sidangonline | ...Isu Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Md. Saad yang diherdik selepas berkhutbah oleh Ahli Parlimen Rompin Dato’ Seri Jamaluddin Jarjis (JJ) di masjid Keratong 4 Jumaat lalu, terus meruap panas.Bila sebut JJ ni ... geli geleman aku. Tapi orang tak bermaruah cam ni .. .di puja dalam UMNO. Lagi buruk, lagi cantik. Wakakakak ...
Kehangatannya pula disebabkan ia dibakar lagi oleh media, sehingga menenggelamkan isu yang sebenar. Isu sebenarnya ialah JJ, yang pernah dikaitkan dengan ‘orang besar yang pernah meraba punggung wanita’ di sebuah hotel dulu telah datang kepada Suhaimi selepas selesai Solat Jumaat hari berkenaan dan memarahi Suhaimi kerana tidak berpuas hati dengan isi khutbah.
Setelah itu JJ telah mengajak Suhaimi keluar untuk ‘berbincang’ katanya. Apa yang nak dibincang? Wallahu-a’lam, hanya Allah SWT dan JJ sahaja yang tahu tapi beliau dalam keadaan marah setelah tidak bersetuju dengan isi khutbah Suhaimi itu.
Suhaimi pada mulanya mempelawa JJ berbincang dalam masjid sahaja sebab apa yang tidak dipuashati dan dipertikaikan ialah berkaitan dengan isi khutbah sebentar tadi, jadi eloklah berbincang dalam masjid. Jadi, JJ nak bincang apa sebenarnya, atau nak mengajak ‘bergasak’?
Jangan kata kita bias dengan kenyataan ini, sebab Umno sama Umno pun bergasak di Seremban dalam mesyuarat agungnya! Lagi pun JJ ini terkenal dengan jenis cakap lepas dan pemanas, jadi bila sudah jadi pertengkaran dipercayai beliau tidak akan mampu mengawal diri.... selanjutnya.
Artikel berkaitan
JJ , Rais dapat banyak publisiti
Ustaz dan Ustazah Tak ada Tempat Dalam Umno
TAK SAH KHUTBAH DAN SEMBAHYANG IMAM TANPA TAULIAH?
1 comments:
bro, aku rasa kalau betul lah apa yang dikatakan, iaitu "tidak sah" berimamkan orang yang tiada tauliah.
hmmm...ini hukum hakam mazhab mana dia amik ni? menunjukkan betapa pemimpin umno tidak paham islam. kalau macam tu, hang dan aku pun tak sah la sembahyang berimam dengan family kat rumah kan? aku takde tauliah, hang pun takde. aku rasa ramai lagi orang malaysia nih takde tauliah.
inilah jahilnya pemimpin umno....dunia sudah terbalik, orang yang jahil kita angkat sebagai pemimpin hanya kerana dia ada wang tapi miskin perangai dan kejujuran diri. orang yang jujur kita sepak ketepi hanya kerana dia ini hamba allah yang lurus dan patuh.
aku bagi 10/10 bintang bongok kepada pemimpin umno.
garden
Post a Comment