KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Protes. Show all posts
Showing posts with label Protes. Show all posts

Jul 6, 2008

2000 orang di Stadium MBPJ setakat ini

suarakeadilan |

Pada pagi ini sahaja, lebih 2000 orang berhimpun di Stadium MBPJ Kelana untuk Protes Sejuta Rakyat Membantah Kenaikan Minyak. Keadaan tenang dan aman tanpa sebarang gangguan. Pihak polis pada pagi ini memberi kerjasama yang baik kepada penganjur.

Desas-desus mengatakan askar akan dikerah juga tidak terbukti setakat ini.

Protes Sejuta Rakyat anjuran Gabungan MemPROTES Kenaikan Harga Minyak (Protes) menggemblengkan segenap warga Malaysia yang prihatin dan terkesan dengan tindakan kerajaan BN menaikkan harga minyak. Ia diadakan bermula jam 10 pagi hingga 12 malam dan menampilkan pelbagai aktiviti seperti taklimat umum, persembahan muzik dan seni.

Protes adalah hasil kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), gerakan sivil, KeADILan, Pas dan DAP. Protes kehadapan dalam mengadakan siri-siri perhimpunan aman membantah kenaikan minyak sejak 2006. Protes komited kepada Artikel 10 Perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun di tempat awam. Protes menolak pendekatan ganas.

Kuala Lumpur dan Lebuhraya Persekutuan pagi ini lengang tidak seperti hari Ahad yang biasa di minggu-minggu lain. Jalanraya kosong dari kereta persendirian mahupun motorsikal.

Polis mengadakan sekatan jalanraya di merata-tempat, dipercayai menanti kehadiran Sejuta Rakyat yang akan turun berhimpun secara aman di Stadium MBPJ, Kelana Jaya hari ini. Lalulintas menghadapi sedikit kesulitan di Gerbang Kuala Lumpur-Petaling Jaya, Damansara menuju Kelana Jaya, dan Kelana Jaya menuju Damansara.

Selain dari sekatan jalanraya, van-van hitam bercermin gelap kelihatan berbondong-bondong bergerak menuju kearah Petaling Jaya dari Kuala Lumpur. Balai Polis Brickfields juga kelihatan sibuk dengan kehadiran trak dan kenderaan polis yang lebih banyak dari kebiasaan.

Di Brickfields pula, keadaan ceria dengan wabak merah kelihatan dimana-mana. Orang-ramai berbaju merah terang dan merah gelap, Melayu, Cina, India, orang tua dan muda kelihatan di kedai-kedai makan dan gerai nasi lemak.

Jul 5, 2008

Perhimpunan tak perlu permit - MB Selangor



LANGKAH BERJAGA-JAGA... Menjelang perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya esok (Ahad), polis memulakan pemeriksaan ke atas kenderaan yang menuju ke ibu negara sejak awal pagi ini.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar , perhimpunan yang pada mulanya dirancang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar lokasinya setelah beliau menasihatkan penganjurnya agar memilih kawasan yang lebih sesuai agar tidak mengganggu kententeraman awam.

Perhimpunan itu diadakan bertujuan membantah kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat.

Polis telah pun menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut dan mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan bagi penggal 2008/09 di sini, Menteri Besar Selangor berkata perhimpunan esok tidak memerlukan permit kerana ia akan diadakan secara tertutup di dalam stadium.
Anwar dijangka berucap pada perhimpunan itu, sekali gus memulakan kempen jelajah seluruh bagi menjelaskan dakwaan terbaru dilalui beliau.

Jul 3, 2008

Perhimpunan PROTES Aman Rakyat diteruskan

chegubard | Perhimpunan PROTES aman rakyat berkenaan kenaikan harga minyak tetap akan dijalankan pada 6 Julai ini. Perhimpunan akan bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam ini akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya (berdepan dengan Amcorp Mall).

Penganjur sudah memastikan persiapan semua persiapan teknikal lancar. Ia adalah Pesta Merah (warna rasmi PROTES) yang meriah dan tenteram. Selain dari ucapan pemimpin turut diadakan ialah persembahan nyanyian, bacaan sajak dan perbagai persembahan kebudayaan. Ia PROTES budaya baru di Malaysia tetapi ia biasa di seluruh dunia.

Namun penganjur tidak menolak kemungkinan ada pertukaran saat akhir tetapi semua diharapkan jangan keliru. Semua harus bertolak guna kenderaan awam jika boleh terus ke Padang Timur dahulu. Jika ada perubahan 'trafic shift' akan dilakukan sebaik mungkin dan penganjur sudah menyediakan petugas yang cukup untuk itu.... selanjutnya.

Jun 21, 2008

Stesyen minyak protes

Hah ... ingatkan pengguna sahaja .. rupa rupanya Pengusaha stesyen pun sama.

Stesen minyak mahu tutup operasi
utusmeloya - [...] “Ia akan dilaksanakan di seluruh negara pada tarikh tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, rayuan menaikkan komisen itu telah disuarakan PDAM dalam pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad pada Khamis lepas.

“Beliau berjanji membawa perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan keputusan mengenainya akan diketahui Isnin ini.

“Dalam pertemuan hampir tiga jam itu beliau memahami masalah yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, masing-masing sehingga 40 dan 63 peratus,’’ ujarnya.

Abdul Wahid memberitahu, selain menutup stesen minyak sebagai tanda protes, semua pengusaha stesen juga bersetuju untuk menolak sebarang penggunaan kad kredit di semua stesen jika permintaan itu tidak dipenuhi.

Menurut beliau, para pengusaha stesen minyak tidak dapat lagi menampung kerugian ekoran kenaikan harga petrol dan diesel memandangkan komisen yang diperoleh tidak mencukupi.

‘‘Komisen yang kami peroleh untuk petrol hanya tiga peratus dan diesel pula di bawah dua peratus dan komisen ini tidak mencukupi untuk menampung bayaran sewa stesen, membayar gaji pekerja dan penyelenggaraan,’’ katanya.... selanjutnya.
Dengar cerita bank bank pun nak naikkan interest pinjaman minggu depan. Entah betul, entah tidak. Aku dengar berita angin jer. Kalau betul, maka terus lingkup la negara.

Jan 26, 2008

PERLEMBAGAAN BENARKAN RAKYAT BERKUMPUL

http://i9.photobucket.com/albums/a63/pemudawilayah/110411661_5d28db4ef3.jpg

Apa yang perlu kita ingat adalah undang undang yang dimiliki oleh sebuah negara demokrasi membenarkan rakyat berkumpul dengan aman. Elakkan usaha provokasi kerana ia menjadikan alasan untuk menangkap peserta. Mata berkeliar dan memerhati kalau kalau ada pihak yang tidak bertanggung jawab sengaja di letakkan oleh kerajaan untuk menjadi anjing mereka.

Mari Berhimpun, mari PROTES.

Usaha menghalang yang dibuat kerajaan adalah bukti ketidak adilnya kerajaan terhadap rakyat MARHAEN yang ingin meluahkan pendapat dan perasaan mereka. BN tidak dihalang, rakyat terus dihalang.

MARI KITA BERKUMPUL, UNTUK MASA DEPAN ANAK DAN JENERASI. SELAGI DIHALANG SELAGI ITU KITA BERHIMPUN


PART II - FUNDAMENTAL LIBERTIES
ARTICLE 8
1) All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law.
(2) Except as expressly authorized by this Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent or place of birth in any law relating to the acquisition, holding or disposition of property or the establishing or carrying on of any trade, business, profession, vocation or employment.
(3) There shall be no discrimination in favour of any person on the ground that he is a subject of the Ruler of the State.
ARTICLE 10
(1) Subject to Clauses (2), (3) and (4) -
(a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;
(b) all citizens have the right to assemble peaceably and without arms;
(c) all citizens have the right to form associations

JOM PROTESS HARI INI !!!

Stop preventing peaceful assembly

PROTES JANGAN NAIKKAN HARGA PETROL
Masjid KLCC, KL

PROTES JANGAN NAIKKAN HARGA PETROL Masjid KLCC, KL
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)

http://i9.photobucket.com/albums/a63/pemudawilayah/110411899_65e944fe30.jpg

www.jerit.org

Selepas pilihanraya kita semua tahu , harga petrol akan naik. Bila harga petrol naik, harga semua barangan pun akan naik.

Pada masa kini , Malaysia Institute of Economic Research (MIER) mencadangkan kerajaan naik harga petrol sebanyak 80 sen .

Inilah yang paling baik katanya . Bayangkan kalau harga petrol naik 80sen. Apakan akan jadi kepada harga barangan lain? Bolehkan kita mampu guna kereta lagi ? Fikirkan.

Kita sebagai salah satu negara pengeluar minyak, dengan untung PETRONAS mencecah 80 billion, tetapi rakyat negara ini kena bayar lebih untuk minyak. Katanya tak mampu subsidi. Apa yang disubsidikan? Apa yang dibuat dengan untung PETRONAS itu ? BUkankah minyak merupakan aset negara iaitu aset rakyat MAlaysia, maka bukankah kita patut menikmati untungnya?

SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA! KERAJAAN BARISAN NASIONAL INI TERUS MEMBOLOS HAK RAKYAT MALAYSIA DAN TERUS MENJADIKAN RAKYAT MALAYSIA PAPA KEDANA!

MAKA DEMI MEMBANTAH RANCANGAN KERAJAAN INI UNTUK MENAIKKAN HARGA PETROL SELEPAS PILIHANRAYA, KITA TURUN UNTUK MEMBANTAH APA JUA KENAIKAN HARGA PETROL . TURUNLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MENUNJUKKAN KUASA RAKYAT DAN MEMBERITAHU KERAJAAN INI, YANG DIA TIDAK BOLEH MENAIKKAN HARGA PETROL SESUKA HATINYA ! TUNJUKKAN RAKYAT AKAN BANTAH !

26 JANUARI 2008 (SABTU), 3PM ... Hari INI !!!
Tempat : KLCC
Tempat Berkumpul : Ampang Park & Masjid KLCC ( selepas 2pm)

Semua Rakyat Malaysia Yang PRIHATIN TURUNLAH untuk membantah kenaikkan harga petrol!

Anjuran :
Gabungan Membantah Kenaikan Harga Barang (PROTES) yang dianggotai oleh part-parti politik dan NGO

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
Dr. Mohd. Hatta Ramli (019-339 8659), Arutchelvan ( 019-2537791)

SELAGI DIHALANG, SELAGI ITU KITA DATANG !!!

Polis Peroleh Perintah Mahkamah Halang Demonstrasi PROTES


KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Polis hari ini telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang perhimpunan haram oleh Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (PROTES) yang dijangka berlangsung esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perintah tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tengah hari tadi membenarkan polis menghalang serta menahan indidvidu yang berkaitan dengan perhimpunan tersebut.

"Perintah di bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah itu menyenaraikan lima wakil PROTES terdiri daripada Dr Hatta Ramli, Tien Chua, Arutchelvam Subramaniam, Simon Oii dan Ronnie Liew supaya tidak hadir ke perhimpunan tersebut.

"Mahkamah telah memberikan arahan supaya kelima-lima mereka ini tidak hadir atau mengambil apa-apa bahagian dalam perhimpunan ini. Jika mereka engkar mereka boleh ditahan serta merta," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Arahan ini juga termaktub kepada mana-mana ahli gabungan PROTES atau siapa sahaja yang disyaki cuba turut serta dalam perhimpunan tersebut, katanya.

Zulkarnain berkata polis akan menampal arahan tersebut di sekitar kawasan demonstrasi bermula malam ini juga.

"Polis telah menetapkan dua zon larangan dengan membuat lingkungan kawasan merangkumi radius satu kilometer dari bangunan KLCC, Jalan Ampang, Jalan Lumba Kuda, Jalan P.Ramlee serta kawasan sekitar Masjid Assyakirin KLCC.

"Sekiranya mereka engkar dengan arahan kawasan yang kita keluarkan, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mereka," katanya.

PROTES sebuah gabungan badan bukan kerajaan dijangka mengadakan demonstrasi bagi membantah kenaikan harga barang dan petrol di hadapan bangunan KLCC esok.

Jan 25, 2008

Protes KLCC esok akan diteruskan

KeADILan

KUALA LUMPUR, 24 Jan- Ahli Jawatankuasa Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) , Tian Chua berkata perhimpunan membantah kenaikan harga minyak tetap akan mengadakan perhimpunan di KLCC esok (25 Januari) pada jam 3 petang walaupun mendapat kecaman oleh pihak polis.

Tian yang juga Ketua Penerangan KeADILan berkata, adalah perkara biasa sebarang protes atau perhimpunan yang dianjurkan akan mendapat ancaman atau bantahan dari pihak polis.

“Ini adalah perhimpunan aman, kami akan teruskan juga perhimpunan esok,” katanya ketika ditemui Suara Keadilan di pejabatnya di Brickfields.

Pada 22 Januari lalu, dalam Sidang Media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Penyelaras Protes Dr Hatta Ramli berkata pihaknya tidak akan memohon sebarang permit untuk mengadakan perhimpunan di KLCC, 25 Januari ini.

Sebaliknya, Dr Hatta berkata pihak Protes hanya akan memaklumkan mengenai perhimpunan berkenaan kepada pihak polis.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman, 24 Januari lalu, Ketua Polis Negara telah menerima faks daripada Protes untuk memaklumkan mengenai perhimpunan berkenaan. More...

Jan 22, 2008

JOM PROTES BIARPUN TANPA PERMIT


Protes akan adakan perhimpunan 26 Jan ini tanpa permit
Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak dan Barang (Protes) memutuskan untuk tidak memohon permit bagi menganjurkan perhimpunan aman yang dijadualkan di KLCC, 26 Januari ini.

Keputusan tersebut selaras dengan hak yang terkandung dalam Perkara 10, Fasal 1 (2) Perlembagaan Malaysia yang mengatakan bahawa 'semua warga negara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.'

Penyelaras Protes, Dr Mohd Hatta Ramli, dalam kenyataan medianya hari ini berkata, keputusan itu juga berasaskan kepada cadangan dan sokongan Suhakam yang mengatakan tidak perlu mendapatkan permit bagi membuat perhimpunan aman, serta mencadangkan Seksyen 27, Akta Polis dimansuhkan.

Hatta turut berkata pihak penganjur akan memastikan perhimpunan itu bermula dan berakhir dengan aman, tanpa sebarang kejadian buruk seperti 'Bloody Sunday' yang berlaku pada 2006 dan mengharapkan kerjasama pihak polis pada program tersebut.

"Kita turut mendapatkan khidmat Unit Amal PAS, sebagaimana yang digunakan ketika perhimpunan Bersih tahun lalu bagi memastikan perhimpunan itu nanti berjalan dalam suasana yang aman dan tidak berakhir di Bukit Aman," tegas beliau, berseloroh.

Beliau yang juga Bendahari PAS, berkata perhimpunan itu diadakan sebagai langkah menyatakan rasa kebimbangan dan menggambarkan keperitan rakyat yang semakin terhimpit ekoran kenaikan harga barang dan kemungkinan kenaikan harga minyak.

Beliau turut mengatakan bahawa pihaknya akan memaklumkan kepada Suhakam dan Majlis Peguam berhubung perhimpunan berkenaan.

Menurut Hatta, perhimpunan aman yang diadakan pada jam 3 petang itu akan memuatkan pelbagai program, antaranya ucapan daripada wakil parti-parti pembangkang, dan wakil NGO. Selain itu juga, satu sketsa akan dipersembahkan oleh sekumpulan anak seni - menjurus ke arah isu kenaikan harga barangan yang semakin menekan kehidupan rakyat terbanyak.

Sementara itu, AJK Protes, S. Arutchelvan, berkata perhimpunan kali ini adalah langkah proaktif dari Protes memandangkan ia dilakukan sebelum kebimbangan rakyat berlaku.

"Sebelum ini, kita protes bila harga sudah naik. Kita dapat respons, kenapa protes bila sudah naik? Jadi, kali ini sebelum harga minyak dan harga barang-barang lain naik, kita ambil keputusan untuk protes sekarang," tegas beliau yang menganggarkan kehadiran orang ramai sebanyak 3000 orang.

Mengulas lanjut berkenaan permit, Aru mendakwa pihak polis sudah mempunyai 'standard template' untuk menolak permohonan permit daripada mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan.

Sebagai contoh, katanya permohonan permit oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akhir tahun lalu, ditolak dengan beberapa alasan, di mana alasan itu juga akan digunakan pihak polis untuk menolak permit bagi perhimpunan aman lain.

Justeru, Protes menyeru semua rakyat yang terbeban dan bimbang dengan kemungkinan kenaikan harga minyak agar turun beramai-ramai menyuarakan rasa bimbang dan tidak puas hati rakyat, Sabtu ini.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Pengerusi Penaja Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim, dan wakil KeADILan serta NGO dijangka turut serta dalam perhimpunan tersebut. - mns

Jan 16, 2008

Another Rally at KLCC

Anti-inflation rally at KLCC next week (Malaysiakini)
Tuesday, 15 January 2008

Another round of street demonstrations, this time in protest of the unbridled cost of living, would be held next Saturday by opposition and civil society groups. Organisers Coalition Against Inflation (Protes) hope to gather between three to five thousand people near the KLCC Twin Towers for a peaceful gathering calling for tougher measures to combat inflation.

In a statement today, Protes secretary Dr Mohd Hatta Ramli said inflation was “out of control” and this has caused hardship among the rakyat especially the lower income groups.

According to Hatta, the rakyat is currently facing difficulties due to a recent hikes in highway toll charges, essential household goods, electricity and water tariffs.

Furthermore, he said there is a likelihood that fuel prices would be increased soon.

“Protes views such matters as a manifestation of the Barisan Nasional government’s failure to administer the country effectively,” he added.


No permit

Contacted later, Hatta stressed that the event is intended to be a peaceful gathering and in view of this, no police permit would be sought.

“However, we would inform the police (on the details) of the gathering,” he said.

Hatta said Protes was not acting in defiance of the law but adopting the Malaysian Human Rights Commission’s (Suhakam) proposals on peaceful gatherings.

In the past, Suhakam had repeatedly stressed that peaceful gatherings should be allowed while it was the duty of the police to ensure security during such events.

In another development, Protes would be kicking off their nationwide roadshows this Sunday with a ceramah at the Selangor Chinese Assembly Hall.

Top opposition and civil society leaders are expected to speak during the event.

With the two events lined up for this month, Protes has entered its third incarnation since its inception in 2006.


The coalition was initially formed to protest against the hike in fuel prices in 2006. The following year, Protes focused on toll charges.

Posting terkini

Blog Archive