limboochang | .....Di mana ada hotel yang berani menyewakan dewannya, kita bersidang di hotel. Akan tetapi di mana tidak ada hotel yang berani atau tidak tahan ugutan dari pihak-pihak tertentu. Mujurlah ada tokong Budhis atau sekolah Cina yang berani dan bermurah hati menyewakan dewan mereka.
Begitu juga, dulu bendera yang kita kibarkan sempena beberapa kongres yang lalu sering diragut turun oleh pihak penguatkuasa majlis bandaran atas arahan Umno-BN yang memerintah. Tetapi hari ini kita gembira kerana beribu bendera Parti terus berkibar megah di samping bendera negeri dan Jalur Gemilang di sepanjang jalan ke mari.
Saya percaya kerajaan PAKATAN tidak akan membalas dendam dengan mengarahkan mana-mana jabatan menurunkan bendera Umno dan parti-parti sekutunya apabila mereka mengadakan perhimpunan tahunan. Saya yakin pimpinan kerajaan kita tidak berhati kecut seperti para pemimpin kerajaan tidak adil dan korup yang kita ganti.
MERAYAKAN KEMENANGAN... more.
Nov 29, 2008
Ucapan perasmian Timbalan Presiden PKR
Labels: kongres
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment