KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 21, 2008

Manusia di rasuk syaitan

pembelawaja - Para peserta majlis perasmian penubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMEBELA) yang diadakan pada malam tadi (19 Jun), bertempat di Country Height Darulaman, Jitra menjadi gempar, apabila Setiausaha Agung PEMBELA, saudara Basir Hj. Ismail mendedahkan tentang tindakan individu yang tidak ketahui telah melepaskan kemarahannya dengan menconteng dan menulis perkataan yang menghina Keesaan Allah SWT.

Beliau menjelaskan bahawa, “penelitian yang di buat ke atas naskah Al-Quran mendapati terdapat perkataan-perkataan yang amat keji tertulis di setiap muka surat iaitu dari surah Al-Baqarah hingga Al-Imran”....seterusnya.

Stesyen minyak protes

Hah ... ingatkan pengguna sahaja .. rupa rupanya Pengusaha stesyen pun sama.

Stesen minyak mahu tutup operasi
utusmeloya - [...] “Ia akan dilaksanakan di seluruh negara pada tarikh tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, rayuan menaikkan komisen itu telah disuarakan PDAM dalam pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad pada Khamis lepas.

“Beliau berjanji membawa perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan keputusan mengenainya akan diketahui Isnin ini.

“Dalam pertemuan hampir tiga jam itu beliau memahami masalah yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, masing-masing sehingga 40 dan 63 peratus,’’ ujarnya.

Abdul Wahid memberitahu, selain menutup stesen minyak sebagai tanda protes, semua pengusaha stesen juga bersetuju untuk menolak sebarang penggunaan kad kredit di semua stesen jika permintaan itu tidak dipenuhi.

Menurut beliau, para pengusaha stesen minyak tidak dapat lagi menampung kerugian ekoran kenaikan harga petrol dan diesel memandangkan komisen yang diperoleh tidak mencukupi.

‘‘Komisen yang kami peroleh untuk petrol hanya tiga peratus dan diesel pula di bawah dua peratus dan komisen ini tidak mencukupi untuk menampung bayaran sewa stesen, membayar gaji pekerja dan penyelenggaraan,’’ katanya.... selanjutnya.
Dengar cerita bank bank pun nak naikkan interest pinjaman minggu depan. Entah betul, entah tidak. Aku dengar berita angin jer. Kalau betul, maka terus lingkup la negara.

Berapa ramai sambut Ezam di Terengganu?

email: hajidas..@yahoo.com

Wak mari kita belajar mengira. Berapa ramaikah orang yang hadir ?

Diambil dari buletinonline

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/ceramahezam2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

gambar berikut diambil dari medaninfokita (klik) photo di ambil arah pentas sahaja.



Jawapan

a) 5,000 orang
b) 10,000 orang
c) 150,000 orang
d) 500,00 orang
e) 3 juta orang

Fitnah ke ni?

Dua dakwa polis paksa seks oral

Malaysiakini - [...] Kelima-lima suspek ditangkap bagi siasatan kesalahan rompakan berkumpulan bawah Seksyen 391 Kanun Keseksaan.

Ketika di IPD Cheras, kata Kartigesan, mereka tidak membuat laporan kerana takut dibawa kembali ke IPD Kajang dan dipukul sekali lagi.

suhakam police abuse pc 200608 karthigesan siva subranamiamMenurutnya, sekarang ini tiga daripada suspek termasuk remaja itu telah dibebaskan, manakala dua lagi dipercayai masih berada di penjara Sungai Buloh kerana gagal membayar ikat jamin.

Subramaniam (foto, kanan) mengesahkan Suhakam menerima aduan rasmi daripada bapa suspek dan pihaknya telah mengirim surat memohon penjelasan daripada ketua polis daerah Kajang pada Jumaat minggu lepas.

"Suhakam memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas memperoleh maklumat terperinci dan kami percaya bahawa perkara ini dalam siasatan aktif pihak polis," katanya.

Beliau menambah, kejadian itu telah dirujuk kepada ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman.... selanjutnya.
no2umno - Aku memang tak nak percaya seratus peratus. Kekadang ada yang dengki pada polis atau mungkin ada kesilapan dimana mana. Kalau betul lah polis bersikap begitu, maka BANGSAT la polis tu. Dan tak mungkin juga polis yang kelihatan mesra rakyat boleh bersikap sedemikian. Kalau benar mereka mendera, memang lah CELAKA.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Aku cuba untuk tidak percaya segala kritikan terhadap polis tapi sampai sekarang, kalau berdepan dengan spesis ni, aku rasa taraf mereka dah jatuh ke lantai. Mungkin juga dah sama dengan najis haiwan. Namun sehingga sekarang aku masih berusaha untuk tidak percaya semua tohmah, melainkan polis tu memang LAKHNAT. Kalau polis tidak sejahat itu maka tidak perlu lah mereka marah, kecuali mereka memang benar benar BANGSAT. Alhamdullillah .... aku jenis penyabar rupanya.

Laporan polis dibuat ke atas Dewan Usahawan Industri Desa

siasah - [...] Selepas usaha melalui mesyuarat agung gagal bahkan menerima surat tunjuk sebab pula, Pemeriksa Kira-kira 2 Dewan Usahawan Industri Desa (Duid) Malaysia, Mohd Zabri Muda (gambar) mengambil keputusan membuat laporan polis.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi 7 Jun lepas, selepas kira-kira seminggu menerima surat tunjuk sebab dari Duid ekoran keengganan beliau menandatangani laporan tahunan badan bukan kerajaan itu.

Zabri yang datang sendiri ke pejabat Siasah berkata, beliau telah cuba menyelesaikan isu apa yang dinamakan beliau sebagai 'penyelewengan jutaan ringgit wang dari kerajaan' tetapi tidak berjaya.

"Bagi menjaga kepentingan saya selepas diberikan tunjuk sebab dan atas keyakinan saya bahawa apa yang saya buat betul, saya mengambil keputusan membuat laporan polis berkaitan dengannya," kata Zabri kepada Siasah.... selanjutnya.

Ella dan Mas Idayu akan teruskan persembahan

MStar - Persembahan Ella dan Mas Idayu akan berlangsung seperti yang dijadualkan sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor, 6 Julai ini.

Isnin lalu, Dewan Pemuda Pas Selangor telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan mengatakan penampilan Ella dan Mas Idayu tidak sesuai dan akan mencemarkan imej Islam.

Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dan Dewan Pemuda Pas didesak untuk menyatakan pendiriannya pada Khamis lalu.

Setakat ini, Dewan Pemuda Pas berkata tidak akan mengambil tindakan protes terhadap dua penyanyi wanita popular tersebut.

Sementara itu Selangor berharap akan merampas kejohanan daripada tangan Singapura dalam perlawanan ini...selanjutnya.

no2umno - Aduh aduh aduh .... aduh duhh....mana tahan....

POLITIK SABAH BERGEGAR HARI INI?

kudakepang
Saya baru sahaja menerima satu maklumat penting yang mengatakan bahawa politik Sabah akan bergegar pada hari ini. Bagaimanapun, maklumat ini tidak diperincikan oleh pihak pengirimnya.

Biarpun begitu, dua hari lalu saya menerima maklumat bahawa segolongan komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah diura-urakan akan keluar daripada BN sebagai memenuhi aspirasi strategik siasah masing-masing.

Di samping SAPP yang telah menggemparkan kita semua beberapa hari lalu, PBS pimpinan Joseph Pairin Kitingan, pula dijangka keluar daripada BN.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh pengirim mesej di atas kepada saya? Mungkinkah PBS akan keluar BN?

Sama-samalah kita tunggu perkembangannya dengan tenang untuk memastikan sama ada maklumat awal pagi ini memang benar atau sebaliknya. – Ruhanie Ahmad

BPR cuba tutup mulut Dato' Yong

Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam memulakan siasatan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan wang lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri itu.

Siasatan itu dibuat berikutan pendedahan bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said ketika pemeriksaan utama dalam perbicaraan kes terhadap bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam, di Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin. - utusanmeloya
Kalau dulu DS Anwar di sabitkan dengan isu rasuah dan penyalahgunaankuasa, kini mangsa terbaru adalah Datuk Yong Teck Lee. Kes Rasuah 5 juta ini terbongkar setelah Dr Yong membuat Sidang akhbar berkenaan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Dollah Badawi.

Sebenarnya, tektik yang sama di gunakan kepada sesiapa sahaja yang cuba untuk menentang seseorang pemimpin itu. Kalau DS Anwar merbahaya kepada Mahathir, Yong Teck Lee pula ancaman kepada Dollah. Dan ini lah akibat.

Senjata serampang dua mata. Mengenakan tindakan dan membuat ugutan. Kepada sesiapa yang bersubahat dan mahu bersama ... ini lah yang bakal kamu terima. Apa kata Dato' Yong?
"Saya hairan dengan suasana masa kenyataan itu dibuat. Saya rasa sasaran pertamanya ialah saya dan keduanya ini adalah amaran kepada yang lain. Ada perumpamaan menyebut 'sembelih ayam sebagai amaran kepada monyet-monyet', jadi saya ayam yang kena potong dan monyet-monyet lain jangan ikut.

"Kenyataan BPR itu nak buat orang takut dan ini tidak sihat untuk negara. Ini kes sejak 12 tahun lalu, mengapa sekarang baru ditimbulkan dan bukan minggu lalu," katanya. -Bharian
Disini ... BPR terus menjadi alat untuk menutup mulut mangsa dengan membongkar kes yang besangkutan.

Kita tahu masih ada banyak lapuran yang telah dibuat oleh pelbagai pihak. Baik rakyat, majikan, kakitangan ataupun parti politik. Kebanyakan kes ini disiasat dan akhirnya di bawa ke atas untuk pendakwaan. Yang bawa menafaat akan diteruskan. Yang perlu disimpan ... akan di simpan. Kalau menjadi ancaman, fail ini akan menjadi senjata. Tak hairan kalau tiada tindakan oleh pihak berwajib sedangkan lapuran berserta bukti sudah pun di serahkan ..... Satu lagi contoh jelas,
I have further been reliably informed that Prime Minister, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi has received a written report from the Military Intelligence confirming what I have revealed above and that the report was subsequently handed over to his son-in-law, Khairy Jamaluddin, for safe-keeping. - Raja petra's declaration
Akibat semua kes siasatan dan lapuran pihak berkuasa yang dihantar terus ke pihak atasan, maka bukan lah perkara pelik kalau ada pemimpin yang dulunya keras ... tiba tiba jadi lembik. Lantaran itu ... ini lah yang berlaku kepada Najib,
umno selangor najib muhyiddin event anti pak lah banners 160408 05Dr Mahathir, yang sering menyalahkan perdana menteri, menganggap Najib "lemah dan pengecut" kerana enggan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil tanggungjawab susulan kemerosotan BN baru-baru ini. - Malaysiakini
Pada pihak berkuasa .... mereka di tubuhkan untuk apa? Adakah untuk mempertahankan kejahatan pemimpin atau menjadikan negara lebih aman dan tenteram? Untuk rakyat mungkin sekadar buat kerja percuma. Lapurkan sebarang kes untuk kepentingan politik diorang.

Kalau PM kata nak ubah semua agensi dan penguatkuasa menjadi lebih telus .... aku adalah orang yang pertama termuntah muntah kerana bohong mereka adalah bohong yang sama pada setiap masa.

Worst than a C4



sloone - Raja Petra Kamaruddin has dropped a bombed that is more disastrous than a C4. He claims in a Statutory Declaration that the deputy prime minister’s wife Rosmah Mansor was at the scene of Altantuya Shariibuu’s murder.

Even Anwar Ibrahim, his former boss has thrown his support behind Raja Petra. Anwar and Raja Petra was said to have supposedly parted ways after the former’s release from prison. Calling him by his pet name “Pet”, Anwar says that he has nothing to say yet except to ask the police to investigate the matter properly and professionally.

“Pet has certainly thought a lot about this and has evidence to support his claim. I pray for his safety and am amazed with his courage,” added Anwar in his blog.

DAP supremo Lim Kit Siang says that Najib and Rosmah cannot keep silent about this matter. They have repeatedly denied their involvement with Altantuya, going as far as to say they do not know her from Eve.

The credibility and legitimacy of the Abdullah premiership and government will suffer a mortal blow if Abdullah, Najib and Rosmah remain silent on Raja Petra’s bombshell allegations (Kit Siang).

Now the whole Malaysia is talking about this bombshell. What will this do to Najib Tun Razak’s future in politics? And what happens to Raja Petra’s claim that Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin and ” a Malay Rule” have ALL been reliably informed about the matter?

If it were true, it implicates all of them!

RPK implicated two other persons in the murder - acting colonel Aziz Buyong, who is described as ‘a C4 expert’ and the latter’s wife, known only as Norhayati, who is also said to be Rosmah’s aide de camp.... selanjutnya.
No2umno - Alamak .... aku nak ketawa pecah perut juga tengok kan macamana wanita boleh gegar dunia. Istilah dolu dolu .... " Tangan Yang menghayun buayan tu boleh goncang dunia." Betul sangat lah tu.... Bukan setakat goncang dunia, cekit suami pun boleh.

Buat masa ni askar kena kira stok C4. Jangan ada yang keluar lagi kerana yang bocorkan rahsia pun boleh di letupkan. Tapi jangan terkejut sekiranya tiada tindaka di buat malah Raja petra pulak yang kena tangkap.

Kita dah duduk lama kat Malaysia. Kalau cerita pasal undang undang, aku ketawa sampai nak terkincit-kincit. Bukan tak caya, tapi dah macam lalang. Kalau boss kata 'OK' baru lah betul, kalau tak .... usah harap la. Kita dah masak ........

SAPP khianat BN: Bakal disingkir, parti berpecah?



YONG Teck Lee (kiri) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Raymond Tan sambil diperhatikan oleh Dr. Chua Soon Bui pada sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi SAPP di Kota Kinabalu hari ini. - fotoTHESTAR

Mstar - [...] Menurut Tan, beliau akan berbincang dengan Au untuk menggerakkan tindakan susulan.

"Apa saja tindakan yang saya akan ambil adalah mengikut budi bicara saya," kata Tan yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyatakan dengan pasti jumlah pemimpin yang tidak menyokong usul itu kerana beliau mendakwa keputusan itu dibuat bukan dengan mengangkat tangan.

"Majlis tertinggi tidak bersetuju sepenuhnya. Ada pandangan yang membantah," kata beliau menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Yong memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan bahawa keputusan berhubung usul itu dicapai 'sebulat suara'.

Tan berkata, untuk mengatakan beliau hadir dalam mesyuarat semalam dan mempersetujui semua keputusan dibuat adalah salah.

Tan, seorang daripada tiga Timbalan Presiden SAPP dipetik oleh Bernama sebagai berkata, beliau telah pun merangka satu perkara untuk dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat supaya majlis tertinggi tidak meneruskan usul berkenaan dan semasa mesyuarat itu, beliau cuba memberikan sebab kenapa mereka tidak patut melakukannya.

"Anda tidak boleh mengatakan kami kekal dalam BN tetapi anda mahu menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri," katanya, bagaimanapun beliau mendakwa Yong hanya mahu setiap orang supaya bersetuju dengannya.... selanjutnya.

Orang PM dipercayai sedang pujuk SAPP kembali ke pangkuan BN

harakahdaily - Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai sedang mengatur strategi bagi memujuk Pengerusi Parti Maju sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee supaya kembali ke pangkuan BN.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Abdullah yang juga merupakan Presiden Umno itu sedang menghantar orang-orang tertentu bagi menjalankan proses pemujukan ke atas ahli-ahli parlimen SAPP.

"Abdullah akan menggunakan segala kuasa yang dimilikinya untuk mengembalikan kepercayaan SAPP serta parti-parti komponen BN yang lain kepada Umno seterusnya mengekalkan sokongan dan pengaruhnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Walau bagaimanapun, Mohamad sabu tidak menolak kemungkinan terdapat di kalangan ahli parlimen SAPP yang beralih arah.

"Bahkan terdapat juga kemungkinan wakil rakyat yang berjaya dipujuk," ujarnya.

Mengulas mengenai usul undi tidak percaya yang digembar-gemburkan oleh SAPP untuk dikemukakan pada sidang parlimen bermula 23 Jun ini, beliau kurang pasti akan keberkesanannya.

"Walaupun Anwar Ibrahim ada menyatakan beliau mempunyai cukup sokongan untuk menumbangkan kerajaan BN, saya tidak dapat memastikan mengenai lompat parti ini kerana saya tidak membuat tinjauan," katanya lagi.

Sungguhpun begitu, beliau menyerahkan hal tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk menguruskannya.... selanjutnya.

Ex-gratia: Senator kesal Dr M diburuk-burukkan

malaysiakini - [...] Beliau dipetik oleh Bernama sebagai berkata, setiap kali Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan cek ex-gratia kepada bekas hakim atau warisnya, beliau enggan mengumumkan amaun cek yang diberikan atas alasan menghormati permintaan keluarga bekas hakim berkenaan.

"Persoalannya, wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia itu merupakan wang rakyat dan bukan wang individu tertentu yang tidak perlu didedahkan.

"Tidak dapat dinafikan keenam-enam bekas hakim berkenaan telah berjasa kepada negara namun rakyat berhak tahu dan tidak ada sebab kerajaan perlu merahsiakan amaunnya," tegasnya.

Pada 18 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas dan bekas Hakim Mahkamah Agung Datuk George Seah serta Tan Sri Suleiman Pawanteh yang dipecat daripada jawatan, 20 tahun lalu.

Bayaran ex-gratia itu juga akan dibayar kepada Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh.

Hari ini Zaid menyerahkan bayaran ex-gratia kepada Mohd Salleh di rumah bekas Ketua Hakim Negara itu di sini. ... selanjutnya.

Gambar Sekitar Perhimpunan 100 hari PR Selangor.

tranungkite - "Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.perhimpunan 100 hari Pakatan Rakyat Selangor berjaya mengumpul bukan sedikit malah puluhan ribu pengunjung pada sebelah malamnya...acara bermula selepas solat maghrib...tidak ada apa yang dapat dilaporkan kerana tidak sempat membuat sebarang nota lantaran terlalu sibuk mengambil gambar suasana sekitar & juga menjawab panggilan talifon dari rakan-rakan yang silih berganti bertanyakan situasi.

Hanya gambar yang dapat menceritakan segalanya...










Sila lawat blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/ untuk melihat lebih banyak gambar.

Raja Petra Kamarudin Has Declared War!

scottthong - This frontal assault is also being covered by Haris Ibrahim, Cakap Tak Serupa Bikin, Malaysians Unplugged Uncensored, Dunia Kemanusiaan (Malay language), Magick River, Hard-T, Big Dog Dot, Malaysiakini, and of course RPK’s own Malaysia Today.

Previous RPK martyrdom is at Raja Petra Kamarudin Chooses Jail Rather Than Pay RM 5,000 Bail.

PublicEnemyNum1Motiv

Above is Poster #31 from Malaysian Politics Motivational Posters

Mark my words: A bounty will be on his head.

WantedRPK

You don’t think so? As soon as SAPP raised a no confidence motion against Badawi as PM, SAPP’s head honcho got the Anti Corruption Agency sicced on him.

Vengeful warnings from a desperate quarry…

PS. Kudos to hutchrun for heads-up about this linkage from Malaysiakini’s list, second from top:... selanjutnya.

lain lain artikel
Raja Petra: ‘Rosmah at murder scene’
I tagged Che Det and Raja Petra
ANOTHER SHOCKER !!
Two alternative realities clashing, better get your sunglasses
Perakuan Sumpah Raja Petra [anwaribrahim]
Is this SD true ??? | 18SXG [albanjari]
After shocked still shocked! [4896]

100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat negeri Selangor

Sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Shah ALam. Kedatangan para pengunjung bermula jam 4.00 petang. Agak perlahan kemudian sebelum Maghrib kedatangan semakin rancak. Deretan kereta memenuhi kawasan letak kereta dan di tepian jalan luar menyesakkan lagi kawasan tersebut. Anggaran pengunjung adalah sekitar 40,000 ke 50,000 orang. Berikut adalah gambar yang diambil sejak sebelum, ketika dan selepas upacara .....

Sekitar jam 5.00 petang di hadapan pintu masuk utama. Masih kurang yang datang ... peniaga berderetan. Dianggarkan lebihkurang 100 gerai di sediakan. Macam macam boleh beli.. Tapi biasalah...minyak naik harga... kena kawal nafsu beb.



Parti Keadilan menyediakan tempat pendaftaran ahli baru


Penyokong Keadilan menggantung banner di sekitar kawasan dalaman Stadium


Ketika menanti waktu Sembahyang Maghrib - MB Selangor Khalid Ibrahim berada di Syaf depan bersama Ustaz Badrul Amin di sebelah kanannya.


Sembahyang Maghrib bermula di Imamkan oleh Iman Besar Masjid Shah Alam, Imam Firdaus ..
Disusuli dengan sembahyang Hajat 2 rakaat...


Upacara di Dalam stadium bermula selepas waktu Isyak .. kira kira jam 9.00 malam. Aku di beritahu, kawasan padang tidak boleh digunakan kerana pada malam esoknya, akan adakan Perlawasan Bolasepak Selangor menentang Kedah. Maka pengunjung kena duduk di Grandstand .... lepak dan panas



Skrin di sediakan di dua sudut menghadap ke depan dan belakang, tapi sound nya tak berapa clear di beberapa lokasi ....


Ucapan pertama adalah dari Ustaz Hassan Ali, selepas itu tetamu undangan dari Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Nik Amar dengan laungan Takbirnya. Pendek ucapan tapi berkesan, menyampaikan salam TG Nik Aziz dan ucapan tahniah kepada Selangor kerana berjaya menumbangkan Parti Barang Naik.

Kemudian disusuli dengan ucapan dari TS Khalid Ibrahim. Memberikan penerangan tentang perancangan kerajaan. Untuk rakyat Selangor yang menarik selain dari Air percuma yang sudah pun di nikmati oleh rakyat bermula 1 jun lepas... Kerajaan Negeri Selangor turut memberikan insuran percuma kepada Kanak kanak yang lahir pada Januari 2008 seterusnya. Insuran tersebut terus diberikan sehingga kanak kanak berumur 18 tahun. Dalam masa yang sama bantuan RM1,000 untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPTA dan caruman kebajikan kepada warga emas. Tidak lupa bantuan perubatan percuma pada golongan ini .... Selepas itu Dato Seri Anwar Ibrahim pula memberikan ucapan. Setelah tamat ucapan tersebut aku bergegas keluar ..... kerana nenek dah suruh balik.

Ketika keluar terserempak pula dengan rombongan pulang DS Anwar di pintu VIP. Gambar [di bawah] menunjukkan pintu laluan keluar yang dilalui oleh DS Anwar Ibrahim .... 8 biji moto besar mengiringi beliau sudah bersedia. Bersama di dalam kenderaan adalah Saudara Azmin Ali .... Barisan orang ramai sudah ramai menanti beliau di laluan tersebut. Tak perasan .... Kawan aku terselit di dalam imej, matanya melirik lirik mencari aku yang sedang ghairah mengambil gambar ..



Sekian terima kaseh, Adios ..... dan Tahniah kepada rakyat Selangor.

"Tak semestinya saya sokong PKR" Mufti Perlis

klpos - KETIKA diminta komen tentang sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, Dr Asri berkata beliau sendiri bukan merupakan penyokong Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

Walaupun beliau diminta menjadi panelis untuk Wacana Perdana '100 Hari Pakatan Rakyat' pada esok malam di Lundang, Kota Bharu bersama Saifuddin Nasution dan Dr And Aziz Bari, Dr Asri berkata, "apa yang saya cakapkan selama ini adalah atas dasar kebenaran dan tidak bermakna saya adalah penyokong mana-mana parti."

"Pandangan setuju atau tidak tentang satu-satu pendirian parti itu bukan petanda yang saya menyokong mereka. Kita perlu ada cara berfikir yang tersusun. Kalau saya perlu sokong, saya sokong begitulah sebaliknya kalau saya perlu kritik," katanya.

Beliau turut membidas cakap-cakap yang mengatakan beliau memihak pada satu parti.

"Adakah kerana saya pergi ke satu majlis anjuran PKR bermakna saya ahli PKR?. Inilah cara berfikiran ahli-ahli politik di Malaysia yang jumud, yang berkehendakkan kita menyokong mereka 24 jam. Tidak semestinya saya menyokong PKR kalau saya berucap di medan mereka. Dan tidak semestinya saya menyokong BN kalau saya berada di tempat mereka. Saya bebas dari daerah itu," jelasnya.... selanjutnya

berita sebelumnya - "Beri 20 dalil mengapa Abdullah perlu berhenti" Mufti Perlis

Johan Jaafar engkar arahan PM sambung kontrak Firdaus?

harakahdaily - Isu-isu panas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semenjak tahun 2005 hingga kini masih belum padam. Perkara-perkara yang berbangkit seperti kemandulan, kegelapan dan keterpinggiran DBP tersebut bermula semenjak Dato' Johan Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP mengganti Tan Sri Kamarul Ariffin pada tahun 2005.

Johan terlalu banyak mencampuri urusan pengurusan di DBP yang tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau kerana tugas pengurusan di DBP berada di bawah arahan Ketua Pengarah DBP.

Jika beberapa waktu yang lalu sewaktu Dato' Rahim Bakar dan Kamarul Arifin menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP sangat teguh dan aman damai kerana Pengerusi Lembaga Pengelola waktu itu berjalan di atas landasan Akta DBP 903 yang betul.

Tetapi setelah Pengerusi Lembaga Pengelola DBP bertukar tangan kepada Johan, beliau mulai membuat onar dengan pelbagai kerenahnya dan membelakangkan peraturan-peraturan yang sepatutnya dipatuhi.

Beliau bukan sahaja mencampuri urusan pengurusan DBP, sebaliknya membelakangkan pihak pengurusan DBP dalam beberapa perkara. Contoh yang nyata iaitu mengenai pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang sehingga kini belum tampak jalan penyelesaiannya.... selanjutnya.

Gabungan mahasiswa dakwa UKM bukan lagi tempat selamat

harakahdaily - [...] Begitulah ungkapan yang timbul apabila Kes keselamatan semakin menjadi-jadi di beberapa buah IPTA akhir-akhir ini.

Kes terbaru berlaku semalam, 19 Jun, dalam satu kejadian rompakan di UKM.

Menurut sumber, sekumpulan tujuh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis merompak wang tunai RM350,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) CIMB Bank.

Ia seakan-akan mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya (UM) pada 28 Januari tahun lalu.

Dalam kes tersebut, sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai geng Deva mengaku bersalah merompak wang tunai bernilai RM2.19 juta daripada pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.40 petang di Kompleks Perdana Siswa UM.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat isu keselamatan di UKM perlu dipertingkatkan lagi.

Menurut jurucakapnya, Ahmad Ali Abdullah, kes-kes tersebut adalah merupakan antara kes-kes lain yang berlaku di UKM sejak kebelakangan ini, selain kes samun, orang minyak dan curi motorsikal yang kerap kali berlaku di UKM.... selanjutnya.

Rosmah at murder scene

ImageNO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday - "It's mindboggling!" - That's how Raja Petra Kamarudin's statutory declaration alleging that Deputy Prime Minister Najib's wife was at the murder scene of Mongolian national Altantuya Shaariibuu was described today.
An aide to Najib Abdul Razak also said they were aware of this latest claim made by Raja Petra, who also runs the 'Malaysia Today' website.

"At the moment, we are looking into it. This is a very mind-boggling statutory declaration," said the aide when contacted.

The latest allegation hurled at Rosmah Mansor was made by well-known blogger Raja Petra Kamarudin via a statutory declaration (below) signed at the Kuala Lumpur High Court on Wednesday.

The aide however refused to comment if any action could be taken against Raja Petra.

rosmah mansor najib wife 261004Najib and Rosmah (left) have repeatedly denied they are linked to the killing of Altantuya, describing the widely-known allegations was nothing more than ‘slander and concocted stories’.

In his latest bombshell, Raja Petra accused Rosmah as among three individuals who were present when Altantuya was murdered on October 19, 2006.

"I have been reliably informed that between about 10pm on October 19, 2006 and early hours of the following day, the night Altantuya Shaariibuu was murdered, three other people were also present at the scene of crime," he said, according to his two-page statutory declaration.

He named the two other individuals as one acting colonel Aziz Buyong, who is described as ‘a C4 expert’ and the latter’s wife, known only as Norhayati, who is also said to be Rosmah’s aide de camp.

‘A crime not to reveal’

Altantuya’s body is alleged to have been blown up with C4 explosives at a secondary forest in Puncak Alam, Shah Alam. The murder trial is currently ongoing at the Shah Alam High Court.

"My informer states that Aziz was the person who placed the C4 on various parts of Altantuya’s body witnessed by Rosmah and Norhayati," Raja Petra claimed in the document.... selanjutnya.

Siapa Menteri Jumpa Anwar di Singapura?

msomelayu - [...] SEBUAH berita yang masih terbungkus dan menjadi misteri, seorang menteri Kabinet telah menemui Anwar Ibrahim di Singapura beberapa minggu lepas.

Apa yang dibincangkan tidak diketahui tetapi pertemuan antara kedua mereka yang merupakah sahabat baik tentu ada rahsia tersendiri.

Anwar telah pun mendedahkan pertemuan berkenaan tetapi tidak menyebut secara jelas.

Anwar hanya membayangkan seorang menteri Kabinet dan ramai yang mempunyai telahan ianya adalah dari MCA.

Tidak! Menteri yang dikatakan menemui Anwar itu bukan dari MCA tetapi dari Umno.

Seorang ahli korporat yang turut berada di Singapura ketika itu dalam rangka mengajurkan satu sesi temu press (sidang akhbar) Anwar dengan para ahli perdagangan dunia mengesahkan akan pertemuan berkenaan.... selanjutnya.

Cikgu Fariz Musa Di Tahan Polis

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/fariz.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, ditahan polis jam 3.15 petang, hari ini, semasa menjawab beberapa soalan dari pihak media di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu.

Sebelum itu beliau bersama rakan-rakannya telah berucap di masjid Ladang, sebelum beralih ke Dataran Shahbandar dalam himpunan aman membantah kenaikkan harga minyak.

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/amkdemo.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Himpunan di kedua-dua tempat tersebut dihadiri lebih ramai pihak polis yang berpakaian ‘preman’ yang turut ‘standby’ dan bersolat Jumaat di masjid Ladang.

AMK yang berhimpun hari ini membuat beberapa tuntutan kepada kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri Terengganu antaranya adalah menunutut kerajaan Malaysia menurunkan harga Petrol dan Diesel kerana Malaysia adalah diantara negara pengeluar minyak.

Selain itu AMK mendesak supaya kerajaan negeri Terengganu tidak menarik balik saman tuntutan berkaitan royalti minyak, terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana bimbang pengembalian royalti minyak yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memenuhi hak rakyat Terengganu.... selanjutnya.

“Dengan Nama Allah, saya tidak boleh membantu manusia bernama ‘Anwar Ibrahim’” kata Ezam

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/ceramahezam2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
(Gambar : Ezam, dua dari kanan di atas pentas, berdiri 'petah' menyanyikan lagu UMNO)

buletinonline - Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Noor mengatakan tindakan beliau menyertai UMNO bukan ‘masuk UMNO’ kerana beliau tidak ‘pernah keluar’ dari UMNO. tetapi beliau berkata beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata beliau telah dipecat dari UMNO sepuluh tahun lalu oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (ketika itu) kerana beliau mempersoalkan tindakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang memukul Dato’ Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh sehingga mata Anwar menjadi lebam.

”Saya menulis surat dari Singapura dan menandatangani surat tersebut sebagai Timbalan Ketua Bahagian Petaling Jaya Utara, sebab itu saya saya dipecat dari UMNO,” kata beliau dalam ceramah ‘Mengapa Saya Tinggalkan PKR’ yang dianjurkan UMNO Bahagian Kuala Terengganu, disini kelmarin.

Ezam mengatakan beliau menyertai UMNO kerana beliau nampak perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO terhadap usaha untuk memerangi rasuah dengan menggubal satu dasar memberikan kebebasan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).... selanjutnya.

Minyak: Protes PKR S'gor gagal

petrol hike 30 cents 280206 khairul anuar ahmad zainudinmalaysiakini - Angkatan Muda (AMK) PKR Selangor merancang mengadakan 10 bantahan serentak selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negeri tetapi tiada sambutan.

Tinjauan Malaysiakini di masjid negeri di Shah Alam menunjukkan tiada sesiapa hadir, manakala di sebuah masjid di Ampang, hanya empat orang kelihatan mengangkat sepanduk bantahan.

Berbeza dengan sambutan 2,000 penyokong pembangkang dalam demonstrasi Jumaat minggu lalu yang diketuai ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, bantahan pergerakan muda PKR disertai tidak sampai 100 orang.

Menurut kenyataan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin semalam, masjid-masjid yang bakal menyaksikan protes pada hari ini ialah: masjid Kampung Melayu Ampang, masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi, masjid simpang tiga di Gombak, masjid Kajang, masjid Sekincan, masjid negeri di Shah Alam, masjid bandar baru Sungai Buloh, masjid Hulu Bernam, masjid Bukit Naga di Seksyen 32, Shah Alam dan masjid di Damansara Utama.... selanjutnya.

NoumnO - nak bagi komen sikit kat PKR ni...kalau nak cerita pasal ceramah dan perhimpunan, kena belajar dengan PAS. Kalau anjuran PAS, manusia berduyun duyun orang datang. Kena belajar FORMULAnya. Kena ingat jugak, negeri di bawah Pakatan Rakyat...maka PAKATAN lah dia. Tak perlu buat sendiri sendiri, kang kena kutuk pulak bila tak der sambutan.

2,000 ketua cawangan Umno Johor jumpa PM

malaysiakini - Kira-kira 2,000 ketua cawangan di Johor akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selama dua hari, mulai esok.

Majlis bersama pemimpin itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Johor mempunyai bahagian terbanyak - 26 bahagian - dengan 2,013 cawangan dan jumlah ahli teramai - 446,189 orang.

Beberapa pemimpin bahagian Umno di Johor ketika dihubungi mengesahkan pertemuan tersebut dibuat atas jemputan Abdullah yang juga presiden Umno.

Pemerhati politk melihatnya sebagai satu perkembangan yang menarik kerana pertemuan itu diadakan kira-kira sebulan daripada tarikh mesyuarat cawangan bermula pada 17 Julai depan.

Johor adalah antara negeri yang dianggap 'bergolak' selepas Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.... selanjutnya.

Berita geli geli hari ini [20 - June-2008/Jumaat]

Usul undi tidak percaya tidak dapat jatuhkan PM [utusmeloya]
BPR mula siasat kes Pos Malaysia [bhairan]
Pengacara ditahan didakwa larikan anak [kosmo]
Kes saman Anuar Zain Oktober [kosmo]
Tok Mat kena angin ahmar ringan [kosmo]
Speaker berhak tolak usul SAPP [utusmeloya]
Air Sungai Mississippi mula melimpahi tebing [utusmeloya]
Mukhriz tentang tindakan SAPP [utusmeloya]

Posting terkini

Blog Archive