Malam ini Stadium Melawati gegak gempita dengan laungan reformasi dan nyanyian lagu Keadilan ketika munculnya Ketua UMUM Keadilan di pentas Kongres.
Beliau yang hadir bersama isteri beliau telah memulakan ucapan setelah berakhirnya giliran pidato MB Selangor.
Kesempatan selama hampir 30 minit telah di manafaatkan untuk menerangkan kepada hadirin sekitara 10, ooo orang tentang '16 September'. Menurutnya usaha telah di jalankan, namun takdir akan di tentukan oleh Allah swt. Langkah pertama ke arah perubahan kerajaan adalah melalui Sarawak dan menurut beliau, sejak 14 haribulan yang lepas, Menteri menteri besar diarahkan untuk terbang ke Sarawak bergilir gilir mengikut jadual yang di tetapkan.
Merujuk kepada perubahan kerajaan, beliau tetap yakin bahawa usaha tersebut bakal menemui kejayaan, berpandu kepada keadaan dan sokongan yang diterima. Cuma masa yang menentukan.
Ucapan beliau berakhir pada jam 11.51 malam dan esok merupakan hari terakhir perbahasan Kongres Keadilan yang ke5 yang diadakan selama 3 hari bermula pada Jumaat lepas.
Nov 29, 2008
Saya tetap yakin - Anwar
Labels: Anwar Ibrahim, kongres
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Business baru !!!
Phuyoooo ... business baru.
'My son paid friend to take his SPM'
.... He had paid his friend RM200 for each paper that he sat for, she said.
"All the guy had to do was to turn up at the examination centre with John's identity card and sit the paper he had registered for.
"I knew this friend and that he would be able to guarantee good enough results for my son to enrol into college.
"If anyone became suspicious, his friend would just insist that he was the boy in the picture and that he just looked different at 17."
In ensuring that the plan worked, she said her son's friend memorised all his details in case anyone asked.
The friend managed to avoid raising any suspicion as the invigilators failed to see the physical difference between the two boys.... more.
Kena kamcing ngan cikgu nih ... biar diorang tutup mata kalau aku hantar 'pemain simpanan'.
Satu kertas RM200.00
Kalau 5 kertas sudah RM1,000
Kalau ada 10 permintaan, aku dah dapat RM10,000
Kalau 10 sekolah dengan 10 permintaan untuk 5 kertas setiap permintaan, sudah RM100,000
Woooooo den kayo wakakakak !!!
Kalau lepas tu budak tu bodoh masuk kolej, itu diorang punya pasal. wakakakak
Yang penting .. wak kayoooo !!!
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Petronas untung RM63 billion
utusan | Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatat kenaikan keuntungan sebelum cukai sebanyak 48.6 peratus bagi enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2008 kepada RM63.26 bilion berbanding RM42.57 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.Wakakakak ... YAHoooooo !!! Petronas untung !!!
Perolehan bagi syarikat petroleum itu bagi tempoh kewangan tersebut adalah sebanyak RM157.20 bilion berbanding RM102.86 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, Petronas dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai faktor kenaikan dalam prestasi kewangannya.
Untung bersih bagi tempoh berkenaan juga meningkat sebanyak 46 peratus kepada RM38.64 bilion berbanding RM26.47 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.... more.
Alamak .. poket aku tinggal RM20.00 je
Dari dulu sampai sekarang ... Petronas untung, aku cam ni jugak.
Labels: belit petronas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Masih kah kau ingat ... wakakakak
Penghidap HIV Semakin Meningkat Di MalaysiaFail .... fail .... fail .... wakakakak
bernama | Seramai 82,704 orang dilaporkan menghidap penyakit HIV di Malaysia sejak kes pertama dikesan di negara ini pada 1986, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malhotra, berkata Malaysia ketika ini menghadapi halangan untuk mencapai Sasaran Pembangunan Milenium (MDG) PBB dalam membasmi virus HIV/AIDS.
"Setakat Jun 2008, jumlah orang yang menghidap HIV sejak 1986 telah mencecah 82,704 orang. Kami menghadapi epidemik tertumpu dengan satu hingga lima peratus populasi tertentu menghidap virus itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Red Carnival anjuran Yayasan PT di Sungai Wang Plaza Sabtu.
"Selaras dengan garis panduan PBB, Malaysia perlu menumpukan usaha terhadap lima kumpulan berisiko tinggi -- pengguna dadah, pekerja sex, transeksual, homoseksual dan pekerja asing," kata Malhotra.
Menurut laman web Program Pembangunan PBB (UNDP) Malaysia, pada tahun 2000, lima peratus jumlah populasi dilaporkan dijangkiti HIV/AIDS dan jumlah tersebut meningkat kepada lapan peratus jumlah populasi pada 2006.... more.
Cakap lain, buat lain ... wal asal balik asil. Tu pasal tak hasil. Wakakakak
Baca berita dolu dolu ....
Pemberian jarum, kondom dilaksanakan sebab Aids di tahap bahaya, kata PM
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata program perintis pemberian jarum dan kondom secara percuma kepada penagih dadah sebagai satu cara mengurangkan jangkitan HIV/AIDS di negara ini akan tetap dilaksanakan memandangkan keadaan sudah sampai ke tahap darurat.
"Langkah ini bukan satu pembaziran tetapi jika ada cadangan lain yang lebih baik kerajaan sedia menimbangnya," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Selatan Kedua G77 bersama China yang berakhir di Doha Khamis.
Labels: dadah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Tolak Sajak Kematian Tetapi Tak Mampu Halang Kematian
syukran | AlFatihah buat Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Razali Ismail yang disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang semalam di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Seingat ana, pada bulan September lalu Allahyarham telah mengeluarkan arahan agar semua guru dan kakitangan sekolah tidak dibenarkan soal politik ketika berada dalam kawasan sekolah walaupun pada waktu berehat dikantin. Ramai guru yang tidak puas hati tetapi isu itu tetap berlalu pergi.
Namun yang tak boleh ana lupakan adalah tentang Sajak Kematian yang begitu hangat diperkatakan pada awal bulan ini. Allahyarham merupakan antara orang pertama yang mendedahkan perkara ini dan membuat bantahan awal agar ianya tidak dibenarkan berlaku lagi.
Kuasa Allah menentukan, belum sampai sebulan isu ini berlegar dipikiran rakyat, Allahyarham pergi menemui ajalnya yang telah ditetapkan. Ada yang menganggap ini suatu kebetulan, tetapi ada juga yang menganggap ianya sebagai peringatan dari Allah yang sesungguhnya senantiasa memerhati tingkah laku hambanya.... more.
Labels: Sajak
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Ajaran sesat Ayah Pin bukan lagi ancaman?
komentarkini | ...Lama juga pusat kegiatan ajaran sesat itu dibiarkan bebas beroperasi oleh kerajaan Umno Barisan Nasional yang diterajui Datuk Seri Idris Jusoh.
Pendek kata Ayah boleh bebas mengamalkan ajaran seat kerajaan langit dengan begitu aman tanpa sebarang gangguan pihak pemerintah. Mungkin disifatkan oleh kerajaan Terengganu (2004-2008) tidak mendatang sebarang ancaman kepada kerajaan negeri sebaliknya mendapat babuan politik.
Lama kelamaan ada sebahagian orang Besut sangat tidak berkenan dengan layanan itu, maka timbullah rasa tidak puas hati sebahagian penduduk Besut terhadap pusat kegiatan ajaran seat kerajaan langit itu lalu dibabar.
Beberapa penduduk Besut yang terbabit dengan pembakaran pusat ajaran itu ditahan reman selama beberapa hari untuk membantu siasatan kerana melaku jenayah yang boleh membahaya nyawa manusia.
Ketua ajaran sesat kerajaan langit itu dicadang supaya ditangkap, tetapi malangnya pihak berkuasa tidak berjaya menahan Ayah Pin dengan alasan Ayah Pin lari dikatakan tiada didalam negeri dan beberapa orang pengikutnya sahaja ditahan.
Baru-baru ini ayah pulang semula ke Besut dikatakan akan meneruskan semula ajaran sesat kerajaan langit itu.
Tapi malangnya timbalan pengerusi jawatankuasa agama dan penerangan negeri, Ustaz Muhamad Ramli Haji Nuh , menyifatkan bahawa kegiatan ajaran ayah pin bukan lagi ancaman.
Ustaz Muhamad Ramli Haji Nuh sebagai berkata bahawa kegiatan ajaran sesat ayah pin yang disebarkab oleh Ariffin Mohammad 65 tahun sebenarnya sudah lumpuh.
Kita hairan dengan kenyataan Ustaz Muhamad Ramli yang juga ADUN Tepuh mengatakan ajaran itu sudah lumpuh, sedangkan pusat penyebaran ajaran kerajaan langit di baru 13 jalan Hulu Besut kini dikatakan mula beroperasi semula.... more.
Labels: ayah pin
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ayah Pin Turun ke bumi untuk Pemilihan UMNO?
kombimalaysia | ...Mereka semua tidak bekerja kerana hanya bekerja terus dibawah Allah! MasyaAllah! Sewaktu berbual itu, salah seorang mereka berkata,"Ada Rijal Al Ghaib hadir bersama kita!"Dia pun bercakap sesuatu kepada yang ghaib itu dan 'menterjemah' kembali kepada saya setiap soalan dari Rijal Al Ghaib.....naik meremang bulu roma. Allahualam. Menurut Rijal Al ghaib yang hadir itu, salasilah keturunan saya dari Shaikh Sayyid 'Abd al-Qadir al-Jilani. MasyaAllah!Ketika itu saya tidak terdengar pun mengenai Ayah Pin. Teringat yang salah seorang dari mereka pernah memberikan telefon untuk bercakap dengan seorang 'tukang kayu' dari Trengganu.
Tukang kayu yang hebat kerana pernah sendiri pergi ke langit sana.Saya membuat anggapan kemudiannya, setelah kisah Ayah Pin menjadi hangat selepas tahun 2000, mungkin itu Ayah Pin, hanya Allah yang mengetahui kerana saya sudah terputus hubungan dengan kumpulan ini sebaik berhijrah ke UAE.Saya akan ceritakan pengalaman hampir setahun dengan kumpulan yang semua ahlinya mahu jadi Rijal Al Ghaib ini.
Malah ada membantu mereka berniaga dengan memberi maklumat mengenai dunia IT.Kini Ayah Pin dikatakan muncul kembali, apakah kena mengenai dengan pemilihan hebat dalam UMNO? Setahu saya, berkenalan dengan kumpulan tersebut, mereka semua adalah ahli UMNO yang setia dan percaya Dr. Mahathir itu diterima oleh kerajaan langit, manakala TG Nik Aziz dikatakan ditolak oleh kerajaan langit!.. more.
Labels: ayah pin
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
PKR sedia 'tempur' Sarawak
mstar | ...Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan langkah drastik 'menggempur' Sarawak bagi memastikan pengaruhnya dapat menembusi negeri berkenaan bemula bulan hadapan.
Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rintihan dan kemahuan rakyat di Sarawak yang sangat inginkan perubahan sentiasa didengari dan akan diberi perhatian yang serius.
"Mudah-mudahan kita dapat menjana kekuatan yang lebih dan seruan rakan di Sarawak juga kita dengar dan kita sudah putuskan mulai bulan hadapan ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PKR untuk 'bertempur' di Sarawak," katanya semasa menyampaikan Ucapan Khas Penasihat PKR di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini hari ini.
Anwar juga melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP akan terus bekerjasama bagi memastikan perubahan besar akan berlaku di Sarawak malah terus memberi harapan untuk membentuk kerajaan.... more.
Labels: Anwar Ibrahim, kongres
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Umno bincang pilihan raya kecil Kuala Terengganu Rabu ini
.... Ketua penerangannya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata Umno juga akan memerhatikan keadaan di sana nanti.Baru ninggal .. UMNO dah kecoh cari pengganti. Wakakakak
“Kami telah kehilangan seorang pemimpin seperti bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang telah banyak memberikan khidmat kepada Kabinet.
"Umno akan turun ke Kuala Terengganu secepat mungkin untuk melihat apa yang sepatutnya dilakukan dan apa persediaan untuk pilihan raya kecil bagi memastikan pemilih kekal dengan Barisan Nasional,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tentang pembangunan luar bandar bersama ahli exco negeri di pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.
Razali, 59, yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang semalam, ketika sedang bermain badminton di institut itu.... more.
Alangkah nyesalnya jadi UMNO .... wakakakak
Labels: Badut UMNO, Pilihanraya
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Zaid, Teck Lee attend PKR congress
The appearance today of former de facto law minister Datuk Zaid Ibrahim and Sabah Progressive Party (SAPP) president Yong Teck Lee will certainly fuel speculation about their political futures.Aduh sakit mata UMNO/BN ..... wakakakak
Zaid resigned from the Cabinet of Datuk Seri Abdullah Badawi in September in protest against the arrest of a number of people under the Internal Security Act (ISA).
Yong's SAPP left the Barisan Nasional (BN) coalition at the height of rumours over the possibility that government lawmakers were planning to defect en masse to the opposition Pakatan Rakyat (PR).
Said Zaid today: "I am still an Umno member. The opposition are not enemies. They just have different views."
He said his presence to hear Datuk Seri Anwar Ibrahim's address to more than 2,000 party faithful "shows that I am interested in politics."... more.
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Khalid slams PKR members for behaving like Umno
malaysianinsider | Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim today slammed party members who are behaving like Umno members and said that the state has been providing a lot of opportunities to everyone regardless of race or political affiliation.Dengar la nasihat Ketua PKR Selangor yang baru 2 tahun jadi ahli..... wakakakakakak
“In Selangor, we have been providing opportunities in education and in economy for the youth to enjoy the benefit of development,” said Khalid in his welcoming remarks at the PKR annual national congress, in an apparent reply to PKR Youth delegates who claimed that they have been sidelined by the government.
He warned party members to refrain from corrupt practices which he said was the norm in a BN administration.
“It is indeed very unfortunate if there are members or PKR supporters who reacted negatively for not being awarded projects in Pakatan-led governments,” said Khalid.
“We must understand the PKR’s aspiration, philosophy and policies in rejecting corruption and in upholding justice regardless of race and background,” he added.
Khalid said he understands that some party members used to be members of BN parties but urged them to cleanse themselves of corrupt practices.... more.
Kalau nak orang dengar nasihat kita ... kita kena dengar nasihat orang. Kalau satu pihak je bagi nasihat ...Poooorahhhhh !!!!
Labels: Khalid Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Peralihan kuasa bermakna, tukar pemimpin yang perasuah dan tidak bermoral - Anwar
harakah | Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan erti peralihan kuasa adalah menukar pemimpin yang perasuah dan tidak bermoral kepada pemimpin yang bersih.
Namun, ujarnya peralihan kuasa yang diusahakan kerajaan Umno/BN hari ini tidak sedemikian kerana pemimpin yang menggantikan ialah di kalangan mereka yang perasuah, zalim dan maksiat.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan khas sempena perasmian Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam hari ini.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok. ... more.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Tiada bukti Saiful tiada penyakit
Munculnya Saiful sebelum kongres baru baru ni dah macam di rancang. Bila liputan hebat melibatkan musuhnya DS ANwar, Saiful pun terkedek kedek muncul.
Dulu... masa pilihanraya Permatang pauh, dia gi ke Masjid Wilayah untuk angkat sumpah. hebat .. siapa rancang agaknya? Hepppp .. jangan main tuduh tuduh.
Dan kali ni kononnya tujuan Saiful muncul sekali lagi untuk menafikan beliau masih hidup dan bersih dari sebarang penyakit kelamin. Wakakakka
Aku selak internet dan blog. apa yang memeranjatkan, tiada lapuran tentang kesihatan dirinya di tunjuk. Sekali lagi .. dia hanya buat pengakuan. Tiada lapuran kesihatan dari pihak yang bertauliah atau beliau tidak bogelkan diri untuk tunjukkan pada wartawan bahawa dirinya tiada berpenyakit .
Rujuk SINI.
OK ..... depan. Ok belakang..... selak sikit .... wakakakaka
Wakakakakakk ... kalau berani ...bogel. Wakakakak
Labels: Sayfool suka liwat
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Kongres: Aku belanja korang makan !!!
Aku gi pagi ni ke Stadium... kawan kawan dah tunggu. Semalam lagi member dah call. "Esok jumpa di sana ..di sana....disana .... Eh macam mangcik lak.
Sampai di sana .... baru aku sedar bahawa aku di perangkap. Kena belanja makan. Waduh ... !!!
Mula mula alasan aku ... Birthday aku dah lepas. Diorang tak terima. Kena Reject !!!
Aku tanya diorang ... korang datang ni tak der peruntukan ke? Cehhhhhh !!! Diorang balas, " Ko ingat UMNO ke? Datang kena bagi duit. Ini PKR tau ... tapi hari ni nko kena belanja.
Yang Aku tak sangka, sebelum gi, bini minta duit belanja dapur. Anak pulak nak gi jalan KL ngan kawan, so diorang minta duit belanja. Tolak tu, tolak ni ... balance ada cuma RM20.00. Ok la tu ... keluar bujang, RM20 kira sufficient. Dah tua ... tak payah belanja awek lagi.
Sampai ke stadium ... waduh ramainya ...Yang datang dari Pahang ada 2 kereta. Dari Negeri Sembilan, 1 kereta [nasib baik] dan yang datang dari Shah Alam ... ada sekumpulan. Entah berapa ramai la plak.
Dalam kepala congak ... Hei ... tak kurang RM150.00. Itu kalau kedai nasi kampung. Kalau kedai mamak ... ada yang kena minum air basuh tangan kalau tak cukup duit.
Di dalam Stadium ... member call dari luar... "Wak !!! Luar ada makan FREE ... nko nak .... datang sekarang"
Ceh !!! Aku pun macam orang kaya ... aku ajak diorang semua keluar dan di sana ada gerai MBSA, MBPJ dan MBSJ bagi makan FREE ....
Makan makan .... waakakakakaka aku belanja !!! Wak kayo !!!
Hahahah ... aku selamat untuk kali ini.
Sambutan kongress hari ni cukup hebat. Di dalam stadium penuh. Kalau lambat masuk, korang kena duduk atas riba. Wakakakakak ....
Semua tengah semangat nak tunggu ucapan dari Dato Seri Anwar Ibrahim.
Semua kaum ada .... Tak macam UMNO. Parti kedekut. Wakakakak
Labels: kongres
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Dr Mahathir threatened to sack judges who did not support him
Judge Chin tells why he’s retiring early
Star | ... In a media statement distributed after attending a farewell gathering with Kota Kinabalu High Court staff yesterday, he said he no longer enjoyed working as a judge since last year.
“Suffice for me to say that all too often I found myself in circumstances where I had to make a stand which may be regarded as in defiance to a directive or instruction from my superior, which was very stressful to me,” he said.
Justice Chin had said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad had made thinly veiled threats against judges at the Judges Conference in 1997. He said Dr Mahathir threatened to sack judges who did not support him. Dr Mahathir has denied the claims in his blog.
Justice Chin, 60, tendered his resignation on July 16 and will leave office on Dec 1.... more.
Labels: Belit Mahathir, Belit Mahkamah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Ucapan perasmian Timbalan Presiden PKR
limboochang | .....Di mana ada hotel yang berani menyewakan dewannya, kita bersidang di hotel. Akan tetapi di mana tidak ada hotel yang berani atau tidak tahan ugutan dari pihak-pihak tertentu. Mujurlah ada tokong Budhis atau sekolah Cina yang berani dan bermurah hati menyewakan dewan mereka.
Begitu juga, dulu bendera yang kita kibarkan sempena beberapa kongres yang lalu sering diragut turun oleh pihak penguatkuasa majlis bandaran atas arahan Umno-BN yang memerintah. Tetapi hari ini kita gembira kerana beribu bendera Parti terus berkibar megah di samping bendera negeri dan Jalur Gemilang di sepanjang jalan ke mari.
Saya percaya kerajaan PAKATAN tidak akan membalas dendam dengan mengarahkan mana-mana jabatan menurunkan bendera Umno dan parti-parti sekutunya apabila mereka mengadakan perhimpunan tahunan. Saya yakin pimpinan kerajaan kita tidak berhati kecut seperti para pemimpin kerajaan tidak adil dan korup yang kita ganti.
MERAYAKAN KEMENANGAN... more.
Labels: kongres
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kongres Keadilan bermula
syaomel85.blogspot | ... KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN TELAH DIADAKAN DAN DILANCARKAN PAGI TADI BERTEMPAT DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM,SELANGOR.PERASMIAN DIBUAT OLEH TIMBALAN PRESIDEN PKR DR SYED HUSSIEN ALI.SETELAH BERUCAP HAMPIR 1 JAM MAKA PERASMIAN PERSIDANGAN KONGRES BERMULA.PERASMIAN JUGA DIMULAKAN DENGAN GIMIK YANG DILAKUKAN OLEH ANGKATAN MUDA DENGAN MEMPAMERKAN BENDERA PARTI DAN BENDERA NEGERI SELANGOR MELALUI HELIKOPTER KAWALAN JAUH..
PERSIDANGAN KONGRES WANITA NASIONAL BERLANGSUNG DI PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS) SHAH ALAM.IA DIHADIRI OLEH BEBERAPA KEPIMPINAN ANTARANYA YB TIAN CHUA,MUSTAFA KAMIL AYUB,IRENE FERNANDEZ & DR LO'LO MEWAKILI PAS.MANAKALA PERSIDANGAN KONGRES PEMUDA ANGKATAN BERLANGSUNG DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM.
PERSIDANGAN TERTANGGUH UNTUK SOLAT JUMAAT.... more.
Labels: kongres
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PKR Congress
thedesirefornothing | ..... The speakers in the debate session in the second half of the afternoon were spirited and fresh. But I can’t really compare to the UMNO General Assembly as I’ve not attended one. Watching it live on TV in 2006 did not particularly impress me. The only part that shocked me was when Pak Lah said that year that UMNO would be fair to all races.
Also, I didn’t spot any ZZZzzzzzzzzzZZZzzzzz delegates. Well they sure didn’t ZzzzzZzzzzzz on stage.
I met a few new people, said hi to Shamsul Iskandar, Youth Chief, who told me that PKR has been flooded by about 100,000 new members from the time of dying branches prior to March 8 and Anwar Ibrahim’s return to active politics.
In a way, I feel glad for the party.
In another way, the party has changed from a club of steadfast cultists to a more mature and adept political outfit. Although they still lack ground presence, Barisan crossovers have added more experienced politicians who can probably drive the party at the grassroots level.
“The character of the party has changed,” said an ex-MCA branch youth chief who crossed to PKR after March 8. “PKR’s message is worth fighting for.”... more.
Labels: kongres
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mana bukti saya ahli PKR? - Mawi
MStar | "Mana ada? Mana bukti?," begitulah reaksi spontan dari penyanyi popular Mawi ketika diasak dengan pertanyaan benarkah beliau adalah ahli Parti keadilan Rakyat (PKR), seperti yang heboh diperkatakan di sebuah laman web kini.Jentera tampal poster je bro ... Apa masalah? Apa yang Mawi takut sangat?
"Masa bila...?. Lagipun tahun 1999, saya belumpun mendaftar untuk mengundi di SPR. Jadi macam mana saya hendak sertai parti itu?," jelas Mawi menafikan berita yang tersebar di laman web tersebut.
Mawi, yang ditemui di saringan Separuh Akhir Muzik-muzik kategori etnik kreatif di Studio Sri pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebentar tadi, terus-terusan menafikan penglibatan beliau dengan parti pembangkang itu.
Kenyataan Mawi ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah bergiat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.
Dakwaan ini dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Johor Zabidie Abas di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.... more.
Aku masa kecik dulu pun gantung poster UMNO. Peduli apa tu jam. ada duit boleh beli baju. Walaupun aku tak suka UMNO. Wakakakakak ...
Apa yang nak heran lagi.
Takut nak ngaku ? ... wakakakakak
Dah keluar fatwa, haram tampal poster pilihanraya? Kekeke
Berdosa besar ke?
Maklumlah .... Rezeki di tangan UMNO ... wakakakaka
Labels: Dimana Mawi, kongres
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
ACA lodges police report over PKR
malaysianinisder | The Negeri Sembilan Anti-Corruption Agency (ACA) today lodged a police report over an allegation by Parti Keadilan Rakyat (PKR) that ACA officers were the stooges of Umno.
ACA investigating officer Ting Ing Ping said he made the report at the Seremban 2 district police headquarters to have an independent body conduct an investigation into the allegation.
"If we (ACA) conduct the probe, it will become an issue. Let another party investigate. Obviously, we are hurt," he told reporters after lodging the report.
Ting said that though the PKR allegation was directed at the ACA director-general and the Negeri Sembilan ACA director, it had tarnished the good name of the 50 ACA officers and staff serving in the state.
Negeri Sembilan PKR secretary Nor Azizi Abd Aziz yesterday claimed that the ACA's investigations into Umno leaders often came to a dead end unlike the probes into PKR politicians.
Labels: BELIT BPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kelang: 20% or four months behind schedule
Klang traffic chaos to last till mid-2010
THE work on an upgrading road project at the Klang end of the Federal Highway is six months behind schedule and motorists will now have to endure the daily traffic chaos until the middle of 2010.
According to Klang MP Charles Santiago, construction work is now 20% or four months behind schedule.
He said another shocking fact he discovered was that the project was originally planned and projected for the traffic needs in 2002.
In a mess: Construction work in progress near the Kota Bridge in Klang town.
“The federal government is now building traffic infrastructure proposed in 2002. So, how is the traffic volume after 2010 going to be accommodated?” he asked.
Charles told reporters this after a meeting with representatives from the Selangor Public Works Department (PWD), the project consultant and contractor in Klang.... more.
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PKR Youth to have failed PR Government leaders replaced
NST | Parti Keadilan Rakyat (PKR) Youth said today it would ensure that Pakatan Rakyat (PR) leaders who fail to implement the opposition coalition’s election manifesto pledges are replaced.Kerajaan PR bela beruk di hutan. wakakakakakak
Its chief, Shamsul Iskandar Mohd Akin, said PKR Youth would have no choice but to seek the replacement of PR state government leaders who were hesitant to make changes or afraid of taking risks with people capable of leadership and decision-making.
“A government must be led, not just managed,” he said in his policy speech at the PKR Youth annual national congress, here.
Shamsul Iskandar said the election manifesto pledges included cleaning up the government of corrupt practices, and that the changes must be made immediately to prevent erosion of the people’s support for the coalition.
He said PKR Youth also urged the PKR leadership not to exclude members of the movement from positions in the party and the PR government.
Anak sendiri mati tercekik papan. Dah tak der nasi.
Ramai sangat YB kenduri. YB yang di undi untuk datang kenduri. Wakakaka
Baik ramai YB wanita dari lelaki. YB lelaki tak der telur. Atau simpan telur kat umah dalam peti sejuk beku.
Labels: kongres
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Wakil rakyat PKR, k'jaan Pakatan sasaran AMK
malaysiakini | ...Gayung kritikan ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin bersambut dan isu yang dibangkitkannya dipanaskan lagi oleh beberapa pembahas dari negeri-negeri.Belasah kuat sikit .... biar tersembol jendol kat dahi ....wakakakak
Perwakilan Pahang, Asrizal Tahir memberi "amaran tegas" kepada wakil rakyat muda Pakatan yang dipilih dalam pilihanraya lalu tetapi gagal menunjukkan prestasi seperti diharapkan.
"Sekiranya mereka gagal (menunjukkan prestasi), ayuh bangun tolak," katanya, dengan sokongan hampir 600 perwakilan.
Bercakap kepada media selepas itu, Asrizal berkata, wakil rakyat muda termasuk di Pulau Pinang “jarang menjenguk kawasan kecuali pada hari minggu untuk menghadiri kenduri”.
Katanya, penyokong akar umbi PKR memandang serius kelemahan prestasi wakil-wakil rakyat itu.
"Bukan perlu buat kerja. Turun tunjuk muka sahaja," katanya.
Sementara pembahas Selangor, Mazli Saring meminta kerajaan negeri-negeri Pakatan mengkaji semula pemberian kontrak yang terlepas ke tangan syarikat-syarikat milik pemimpin BN.
Menjelaskan lanjut kepada media selepas ucapannya itu, beliau mendakwa pemberian projek-projek pihak berkuasa tempatan (PBT) terlepas ke tangan parti lawan kerana ahli-ahli majlis gagal berfungsi.... more.
YB kenduri....wakakakaka
Labels: kongres
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Satu lagi 'flying kick' untuk Pekida dan Pewaris
Ketuanan Melayu tidak lagi relevan - Mei FunTu la .... orang kata cakap jangan berdego dego ... nanti kepala kena gelego.
Utusan | Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara.
Sambil menyokong kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengenai perkara itu semalam, beliau berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.
''Oleh itu kita sama-sama bangunkan negara,'' katanya selepas mempengerusikan dialog antara Exco Wanita MCA dengan 19 ahli bahagian Wanita, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Miri di sini hari ini.
Ditanya apakah pandangan Soi Lek itu selari dengan semangat UMNO yang menjadi ahli komponen dalam Barisan Nasional (BN), Mei Fun berkata:
''Kita tidak dapat memberi arahan supaya semua orang bersetuju dengan pandangan mereka.
''Biar mereka mempunyai pandangan yang tidak sama tetapi apa yang penting ada semangat kerjasama antara satu sama lain.... more.
Wakakakaka .... dah sinonim. Kalau Melayu tersepit, kena panggil pahlawan melayu. Pekida dan pewaris. Nama pun gayat. Tolooooonnnnn..... !!!!
Wakakakakaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments