msomelayu - Ada juga untungnya BN lemah dan kehilangan empat buah negeri kerana ia boleh menyuntik keberanian kepada kerajaan dan Perdana Menteri. Mungkin kalau Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor masih belum jatuh serta BN tidak kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen keputusan atau cadangan seperti pengsyoran Suruhanjaya itu tidak akan berlaku.
Kita percaya kalau PM bukan dipegang Abdullah dan kebetulan kalau BN tidak dalam keadaan nazak hari ini mungkin kebebasan dan ketelusan itu tidak ada. Siapakah yang berani menyiasat individu-individu berkenaan sebelum ini? Semua mereka pernah berkuasa dan dilindungi di mana pengaruh mereka ke atas pihak-pihak tertentu masih ada. Dalam erti kata lain mereka masih ada budi untuk dikenang oleh pihak tertentu!
Apabila siasatan sudah bermula ke atas individu berkenaan akan bermulalah satu lagi episod pendedahan apa yang belum terdedah sebelum ini. Mahathir ketika mengalu-alukan pengsyoran itu seperti mana dipetik kenyataan dari Johor Bharu hari ini menyatakan kesediaanya untuk disiasat dan redha dengan keputusannnya nanti.
Kenyataan beliau menjelaskan sikap berani beliau! Walaupun beliau cuba menunjukkan keberanian namun ada nada ugutan terselit dicelah-celahnya bila mana beliau menyebut, "akan banyak hal-hal yang tidak disebut sebelum ini akan dibongkarkan ini termasuklah hakim-hakim yang melobi kepada saya." Apakah maksud Mahathir berkata demikian?... selanjutnya.
May 18, 2008
Terima Kasih Abdullah Siasat Mahathir!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment