KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 5, 2008

Berita menarik hari ini [5-June-2008/Khamis]

Tarif baru elektrik berkuatkuasa 1 Julai ini [utusmeloya]
MT UMNO berkumpul di Shah Alam bincang hala tuju pulihkan parti [utusmeloya]
Kos perniagaan, perkhidmatan meningkat [bharian]
Reaksi pemimpin persatuan [bharian]
Get ready for aftermath, Government warned [thestar]
Petrol price up by 78 sen - and will be reviewed monthly [thestar]
Economists see inflation soaring to six per cent [nst]
ECM Libra to grow shareholders fund [nst]
CAP: Don't use fuel hike to increase food prices [nst]
Terburuk dalam sejarah - Pembangkang [utusmeloya]
Orang ramai sifatkan terlalu tinggi [utusmeloya]
Belanja perjalanan jarak jauh meningkat [utusmeloya]
NGO beri reaksi berbeza [utusmeloya]
Harga beras mahal boleh sebabkan kurang zat [utusmeloya]
Larangan kenderaan asing dibatal [utusmeloya]
Tiada masalah bayar rebat melalui kiriman wang [utusmeloya]
Lebih separuh pengguna tidak terjejas tarif baru elektrik - KTAK [utusmeloya]
Subsidi dibayar tunai kepada pemilik kenderaan [utusmeloya]
Inflasi naik mendadak? [utusmeloya]
Warga Kota Tawan Stesen Minyak Di Kuala Lumpur [bernama]
Kenaikan Harga Minyak Cetus Kebimbangan Harga Barang Lain Turut Meningkat [bernama]
Jangan Demonstrasi, Rakyat Malaysia Diberitahu [bernama]

Kenaikan Harga Minyak

Part 1



Part 2




Huru-hara Di Stesen Minyak | Temubual Dengan Prof. Hamdan



Pembohongan Shahril Samad

Kenaikan Harga Petrol: Protes Rakyat Akan Digerakkan Seluruh Negara !

malaysiatoday

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) membidas tindakan kerajaan Barisan Nasional kerana meneruskan 'tradisi membebankan rakyat' berikutan kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing pada kadar RM2.70 dan RM2.58 seliter berkuatkuasa semalam.

Ini juga disusuli dengan kenaikan tarif elektrik yang bakal menyusul pada tarikh 1 Julai 2008.

Pengumuman Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi seperti biasa akan disusuli oleh kenyataan 'Malaysia masih lagi menjadi antara negara yang menawarkan harga bahan api terendah di rantau ini', dengan membandingkan Malaysia dengan Singapura dan Thailand yang bukan merupakan negara pengeluar minyak.

AMK yakin tindakan kerajaan yang meletakkan beban di bahu rakyat untuk menanggung kenaikan minyak mendadak pasti akan disusuli dengan kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan di seluruh negara.

Semasa membentangkan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai. Malah, baru-baru ini diumumkan kadar tambang bas pula akan dinaikkan. Justeru wujud kesangsian sama ada usaha-usaha kerajaan ini yang kononnya mahu membelanjakan penjimatan subsidi petrol dan diesel ini ke arah kesejahteraan rakyat adalah benar atau sebaliknya memandangkan Perdana Menteri begitu ghairah dengan projek-projek mega dan koridor ekonomi yang menelan belanja puluhan billion ringgit?

Tindakan terbaru kerajaan ini jelas menggambarkan tiada kepedulian sosial yang diambil oleh kerajaan di dalam mengurus ekonomi negara. Pastinya generasi muda ialah kumpulan sasar yang paling terkesan hasil daripada kenaikan mendadak ini dalam keadaan inflasi terus parah tanpa kawalan bijak oleh kerajaan.

Ini juga menggambarkan bahawa pengurusan ekonomi negara berada di tahap yang lemah, dalam keadaan pelaburan asing jatuh merudum pada aras 4% dan indeks Gross Domestic Product (GDP) hanya di aras 9% berbanding negara-negara Asia yang lain sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Singapura 20 Mei lepas.

AMK menggesa agar perincian menyeluruh Laporan Kewangan Tahunan Petronas, termasuk sumber keuntungan dan perbelanjaan didedahkan kepada umum melalui Parlimen agar rakyat boleh menilai keupayaan kerajaan mentadbir urus keuntungan Petronas dengan saksama.

AMK juga ingin menegaskan komitmen AMK untuk menggerakkan protes rakyat di seluruh negara hasil daripada kenaikan mendadak ini agar kerajaan dapat melihat ketidakcekapan mereka mengurus ekonomi negara sama sekali tidak boleh diterima majoriti rakyat Malaysia.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Yes, let us get angry, but about the right things

ImageNO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday - [...] We should not get upset with the increase in the price of petrol. What we should get upset about is the fact that over 34 years since 1974, Malaysia has earned an estimated RM2 trillion in oil revenue. I say ‘estimated’ because that is the only basis we can use in figuring out what the actual amount is. Petronas’ accounts are not published and are not tabled before Parliament. According to the Petroleum Development Act 1974, Petronas need not make its accounts public. Petronas need not even report to anyone, not even to Parliament. Petronas reports to just one man, the Prime Minister of Malaysia.

Petronas is too important to the nation. Petronas is the backbone of the Malaysian economy. Without Petronas this country would be dead. Should something that important be under the control of just one man where even Parliament has no say over it? That is what we should be angry about. We should not be angry that the price of petrol has increased. It is not Abdullah Ahmad Badawi’s fault.

Okay, if we want to still be angry with Abdullah Ahmad Badawi, then let us be angry about the fact that just before the 8 March 2008 general election the government promised the voters that the price of petrol would not be increased. Then, even before 100 days after the general election, they go and increase it. They lied to us. They led us to believe that if we voted for them the price of petrol would not be increased. Then, after 50% or so of Malaysians voted for them, they go and increase the price of petrol. If they had been honest and had said that as soon as the general election is over they will increase the price of petrol, then 50% of Malaysians would not have voted for them. If they had been honest and had said that as soon as the general election is over they will increase the price of petrol, then more than five states would have fallen to Pakatan Rakyat and Barisan Nasional would no longer be the federal government.

Yes, that we can be angry about, if we want to be angry about something. Be angry that they lied to us. Be angry that they got 50% of Malaysians to vote for them under false pretences. But we should not be angry with Abdullah Ahmad Badawi for increasing the price of petrol when he really had no choice in the matter.

I am not angry about the increase in the price of petrol when Abdullah Ahmad Badawi could not avoid increasing it. I am angry that he was forced to increase it. Why was he forced to increase it? And what happened to the estimated RM2 trillion that Petronas has earned over 34 years since 1974? And why are the accounts not made public or tabled before Parliament? Was not Petronas set up through an Act of Parliament via the Petroleum Development Act 1974? Therefore, should not Parliament have the power and authority to demand that Petronas table its accounts before Parliament? Why are the accounts secret? And why should Petronas report to only one man?... selanjutnya.

Dato' Shahrir Samad pecah lubang mengapa harga minyak naik!!!!

survivalperjuangan - [...] Setakat yang kita nampak projek awal RMK 9 yang telah diadakan seperti monument masjid di Kuala Terengganu, PKZ yang hampir menjadi gajah putih, Islam Hadhari yang diharamkan oleh kerajaan Selangor, Wilayah Iskandar (UNTUK SIAPA?), Koridor Pantai timur, Utara dan apa saja yang bukan menjanjikan peluang asas kepada rakyat dalam jangka segera dan sederhana. JANGKA PANJANG TIDAK PASTI LAGI………kerana terburu-buru, lihatlah, apa terjadi kepada PKZ.

Gaji sector swasta yang tidak diperdulikan. Pekerja pengeluaran di kilang semiconductor hanya bergaji pokok dalam lingkungan RM500 berbanding pekerja am baru 4ke 5 tahun boleh meraih gaji RM1500 ke atas.

Kerajaan amat tidak memperdulikan nasib rakyat. Beban demi beban dihempaskan ke atas kepala rakyat. Segala isu yang berlaku berhubung kepentingan rakyat tidak ditangani dengan baik.

Kenaikkan harga minyak masak, kenaikkan harga tepung, kenaikkan harga beras (melalui pengurangan subsidi) dan terkini menaikkan harga minyak (kurangkan subsisdi) terlalu mendadak adalah sesuatu yang amat tidak wajar sama sekali.

Pengurusan Petronas milik kerajaan yang diurus secara korporat menerima limpahan pulangan berlipat kali ganda kesan kenaikkan harga minyak.

Tetapi sayangnya, beratus juta malah mencecah berbilion Ringgit dibelanjakan selaras urus cara korporat untuk imej, sukan, penajaan dan perbelanjaan yang bolehkah ketelusannya dipertikaikan.... selanjutnya.

Najib Atlantuya Tolong Jawab!!!

perisikrakyat - Hati masih panas membara lagi sejak pengumuman kenaikan bahan bakar semalam...teringat kata-kata sorang Pak Menteri bertaraf TIMBALAN PERDANA MENTERI sebelum PRU12 tempohari.pucuk dicita ulam mendatang.tiba-tiba ada rakan menghantar gambar akhbar dengan tajuk : Najib Nafi Petrol Naik Lepas Pilihanraya!!!

Dalam ramai-ramai menteri UMNO menteri bangang ni lah yang paling tak cerdik sekali kenyataannya."negara akan bankrap kalau harga minyak diturunkan".tu antara kenyataan bebal TPM Malaysia yang juga bakal PM!

Hari ni kita harap Najib TPM dapat menjawab soalan dari kita & sila beri penjelasan atas kenyataannya tempohari!

Rakyat nak tahu apa alasan anda.engkau bakal PM & engkau perlu beri penjelasan atas isu ini!seluruh Malaysia akan berada dibawah kuasa engkau wahai Najib & rakyat perlu penjelasan dari bakal PM Malaysia!... selanjutnya.

Mukhriz bantah kenaikan harga minyak

malaysiakini - [...] Ahli Parlimen Jerlun itu - pemimpin Umno pertama yang menyuarakan bantahan secara terbuka - berkata, rakyat belum mampu menangani masalah kenaikan itu pada ketika kos sara hidup juga semakin meningkat.

Sepatutnya, kata beliau, kenaikan itu dilaksanakan secara berperingkat dan diumumkan tarikh kenaikan lebih awal agar rakyat tidak terlalu terbeban.

Bernama memetik Mukhriz sebagai berkata keputusan yang dibuat semalam bagi menaikkan harga minyak yang berkuatkuasa hari ini, terlalu drastik dan tidak boleh diterima rakyat.

Tambahan pula, kenaikannya terlalu tinggi, kata anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Mukhriz berkata implikasi kenaikan harga minyak dan diesel itu bukan sahaja dirasakan penduduk luar bandar tetapi juga di bandar yang akan turut berhadapan dengan kenaikan harga barangan makanan dan kos pengangkutan.... selanjutnya.

Minyak Naik!!

zul4kulim - Persoalan besar ialah..kemana pergi limpahan keuntungan kenaikan minyak itu..pembaziran demi pembaziran dilsayakan oleh UMNO/BN. Contohnya 3 orang Penasihat Lapuk PM dibayar gaji setahun RM1.35j setahun tanpa buat ape kerja pun!! Bukankah ini satu pembaziran yang nyata! Bagaimana dengan pembaziran-pembaziran lain. Bagaimana dengan pembaziran Kementerian Belia membeli screw driver sehingga beribu ringgit tiap satu.

Membaca lapuran Ketua Audit Negara sahaja terbentang luas depan kita betapa pembaziran raksaksa oleh Kerajaan UMNO/BN. Adakah hasil keuntungan negara disonglap melalui saluran-saluran haram ini? Melalui projek..melalui program..melalui kontrak..melalui tender dan banyak lagi saluran haram yang disalahgunakan oleh Kerajaan UMNO/BN untuk menyonglap wang rakyat! Kami di Pakatan Rakyat telah menjanjikan akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja memerintah. Ini bukan retorik kosong..ini janji kami. Dan Anwar Ibrahim punya rekod membuktikan ianya boleh dibuat..beliau adalah Menteri Kewangan yang menjaga Petronas dari tahun 1990-1998.... selanjutnya.

How the RM625 rebate will be returned

malaysianinsider - [..] The government's last-minute decision that the fuel subsidy will be in the form of a rebate on the road tax has most of us confounded. After all, there was a lot of information given by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi during his briefing with the media, and it'll take a while to digest the rest.

For now, the main question that many Malaysians want answered, in no fancy terms, is how to get our money back? Will it be instantaneous? Or do we have to wait weeks for the red tape to clear? What about those who've already paid their road tax? How will they claim the rebate? It's already the middle of the year. Do they still qualify?

Thankfully, the Domestic Trade and Consumer Affairs Minister, Datuk Shahrir Abdul Samad, stayed on after the prime minister left to clarify matters.

"Well, it starts for April (2008), right? It's applicable until March 2009," said Shahrir, adding that all Malaysians need do is claim their rebate through the post office, one of places we can all pay our road tax.

"They'll have to go back to the post office and they'll get their money back. Once pay the road tax, the post office will give you a money order (for the RM625 rebate) which you can put in your bank account," he explained.... selanjutnya.

Pesan Bang Anwar

message dari angahnyak .... [klik imej jelas]

Peralihan Kuasa?



Peralihan kuasa sebahagian Pelan Pemulihan Politik UMNO
Agendodaily - Pelan Peralihan Kuasa yang disebut-sebut sebagai salah satu isu utama dalam UMNO difahamkan turut menjadi salah satu perkara yang dibincangkan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada ‘perkampungan’ MT yang berlangsung bermula hari Khamis hingga Jumaat. Menurut sumber daripada kalangan Ahli MT memberitahu Agendadaily, soal peralihan kuasa perlu ditangani dan diselesaikan kerana ia merupakan isu yang menjadi tumpuan di kalangan ahli-ahli UMNO dan juga rakyat umum keseluruhannya. “Ia bukan soal mendesak sesiapa meletakkan jawatan tetapi dalam usaha pemulihan politik UMNO, perkara ini sebahagian daripada perkara yang perlu dibahaskan secara terbuka dan diselesaikan,” katanya. ... selanjutnya.

No2umnO - Aku memang dari dulu tak caya pada UMNO. Biar ubah kulit, potong rambut, buang gigi, cucuk botox ... UMno tetap UMNO. Bila minyak naik, ada yang cuba jadi hero nanti .... waspada pada rakyat.

Alasan kerajaan tidak boleh diterima - KeADILan

harakahdaily - [...] Pengumuman Kerajaan ke atas kenaikan 40% harga minyak amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka berasa tertipu kononnya kerajaan simpati dengan beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan harga barang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini pasti akan melonjakkan lagi harga barang tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat.

Katanya, alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat diterima rakyat.

Tambahnya, bukan setakat itu sahaja kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak banyak menimbulkan persoalan.

Tegasnya, Dato' Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion. ... selanjutnya.

berita berkaitan
PAS desak kerajaan batal kenaikan harga minyak..
Minyak naik: NGO saran rakyat nyatakan bantahan ..
Rakyat miskin mendadak - Salahuddin..
Pakatan Rakyat komited turunkan harga minyak - Anwar..

Kenyataan merapu dari Noh Omar

Kenyataan dari seorang menteri yang ............. Datuk Noh Omar.

Tiada sebab kenaikan tambang pengangutan awam: Noh Omar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata tidak ada sebab yang kukuh bagi pengusaha pengangkutan awam untuk menaikkan tambang ekoran kenaikan harga minyak dan diesel mulai hari ini kerana mereka memiliki “kad fleet” yang membolehkan mereka mendapatkan bekalan pada harga lama.

"Kenaikan harga minyak tidak membabitkan kenaikan harga minyak kepada pemegang kad fleet iaitu pengangkutan awam oleh kerana harga minyak (diesel) yang ditentukan kepada pengangkutan awam kekal pada RM1.43 (seliter).

Tidak ada sebab tambang perlu dinaikkan untuk pengangkutan awam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bharian
Dia paham ke apa dia cakap? Hello Bro ... mana boleh cakap jer...kena kira. Kalau tak payah kira cakap jadi merapu.....macam wa.

Anwar Pembohong !!!

"Wa sulah kata, itu Anwar talak boleh pecaya punya. Mana ada minyak
naik 30 sen maa..Itu kelajaan sulah naikkan minyak 78sen, kira ok maa..wa
boleh jadi cepat kaya" - Tokey Stesen Minyak XX

"Saya memang tak suka dgn Anwar tu. Dia nak turunkan harga minyak kalau
dia jadi PM. Mana boleh. Kalau minyak turun harga, tak boleh lah saya
naikkan lagi harga jualan makanan saya. Bila nak kaya kalo camtu?" -
Pengusaha Kedai Makan

"Releks la bro..Lu kecoh2 minyak naik ni apa hal? Lantak la nak naik
berapa pun. Gua tada hal punya. Janji diorang tak kacau geng gua dah la"
- Mat Rempit aka Peragut Sambilan



"Err...minyak naik? naik ke mana? Minyak apa yang naik ni sedara?
Minyak belacak ke minyak wangi?..Err..sorry le sedara. Saya pun dah lama tak
mengisi minyak kat stesen, saya pakai kad khas VIP je selama ni..tak
tau pulak nak komen apa.." - Anak Menteri Venezula... selanjutnya.

No2umnO - Lu pilih ..... Pak Lah mau turun atau minyak mahu turun ? Pilih Sikalang .... wa cakap sama lu.

Petrol prices demonstrations

Panas memang panas, sekarang nih..... tak tau la apa nak jadi. Semua gajah, beruk, ungka sehinggakan katak pun dah naik minyak. Ada yang kena sapu kepala dengan minyak angin, nampak gayanya.

Petrol prices demonstrations
hardT - Opposition in the context of an opposition movement or opposition party does not necessarily mean that they oppose the constitution or statehood or nationhood of the country they operate in.
They are not against the people of a country or its very existence. They merely oppose the policies and acts of the government of the day.

They make life difficult for the government day on day. They steal every moment to prove how wrong the government is. They rush on every occasion to show how worthy a choice they are to govern.
It is a job they ought to do, to ensure plurality of views and choices to the people.
Therefore, in that context the opponent is not considered as an “enemy” of the state, or the people or even the government for that matter.
The opponent is seen as one who has a responsibility to show the other side and hold the government to account.... selanjutnya.

Protes jangan tak protes !!!

Demostrasi Kenaikan Harga Minyak di Kemaman petang ini
tranungkite - Berikutan pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan di bawah ketiak Pak Lah, maka awal-awal lagi Pak Lah telah umumkan supaya rakyat janganlah melakukan demonstrasi bagi membantah kenaikan harga minyak.

Bagaimana pun rakyat ada hak untuk berdemonstrasi bagi membantah kenaikan harga minyak yang bakal menghimpit kehidupan rakyat yang kian sengsara.

Oleh itu satu demonstrasi besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak oleh kerajaan Dollah Badwi akan diadakan sebagaimana berikut:-

PADA : 5 Jun 2008 (HARI INI)
MASA : 5.30 petang
TEMPAT : HADAPAN CENTRE POINT,
BANDAR CHUKAI,KEMAMAN,
TERENGGANU
... selanjutnya.

Mana Pak Lah?

Nampaknya ramai sedang mencari Pak Lah sekarang. Tu sebab aku tak mau jadi PM. Belajar tak lah tinggi, pandai tidak seberapa. Baik jadi rakyat biasa dari jadi Pemimpin. Kalau buat silap keputusan orang kata kita Bahlol, Tolol Maliwol......kerana naik harga minyak, ini yang berlaku [rujuk Rocky Bru]

Tak cukup itu ..... http://www.warkahuntukpm.com.my/ pun ditutup semenatara waktu ..... huhuhuh



Harap Maaf.
Laman ini sedang dalam proses penyelenggaraan.

Protes besar-besaran 12 Julai

Satu panggilan lagi untuk pejuang pejuang bersih ..... baca lah sini

Ribuan orang akan digerakkan untuk menyertai protes membantah kenaikan besar harga minyak di Menara Berkembar Kuala Lumpur pada jam 3 petang 12 Julai.

petrol price increase protest group pc 050608 01Penganjur Gabungan Anti-Inflasi (Protes) berharap dapat menghimpun 100,000 orang untuk mendesak kerajaan supaya mengurangkan harga minyak ke paras asalnya, sebelum ini.

"Kami percaya, dengan kenaikan drastik harga minyak, kami akan mendapat sokongan rakyat...

"Ini tidak sama dengan perhimpunan anjuran Bersih. Ia akan lebih besar. Impaknya juga akan lebih besar," kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli dalam sidang akhbar hari ini.

Hatta menjelaskan bahawa Menara Berkembar KLCC dipilih sebagai tempat protes tersebut kerana ia merupakan ibupejabat syarikat minyak negara, Petronas.

Menurutnya, Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas sepetutnya digunakan untuk meringan beban rakyat, akibat kenaikan harga minyak - malaysiakini
dan ini berita perhimpunan secara runcit rakyat Malaysia...

Kira-kira 100 orang lagi berhimpun di situ sambil menyaksikan protes tersebut diadakan.
kl fuel hike protest 050608 01
Peserta protes tersebut berarak kira-kira 200 meter sebagai tanda kemarahan mereka dengan kenaikan 41 peratus harga petrol yang berkuatkuasa tengah malam tadi.

Protes tersebut yang diketuai oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai diawasi oleh kira-kria 15 anggota polis, termasuk enam anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU). - malaysiakini

Nasi Lemak RM1.50, telur rebus

imej: alalalan....banyak lagi gambar menarik.

TOKOH MAAL HIJRAH KITA

The image “http://i36.photobucket.com/albums/e24/LuvKissBaby/671017189-Clip.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.The image “http://i36.photobucket.com/albums/e24/LuvKissBaby/3875393446-Clip_3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors....
imej di petik: alalalan

no2umnO - Kalau dah Islam hadhari pun boleh pegang model, tokoh maal hijrah pun apa kurangnya. Tak lama lagi imam masjid, tok kadi dan macam macam lagi pun sama. hai .... memang dunia dah tua. Manusia pun dah lupa.

PR Tolong Rakyat BN Rompak Rakyat

marhaendaily - Tak dapat digambarkan rasa marah dan kecewa aku kepada “kera”jaan BN Pak Lah di atas keputusan tidak bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan tarif elektrik hingga ke paras yang sangat “berbahaya”. Tak pernah aku lihat di dalam sejarah, kerajaan yang begitu tidak bermoral dan beretika di dalam menanggani masaalah rakyat dengan menambahbeban lagi kehidupan yang telah pun amat sengsara di kala negara mendapat untung besar daripada hasil jualan minyak. Apakah segala hasil mahsul negara ini hanya untuk ditelan oleh anak pinak mereka semata sedangkan rakyat terbanyak dipaksa terus menerus menderita beban kenaikan kos kehidupan? Bayangkan dengan kenaikan harga minyak dan elektrik yang sebegini dahsyat, apa akan berlaku dengan harga barangan keperluan lain? Takkan nak “ubah cara hidup lagi !!!!”.

Pak Lah sekali lagi mengesahkan bahawa ia tidak layak lagi menjadi PM Malaysia. Pak Lah adalah seorang manusia yang bertopengkan binatang, yang kejam kepada rakyat. Ia sebenarnya tidak pernah memikirkan kemaslahatan dan kebajikan rakyat. Apa yang ditunjukkan muka sardinnya selama ini hanyalah sandiwara bertujuan mengabui mata rakyat. Jikalau betul Pak Lah prihatin kepada rakyat, masakan setiap kali berhadapan dengan masaalah ekonomi ia akan merompak duit rakyat? Dan saya minta si katak Ezam tolong pi selesaikan isu besar yang melanda rakyat ini jika benar kamu seorang wira rakyat marhaen. Padan muka si Ezam kerana Pak Lah tunggu dia masuk UMNO baru dinaikkan harga minyak dan elektrik.

Mungkinkah apa yang dibuat oleh Pak Lah ini memang bertujuan untuk meresahkan rakyat? Apabila rakyat dah marah, maka ramai yang akan memberontak dan ia mempunyai alasan kukuh untuk melaksanakan agenda “jahat anti demokrasinya”. Bukankan nyawa Pak Lah umpama telur di hujung tanduk aje sekarang? Pak Lah mungkin berpandangan bahawa ia tidak dapat bertahan lama dalam keadaan yang ada pada hari ini, yang mana ia diasak dari semua penjuru di dalam dan di luar parti. Pada pandangan saya kita semua perlu berhati-hati. Jangan bagi ruang kepada puak-puak h***mj***h ini mengambil kesempatan menangguk ikan di air keruh. Mari bersama-sama kita hadapi krisis ini dengan tenang dan berhikmah kerana nyawa BN dah tinggal nyawa-nyawa ikan aje lagi!... selanjutnya.

TNB umum tarif baru, guna 200kWj tiada perubahan

MStar - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan tarif baru elektrik tengah hari tadi dengan mengekalkan tarif semasa bagi pengguna kediaman dan domestik yang menggunakan tenaga sehingga 200 kilowatt jam (kWj) sebulan.

Sementara pengguna dengan penggunaan 201 hingga 400kWj akan mengalami peningkatan 1 hingga 11 peratus dalam bil bulanan - berkuat kuasa 1 Julai ini.

Kadar tarif baru itu diumumkan oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie di sini.

Ia sejajar dengan pengumuman kerajaan semalam, yang antara lain berkaitan dengan kenaikan bahan api petrol dan diesel.

Pada sidang media semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, satu struktur baru tarif elektrik (jadual tarif yang dikeluarkan semalam menyusul) untuk Semenanjung Malaysia akan diperkenalkan mulai 1 Julai ini.... selanjutnya.

APAKAH IANYA 'MALA FIDEL' ATAUPUN REALITI?

msomelayu - [...] Inilah rakaman yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia di muka surat 9 hari ini. Gambar ini merakam betapa kalutnya orang ramai mencuri peluang untuk mengisi minyak dengan harga lama sebelum dikuatkuasakan kenaikannya malam tadi.

Mereka sanggup berbaris panjang, berasak dalam kesesakan, terpaksa sampai lewat ke rumah, ketinggalan waktu solat, melepaskan peluang untuk makan bersama anak dan isteri semata-mata ingin mencari sedikit untung.

Kenaikan sebanyak RM0.78 sen bagi petrol dan RM1.00 bagi diesel adalah tinggi bagi rakyat. Betapa naifnya kantung rakyat Malaysia kalau kerana mengharapkan penjimatan sebanyak 78 sen atau RM1 mereka terpaksa mengorbankan segala-gala itu!... selanjutnya.

no2umnO - Kereta wak ada sticker KEADILAN dan PAS. Ketika memasuki ruang stesyen minyak semalam, ramai yang pandang. Dan wak terpaksa berderet kerana tidak bersetuju dengan peningkatan harga minyak. Kalau setuju, sudah pasti wak akan menanti esoknya saja. Yang sedang bermain di dalam kepala otak wak ketika itu, ada beberapa orang pemimpin UMNO setempat, turut beratur panjang bersama sama mahu mengisi minyak dengan harga lama ..... Ingat kot mereka setuju dengan kata pemimpin mereka?

Mekanisme kepala hotak!

 tranungkite - “This is not an attempt to be popular” F**k Lah cakap dalam berita malam tadi.

Wife gua cakap, F**k Lah saja nak carik alasan mau letak jawatan. Kira kalau dia resign lepas ni bukan sebab kepimpinan dia lemah atau pun Firaun membebel tak sudah-sudah. Atau bukan sebab orang UMNO sendiri benci beliau. Dan menantunya sekali.

Kali ini jika F**k Lah resign, ialah kerana tekanan rakyat akibat tindakannya meletakkan jawatan. Itu persepsi wife gua, yang juga bukan ahli politik atau pun ahli mana-mana parti politik. Macam gua jugak. Hanya rakyat marhaen yang pandai kritik sahaja.

F**k Lah kata ini adalah satu mekanisme baru untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan kepada rakyat. Bagaimana pula dengan beban rakyat di atas batu jemala dan bermacam-macam batu lagi di tubuh badan mereka?

Selepas huru-hara semalam, oh ya! Gua rasa laporan polis perlu dibuat kerana kenyataan secara mengejut mengenai kenaikan harga minyak itu menyebabkan seluruh negara menjadi huru hara. Pekan Kuala Klawang di Jelebu yang hanya ada 4 stesen minyak itu telah diserbu hinggakan kesesakan lalulintas terjadi. Di Semenyih pula, polis terpaksa berkawal di 2 buah stesen minyak yang telah awal-awal lagi menghentikan operasinya kerana mahu mengaut keuntungan jualan harga baru. F**k Lah patut ditahan di bawah ISA kerana menimbulkan huru hara.... selanjutnya.

Harga minyak Venezuela (RM 0.16 per liter) Vs Malaysia (RM 2.70 per liter)!!!

 tranungkite - [...] Benarkah dakwaan berikut? Jika benar apa tindakan semua? Cuba lihat analisis penganalisis berdasarkan maklumat yang didapati hasil pembacaan penganalisis mengenai harga minyak di Venezuela!

Rumor adalah seperti berikut, tetapi penganalisis telah membuktikan harga minyak di Venezuela seperti perkiraan di bawah. (Manakala harga minyak di negara lain akan disahkan kemudian kerana kesuntukan masa atau rakyat Malaysia boleh mencuba menyelidik sendiri)

UAE– RM1.19/liter
Eygpt– RM1.03/liter
Bahrain– RM0.87/liter
Qatar– RM0.68/liter
Kuwait– RM0.67/liter
Saudi Arabia– RM0.38/liter
Iran– RM0.35/liter
Nigeria– RM0.32/liter
Turkmenistan– RM0.25/liter
Venezuela– RM0.16/liter... selanjutnya.

Harga baru minyak sepatutnya dibahas di Parlimen - Mahfuz

harakahdaily - [...] "Walaupun kenaikan harga minyak berada dalam bidang kuasa kerajaan, tetapi oleh kerana kenaikan berskala besar kali ini pasti akan memberi kesan yang menindas kehidupan rakyat, ia hendaklah ditarik balik atau sekurang-kurangnya ditangguhkan sehingga perbincangan yang menyeluruh dengan semua pihak dibuat," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, kenaikan harga yang sebegitu kejam terhadap rakyat tidak patut dibuat secara tergesa-gesa tanpa perbincangan yang menyeluruh dengan semua pihak termasuk membentangkannya di Parlimen.

"Saya yakin, jika kerajaan membentangkan perkara ini di Parlimen terlebih dahulu, kesemua wakil rakyat boleh memberikan pelbagai pandangan yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan.

"Malah, mungkin harga minyak tidak perlu dinaikkan dengan pelbagai pandangan yang diberikan," katanya.

Mahfuz bimbang kenaikan harga sehingga 78 sen bagi minyak petrol dan RM1 bagi minyak diesel kali ini akan menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

"Sebelum ini, hanya Malaysiakini yang membayangkan harga minyak mungkin dinaikkan semalam. Media-media pro-kerajaan tidak kelihatan memberikan sebarang isyarat harga minyak akan dinaikkan semalam malah membayangkan harga minyak akan dinaikkan pada bulan Ogos. ... selanjutnya.

Pakatan Rakyat komited turunkan harga minyak - Anwar

harakahdaily - [...] "Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau menyatakan kenaikan tersebut menyebabkan kehidupan rakyat semakin rumit yang akan merebak kepada kenaikan taraf elektrik, kos pengangkutan dan harga barang keperluan yang lain.

"Persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor ke mana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun.

"Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah projek mega dan koridor (ekonomi)!" katanya yaang membidas pembaziran wang rakyat oleh kerajaan.

Beliau menyatakan bahawa rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan tetapi manfaatnya hanyalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

"Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab. Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

"Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan Umno-BN seharusnya berundur!" katanya. ... selanjutnya.

JKKK diarah sabotaj S'gor, kata PKR

malaysiakini - [...] Tan Sri Muhammad Mohd Taib mengarahkan sekumpulan ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor "mengacau" pentadbiran kerajaan negeri.

Senator itu, yang juga ketua penerangan Umno, mengadakan sebuah pertemuan dengan kumpulan ini di sebuah hotel di Shah Alam tidak lama selepas dilantik sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah pada Mac lalu.

Dalam pertemuan itu, beliau menggariskan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh ketua kampung dan ahli JKKK untuk mengganggu kerajaan negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat, kata satu sumber PKR kepada Malaysiakini hari ini.

"Muhammad berkata, (dalam pertemuan itu) jangan terima arahan daripada setiausaha kerajaan dan pegawai daerah.

"Jangan letak jawatan. Dapat elaun, (tetapi) buat bodoh saja. Kalau (kerajaan) negeri tidak bagi duit, (kerajaan) pusat akan bagi," kata sumber itu, dengan mendakwa maklumat didedahkan kepadanya oleh seorang penghulu yang hadir.... selanjutnya.

Tiada ikut langkah Ezam -AMK Selangor

malaysiakini - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menegaskan bahawa sehingga ke hari ini tiada seorang pun di kalangan pimpinannya - dari peringkat bahagian hingga negeri - yang mengikut langkah Ezam Mohd Nor menyertai Umno.

"AMK Selangor masih utuh menjadi benteng hadapan parti, kerajaan negeri dan rakyat," kata Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainudin.

"Kami yakin bahawa pimpinan dan ahli parti adalah matang. Mereka menyertai parti bukan hanya kerana individu tetapi kerana berpegang kepada prinsip dan matlamat parti.

"Pemimpin datang dan pergi. Patah tumbuh, hilang berganti. Ini bukan pengalaman kali pertama PKR. Parti tetap terus bergerak dan berkembang," katanya dalam satu kenyataan.

"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga akan pergi suatu hari nanti. Kekuatan PKR bukan semata karisma Anwar atau pemimpin lain.

"Kekuatan utama PKR adalah konsep parti pelbagai kaum yang merentasi lapisan kelas masyarakat yang berjaya ditonjolkan dengan jelas melalui formula Anwar," tambanya.... selanjutnya.

Protes kenaikan harga minyak di KL

malaysiakini - [...] Tan juga mengingatkan kerajaan bahawa lebih banyak protes dan kemungkinan huru hara akan berlaku sekiranya kerajaan tidak menyemak semula kenaikan harga bahan tersebut.

Hadir sama ialah pemimpin DAP yang lain termasuk Tan Seng Giaw, Lim Lip Eng, Fung Kui Lun dan Janicee Lee.

Protes di Kampung Baru esok

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen - dari RM1.92 kepada RM2.70 seliter.

Manakala harga diesel pula naik sebanyak RM1 - naik 63.3 peratus dari RM1.58 kepada RM2.58 seliter.

Kenaikan harga tersebut adalah antara langkah drastik yang diambil kerajaan untuk menangani peningkatan subsidi, yang dijangka mencecah RM56 bilion tahun ini.

Selepas membuat pengumuman tersebut, Abdullah berharap rakyat Malaysia tidak mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.... selanjutnya.

PM buat negara 'huru-hara'

Imageharakahdaily - [...] Selepas pemgumuman tersebut, wartawan Harakahdaily yang membuaut tinjauan sekitar Kuala Lumpur mendapati semua stesen-stesen minyak di ibu kota menjadi sesak dan hampir tidak terkawal.

Misalnya, stesen minyak Caltex di Jalan Pahang Barat telah menyebabkan kesesakan di Bulatan Pahang dan stesen minyak Petronas di Jalan Tun Razak telah menyebabkan kenderaan hiruk pikuk di sepanjang jalan berkenaan.

Seorang petugas di stesen Caltex di Jalan Pahang yang hanya tidak mahu dikenali berkata, keadaan agak sukar sebab pengguna seolah-olah 'histeria'.

"Seawal jam 5 petang kenderaan mula berpusu. Ramai yang serbu sehingga ada beberapa pelanggaran kecil dan situasi di hadapan Hospital Tawakal sesak teruk,"jelasnya.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal yang ditemui malam tadi, Birang Abdullah, 58, berkata ada pengusaha stesen yang menutup pam minyak mereka.

"Ini dah stesen keempat saya masuk. Sebelum ini beberapa stesen mereka tutup dan hanya dibuka satu atau dua pam sahaja. ... selanjutnya.

Rakyat mesti protes sedarkan kerajaan!

harakahdaily - [...] "Jika kerajaan boleh buat keputusan melalui kuasanya tanpa mengambil kira nasib rakyat maka rakyat juga boleh menunjukkan kuasa melalui suara protes mereka.Keputusan naik dan turun ini berada di tangan kerajaan maka rakyat mestilah menunjukkan bantahan yang di buat secara menyeluruh di seluruh negara.

"Jika Perdana Menteri 'merayu' supaya rakyat untuk tidak berdemonstrasi maka rakyat juga boleh berdemonstrasi untuk 'merayu' supaya kerajaan menurunkan harga minyak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Tambahnya, keputusan kerajaan untuk mengikut harga pasaran dunia telah dilaksanakan oleh kebanyakan negara namun bezanya kadar gaji penduduk negara-negara itu melebihi penduduk di Malaysia yang secara tidak langsung tidak membebankan kos kehidupan.

"Memang kerajaan ikut sistem negara luar yang tidak memberi subsidi seperti Singapura tetapi penduduknya mendapat gaji berlipat kali ganda dan taraf hidup mereka lebih stabil berbanding rakyat kita yang semakin lama semakin teruk keadaannya," katanya ... selanjutnya.

Sharir Samad perbodohkan rakyat?



Aku cukup yakin Shahrir Samad tahu bila kenaikan harga minyak akan berlaku dan kalau ini benar, kenapa bersungguh sungguh dia cuba menipu rakyat? Siap sebut bulan Ogos. Ingatkan bila tak der Shafie Apdal, keadaan akan berubah. Rupanya Shahrir ni pun sama je.

Kalau ke hutan. cari tunggul yang kering untuk dijadikan kayu api. Tapi kalau tunggul tunggul ini di letakkan di Kabinet dan dijadikan menteri. Tunggul tidak akan berfungsi. Tersengih sana tersinggeh sini. Duduk kat ofis, boroi kan poket dan perut. Makan gaji buta. Tak ku halal kan walau satu sen.

The smokescreen of Malay unity

ImageTHE CORRIDORS OF POWER
Malaysia Today

malaysiatoday - [...] In short, many branches are set up with just one man while the rest of the ‘members’ are ‘injected’ just to make up the numbers and to satisfy the minimum requirement to qualify as branch. Most times the branches can’t even get the required quorum for a meeting to be called and the meetings are merely ‘paper’ meetings, ‘held’ to prevent the branches from being closed down. And it is not Umno alone that suffers from this predicament.

Umno admits that only 51% of the Malay voters voted for it in the 8 March 2008 general election. That means 49% voted for Pakatan Rakyat. Actually this is not that large a drop over the previous general elections. The Malays who voted for Umno this time around is not much different from the elections before that. So how can Umno say that the Malays are now not as united as before? The Malays who voted for Umno, as opposed to the Malays who voted against Umno, remain almost the same. If the Malays are not united now then they were not united before. This can actually be translated to mean that the Malays were never united from the beginning. In short, things have sort of remained the same -- no change.

So what’s all this ‘the Malays are now not united and we need to find ways to reunite the Malays’ talk? It is utter bullshit, a campaign of misinformation to frighten the Malays into thinking that in the past they were never as split as they are now and, therefore, they need to come back to Umno and reunite under Umno or else the future of the Malays would be bleak. Actually this is not true one bit.

What happened in the 8 March 2008 general election is this. The Malays have ALWAYS been ‘split’ or ‘disunited’, to echo Umno’s choice of words. Half the Malays normally vote for Umno and the other half for the opposition. This has more or less always been so and was also so in the recent general election. It is the Chinese, Indians, Ibans, Kadazans, Dayaks, etc., who have always been the ‘problem’. 70% of the Chinese and 90% of the Indians would normally vote for the ruling party -- and we need not even talk about the very disappointing (and maybe bodoh as well) Ibans, Kadazans, Dayaks, etc., who gave 30 of the 31 Parliament seats in Sarawak and 24 of the 25 Parliament seats in Sabah to Barisan Nasional.... selanjutnya.

EZAM: TROJAN HORSE ATAU HULUBALANG BARU UMNO?

warisantamar - EZAM sudah sinonim dengan arus reformasi di akhir 90an. Bekas Ketua Angkatan Muda PKR ini kemudiannya memilih untuk berada di luar PKR atas sebab hilang kepercayaan dengan prinsip perjuangan PKR yang didakwa sudah menyimpang dari matlamat asal. Beliau memilih untuk `mengabdikan diri’ dengan platform GERAK yang beliau terajui walaupun ada ura-ura beliau akan menjadi calon pada PRU12 yang lalu. Akhirnya 28 haribulan Mei 2008 yang `panas’ dipilih untuk meledakkan lagi suhu politik negara dengan mengesahkan cakap-cakap beliau akan kembali ke dalam UMNO. Beliau sah memohon menjadi ahli UMNO dengan `mas kahwinnya’ sebanyak RM100 seumur hidup.

Apabila saya memilih untuk menulis berkaitan Ezam, sahabat saya mempersoalkan apa pentingnya beliau kepada politik kebangsaan kita? Benar dia bukanlah negarawan yang tersohor. Malah jika diukur tahap sumbangan kepada negara dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir, dia jauh ketinggalan. Namun pada saat ini mereka telah memilih untuk berada di laluan yang berbeza sama sekali. Seorang `menentang’ Pak Lah, seorang lagi `menyokong’ Pak Lah.

Ezam pada saya bukanlah penting sangat. Yang menjadikannya penting adalah persepsi dan spekulasi yang dicetuskan oleh `movement’ Ezam mutakhir ini. Tanpa persepsi dan spekulasi, nasib politik Ezam di dalam UMNO (jika diterima masuk) mungkin senasib dengan beberapa bekas pemimpin PKR yang menyertai semula UMNO sebelum ini.... selanjutnya.

MAMPAT Kutuk Tindakan Kerajaan, Stesyen Minyak Diserbu, Jalanraya Sesak

The image “http://buletinonline.net/images/berita/jamminyaknaik5.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) mengutuk tindakan kerajaan yang bertindak menaikkan harga minyak petrol sebanyak 0.78 sen dan diesel sebanyk RM 1.00 yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Pengerusi MAMPAT Encik Fauzi Abu Samah menyatakan demikian ketika menghubungi Buletin Online sejurus belia mendapat maklumat berkaitan kenaikan harga minyak tersebut.

Apa jua alasan yang diberikan kerajaan, MAMPAT merasa amat sedih dan kesal dengan tindakan kerajaan itu kerana menurut Encik Fauzi masalah kenaikan harga barang masih belum selesai.

”Kita (MAMPAT) menjangkakan harga barang akan naik sebanyak 60% berikutan kenaikan harga minyak sebanyak 41%,
”ini akan membuatkan rakyat terus hidup dalam keadaan yang tertekan kerana mengalami kesan berganda,
”isu kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga minyak sebelum ini, belum selesai,” kata Encik Fauzi.

Sehubungan dengan itu, MAMPAT yang mewakili badan-badan bukan kerajaan di negeri Terengganu, mendesak kerajaan pusat supaya segera mengembalikan bayaran tunai royalti minyak 5% setahun kepada rakyat dan kerajaan Terengganu dengan segera.

”Dengan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat dan negeri Terengganu, kita (MAMPAT) yakin ia akan dapat membantu kerajaan Terengganu bagi mengurangkan beban rakyat Terengganu akibat kesan berganda kenaikan harga barang ekoran dari kenaikan harga minyak,” tambah Encik Fauzi.... selanjutnya.

Tahanan ISA lumpuh akibat psikologi?

Bila kuasa di pegang oleh kerajaan yang bodoh, maka rosak lah segala galanya ..... Dah macam dunia ni milik bapak masing masing.

gmi suhakam isa detainee 040608 sharmilamalaysiakini - [...] Keluarga Sanjeev Kumar Krishnan mendakwa lelaki itu dibelasah dalam tempoh siasatan ISA selama 55 hari sejak ditangkap 28 Julai tahun lepas.

Dalam laporan polis 20 Mei lalu, isterinya Sharmila Uthiakumar (foto kanan) mendakwa tahanan kini menggunakan kerusi roda di kem Kamunting, Taiping setelah dipindahkan pada 22 September lalu.

Sewaktu surirumah itu mengadu kepada Suhakam petang tadi, pesuruhanjaya Dr Chiam Heng Keng berkata siasatan awal suruhanjaya itu menunjukkan tahanan mengalami tekanan mental yang serius sehingga menyebabkan beliau mengalami kesakitan pada tubuhnya.

"Kami akan mendapat laporan dari hospital-hospital Taiping dan Pulau Pinang, tetapi diberitahu kepada Suhakam secara lisan oleh hospital (Taiping) bahawa diagnosis terhadap Sanjeev menunjukkan tidak organik, tidak ada apa-apa masalah terhadap otaknya," kata Dr Chiam.... selanjutnya.

Perdana Menteri humban rakyat ke arah hidup lebih terdesak

harakahdaily - [...] "Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini.

Petang tadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini.

Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata, kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.... selanjutnya.

KPDNHEP kata nak pantau harga barang

Benda menarik untuk kita dengan dan saksi setiap kali ketika kenaikan harga minyak.

KPDNHEP pantau harga barang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meningkatkan pemantauan dan kawalan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan harian berikutan kenaikan harga petrol dan diesel berkuat kuasa hari ini.

Menterinya, Datuk Shahrir Samad, berkata pemantauan perlu berikutan wujud kebimbangan orang ramai mengenai kemungkinan kenaikan harga barang.

"Selain terus memantau pemberian subsidi minyak, kementerian memberi tumpuan kepada pelaksanaan pemberian subsidi bahan makanan dan sebarang kenaikan harga barang. - bharian
Sama cam dulu. cuma pelakun nya yang berganti-ganti. Bayar gaji punya la mahal.....ini yang depa boleh buat. Teringin sangat lah rasa di hati untuk di 'tujal' kepala diorang-diorang nih.

Baik untuk ekonomi - ahli ekonomi

komen mangkuk mangkuk karat tentang kenaikan harga minyak......

Utusmeloya - [...] Ahli Ekonomi menganggap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak tengah malam ini sebagai satu langkah baik bagi jangka panjang ekonomi negara.

"Ia memang memeritkan untuk jangka pendek, tapi membawa banyak manfaat untuk jangka panjang, dari segi kestabilan ekonomi yang lebih baik, dan mengurangkan ketidakseimbangan," kata ketua ahli ekonomi perkhidmatan RAM Consultancy, Dr. Yeah Kim Leng.

Beliau berkata kenaikan itu pada dasarnya bertujuan melegakan kedudukan fiskal Malaysia, supaya dalam tempoh jangka panjang ia akan menjadi lebih efisien dan lebih bersedia berhadapan dengan kenaikan harga, serta lebih teguh. ...seterusnya.

Kerajaan ketandusan idea dan pemimpin


Wajah wajah Kabinet Dapur [Kitchen Kabinet] yang terlibat di dalam soal harga barangan sehingga menyebabkan negara kecoh dengan kenaikan harga minyak yang paling tinggi di dalam sejarah.

Minyak naik bukti BN ketandusan pemimpin waras. Lihatkan wajah mereka masing masing .... dah macam sama seperti microphone.

Posting terkini

Blog Archive