marhaendaily - Tak dapat digambarkan rasa marah dan kecewa aku kepada “kera”jaan BN Pak Lah di atas keputusan tidak bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan tarif elektrik hingga ke paras yang sangat “berbahaya”. Tak pernah aku lihat di dalam sejarah, kerajaan yang begitu tidak bermoral dan beretika di dalam menanggani masaalah rakyat dengan menambahbeban lagi kehidupan yang telah pun amat sengsara di kala negara mendapat untung besar daripada hasil jualan minyak. Apakah segala hasil mahsul negara ini hanya untuk ditelan oleh anak pinak mereka semata sedangkan rakyat terbanyak dipaksa terus menerus menderita beban kenaikan kos kehidupan? Bayangkan dengan kenaikan harga minyak dan elektrik yang sebegini dahsyat, apa akan berlaku dengan harga barangan keperluan lain? Takkan nak “ubah cara hidup lagi !!!!”.
Pak Lah sekali lagi mengesahkan bahawa ia tidak layak lagi menjadi PM Malaysia. Pak Lah adalah seorang manusia yang bertopengkan binatang, yang kejam kepada rakyat. Ia sebenarnya tidak pernah memikirkan kemaslahatan dan kebajikan rakyat. Apa yang ditunjukkan muka sardinnya selama ini hanyalah sandiwara bertujuan mengabui mata rakyat. Jikalau betul Pak Lah prihatin kepada rakyat, masakan setiap kali berhadapan dengan masaalah ekonomi ia akan merompak duit rakyat? Dan saya minta si katak Ezam tolong pi selesaikan isu besar yang melanda rakyat ini jika benar kamu seorang wira rakyat marhaen. Padan muka si Ezam kerana Pak Lah tunggu dia masuk UMNO baru dinaikkan harga minyak dan elektrik.
Mungkinkah apa yang dibuat oleh Pak Lah ini memang bertujuan untuk meresahkan rakyat? Apabila rakyat dah marah, maka ramai yang akan memberontak dan ia mempunyai alasan kukuh untuk melaksanakan agenda “jahat anti demokrasinya”. Bukankan nyawa Pak Lah umpama telur di hujung tanduk aje sekarang? Pak Lah mungkin berpandangan bahawa ia tidak dapat bertahan lama dalam keadaan yang ada pada hari ini, yang mana ia diasak dari semua penjuru di dalam dan di luar parti. Pada pandangan saya kita semua perlu berhati-hati. Jangan bagi ruang kepada puak-puak h***mj***h ini mengambil kesempatan menangguk ikan di air keruh. Mari bersama-sama kita hadapi krisis ini dengan tenang dan berhikmah kerana nyawa BN dah tinggal nyawa-nyawa ikan aje lagi!... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment