a Light Strike Force unit, led by Lebuh Pantai police station chief Chief Inspector Alimin Ali told the crowd to disperse, which the activists duly obliged.

Khoo, a mother of two, was standing on the side of the road waiting for her husband's car when a group of police officers (cowards ah?!? Does it take a group of policemen to come up to a mother of two!!??) told her to follow them to the city police headquarters in Jalan Patani to give a statement. She was subsequently whisked away in the police van.

At the police headquarters, Khoo was informed by an investigation officer that she was being arrested under Section 141 of the Penal Code for taking part in an illegal assembly... selanjutnya.

... JHEAT Tidak Mampu Buktikan Ayah Pin Sesat

http://buletinonline.net/images/berita14/ayahpinramlinuh.jpg

buletin | Rata-rata penduduk Kampung Batu 13, Hulu Besut, dekat sini, masih bimbang ajaran sesat Ayah Pin atau Ariffin Mohamad, 68, akan kembali semula sekiranya beliau tidak ditahan atau diambil tindakan.
Bagi mereka, biarpun binaan-binaan keberhalaan yang bercanggah Islam seperti telaga zamzam dan bahtera Nabi Noh sudah dirobohkan lebih tiga tahun lalu, ia tidak bermakna kegiatan Ayah Pin sudah berakhir.

Beberapa penduduk tempatan disini menolak kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhamad Ramli Nuh yang mendakwa keutamaan kerajaan negeri ialah menghapuskan ajaran itu dan bukan mengheret Ayah Pin ke mahkamah.

Pada 14 November baru-baru ini, Ramli Nuh menyifatkan tindakan menahan dan membicarakan Ayah Pin tidak penting tetapi yang paling penting ialah tindakan 'menghalau' Ayah Pin (ke Selatan Thailand) sudah berjaya.... selanjutnya.

Barisan Nasional government will collapse - Anwar

malaysiainsider | Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim said Sarawak, which has 30 members of parliament, holds the key to the formation of the Pakatan Rakyat (PR) government in the country.

"When Sarawak changes its course, the Barisan Nasional government will collapse," he said at a dinner organised by "Friends of PKR" at the Sibu Trade and Exhibition centre here last night.

He said leaders in the PR coalition like Datuk Seri Abdul Hadi Awang of Pas, Lim Kit Siang and Lim Guan Eng of DAP and himself and his wife would continue to meet and hold discussions with BN MPS to get them to cross over.

About 3,000 people were present at the dinner, the biggest so far for a PKR function here.

Those present included PKR vice-president Datuk Seri Dr Jeffery Kitingan, Sarawak DAP leader Wong Ho Leng, former Sri Aman MP Jimmy Donald and Baginda Minda, the former Parti Rakyat Sarawak Balleh branch publicity chief, who caused a furore with his statement accusing the state dominant BN party, the Pesaka Bumiputera Bersatu, of being a bully.

At the function, Anwar received membership application forms from Gabriel Adit Demong, one of two independent state assemblymen, and from 11,752 individuals from throughout the state.

Anwar said Sarawakians were now ready for change, saying Adit had volunteered to lead a recruitment drive for more members for PR.

"Do not be surprise if what had happened in five peninsula states in the March general elections could happen here," he said, adding that PR was prepared to face the coming state election.... selanjutnya.

Perhimpunan ISA dah HALAL

parliament ipcmc roundtable talk 281207 richard yeohmalaysiakini | ...Kira-kira 200 orang menyertai perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Pusat Sivik Petaling Jaya malam ini.

Bagaimanapun, tidak seperti Ahad lalu, kali ini pihak penganjur mendapat permit polis untuk mengadakan bantahan tersebut.

Mereka mula berhimpun di situ sejak jam 7.30 malam.

Ahad lalu, polis bertindak menyuraikan kumpulan yang mengadakan perhimpunan anti-ISA dan menahan 23 orang. Turut ditahan ialah beberapa orang ahli politik.
.... selanjutnya.

Kini masalahnya di Pulau Pinang pulak ....
Guru tuisyen ditahan sertai majlis anti-ISA

10,000 dijangka hadir Kongres PKR

Kira-kira 10,000 perwakilan, pemerhati, pemimpin komponen Pakatan Rakyat, wakil kedutaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan berlangsung 29 November ini.

Biro Penerangan PKR dalam satu kenyataan berkata, kongres dua hari bertema ‘Harapan Baru’ diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Katanya, kongres pertama PKR selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, akan menyaksikan kehadiran wakil rakyat pembangkang yang ramai sejak penubuhan parti, 10 tahun lalu.... selanjutnya.

Pemuda UMNO buat laporan polis

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy berhubung kenyataannya mengenai isu dominasi orang Melayu dalam sektor awam di negeri itu.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Pemudanya, Norman Zahalan kira-kira pukul 12 tengah hari di Balai Polis Bayan Lepas di sini.

Menurut Norman, laporan tersebut perlu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ramasamy termasuk dakwaan terdapat ketua jabatan yang mengoyakkan borang permohonan pemohon bukan Melayu itu berbaur perkauman dan boleh mencetuskan perbalahan kaum di negara ini.

"Saya khuatir kenyataan tersebut mampu mendatangkan kemarahan terutamanya kepada orang Melayu secara khususnya. ... selanjutnya.
Datuk Ahmad Ismail ... versi Tamil .... wakalkakakaka

Rosmah bersenam?


Ceritutnya di sini ....

Wakakaka

Posting terkini

Blog Archive