KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 18, 2008

Mungkin Siasatan Ke Atas Mahathir Dibatalkan!

mahathir mohamad 01msomelayu - [...] Apa yang dapat difahami bahawa siasatan ke atas enam individu itu termasuk Mahathir Mohamad tidak sampai kepada pendakwaan. Apa guna siasatan dijalankan kalau tidak untuk didakwa? Membuang masa dan menyusahkan polis saja.

Ada semacam percanggahan dan berlaku miss communication di sini antara Najib dengan Abdullah Badawi. Abdullah semalam bersetuju mereka disiasat di bawa beberapa akta seperti Kanun Keseksaa, Rasuah, OSA, Hasutan dan sebagainya.

Apakah kenyataan Najib itu kerana sudah dapat mengesan 'ugutan' Mahathir semalam yang memberi ingatan kalau nak siasat dan dakwa jangan pula diakhirnya tidak ada apa-apa pendakwaan?

Kata-kata Mahathir itu mempunyai motif yang cukup dalam dan mungkin dimengerti dan difahami oleh Najib. Mungkin Najib dapat menghidu apa yang akan didedahkan Mahathir jika bekas PM itu di bawa ke Mahkamah? Khabarnya Mahathir akan mendedahkan atau mengambil peluang pendakwaannya di Mahkamah nanti satu dokumen penting negara yang selama ini menjadi rahsia.
... selanjutnya.

MB Perak kunjungan MB Kelantan

Siasah - [...] Turut hadir dalam majlis makan tengahari itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasharuddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun dan lain-lain pimpinan.

Nizar dalam rangka lawatan kerjanya turut ditemani Pengerusi Jawatankusa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna, Chen Fook Chye, Adun Selising, Husin Din, Adun Semanggul, Ramli Husin, Setiausaha Politik dan akhbarnya, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Anuar Hashim.

Dalam rangka lawatan selama empat jam ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Nizar turut diraikan pada majlis makan tengahari bersama Anggota Exco kerajaan negeri dan Adun sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Tuan Guru di pejabatnya.

Selepas itu, beliau turut menghadiri majlis pertemuan rasmi dengan anggota exco kerajaan negeri dan Adun yang diadakan di Bilik Gerakan Suk.
Kehadiran Nizar buat pertama kali ke negeri itu, menjadi perhatian para media termasuk RTM, tv3, tv9 untuk membuat liputan.

Nizar ketika berucap pada majlis itu berkata, kerajaannya yang baru dibentuk lebih dua bulan itu akan mengutamakan konsep kebajikan dan amanah sebagaimana yang diingini rakyat.... selanjutnya.

Batal dakwat: Tubuh surhanjaya kenalpasti pembohong

harakahdaily - [...] ''Polis telah menemu bual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari Thailand.

''Ini kerana tidak ada sebarang saksi pun yang pernah melihat dakwat tersebut dan daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan ini," kata Menteri Dalam Negeri.

Penggunaan dakwat itu dibatalkan oleh SPR setelah polis mendakwa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara.

"Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut.

"(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (kabinet) percaya ia memang benar-benar wujud," kata Pengerusi SPR.

Kenyataan-kenyataan bercanggah tersebut, kata Mahfuz, memberi gambaran wujudnya permainan politik untuk menghalang kemenangan suara rakyat dalam pilihan raya tersebut. ... selanjutnya.
No2umnO - Ntah....kali ni aku tak berapa setuju dengan saudara Mahfuz kita....Berapa banyak bukti keberkesanan suruhanjaya menyelsaikan masalah. Ia bergantung kepada kerajaan. Kalau kerajaan masih yang sama, maka kita dah tahu jawapannya ......

Shahrir Cadang Warna Dakwat Dirahsiakan

bernama - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar warna dakwat kekal untuk menanda jari pengundi semasa proses pilihan raya dirahsiakan.

Selain hitam, warna lain yang unik seperti merah jambu atau ungu boleh digunakan, katanya ketika diminta mengulas mengenai pembatalan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya 8 Mac lepas.

"Kita pilihlah warna yang unik kepada kita, janganlah pilih hitam sahaja, hitam semua orang boleh buat," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-28 Persatuan Pemborong Ikan Johor Baharu di sini hari Ahad.

"Jangan beritahu sesiapa warnanya sehingga pilihan raya diadakan," katanya. Tahun lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan penggunaan dakwat kekal itu dalam pilihan raya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang pengundian atas alasan keselamatan.

Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi pelaksanaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang dikesan oleh polis.
No2umnO - Nampaknya shahrir samad ni lari dari tajuk .... bukan soal warna, tapi memang SPR tak mahu gunakan. Samaada SPR takut dengan kabinet atau SPR sendiri tak berani nak terima kenyataan. Backfire...dek orang atas. Tapi yang pasti ..... alasan yang tidak logik dan bodoh digunakan. Akibatnya bila diminta penjelasan, jenuh tunjuk sana, tunjuk sini. Akhirnya berkecamuk. Beri mereka 2 bulan dan semua keadaan menjadi normal. Biasa lah ... hangat hangat tahi ayam. Panas sekejap. Rashit pasti letak jawatan. Digantikan dengan orang yang lebih kurang sama. Aiii ... biasa dah.

Patrick comment on Zakat

My Photoniamah - [...] Why do this? Well, when you pay to the IRD, the money goes to the Federal Government and Umno will use the money. But when you pay zakat the state gets to keep the money and in the five Pakatan Rakyat states for sure Umno will not be able to get its hands on the money.

Think about it. Zakat is mandatory under Islam. So you will be fulfilling your Islamic duty plus you will be helping the five Pakatan Rakyat states plus you will be denying Umno that money. That’s killing three birds with one stone.

Okay, zakat is only 2.5% of your wealth (zakat harta) or income (zakat pendapatan) while income tax is higher. So, pay the higher figure. After all, you will have to pay it anyway whether you pay zakat or income tax. And imagine how many poor and destitute people, the homeless, students who need financial aid or scholarships, orphans, single mothers, old folks who can’t work, handicapped people, etc., can be helped with this zakat money."

Isn't that like a stroke of genius? I think our Muslim Malaysian brethren should seriously think about it. In fact, if there was something like this for Christians I'd switch over instantly. Up until the time I read this RPK post I only had one genius in my circle of friends. Now I have 2. Well, sort of friend la since I have never met RPK in person. Damn good la. Tabik, sir.... selanjutnya.
No2umnO - Usaha mewajibkan Zakat kepada rakyat telah dimulakan oleh Kerajaan Kedah selepas kemenangan pada PRU12. Kerajaan Pusat dapat menghidu taktik ini. Dan sekarang kakitangan kerajaan secara otomatik telah di potong dari slip pendapatan tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada kakitangan. Kalau anda tidak percaya, tanya guru guru dan kakitangan kerajaan. Pemotongan gaji bermula pada bulan Mac lepas. Sesiapa yang mendapat tunggakan akibat kenaikan pangkat turut di potong gaji mengikut tunggakan yang mereka perolehi. Manakala sebelum ini ramai kakitangan yang dikatakan 'belum layak' untuk di potong gaji.

Demokrasi di Kampung

Pemilihan dan Pengundian Ketua Kampong
utaraonline - [...] "Gari, Perak pada 17 Mei 2008 bermula jam 9.00 pagi. Projek rintis ini diadakan hasil dari perletakan jawatan 796 Ketua-Ketua Kampong dan ini secara spontan telah memberi kuasa dan hak semula kepada rakyat untuk memilih dan mengundi Ketua-Ketua Kampong mereka sendiri.



Menurut Datuk Seri Ir Mohamad Nizar, projek rintis ini adalah yang pertama pernah dilakukan di Malaysia dan ini berasaskan konsep "Untuk Rakyat oleh Rakyat".

Pengurusan dan Petugas-petugas Pengundian dan Pemilihan

Dengan kerjasama dari Pegawai-pegawai Daerah Manjung dan Penghulu-penghulu Mukim satu jawatankuasa percubaan telah dibentuk bagi mengendalikan projek rintis ini. Antara Jawatankuasa Pertama Pengurusan Pengundian dan Pemilihan terdiri dari:

... selanjutnya.

Warga emas terpaksa tangguh hasrat bernikah kali keempat

Utusmeloya - Hasrat seorang warga emas Mohamed Nor Awang, 57, untuk bernikah dengan bakal isteri keempatnya pada hari Jumaat ini terpaksa ditangguhkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shaikh Ahmad Ismail tidak berpuas hati dengan afidavit tambahan yang dikemukakan olehnya hari ini.

Hakim Syaikh Ahmad mengambil keputusan untuk menangguhkan keputusan perbicaraan kes permohonan poligami Mohamed Nor untuk bernikah kali keempat pada 5 Jun ini, bagi memberikannya peluang mengemukakan saksi untuk menyokong keterangan bahawa dia mempunyai kemampuan kewangan dan diri untuk berbuat demikian.

Sebelum itu, Mohamed Nor ketika membacakan afidavit tambahannya memberitahu mahkamah bahawa dia berkemampuan daripada segi kewangan untuk berkahwin seorang lagi walaupun dalam sebutan kes sebelum ini dia memberitahu mempunyai pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan.... selanjutnya.

Khir Toyo merapu lagi

Khir Toyo: Ketuanan Rakyat idea k'jaan republik?

khir toyo 181207malaysiakini - [...] "Apakah yang ingin diruntuhkan melalui slogan ketuanan rakyat? Pada hemat saya ketuanan rakyat ini akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik," tulisnya lagi.

Menurutnya, perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.

"Sekarang ini sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kuasa Sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara.

"Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa perlantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu. Apakah erti segala usaha mencabar segala struktur Perlembagaan ini?" soal Dr Mohd Khir.

"Apakah sudah wujud agenda untuk menjadikan negara ini sebagai republik melalui slogan Ketuanan Rakyat? Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai ‘custodian' agama Islam dan orang Melayu?" soalnya lagi.... selanjutnya.

Police chief must apologise

NSt - Segambut Member of Parliament Lim Lip Eng is demanding an apology from Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar for the alleged "torture" he and several Bandar Mahkota Cheras residents were put through on May 8, at the Grand Saga demonstration, over an access road closure.
He claimed several residents were treated brutally when they were arrested for protesting.

Lim planned to sue the force over the incident unless Khalid apologised.

He claimed that he too was assaulted by plainclothes policemen while trying to prevent the Federal Reserve Unit personnel from using water cannon to disperse the crowd at Bandar Mahkota Cheras.

Mahathir yang selalu silap pilih

Mahathir sebelum ini mengutuk Najib kerana sikap pengecut dan 'yesman' nya. Sekarang Najib diantara yang layak menggantikan Pak Lah. Mungkin berubah hati selepas bertemu dengan TPM itu. Tapi yang menjadi persoalan, sejak bila mahathir bijak menilai seseorang itu. Semua yang di pilihnya, semua mempunyai masalah, kecuali Datin Seri Hasmah yang sehingga sekarang masih bersama.

... selanjutnya di agendodaily

Dr. M ajak singkir Pak Lah
‘Serangan’ bekas Perdana Menteri terhadap penggantinya diteruskan lagi dan kali ini Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak seluruh ahli UMNO untuk menyingkirkan segera Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi demi untuk menyelamatkan parti itu daripada terus musnah. Beliau turut menyebut nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara nama-nama yang layak menggantikan Abdullah. Katanya, beliau tidak kisah siapa yang akanmenjadi pengganti asalkan Abdullah disingkirkan segera. selanjutnya

Mukhriz perlu teliti rekod ayahnya sebelum kritik Anwar

harakahdaily - Tindakan Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir untuk mengaitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan golongan anti-Islam Amerika dan pelobi Yahudi antarabangsa sebenarnya memalukan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Menurut Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim, rakyat berhak berasa malu tatkala Mahathir ketika menjawat PM mengupah pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff dengan bayaran RM4.6 juta demi memastikan pertemuan antaranya dengan Presiden George Bush terlaksana.

"Abramoff telah menyatakan kekesalan beliau merasuah ahli-ahli politik Amerika dan menipu puak peribumi Amerika di dalam casino deal dan Mahathir sendiri telah mengaku bahawa wang yang dibayar untuk menjamin pertemuaan pada Mei 2002 tersebut hanyalah 'sesuatu yang normal'.

"Pendedahan terbaru oleh Suruhanjaya Diraja menggambarkan Mahathir sebagai seorang manusia yang tidak mempunyai pertimbangan nyata untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meluaskan pengaruh," jelas Salehuddin dalam kenyataan media yang dimel-e kepada Harakah. ... selanjutnya.

Antara ULAR dan RASHIT ... mana satu yang anda pukul?

Pembangkang 'berbaik' semula dengan Pengerusi SPR
MStar - Jangan ambil hati! Mungkin mesej itu yang cuba disampaikan apabila beberapa parti pembangkang menghantar wakil mereka menemui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sejurus selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-12.

Ketika mendedahkan perkara itu ketika berucap pada Seminar Kebangsaan Mengenai Pilihan Raya 2008: Perjalanan Demokrasi anjuran Unit Pengajian Penyelidikan Pilihan Raya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pagi ini, beliau memberitahu:

"Ada beberapa wakil parti politik datang bertemu saya, mereka dihantar oleh parti mereka."
Wakil-wakil berkenaan, kata beliau, membawa mesej mahu 'berbaik semula' selepas mereka telah mengecam dan mengkritik SPR dengan pelbagai tuduhan termasuk kononnya merancang melakukan penipuan dalam pengurusan pilihan raya.....selanjutnya.

No2umnO - Biar lah apa yang Rashit katakan, sukar untuk percaya. Kerana kita semua kenal Rashit dan Rashit kenal dirinya. Kalau bertemu ular dan Rashit ... wak akan pukul Rashit dulu baru bunuh ular.

Umno jual ratusan ekar tanah, Melayu dibiar merempat

harakahdaily - [...] Tindakan pemimpin Umno Pahang menjual tanah milik parti itu sebagaimana didedahkan bekas Setiausaha Badan Perhubungannya, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman, baru-baru ini membuka 'belang sebenar' parti itu.

Pendedahan itu membuktikan pengkhianatan Umno negeri terhadap rakyat dan sokongan padu bangsa Melayu terhadapnya.

Ia juga mendedahkan kegagalan Umno sebagai pemerintah yang secara mudah memperolehi tanah melalui kuasa politik, kemudian menjualnya kepada pihak lain untuk mendapat keuntungan segera.

Pada masa yang sama, para pemimpin parti itu sering menasihati rakyat supaya jangan menjual tanah untuk mengaut keuntungan segera, tetapi itulah yang dilakukan oleh pemimpin Umno apabila berada di puncak kuasa.

Pendedahan Tajudin itu sesungguhnya telah membuka pekung di dada para pemimpin Umno yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat.

Rakyat yang dituba dengan janji pembangunan tidak pernah terfikir adanya pekung bernanah disebalik wajah seorang bapa.

Sikap baik pemimpin Umno/BN selama ini meyakinkan rakyat negeri ini sehingga sanggup memberi lagi mandat besar kepada parti itu dalam pilihan raya umum Mac lalu. Umno/BN Pahang seolah-olah tidak terkena langsung tsunami politik yang melanda negara 8 Mac itu. ... selanjutnya.

Siapakah Raja Lawak?

2007 dulu....rakyat kecoh dengan penggunaan dakwat jari. Bukan main seronok lagi apabila kita menyangka bahawa SPR cuba untuk menjadi telus .... berita ini pun keluar

PRU: SPR guna tanda dakwat di kuku atau jari

PRU: SPR guna tanda dakwat di kuku atau jari
PRU: SPR guna tanda dakwat di kuku atau jari
Utusan Online
PUTRAJAYA 13 Ogos - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini memutuskan untuk menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, keputusan untuk menggunakan dakwat khas dari India itu, yang sukar dipadamkan untuk beberapa hari, adalah selaras dengan...... selanjutnya.
Tiba tiba pada saat akhir menanti ketibaan PRU 12 .... disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.....SPR buat hal lagi. Bukan setakat Rashit yang terlibat, malah Musa Hassan dan diheret sekali Gani Patail. Maka 3 burung kakak tua ni pun bercakap dengan nada yang sama. Tajuk cerita "Ku tegakkan benangku yang basah"
SPR batal tanda dakwat
Bharian - [...]Polis kesan cubaan tipu babitkan empat individu di tiga negeri
"Proses pengundian serta ketenteraman dan keselamatan awam tidak boleh sekali-kali dikompromi. SPR amat dukacita atas keputusan yang dibuat ini.

“Namun begitu, demi menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya dalam menjamin kelancaran proses pengundian, dan demi ketenteraman dan keselamatan awam, SPR perlu mengambil keputusan tegas dan muktamad ini," katanya pada sidang media di Pusat Media SPR di sini, semalam.

Turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. ....Selanjutnya
Selepas pengumuman tersebut ... eh eh eh .... tiba tiba rumah Rashit pula yang disimbah cat. Tapi bukan cat jari tapi cat rumah. Kononnya susah benar memegang tanggung jawab Pengarah SPR sehingga terdedah kepada pelbagai risiko. Mamat yang dituduh, ditangkap di Pulau Pinang. Mak aiiii .... jauhnya tangkap.
Kediaman Pengerusi SPR disimbah cat merah
Utusmeloya - [...]Ketika sibuk mengendalikan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-12, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman dikejutkan dengan kejadian tembok pagar rumahnya disimbah cat merah hari ini.

Perbuatan menyimbah tiga tin kecil cat merah di depan rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi. ...selanjutnya.
Untuk menyokong tindakan batal itu, maka Pak Lah pun turut keluarkan kenyataan. Menjadikan cadangan yang diusul oleh 3 ekor buruk kakak tua itu bertambah kukuh apa bila seekor burung gagak bertindak setuju dengan cadangan burung kakak tua itu tadi ...... begini cerita nya..
Batal guna dakwat bukan keputusan kerajaan: PM
Bharian - [...] “Saya sudah bagi tahu Datuk Radzi (Setiausaha Barisan Nasional, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad) supaya mendapatkan penjelasan daripada SPR kerana ini bukan kita punya kerja. Saya diberitahu, ini adalah keputusan dibuat SPR.

“Saya pun mahu mendengar maklumat lanjut daripada mereka. Saya harap mereka (SPR) patut panggil ketua atau wakil parti untuk beri penerangan supaya tidak ada perkara yang tak baik berlaku (ekoran pembatalan itu),” katanya . ...selanjutnya
Usul batal tidak disertai bukti, maka pada awal Persidangan dewan 2008, isu ini menjadi perhatian ..... Ahli Dewan yang dipenuhi oleh Parti Pembangkang mempersoalkan kesahihan bukti yang membawa kepada pembatalan ...
SPR Batalkan Dakwat Kekal Berdasarkan Desas-Desus Semata
Suarakeadilan - Dalam jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar kepada MP Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), beliau menjelaskan SPR dan kerajaan tidak mempunyai bukti kukuh ketika membuat keputusan tersebut.

Pada 4 Mac lalu, SPR mengumumkan keputusan saat-saat terakhir membatalkan dakwat kekal atas alasan keselamatan. Pengunaan dakwat kekal ini dituntut Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) bagi menyekat penipuan pilihanraya khususnya pengundi hantu.

Ketika membatalkan pelan tersebut, Pengerusi SPR Rashid Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat berdasarkan laporan polis mendakwa sebilangan pihak telah membeli dakwat-dakwat kekal dari luar negara untuk menipu dalam pilihanraya....selanjutnya.
Kenyataan ini dikukuh kan dengan kegagalan polis memberikan bukti bukti penyeludupan dakwat seperti yang didakwa oleh Musa Hassan pada awalnya. Dan selepas para kepimpinan mula bersandiwara, melakukan cerita kanak kanak, bertajuk...."aku betul kau salah" Dialog pelakun pertama pun bermula ....
rashid uiam election seminar 170508SPR: Kabinet batalkan dakwat kekal
malaysiakini - "Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di seminar mengenai pilihanraya umum 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini (foto kanan).

SPR, katanya, sudah bersedia memperkenalkan langkah tersebut demi menolak keraguan orang ramai tentang pengundian berganda.

"Kami menerima tekanan dari banyak pihak (untuk melaksanakan dakwat). ...seterusnya
Kemudian Dialog pelakun kedua pun menyusul........lagu yang sama "Aku yang betul, kau yang salah" ....
PM: Batal dakwat budi bicara SPR
Malaysiakini - [...] "Memang perkara itu menjadi tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet sebab kita ada beberapa maklumat berkaitan perkara ini, antaranya ada pihak-pihak tertentu yang telahpun membeli dakwat ini walaupun mereka tidak ada kuasa untuk membelinya.

"Dan kita mencurigai bahawa dakwat itu akan digunakan dengan cara-cara yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keadaan yang boleh menyulitkan, boleh membawa masalah kepada proses pengundian yang berlaku pada hari itu," katanya.

Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semalam, bahawa penggunaan dakwat khas itu tidak diluluskan oleh Kabinet walaupun telah dipersetujui oleh SPR....selanjutnya
Dan seterusnya kita saksikan lah lakunan badut badut ini.. kekadang kalau dunia ni sunyi sangat pun tak seronok. Nak kena ada cerita lawak lawak cam ni. Kena tanya otai otai raja lawak untuk adili ... siapakah yang lawak diantara mereka mereka ini.

Umno nafi halang dakwat kekal

isupolitik - Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilaporkan sebagai berkata kabinet membantah pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi.

“Saya dimaklumkan bahawa saya harus bertanggungjawab (sendiri) jika bersetuju melaksanakannya.

"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR. Saya kena memikul kecaman selama setahun," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

Kenyataannya itu menjelaskan sedikit tanda tanya terhadap misteri keputusan SPR membatalkan saat-saat akhir penggunaan dakwat kekal menjelang hari mengundi pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Bagaimanapun Perdana Menteri itu dikatakan menafikan kenyataan tersebut dengan menjelaskan suatu kenyataan yang kabur sebagaimana disiarkan visual kenyataannya di sebuah Televisyen (TV) milik Umno semalam.

Tidak jelas apa yang hendak ditegaskan oleh Pak Lah berhubung dengan persoalan ini. Dikatakan Pak Lah menjelaskan bahawa, ia hanya cadangan kabinet, tidak semestinya SPR menerima cadangan tersebut.

Terpulang kepada SPR untuk menerima cadangan kabinet itu atau sebaliknya. Jelas, ada permainan tarik tali antara Pak Lah yang mengepalai kabinet dengan Tan Sri Abdul Rashid yang mengetuai SPR.

Jika Pak Lah merasa bimbang dengan soal ketelusan dalam sistem demokrasi yang agak terbuka, saya syorkan segeralah Pak Lah dan Abdul Rashid meletakkan jawatan masing-masing, jadi orang biasa lebih baik dari tidak tahu mengurus rakyat dan negara dengan baik. ...selanjutnya

To be open or to hide!

malaysiatoday - It is a very common practice by the Barisan Nasional government to classify most documents as being secret documents. Even contracts like the contracts with toll concessionaires are classified as secret documents. It is very odd as these contracts involve public money and hence the public has the right to know.

It is when the government wants to hide certain features of the contract that the contract is deemed as being a secret document. If not why is the need for secrecy? Will the revelation cause a national disaster? Or will the revelation cause disaster to the government? Most likely it is the latter that will happen if the document is declared as being an open document.

Most things that the Barisan Government does is shrouded in secrecy. Petronas has never, as far as memory can serve me, presented its profit and loss account. We are in the dark as to how Petronas earnings have been spent and in what amount and to which projects. Petronas money too must have been spent to bail out loss- making government companies or companies under the GLC.

For how long do we have to keep guessing as to what the actual financial position of Petronas is? The only information given to the public through the media is the billions that Petronas makes in its worldwide investment strategies. Petronas is definitely loaded if it can allocate RM1 billion annually as oil royalty payment to Trengganu.

This royalty was directly given to the state until PAS took over the government of that state in 1999. It was turned into what is called ‘wang ehsan’ and disbursed in a way to ensure that the Barisan Nasional will forever control the State government. It is the state government that knows what projects need to be carried out for the benefit of the people but is left with inadequate funding.... selanjutnya.

Bangganya jadi artis


"lihat lah dunia....gua artis Malaysia"

Artis Malaysia dah memang berani. Acting dah kalahkan Bollywood, Mollywood dan Tigerwood. Macamana tak berani ? Sebab tak der siapa yang berani pada diorang .... Menteri menteri dan Finas sendiri pun kecut teloq nak tegur .... Prosidur entah kemana, undang undang dah bersepah. Mungkin diorang terfikir, benda syiiiiiokkk, buat per tegur .....

Dulu ada jugak artis yang sombong cam ni. Bila dah accident teruk, baru nak berubah. Masa tu la baru sedar, cantik itu bonus yang Tuhan bagi. Kalau Tuhan nak tarik balik bonus tu ............ Sepetik jari aje. Pada yang tengok tu, jangan nyumpah, doakan mangkuk ni biar berubah. Takut kena pulak batang idung. Anak makin lama makin membesar. Naluri nak jadi artis membuak buak. Nak ikut style mat salleh. Kalau tak cam tu, orang kata tak moden. Kalau pakai baju kurung .... bukan lah 'Melayu Boleh' sebab peminat tak toleh....Bila peminat terpusing kepala .... baru lah "Melayu boleh".

email oleh - "alrid"

Antara Kesempitan Perkauman Dengan Keluasan Prinsip Islam

drmaza - [...] Apakah bezanya antara keluasan prinsip Islam dengan kesempitan perkauman? Jawapannya secara umum; seseorang yang dilahirkan berbangsa melayu, tidak mampu menukar dirinya menjadi arab. Seorang yang dilahirkan berbangsa cina tidak mungkin dapat menjadi melayu. Seseorang yang dilahirkan berbangsa india tidak mungkin mampu menukar dirinya menjadi cina.

Walaupun mungkin dia boleh menyamar, atau membuat tafsiran yang berbagai dalam menukar identiti dirinya, namun hakikat diri dari segi nasab keturunan tidak mungkin dapat diubah. Hal ini berbeza dengan soal pegangan akidah Islam. Di mana, seseorang walaupun apa bangsanya, boleh menjadi muslim lagi mukmin. Bahkan dia boleh mejadi muslim yang terbaik, walaupun dia daripada bangsa paling hina pada pandangan masyarakat, tetapi Islam tidak mendiskriminasikannya.

Maka, Bilal bin Rabah r.a. seorang yang berkulit hitam, berasal dari status hamba abdi yang dihina telah menduduki tempat yang tinggi dalam Islam. Sehingga setiap muslim apabila menyebut sahaja azan untuk solat akan teringat sejarah Bilal yang bertugas sebagai muazzin (tukan azan) Nabi s.a.w. Sehingga orang melayu memanggil ‘tok bilal’ kepada tukang azan.

Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).... selanjutnya.

Terima Kasih Abdullah Siasat Mahathir!

msomelayu - Ada juga untungnya BN lemah dan kehilangan empat buah negeri kerana ia boleh menyuntik keberanian kepada kerajaan dan Perdana Menteri. Mungkin kalau Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor masih belum jatuh serta BN tidak kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen keputusan atau cadangan seperti pengsyoran Suruhanjaya itu tidak akan berlaku.

Kita percaya kalau PM bukan dipegang Abdullah dan kebetulan kalau BN tidak dalam keadaan nazak hari ini mungkin kebebasan dan ketelusan itu tidak ada. Siapakah yang berani menyiasat individu-individu berkenaan sebelum ini? Semua mereka pernah berkuasa dan dilindungi di mana pengaruh mereka ke atas pihak-pihak tertentu masih ada. Dalam erti kata lain mereka masih ada budi untuk dikenang oleh pihak tertentu!

Apabila siasatan sudah bermula ke atas individu berkenaan akan bermulalah satu lagi episod pendedahan apa yang belum terdedah sebelum ini. Mahathir ketika mengalu-alukan pengsyoran itu seperti mana dipetik kenyataan dari Johor Bharu hari ini menyatakan kesediaanya untuk disiasat dan redha dengan keputusannnya nanti.

Kenyataan beliau menjelaskan sikap berani beliau! Walaupun beliau cuba menunjukkan keberanian namun ada nada ugutan terselit dicelah-celahnya bila mana beliau menyebut, "akan banyak hal-hal yang tidak disebut sebelum ini akan dibongkarkan ini termasuklah hakim-hakim yang melobi kepada saya." Apakah maksud Mahathir berkata demikian?... selanjutnya.

Ijtimak PAS Selangor Isnin ini bakal panas!

siasah - [...] Konvensyen itu akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala Datuk Husam Musa, Naib Presiden dan Mohamed Hanipa Maidin, peguam yang juga AJK PAS Pusat bakal membentangkan kertas kerja masing-masing.

Konvensyen yang akan diadakan di Komplek Belia Selangor itu akan disertai kira-kira 1,500 pemimpin pelbagai peringkat PAS Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor , Datuk Dr Hassan Mohamad Ali ketika ditemui sebelum ini teringin benar mengetahu apakah maklum balas rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor khasnya menjelang 100 hari pentadbirannya 18 Jun nanti.

Dalam poll yang dibuat Siasah mulai 13 Mei lalu, 92 peratus respondan menyokong kerajaan Pakatan Rakyat itu iaitu 53 peratus berkata prestasinya sangat baik, 39 peratus baik dan hanya enam peratus yang berkata buruk dan sangat buruk.

Berdasarkan poll itu, kelihatan prestasi kerajan Pakatan yang disertai PAS itu memuaskan sehingga kini.... selanjutnya.

Syor tambah biasiswa pelajar Melayu ke IPT

Bharian - [...] Beliau berkata, kerajaan sepatutnya menawarkan lebih banyak biasiswa kepada pelajar Melayu selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengikut hak keistimewaan orang Melayu.

“Pada hemat saya, setiap pelajar Melayu Bumiputera yang mendapat tempat di universiti diiktiraf (kerajaan), mereka berhak mendapat biasiswa kerana ia adalah peruntukan dalam Perlembagaan yang menjadi hak dan keistimewaan Melayu.

“Jika ada pihak beranggapan pinjaman ini (PTPTN) ganti kepada biasiswa, ia bertentangan dengan Perlembagaan mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan menyekat hak pelajar mendapat biasiswa,” katanya berucap pada majlis Konvokesyen IPB Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Menara Matrade di sini, semalam.... selanjutnya.

No2umno - Ditambah? Macam dah tak ade je...Patutnya 'diujudkan semula'.

JANGAN PERCAYA RASHIT

Akbar yang paling tak boleh nak percaya, Utusan Meloya. TV yang paling tak boleh caya .... TV 3. Suruhanjaya yang paling tak boleh percaya ....SPR. Menteri yang tak boleh percaya....Nazri. Semua dah tertulis. Tapi kalau nak caya juga. Apa aku boleh buat sebab dah diberitahu.

SPR hanya disyor kaji batal guna dakwat
Utusnmeloya - [...] Perdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai jemaah menteri selepas menerima beberapa maklumat berkaitan tindakan pihak tertentu yang dikatakan membeli dakwat berkenaan walaupun tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

“Kabinet curiga, mungkin dakwat yang dibeli itu untuk mengelirukan dan menimbulkan masalah sepanjang proses pengundian pada pilihan raya umum lalu.

“Bagaimanapun, keputusan itu hanya cadangan serta beberapa alasan yang disampaikan kepada Pengerusi SPR dan terserahlah kepada beliau memikirkan sama ada hendak melaksanakan pandangan kerajaan atau tetap berpendirian mahu menggunakan dakwat itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Malaysia ke-11, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bahawa Kabinet memutuskan untuk tidak menggunakan dakwat pada pilihan raya lalu walaupun SPR bersetuju menggunakannya bagi menjamin ketelusan. ... selanjutnya.

Ketua Polis enggan mohon maaf kepada Lip Eng

utusmeloya - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menegaskan, beliau tidak akan meminta maaf kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berhubung isu polis didakwa berkasar terhadap wakil rakyat itu ketika menyuraikan satu demonstrasi baru-baru ini.

Beliau berkata, tiada sebab untuk beliau tunduk kepada permintaan Lip Eng yang melanggar undang-undang.

"Kenapa saya perlu minta maaf kepada seseorang 'law breaker' (pesalah undang-undang), saya hanya menjalankan tugas saya," tegasnya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan Hadiah Balai Polis Terbaik Kategori 'A' peringkat Selangor dan dialog 'Sepetang Bersama Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media hari ini yang memetik kenyataan Lip Eng meminta Khalid memohon maaf berhubung insiden pada 8 Mei lalu, yang melibatkannya dan beberapa penduduk yang mengadakan demonstrasi terhadap Grand Saga di Bandar Mahkota Cheras....selanjutnya

No2umnO - Aku sependapat dengan Ketua polis selangor. Kalau langgar undang undang, tak perlu mohon maaf. Itu sebab aku tak respek polis ... ada yang langgar undang undang, rasuah, salah guna kuasa dan cam cam lagi. Kekadang tu berlebih lebih pulak.

RM1,000 untuk pelajar golongan miskin

Insentif: Selangor dalih lagi
Utusanmuntahloya - Insentif pelajaran RM1,000 untuk anak-anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini akan dihadkan kepada golongan miskin berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan sahaja.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, insentif itu tidak dapat diberikan kepada setiap anak negeri pada tahun ini seperti janji dalam manifesto pilihan raya kerana kekurangan peruntukan.

"Belanjawan bagi tahun ini sudah banyak dipakai dan tidak banyak baki yang tinggal. Kita akan rangka rancangan kewangan bagi tahun depan supaya janji-janji negara berkebajikan yang telah kita buat semasa pilihan raya umum dapat dipenuhi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.

Pemberian insentif atau hadiah sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar negeri itu yang berjaya melanjutkan pengajian di IPT merupakan antara kandungan manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.... selanjutnya.

No2umnO - sekurang kurangnya ada .... wartawan utusloya tak perasan kot sebelum ni tak der....kesian

'Port' mat gian 100m dari IPD


kosmo - Sudahlah bangunan yang terbakar dibiarkan usang, ia dijadikan pula sebagai sarang dadah.

Tidak cukup dengan itu, ia juga menjadi tempat tidur serta 'port' maksiat oleh mat gian selain tempat membahagikan hasil samun di kalangan peragut.

Mungkin pihak berkuasa terlepas pandang kerana 'port' berkenaan gelap gelita itu hanya terletak tidak sampai 100 meter dari kuarters dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini iaitu di belakang perhentian bas Jalan Bukit Ubi menghala Bandar Indera Mahkota.

Tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati, bahagian dalam bangunan tersebut yang pernah dijadikan kedai perabot sebelum terbakar kira-kira dua tahun lalu itu berselerak dengan alatan menagih dadah selain dompet, beg pakaian yang kosong dan juga barang-barang lain dipercayai hasil samun.

Seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat, 36, berkata, seminggu lalu beliau pernah melihat mat gian yang tinggal di situ sedang menggeledah beg dipercayai baru disamun.... selanjutnya.

Buang pasport lebih 'selamat'

kosmo - Nilai sebenar pasport Indonesia hanyalah untuk melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia ketika memasuki negara ini.

Itulah pengakuan beberapa warga Indonesia ekoran penemuan pasport-pasport negara itu yang dibuang di kawasan-kawasan semak setelah tempoh tinggal yang dibenarkan di negara ini tamat.

Apa motif pemiliknya? Kebanyakan warga Indonesia tanpa pasport yang ditemui berkata, cara begitu disifatkan lebih selamat kerana mereka akhirnya akan dihantar juga pulang ke negara asal jika ditangkap.

"Paling lama, kami akan ditahan dalam pusat tahanan selama enam bulan atau satu tahun dan kemudian kami akan dihantar pulang.... selanjutnya.

Siasatan terhadap ahli UMNO, Rosol Masih Diteruskan

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/rosolhasut1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - Polis masih meneruskan siasatan keatas kenyataan ahli-ahli UMNO yang ‘menghasut’ dan menghina pihak istana di Terengganu dan Perlis

Datuk Mohd Bakri Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan mengesahkan pihaknya sedang giat menjalankan siasatan ke atas laporan polis yang dibuat terhadap ahli-ahli UMNO yang membuat kenyataan ‘menghasut dan menghina’ pihak istana Terengganu dan Perlis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu “ hanya penyiasatan terpilih” yang dilakukan oleh pihak polis, telah ditimbulkan oleh beberapa menteri kabinet dan ahli-ahli parlimen.

”Siapa kata kami tak siasat? Siasatan keatas laporan sedang berjalan. Kadangkala kami tidak boleh dedahkan apa tindakan yang diambil sebelum merumuskan penyiasatan. Kami terpaksa mengumpulkan bukti yang kukuh.” kata Bakri Zinin ketika ditanya, apakah hasil siasatan berkaitan, sekiranya polis telah membuka siasatan atas tuduhan menghasut itu.

Menurut akhbar The Sun, isu diatas dibangkitkan ekoran dari tindakan ‘sertamerta’ polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga didakwa ‘menghasut dan menghina’ Sultan Perak ketika beliau mempersoalkan tindakan Tuanku Sultan yang campurtangan dalam kes pertukaran kakitangan kerajaan Perak.... selanjutnya.

Bila orang asing disusukan...

 tranungkite - " Dua hari yang lalu seorang sahabat saya telah bercerita tentang keperitan ahli keluarganya yang tinggal di ibu kota. Sejak mereka duduk di sana sekian lama baru kali ini terasa akan kesempitan yang amat sangat dan mereka cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah yang kian meruncing.

Sekadar duduk di rumah setinggan tentunya banyak ujian yang terpaksa dihadapi. Lebih-lebih lagi dalam persaingan hidup di ibu kota, rasa-rasanya negara kita bernama Malaysia tetapi dihuni oleh orang asing belaka.

Memang tak dapat dinafikan, bahawa jutaan orang asing telah membanjiri negara kita dalam memenuhi sektor pekerjaan. Dari buruh kontrak hinggalah ke sektor perniagaan, penguasaan mereka cukup besar dan meninggalkan jauh masyarakat tempatan. Memang benar, mereka telah membantu ekonomi negara tetapi dalam masa yang sama mereka menafikan peluang kerja untuk orang-orang kita.

Alasan kos upah yang murah berbanding 'demand' orang tempatan menjadi pilihan semua majikan. Majikan yang hampir semua dikuasai oleh mereka yang berkepentingan tidak mengambil kira kebajikan hidup rakyat jelata sebaliknya memikirkan laba dan keuntungan yang berjuta.

Rakyat tempatan terasa gelabah dengan hasil pendapatan yang tak seberapa. Sekadar mampu menyewa rumah setinggan sedangkan mereka (orang asing) telah mampu memiliki banglo mewah.

Mereka juga mendapat layanan kebajikan lebih baik melalui kedutaan dengan program persekolahan yang sama (kurikulum) macam negara mereka. Manakala yang lahir di sini peluang bersekolah untuk mereka tetap ditanggung oleh kerajaan.... selanjutnya.

Akhbar boleh kena OSA

lingam tape 160508 reportmalaysiakini - [...] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim berkata, tindakan boleh diambil kerana laporan tersebut "rahsia kerajaan yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA)", lapor laman web Utusan Malaysia hari ini

"Kerajaan bimbang dengan kejadian kebocoran ini dan sekiranya ia melanggar undang-undang serta menjejaskan mana-mana pihak, sudah pasti tindakan akan dibuat.

"Tetapi jika sebaliknya, kita masih kena mengatasinya dengan memperkemaskan sistem pengurusan dan prosedur supaya ia tidak berulang," beliau dipetik sebagai berkata selepas merasmikan karnival sukan Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) di Kubang Kerian, Kota Bharu.

Beliau mengulas laporan polis yang dibuat JPM semalam terhadap beberapa akhbar yang menerbitkan sebahagian kandungan suruhanjaya itu sebelum kabinet secara rasmi memutuskan untuk berbuat demikian.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive