Tranungkite | " Pada 22/11/08 kami sekeluarga,pergi melawat Masjid Kristal dan berhajat solat zohor disana...
semasa solat aku.berasa tidak selesa kerana karpet di masjid ini berbau masam...dan apabila sesudah solat aku tgk keatas dan dapati siling masjid bocor...
cuba korang bayangkan MASJID KRISTAL yang harga berjuta ringgit tapi tak sampai setahun dah bocor ..teruk
nak tengok gambar...sila klick pada link dibawah...
Saya berharap ada pihak Mengambil tindakan Segera...
untuk gambar lain .... KLIK SINI
Nov 24, 2008
Masjid Kristal 'BOCOR'
Labels: masjid Kristal
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ada pegawai jabatan agama pengikut ajaran sesat - Mufti
kosmo | Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) mendakwa ada di kalangan pegawai di jabatan agama sendiri menjadi pengikut ajaran sesat dan menjadi punca ia sukar dibanteras.MLM ... macam multi level marketing je bunyi nye. Wakakakakak ....
Akibatnya, ia memberi kesan apabila segala aktiviti penguatkuasaan sengaja dilengah-lengahkan dan 'dilemahkan' termasuk Ajaran MLM.
"Saya percaya Ajaran MLM pengubahsuaian kepada ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi..ia nampak tiada kesudahannya walau sudah kerap kali dilaporkan turut dipengaruhi atas faktor tadi (penglibatan pegawai agama)," katanya.... more.
Labels: ajaran sesat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Increasing number of China women entering Malaysia
Sun2surf | Despite frequent raids on China women involved in the flesh trade, an increasing number of them are entering the country.Resepi untuk seminggu ....
Immigration records show that an average of 1,286 Chinese women enter the country every day.
The department believes many of them are genuine tourists but some are here to look for their "pots of gold" by prostituting themselves.
A conservative estimate puts their earnings at RM10,000 a month each.
Immigration enforcement director Datuk Ishak Mohamed told Oriental Daily News in an interview that Chinese women make up the majority of those picked up in vice raid, followed by Thai nationals and Filipinas.
"Obviously, some of the Chinese women entering Malaysia on tourist visa are engaged in immoral activities," he said.
The department also discovered that these women would have made their quick bucks by the end of their month-long stay allowed before moving on to a neighbouring country to continue to ply their trade.... more.
Isnin - sea food
Selasa - mamak food
Rabu - makanan barat
Khamis - Tomyam
Jumaat - nasi lemak (makanan tempatan) ... jangan tidak. Cicah sikit. Tanggung jawab tu.
Sabtu - masakan indonesia.
Mewah duduk kat Malaysia ni ... macam macam masakan boleh rasa.
Labels: PELACUR ASING
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Polis di peralat untuk bertindak keras - Anwar
MStar | ...."Perkembangan terakhir ini pihak polis diperalat untuk bertindak terlalu keras terhadap orang-orang yang yang protes ISA."Yap !!! ... nko bagi makan apa pada anjing nko?", aku tanya
"Tapi kalau perhimpunan yang ditaja oleh UMNO dan rakan-rakannya...dibiarkan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dijadualkan hadir sekitar kira-kira pukul 10 malam semalam bagi melancarkan perhimpunan tersebut.
Bagaimanapun beliu tidak hadir setelah dimaklumkan perhimpunan itu disuraikan oleh polis kerana diadakan tanpa permit.
"Saya, ustaz Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Lim Kit Siang dijemput untuk hadir, namun kita dapat laporan lebih kurang pukul 9 malam perhimpunan itu diserbu," katanya.... more.
"Alaaa... frieskies perasa daging kambing.", kata YAP.
"Pandai ke dia?", aku tanya
"Mai aku tunjukkan ... "kata Yap.
"Doggy doggy doggy ...... lompat !!!"
Anjing pun lompat ...
Yap bagi seketul friskies ke mulut anjingnya.
Ehhh ... citer apa ni. Tak der kene mengena langsung. Wakakakakak
Labels: Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
'Datuk Shah' pada 6 Disember
Star | Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan, telah bersetuju datang ke Melaka pada 6 Dis ini untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.Datang la rumah Mama datuk ....
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Omar Kaseh berkata Shah Rukh Khan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 7.30 pagi dan akan berada di Melaka selama sehari.
Istiadat penganugerahan darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pada 10 pagi, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke70 hari lahir Mohd Khalil pada 11 Okt lepas.... more.
cium sikit ... muahhhhh (kanan), muahhhhh (kiri)
muah hhhh ..muah..... muahhhhhhhhhhh ......
jelous pinky lipssss .....
"Meet your cousin .... Shah ... rizat."
Labels: Melaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Sedikit tamparan buat Majlis Fatwa .... pang !!!
Isu haram yoga, fatwa jangan kaku
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini mula menegur Majlis Fatwa Kebangsaan tentang isu pengharaman yoga yang diumumkan baru-baru ini.
Walaupun pada dasarnya, beliau bersetuju ada unsur agama lain dalam yoga, pergerakan senaman itu menurut beliau tidak seperti air yang sudah tercemar yang sukar untuk dipisahkan.
"Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif. Banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando. Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan," jelas Dr Asri dalam satu temubual telefon sebentar tadi.
Dr Asri difahamkan tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan kerana dikatakan kurang selesa dengan sikap diskriminasi JAKIM kepadanya dan kenyataan Pengarah JAKIM yang tidak berapa senang dengan pandangan alternatif beliau.
Pun begitu, ini tidak menghalang beliau untuk memberi satu lagi pandangan tentang fatwa 'yoga'.
"Pengamal-pengamal yoga yang beragama Islam sepatutnya ada alternatif dengan diberikan satu versi amalan yoga yang terpisah dengan pergerakan yang terlalu jelas menyamai agama lain, bacaan-bacaan yang bertentangan dengan agama Islam dan kepercayaan karut. Versi yoga yang disyorkan ini seharusnya mengekalkan pergerakan yang baik untuk kesihatan.... more.
Labels: FATWA, Mufti Asri, yoga
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Deputy minister grilled over toll deals
Star | ...Several opposition MPs also stood up, saying that they were unsatisfied with Yong’s replies on their queries on whether the toll rates would be reviewed.Wakakakak ... menteri ni nak tipu rakyat Malaysia. Kenderaan bertambah banyak, tapi 10% diskaun waktu malam. Bodoh kira ke menteri ni? Wakakakakakak
Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN–Pasir Salak), known to enter into fiery verbal matches with opposition MPs, urged Yong to ask the Government if it could ask highway concessionaries to further reduce the toll rates.
“Maybe no one had realised that more motorists were using the highways now. The traffic rate has also increased tremendously to about six million vehicles at the tolled highways now.
“This means that the concessionaries will have billions in extra profit, which I think the Government can retake to help the people,” he added.... more.
Bodoh pun boleh jadi menteri ... wakakakak
Labels: Toll
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
The fatwa (on yoga) cannot be adopted in Perak yet
Star | ...Perak Islamic Religious Department (JAIP) director Datuk Jamry Sury withdrew his statement to The Star on Sunday that Perak would adopt the fatwa (edict) issued by the National Fatwa Council to ban Muslims from practising yoga.Yoga haram ....
He said as JAIP director, it was beyond his jurisdiction and discretion to make a stand on a religious matter which was the prerogative of the Sultan of Perak.
“The fatwa (on yoga) cannot be adopted in Perak yet as it has not been discussed by the State Fatwa Committee and brought to the attention of the State Islamic Religious and Malay Customs Council before being presented to the Perak Sultan for consent,” he told Bernama here on Monday.... more.
YOYO boleh tak?
Wakakakk .... Sapa nak yoga gi ke Perak. Lepas yoga balik ke Selangor. Wakakakakak
Aku terasa nak tafakur depan tugu la ... ada sapa sapa boleh bagi fatwa?
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Fatwa tak rujuk Raja Raja
Yoga: Rujuk Raja sebelum fatwaSatu libasan ... kepada Majlis Fatwa.
Sultan Selangor berharap sebarang keputusan fatwa pada masa depan yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum sebaik-baiknya dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk diperkenankan sebelum diumum.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, ia adalah bagi memastikan supaya kaedah menyalurkan sesuatu keputusan fatwa itu dapat dilaksanakan secara bijaksana bagi mengelak sebarang kekeliruan dan kontroversi, lapor Bernama.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini, berhubung keputusan Jawatankuasa Fatwa bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam yang mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam, Sultan Selangor menjelaskan bahawa keputusan itu belum berkuatkuasa di negeri tersebut kerana perkara itu belum dibawa ke peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.... more.
Hmmmmm ... .kita tengok apa kata Majlis Fatwa ....Errrr.....errrrr....
Labels: FATWA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
GMI cabar Pewaris, Dr. Maamor ... kalau berani la
harakah | .... "ISA masih relevan dan melalui ISA, keharmonian negara dapat dikekalkan, dan dalam prinsip Islam pencegahan adalah lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pewaris di Wisma Sejarah semalam. ImageIslam ke dia ni? Wakakakak k...... dulu ada Yahudi yang ngaku Islam tapi cuba nak korek makam nabi .... Rupanya suku sakatnya hidup lagi. Wakakakakak. Jenerasi ... bagaikan kuah tumpah ke nasi.
Selepas mesyuarat itu, Maamor dan 100 anggota Pewaris berarak dari Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak menuju ke Balai Polis Jalan Tun Razak, di Jalan Ampang untuk membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang memainkan isu-isu perkauman.
Maamor bagaimanapun enggan memberikan nama-nama individu yang didakwa mereka memainkan isu perkauman yang dinyatakan dalam laporan polis itu.
Dilaporkan kekecohan juga tercetus pada awal perhimpunan apabila peserta perhimpunan bertindak memukul beberapa individu yang lalu lalang di kawasan perhimpunan iaitu di Wisma Sejarah. ...
..... Antara kata-kata pada sepanduk tersebut yang mengundang provokasi adalah 'Bubarkan Majlis peguam', 'Yes to ISA', 'bebaskan Dato' Ahmad Ismail' dan 'tanah Malaysia tidak perlukan babi import sahaja babi daripada luar'..... more.
Patut pengguna Islam tak terbela ...
Labels: Belit Islam Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Umno buat himpunan, polis tidak pernah ganggu - Anwar
harakah | ....Menurut Anwar, ceramah yang dianjurkan PAS itu diganggu polis sebelum ia sempat dimulakan, dengan menggunakan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis cawangan khas kerana didakwa menganjurkan himpunan tanpa permit.
"Kita buat ceramah membantah akta yang zalim diganggu polis, tetapi jika Umno buat himpunan, polis tidak pernah ganggu, inikah demokrasi?," katanya ketika mengadakan sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Turut hadir ialah, Bendahari KeADILan, William Leong; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Anwar seterusnya mempersoal kecenderungan polis yang mutakhir ini kerap menggunakan kekerasan bagi menyuraikan himpunan aman anjuran Pakatan Rakyat.
Sedangkan pelbagai himpunan yang dianjurkan Umno yang membawa isu perkauman yang dikhuatiri mengundang masalah ketenteraman awam tidak diambil peduli, katanya.... more.
Labels: Abolish ISA, Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Polis tunggu arahan Peguam Negara
Polis masih menunggu arahan daripada Peguam Negara mengenai sama ada akan mengenakan sebarang pertuduhan terhadap 23 orang yang ditahan dalam perhimpunan nyalaan lilin di Petaling Jaya pada 9 November.Aku dah cakap ... kalau nak sambut harijadi kena buat kenduri doa selamat. Tapi korang bakar lilin lagi.
Bercakap kepada pemberita selepas melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pagi ini, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kampung Tunku, Lau Weng San berkata polis memberitahu mereka bahawa belum ada keputusan yang dibuat berhubung penangkapan mereka ketika mengadakan perhimpunan nyalaan lilin itu.... more.
Kat Malaysia .... kalau nak buat candle light dinner ... korang buat kat dalam hutan. Tak der sapa nampak. Cuma jangan sampai terbakar utan ... Wakakakakak
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Raja Petra Mahu Azilah, Sirul Azhar
Penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menghadapi pertuduhan memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri dan dua lagi dalam satu akuan berkanun (SD), hari ini meminta Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan sepina terhadap dua anggota polis.Kah kah kah ..... jerat dia bro ... kalau boleh tengok muka dia sekali. Camana rupa agaknya.
Peguamnya Manjeet Singh Dhillon berkata pihak pembelaan telah mengemukakan permohonan kepada mahkamah pada 20 Nov supaya mengeluarkan sepina terhadap C/Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar, yang beliau ingin panggil sebagai saksi pembelaan dan juga untuk tujuan pengenalan dalam kes pendakwaan.
Manjeet berkata pembelaan menyenaraikan enam saksi termasuk Azilah dan Sirul Azhar. Kedua-dua mereka telah diperintahkan membela diri terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam mulai 15 Jan tahun depan.
Beliau turut memohon mahkamah supaya menangguhkan perbicaraan kes Raja Petra sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung keterangan pembelaan Azilah dan Sirul Azhar.... more.
Ada iras iras ... bik mama tak?
Labels: Altantuya, Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ever heard about Pro ISA?
standupformalaysia |.... The 500-strong group marched for 2km along Jalan Tun Razak in the heart of the capital city, cheering their way to the Jalan Tun Razak Police Station to lodge a police report seeking action against those who stir up racial issues and question Malay rights.
The march was briefly disrupted when an unidentified woman, a pedestrian, started making her anti-ISA sentiments known to the group. She was also seen taking pictures with her cellphone. Her actions provoked several participants of the march who went after her. Fortunately, police officers at the scene managed to intervene and safely escorted the lady to her car. Angry remarks were heard hurling at the lady when she made her way to safety. One of the participants of the pro-ISA rally was even caught on tape kicking her car. No police arrests have been made.... more.
Related articlesAntara dua .... kuburkan UMNO, terkuburlah ISA atau kuburkan ISA, terkuburlah UMNO.
2 demonstration in KL today! Guess which one the police stop!
"What if You're Wrong?" & on the Evolutionary ...
RAINDROPS: No time to wait..Keep moving..
Police stop anti-ISA event in Ampang at Anwar Ibrahim
Ceramah Perdana Anti-ISA: Disurai Dgn ...
What i hear this week 5
Perhimpunan pro ISA halal kerana UMNO.
Perhimpunan anti ISA haram kerana PR
Ingatkan negeri Selangor di bawah pemerintahan PR boleh berhimpunan cara aman ... tapi
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Harga minyak sepatutnya RM1.52!
harakah | Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong.Nak bagi rakyat senang atau nak bagi menteri senang? Tepuk dada tanya buah. wakakakak
"Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,"kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya.
"Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,"dakwanya.
Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Kenapa BPR bodoh?
3 ahli Puteri buat laporan polisNasib baik pegawai tu tak di hidang KOPI JANTAN masa soal siasat. Kalau ada ..... nahas. Wakakakak
bhairan | Tiga ahli Puteri Umno Jempol membuat laporan polis terhadap pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang didakwa menyoal siasat mereka dalam sebuah bilik hotel murah di sini tanpa ditemani pegawai wanita dan mendakwa diugut serta dipaksa membuat perakuan palsu menerima wang untuk menyokong calon tertentu pada pemilihan Umno bahagian itu bulan lalu.
Seorang daripada tiga ahli Puteri itu, Zalina Muhammad, 30, mendakwa dipaksa duduk atas katil dan dikelilingi antara lapan hingga 10 pegawai BPR ketika di bilik hotel itu, kira-kira jam 9 pagi.
Beliau mendakwa mereka dipaksa membuat perakuan palsu menerima wang untuk menyokong Ahli Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua Umno bahagian, Datuk Lilah Yasin, timbalannya yang juga Setiausaha Khas Menteri Pelajaran, Mohd Salim Shariff dan Naib Ketua, Mustapha Nagoor pada pemilihan jawatan bahagian 12 Oktober lalu.... more.
Labels: BELIT BPR
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Forever No To ISA
aminiskandar |
Updates
Mohammad Sabu dan Salahuddin Ayub ditahan bersama-sama dengan 9 orang di Pandan Indah malam tadi. Ceramah anti ISA telah digagalkan oleh pihak polis.
Menurut penduduk setempat, polis telah mengawal Dataran MPAJ tempat yang seharusnya berlangsungnya ceramah tersebut semenjak dua hari sebelum ceramah lagi. Tidak hairanlah mengapa jenayah di Malaysia semakin meningkat.
Pihak polis disuruh menjaga padang!!! Tidak hairanlah mengapa sehingga hari ini Sharlinie masih belum ditemui!
Posting Asal
Hari ini sebuah perhimpunan dianjurkan di Wisma Sejarah untuk berkempen menyokong kerajaan BN mengekalkan ISA.
Dengan menggunakan slogan “Yes To ISA”,ucapan-ucapan yang mengapi-apikan kebencian kaum dipersembahkan kepada hadirin.
Nampaknya kumpulan-kumpulan tajaan Umno-BN ini tidak putus asa untuk membangkitkan pergaduhan kaum.
Ini adalah sindrom-sindrom kerajaan yang hampir jatuh.
Di Indonesia dulu, sebelum diktator Soeharto jatuh, kumpulan-kumpulan sebegini ditaja untuk membuat kekacauan.... more.
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Ramai sokong fatwa haram yoga
utusan | Orang ramai menyokong tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga secara sistematik kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.Betul ... aku nampak Majlis Fatwa jumpa orang ramai tanya pendapat. Diorang gi ke pejabat tanah, kedai letrik, stesyen bas, kelab lumba kuda, panggung wayang, litar lumba sepang, kedai nombor untuk tanya pendapat ramai. Tu sebab tajuk berita hari ni .... "Ramai sokong fatwa haram yoga."
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang hari ini mendapati orang ramai berpendapat kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin semalam, seharusnya menyedarkan umat Islam bahawa yoga yang melibatkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan boleh memesongkan akidah dan iman.
Seorang peniaga, Mohd. Khalid Ishak, 35, berkata, sekiranya umat Islam mengamalkan yoga yang melibatkan unsur-unsur mantera, maka ia boleh mengakibatkan seseorang itu terpesong akidah.
''Yoga sebenarnya adalah untuk menjaga kesihatan dan itulah yang membuatkan ramai orang mengikuti senaman ini,'' katanya.... more.
Wakakakakak .....
Dan bukti sokongan tu maka SIS kata, Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa.
Ramai juga yang keliru dengan fatwa ni ... buktinya, Pengusaha kelab nafi mantera dalam senaman yoga
Aku teringat tulisan Mufti Perlis.
Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.Menyedihkan kalau satu hari nanti, Majlis Fatwa tidak di hormati lagi kerana keputusan dan fatwa di keluarkan adalah kerana mahu jaga periuk nasi dan bukan tanggung jawab terhadap Islam.
Labels: FATWA
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mahathir di rayu bersubahat tutup rahsia
Tun Mahathir dirayu jangan dedah namaAdalah menjadi satu kesalahan kerana menyimpan sebarang bukti penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Tak kan tak tau undang undang kot?
utusan | Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dirayu agar memikirkan semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tindakan tersebut bakal memberi implikasi negatif yang besar kepada parti.
Calon Naib Presiden UMNO itu berkata, Dr. Mahathir kemungkinan menerima aduan daripada pihak-pihak lain tetapi penganiayaan boleh berlaku tanpa melakukan siasatan rapi.
Katanya, semua prinsip undang-undang meletakkan soal keadilan sebagai asas dan sebagai parti politik kewujudan unsur sabotaj tidak boleh dinafikan.
"Dalam hal ini, saya merayu dan berharap Tun memahami situasi implikasi yang beliau akan lakukan. Namun memang tiada siapa yang boleh menahan Tun untuk melakukannya.... more.
Labels: Rasuah UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Kata Najib, Dunia tersilap tidak ikut Malaysia
Dunia tersilap tidak ikut MalaysiaBetul .... dunia pun silap sebab tak der Pemimpin macam Najib ... wakakakakak
Krisis kewangan global yang berlaku sekarang menunjukkan komuniti ekonomi dunia telah tersilap langkah kerana tidak menerima cadangan Malaysia sejak 10 tahun lalu untuk membuat pembaharuan kepada struktur sistem kewangan yang dikawal selia oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan institusi-institusi Bretton Woods lain.
Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas hari pertama sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memberitahu perbincangan para pemimpin APEC itu bahawa kawal selia sistem kewangan dunia kali ini, seperti juga yang diperlihatkan dalam krisis kewangan Asia 1997-1998, telah gagal mengesan “lebihan belanja yang keterlaluan dalam sistem kewangan antarabangsa.”
Katanya, hakikat bahawa kegawatan tersebut berulang lagi dalam skala dan impak yang lebih besar hingga mengakibatkan negara-negara dunia terjebak dalam kemelesetan menunjukkan “pemikiran lama IMF sudah tidak sah lagi.... more.
Apa lah pagi pagi dah ada lawak ni ... bukan Rancangan Lawak Nabil tengahari sikit ke?
Labels: Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments