Terima kaseh wasami ... caya sama lu.
In fact I was told that Tan Sri Khalid made the decision based on merit. When Tan Sri met with PKNS high ranking executives, only Madam Low was able to answer Tan Sri Khalid’s questions. The rest of the Malay senior executives can only smile and keep very quiet. Naturally they had a lot to hide and talking puts them in jeopardy. Not to mention, only Madam Low seems to not to have equities in PKNS’s subsidiaries.
Clarification on PAS’s Stand
The truth is PAS’s disagreement with Madam Low’s appointment has nothing to do with race. PAS feels that Madam Low is also tainted considering she was part of the system for 30 years. Selangor State Government must appoint an Executive Director from outside the organization to expedite cleaning up.
And the 1 year period is a long time to wait considering the current government term is 4 years. So a radical change must be made now in PKNS and a major clean-up must start right away. The faster the clean-up is done, the faster Selangor residents will be able to enjoy cheap and quality housings.... selanjutnya.
Sebenarnya isu PKNS bukan lah isu baru. kalau ada yang kecoh sekarang ni adalah sebab, UMNO panik. PKNS adalah salah satu syarikat dan organisasi yang dah dirosakkan oleh UMNO. Pengerusi dan ketua syarikat di dalam syarikat penting di Selangor selalunya di pilih oleh UMNO dari golongan UMNO sendiri.
Ada banyak alasan kenapa mereka buat tindakan cam ni. Salah satu adalah untuk beri muka pada Menteri Besar UMNO untuk buat apa aje. Kedua nya untuk di jadi kan lombong bagi UMNO untuk kutip dana politik dan Ketiga nya untuk memastikan peluang yang ada tidak meleleh ke luar untuk di sedut oleh rakyat dan Parti Pembangkang. Yang dapat projek kat sini pun semua orang UMNO. Dan biasa lah kalau UMNO .. maka di belakangnya semua bangsa asing. Ini lah yang berlaku dan menjadi tajuk penting untuk di tutup kerana PKNS memang bukan tempat orang melayu. Berapa ramai Alibaba yang berurusan dengan PKNS. Kalau tak caya ... korang redah PKNS siasat.
Pemerintah UMNO di Selangor dan mana mana pun sama je patternnya. Bukan untuk melayu, tapi untuk cari untung bagi puak UMNO sahaja. Tak kira lah UMNO tu Mamak, jawa atau Melayu, yang penting di orang bantu sesama sendiri. Kalau bukan UMNO ... harap maaf, boss tak der, minggu depan baru balik. Tinggal pesanan anda di meja setiuasaha minggu berikutnya. Atau tinggal pesanan ini selepas bunyi Beeepppp !!!
Tapi PKNS ni memang tempat yang mewah. Berurusan dengan diorang kena pandai main golf dan padangnya mesti kat oversea. Paling bodoh pun BALI. Kedatangan kakitangan bekerja tak pernah 100 peratus. Semua dah naik lemak.
Aku tengok ramai antara kakitangan PKNS bimbang kalau kalau orang lain masuk jadi pengurus besar. Bila orang baru nak bersihkan keadaan, ramai orang dalam akan kena. Pada mereka yang banyak dosa ... siap la. Cara untuk selamat kan diri ... kena cari calun dalam yang sama pattern kerjanya dengan diorang.
Kalau pilih orang lain, takut Syurga dunia jadi Neraka.
Mari aku lencong kan sikit cerita pasal PKNS ni.
Untuk menjelaskan bukti bahawa PKNS bukan untuk rakyat Selangor atau Melayu adalah hal Penduduk di Seksyen 20 Shah Alam. Diorang ni adalah terdiri dari beberapa kumpulan penduduk. Ada yang kaya, miskin dan golongan sederhana. Terdapat sekelompok rumah kos rendah yang harganya kalau di kira betul betul, tidak campur dengan harga tanah, lebih kurang RM35,000 je sebuah. Itu rumah ganti kepada penduduk seksyen 16 yang dulu sibuk nak di robohkan berikutan perbincangan kerajaan negeri dengan National .... Matsushita.
Bila rumah tu di robohkan, maka di gantikan dengan penempatan rumah baru. Kalau ada sedara yang hilang dari seksyen 16, shah Alam. Tolong jangan panik sebab diorang dah pindah ke seksyen 20. Korang cari kat sana.
Rumah di seksyen 20 ni ada yang 2 dan 3 bilik berpandu kepada jumlah wang tambahan yang mereka mampu keluarkan. Kalau bayar 3 ribu lebih ... diorang dapat 3 bilik dan yang tak der duit, dorang gantikan dengan rumah 2 bilik je. Apa ada pilihan. Terpaksa lah duduk kat sana. Sempit pun rumah sendiri.
Kalau hendak tahu PKNS tolong melayu atau tidak, diorang buat rumah macam kandang kambing. Melayu yang duduk sana. Tapi itu lah kerja diorang. Hasil kerja macam sial dan tinggi rumah lebih kurang 10 kaki je.
Kepada mereka yang suka melompat lompat dalam rumah, korang bakal hilang kepala sebab di libas kipas angin syiling. Jadi nak nampak klass sikit, korang potong tiang kipas dan pendekkan tiangnya. Itu pun masih tidak dibenarkan melompat dalam rumah. Nanti tembus pulak kepala kat siling rumah.
Pendawaian elektriknya ... aduhai, budah sekolah rendah lagi bagus buat kerja. Finishing nya usah cerita la. Tapi yang penting, ada tempat teduh. Jangan seronok sangat sebab kalau waktu hujan, air meleleh masuk ikut celah dinding. Nak tau bocor atau tidak .. syiling berbelak hitam, tanda air menitik.
Penduduk di situ dah tak kesah sangat pasal PKNS. Dah letih nak cerita. Diorang ni buat kerja tak semenggah. Untung nak banyak, modal nak sikit. Tanah adalah tanah kerajaan dan apa yang rakyat dapat? untung lipat ganda tapi alasannya .... KAMI PKNS UNTUK RAKYAT SELANGOR .. .Cehhhh setakat cakap boleh la.
Kalau korang rajin senaraikan masalah penuduk yang tak selesai.... jari boleh putus.
Aku berani gerenti ... tiada seorang pun orang Selangor yang puashati dengan kerja PKNS ni.Korang buat lah research satu Selangor. Tapi nak buat macamana, lokasi rumah yang diorang buat memang tempat strategi, tapi soal kualiti .. dah lama mati.