KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 18, 2008

Umno nafi halang dakwat kekal

isupolitik - Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilaporkan sebagai berkata kabinet membantah pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi.

“Saya dimaklumkan bahawa saya harus bertanggungjawab (sendiri) jika bersetuju melaksanakannya.

"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR. Saya kena memikul kecaman selama setahun," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

Kenyataannya itu menjelaskan sedikit tanda tanya terhadap misteri keputusan SPR membatalkan saat-saat akhir penggunaan dakwat kekal menjelang hari mengundi pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Bagaimanapun Perdana Menteri itu dikatakan menafikan kenyataan tersebut dengan menjelaskan suatu kenyataan yang kabur sebagaimana disiarkan visual kenyataannya di sebuah Televisyen (TV) milik Umno semalam.

Tidak jelas apa yang hendak ditegaskan oleh Pak Lah berhubung dengan persoalan ini. Dikatakan Pak Lah menjelaskan bahawa, ia hanya cadangan kabinet, tidak semestinya SPR menerima cadangan tersebut.

Terpulang kepada SPR untuk menerima cadangan kabinet itu atau sebaliknya. Jelas, ada permainan tarik tali antara Pak Lah yang mengepalai kabinet dengan Tan Sri Abdul Rashid yang mengetuai SPR.

Jika Pak Lah merasa bimbang dengan soal ketelusan dalam sistem demokrasi yang agak terbuka, saya syorkan segeralah Pak Lah dan Abdul Rashid meletakkan jawatan masing-masing, jadi orang biasa lebih baik dari tidak tahu mengurus rakyat dan negara dengan baik. ...selanjutnya

1 comments:

Anonymous said...

hahhh...!!!!!
dh saH..!!! media, spr, polis....
semua depa punyerr......
siapa lagi berani nafikan...????

depa yg buat pengakuan nii....
takkan tak nampak lagi ketidak adilan nyer kat sinii...?????

meni pu dan takder moralll..!!!
mcm ni bru boleh kata tak der moral....

and.... next time tosah dok criter pasal moral.....
kami tak bengong.......

Posting terkini

Blog Archive