KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 27, 2008

Najib kelirukan Masyarakat - Senator Dr. Ismail

"Ini adalah kenyataan yang boleh menyelirukan masyarakat, kerana sebelum ini lebih kurang 2 bulan lepas,Perdana Menteri dan menteri-menteri melalui media TV dan akhbar telah menggambarkan bahawa kerajaan sudah tidak boleh lagi menanggung subsidi minyak yang banyak berikutan kenaikan harga minyak dunia melapasi 100 dollar setong.Seolah-olah harga minyak terpaksa dinaikkan di negara kita"

"Kenyataan Dato' Seri Najib ini boleh mengelirukan kerana media sebelum ini sudah memperjelaskan kepada rakyat, rasional kenaikan harga minyak itu dan meminta rakyat serta memahaminya, dan perlu bersedia dengan kenaikan ini" - Senator Dr Ismail
Prof. buta pertikai kenyataan Najib mengenaikenaikan harga minyak
tranungkite

Baru sebentar tadi (Rabu 27 Feb08) saya menonton TV1 rancangan ISU SEMASA siaran lansung, jam 9.30 hingga 10.30. Panel jemputan kali ini adalah: (1) Senator Prof. Dato' Dr. Ismail Salleh (cacat penglihatan) (2) Dato Saleh Majid, pakar ekonomi (3) Dr Nik Hasyuden Yusof, pensyarah Ekonomi. Iaitu di bawah tajuk "Ekonomi dan Pilihanraya".

Saya sangat tertarik dengan kenyataan Dr Ismail Salleh berkaitan kenyataan Najib Razak mengenai kenaikan harga minyak. Saya sempat mencatit ulasan Dr Ismail lebih kurang begini.

"Dalam kempen pilihanraya, Dato Seri Najib menyatakan harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya nanti" more...

PENIAGA MELAYU DI SHAH ALAM DIBIARKAN TERPINGGIR

berita No2umnO

Kalau sesiapa tinggal di Shah Alam, sudah pasti mereka tahu tentang pasar lama seksyen 16. Tempat berkumpulnya peniaga Melayu kecil kecilan yang menjual barangan kering dan basah. Harga nya murah dan menjadi tumpuan penduduk di Shah Alam. Buka awal pagi dan tutup pada tengahari. Pelanggan mereka terdiri dari pengusaha restoran, orang ramai dan para peniaga.

Sejak penghujung tahun 2007, keadaan pasar berkenaan semakin sepi gara gara berdirinya satu pasar baru yang di miliki oleh peniaga berbangsa asing. Menubuhkan pasar moden berdekatan dengan pasar lama tersebut. Jaraknya cuba seberang jalan.

Pasar baru yang diberi nama "De PASAR" menjual barangan kering dibahagian depan sementara dibahagian belakang dipenuhi dengan barangan basah. Beroperasi bermula jam 8 pagi dan tutup pada lewat jam 10 malam setiap hari.

Melalui temubual dengan peniaga yang berada di pasar lama, sejak pasar baru itu dibuka, pengunjung Pasar lama sudah berkurang sebanyak hampir 50%. Ini berikutan pelanggan yang datang lewat malam ke pasar baru, tidak akan lagi pergi pada waktu pagi di Pasar lama.

Mereka sudah membuat bantahan kepada MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dan menurut mereka aduan mereka tidak dilayan. Apa yang mereka pertikaikan adalah, kenapa pasar baru itu dibuka berhampiran dengan lokasi mereka. Beberapa wakil peniaga PASAR LAMA yang bertemu dengan pemilik pasar baru tersebut, telah diberitahu oleh pemilik yang berbangsa Cina bahawa beliau tidak tahu bahawa adanya pasar lama diseberang jalan. Dimana kenyataan ini sungguh tidak benar kerana lokasi kedua dua pasar itu terlalu hampir.

Tika ini banyak pasar berbentuk moden sudah pun berada di Shah Alam. Ia termasuk, TASCO, Giant dan sebagainya. Kebanyakannya di miliki oleh Syarikat syarikat gergasi. Mereka tidak pernah mempersoalkannya perkara ini sehinggalah berdirinya pasar moden diseberang jalan bersebelahan lokasi tempapt niaga mereka yang secara terang terangan cuba menyaingi mereka.

Tidak mustahil, jika penubuhan pasar pasar tidak dikawal oleh kerajaan dan MBSA, nescaya peniaga peniaga Melayu akan terpinggir oleh arus kemodenan dan kuasa wang ringgit bangsa asing. Ini adalah satu bukti bahawa kerajaan BN, tidak serius untuk membantu bangsa Melayu, melainkan hanya rektorik pilihanraya. Masihkah Melayu berharap pada UMNO dan BN?

Pasar lama

Semakin hari semakin lengang

Pasar baru "De Pasar" yang terletak hanya diseberang jalan.

Malaysian 7 wonders

Received via email
Organisers recently announced the seven new wonders of the world.

Here in MALAYSIA BOLEH -land we have our very own 7 wonders.

1. THE ZAKARIA 'PALACE'
The only building built with no approval and unpaid assessment fees that is not demolished and sealed. The owner is the first bankrupt to be able to own a palace.

2. THE 'BOCOR' PARLIAMENT
The unique feature is its ability to 'leak' away billions of taxpayers money while the guardians of the nation stood there all wet.

3. 'UNHAUNTED' KUCHING PRISON
The only $600M prison in this world that is free of haunted stories and encounters. Reasons No execution was done here before. In fact no prisoners were held in here. There are also no concrete walls with barbed
wires to contain souls - both dead and alive. Maybe it can qualify as the first imaginary prison built with real money.

4. PAYA INDAH 'WASTED' WETLANDS
The nation's premier eco-tourism park holds the record in the category of attracting more lawyers with litigation than tourists with binoculars.

5. 'NOT SO' SMART TUNNEL
Uniquely design to alleviate floods. When completed, it does everything except alleviate floods.

6. 'DISCONNECTED' CYBERJAYA
The one and only high tech city in the world that offers limited or no internet connection to its residents.

7. CROOKED 'CROOKED' BRIDGE
The most crooked bridge in the world dreamt by a most crooked mind. Too bad it was abandoned; otherwise it would make it as one of the wonders.

LATEST 8 WONDER :

1ST MALAYSIAN ASTRO MAN BLASTED OFF TO NOWHERE WITH MILLIONS OF RAKYAT MONEY BURNT IN 10 DAYS FOR THE MOST EXPENSIVE SPACE EXPEDITION HAS ENTER INTO THE MALAYSIAN GUINESS BOOK RECORD AT 10 PM ON 0CT 10, 2007. BRAVO!
( p.s. NO WONDERS - PRICES today had increased "NAIK , NAIK, NAIK " in 2007....look and see....for sure....garanteeeeeee....tahun depan minyak mestiiiiiiii naik punya....this year cannot naik....sebab sudah promise-mah...!!!! tahun depan sure naik like soyuz pecut...dasyhat looo....

HANYA DAP ROCKET - TAK BOLEH NAIK !!
TARGETTED NEXT WONDER:-

THE RUSSIANS ARE LAUGHING... THIS IS GOOD BUSINESS!!! SO THEY ARE OFFERING ANOTHER TAXI RIDE TO NOWHERE FOR ANOTHER MALAYSIAN ASTO-NUT / ANGKA SAWAN. SO PEOPLE OF MALAYSIA, BE PREPARED TO FORK OUT ANOTHER RM100 M ++ AND BRACE FOR BARANG2 TERUS NAIK PUNYA BECAUSE WE ARE PAYING FOR IT....

MALAYSIA MASIH BOLEH (BAYAR) .....OR SO THE GOVERNMENT SAYS.

SILENT PROTES DALAM UMNO memang BENAR

UMNOreform

Tuan editor, memang benar "silent protes" wujud dalam UMNO. Mereka tidak akan mengundi parti pembangkang tetapi mereka tidak akan keluar mengundi. Ini gara-gara perbuatan Pak Lah yang suka memperlucukan pentadbirannya. Menggugurkan calon adalah perkara biasa tetapi Pak Lah perlu mengugurkan calon yang benar-benar tidak relevan. Tapi ini tidak berlaku. Pak Lah gugurkan untuk kepentingan tertentu khususnya sewaktu pemilihan agung UMNO nanti. Ini tidak seharusnya berlaku. Hari ini kepimpinan peringat bahagian turut tercabar dengan beberapa kerat orang Pak Lah. Sebenarnya apa yang di perkatakan orang mengenai "silent protes" adalah benar.

AWAS ... Najib guna askar untuk beri BN lebih undi

 Najib 'arah' anggota tentera di Kelantan undi BN
Salmiyah Harun
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) - Tidak cukup dengan undi pos khusus untuk pegawai keselamatan negara, hari ini Dato' Seri Najib Tun Razak di atas kuasanya sebagai Menteri Pertahanan 'memaksa' kakitangan tentera untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.

Najib secara terbuka 'merayu' di hadapan kakitangan tentera supaya mengundi BN ketika dalam lawatannya di sebuah kem tentera di Kok Lanas, Kelantan petang tadi.
Dan tidak cukup merayu, SPR turut diarahkan untuk meletakkan nama seorang tentera sebagai pengundi pos dan pengundi awam.
Anggota tentera ada dua nama pada buku daftar pemilih
Salmah Mat Husain
harakahdaily

KOTA BHARU, 27 Feb (Hrkh) – Terbaru pengundi pos di kalangan anggota tentera dikatakan sebahagiannya mempunyai dua nama dalam buku daftar pemilih. Namun sejak isu itu didedahkan nampaknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi membisu.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, sebahagian pengundi pos mempunyai dua nama pada buku berasingan iaitu sebagai pengundi tentera dan satu lagi terdapat dalam senarai pengundi awam.

Bercakap pada sidang media hari ini katanya, ada anggota tentera memberi maklumat berhubung namanya dicatat pada senarai undi pos dan undi awam.

Anda akan lihat betapa rakyat Malaysia yang keluar mengundi akan mencapai peratus yang sungguh memberansangkan seperti tahun 2004. Silap silap JUMLAH UNDI lebih ramai dari JUMLAH PENGUNDI. Bila penipuan seperti ini dikesan dan dilapurkan ke polis dan BPR ...... anda sendiri boleh jangkakan langkah yang akan mereka ambil.

ZzzzzZZZZZzzzzzz ...... sehinggalah 5 tahun akan datang. RASHIT SPR, POLIS dan BN agak agaknya berpakat tak?

BN BERSEKONGKOL DENGAN WEB YAHUDI !!!


Usuaha lupuhkan laman KeADILan gagal, BN mengguna perkhidmatan web Israel

KeADILan

Kuala Lumpur, 27 Feb - Pengendali laman-laman web KeADILan hari ini mengesahkan bahawa terdapat beberapa cubaan untuk melumpuhkan laman-laman web KeADILan, bermula dengan suarakeadilan.com.

Peningkatan mendadak hampir empat kali dari 100 hingga hampir 400 capaian (sila rujuk carta) kepada pelayan web KeADILan dengan status SYN_RECV menunjukkan bukti serangan DoS iaitu Denial of Service, yang cuba memperbanyakkan proses dan membuat capaian berganda terhadap pelayan web.

Walaubagaimanapun, percubaan ini gagal kerana laman-laman web KeADILan dipantau pada setiap masa.

BN juga sah menggunakan perkhidmatan web sebuah syarikat Israel untuk mengiklankan laman kempennya.

Maklumat ini disahkan melalui mencari sumber iklan-iklan BN yang kini dipaparkan di pelbagai laman web. Sumber tersebut menunjukkan BN menggunakan perkhidmatan iklanan yang ditawarkan oleh serving-sys.com milik syarikat yang bernama Eyeblaster.com.

Hubungan iklan dengan serving-sys.com boleh dilihat dengan meneliti sumber (Source/Properties) iklan ini, dan hubungan serving-sys.com dengan Eyeblaster boleh disahkan melalui laman DNSstuff.com.

Pimpinan syarikat Eyeblaster boleh dilihat di sini, dan alamat rasminya adalah:

8 Hasadna St
Ra”anana, Israel 43100
Phone: 972-972-97760801

Gossip panas pilihanraya Johor.

isuhangat

Tak taulah ni gossip pilihanraya atau skandal pilihanraya. Dengo kabo (slang org Johor)nyer dah bernikah? Tul ker? gerek sih! (style org Singapore). MB Johor dengan Dato' Halimah Sadique ada ehem-ehem ker????Kalau betul, tahniah Dato'!

Tahun ni Dato'Halimah Sadique akan bertanding di Parlimen di kawasan Tenggara. Dato' Ghani Osman yang dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen pun, dikatakan tidak mendapat restu Sultan Johor.So, duk Dun lagi la.. Pak Lah turun ke Istana Bukit Serene JB mengadap Sultan Johor sehari selepas pembubaran Parlimen dikatakan ingin mendapat restu untuk menukar MB Johor.






KEK KESUKAAN RAMAI PULA BERINTIKAN KULAT

kek_kulat_web.jpg

isuhangat.blogspot.com

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang ‘kepingin’ menikmati keenakan hidangan di Secret Recipe haruslah berwaspada dan menitik berat soal kebersihan dan kualiti produk yang dikeluarkan bukan hanya sekadar menilai dari sudut luaran sahaja.

Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar kek yang terpaksa menanggung kesakitan kerana termakan “kek berintikan kulat.” Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar kek antarabangsa dan terkemuka kerana menjual kek yang berkulat.


Mangsa mendakwa tertipu dengan kek dan bungkusan yang menarik selepas membeli kek itu di sebuah kedai kek Secret Recipe di Bukit Bintang. Menurutnya, beliau keluar membeli kek tersebut di kedai kek Secret Recipe pada 3 Januari lalu sekitar jam 10.53 malam. Beliau kemudiannya membeli dan terus pulang ke rumah untuk dimakan bersama keluarga tetapi setelah separuh kek dimakan, beliau mendapati bahagian dalaman kek itu telah berkulat.

Akibatnya, beliau bersama keluarga terpaksa dikejarkan ke klinik selepas muntah dan cirit-birit berlarutan dari pagi hingga ke petang. PPIM juga menerima aduan dari orang ramai yang was-was dengan status halal Secret Recipe kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan kek keluaran syarikat tersebut.

Setelah aduan dibuat dan perbincangan antara pihak PPIM dengan Secret Recipe, Secret Recipe telah menawarkan habuan berbentuk baucer bernilai RM200.00 kepada PPIM untuk menutup kes ini.

Sungguh tidak wajar sekali syarikat itu menilai kepentingan pengguna hanya dengan baucer bernilai RM200.00. PPIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan pengguna selaras dengan tanggungjawabnya sebagai sebuah persatuan yang melindungi pengguna dari perbuatan khianat pengusaha-pengusaha yang tidak bertanggungjawab.

Masyarakat pengguna Islam perlu bijak menggunakan kuasa pengguna mereka. Sokonglah produk milikan Islam demi kepentingan ekonomi ummah.

The Air Asia, Badawi, Singapore, Kamaludin, Tg Adnan, Kalimullah Story

Fasten Your Seat Belts : The Air Asia, Badawi, Singapore, Kamaludin, Tg Adnan, Kalimullah Story
Malaysiatoday
By Little Bird

Kawan-kawan, please fasten your seat belts now. I thought that I knew something about what is really going on in the administration of Abdullah Badawi. Today I found out I have not even scratched the surface. The following is panas-panas news. You may want to hit the ejection button (not yours but theirs) after reading this.

Firstly, the shareholders and/or stakeholders of Air Asia (directly, indirectly, through proxies, etc.) include Kamaluddin bin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan (also into Tune Hotels), Khairy Jamaluddin, Tony Fernandez, etc.

We all know the story of Air Asia. Well, we all thought it was a rags to riches story. It is actually a story about riches. The rags part is actually very hazy.

When MAS entered into a phase of 'restructuring' about three years ago, Air Asia, through Tony Fernandez, struck fast and furious.

Before we go further, you may want to ask why did MAS have to suffer yet another 'restructuring'? That is a story by itself for another day but just bear in mind that Badawi's brother, Ibrahim, is the owner of the catering company (Skychef?) that used to supply mineral water at RM35 a case to MAS.

With that kind of pricing, surely MAS would need 'restructuring'.

Anyway, Air Asia stepped in and pushed the Gomen for a 'rationalisation' of the domestic air routes in Malaysia. Air Asia asked to be given MAS' Sabah and Sarawak routes. MAS could keep flying in Semenanjung, they said. Despite objections by MAS, Air Asia was granted its wish.

But the wish did not just happen. Zaki, a fourth floor boy at the PM's office, helped Air Asia make its wish come true.

Once MAS lost its Sabah and Sarawak routes to Air Asia, there was a staff redundancy. So MAS had to organise a VSS. MAS demanded that since Air Asia was taking over their Sabah and Sarawak routes it would make some of their staff redundant so Air Asia should pay MAS some compensation.

Everyone (MAS, Gomen and even Air Asia) agreed that compensation was payable to MAS. But Air Asia would not pay anything. Finally, the Gomen (err that means you and me lah, Encik Taxpayer) paid the compensation to MAS, which MAS promptly used in one of the most expensive VSS payments in our history.

If your blood is starting to boil, stop reading and better cool off because it does not get better.

Then, within one year, Air Asia realised that the Sabah and Sarawak routes were not profitable. They never were. MAS was performing national service in Sabah and Sarawak. Flying chickens and goats is not a money-making venture.

No problem. Air Asia made another wish. They told the Gomen, we have to return these air routes back to MAS. Again MAS objected. Again overruled. Not relevant.

Then came the handing over ceremony of the air routes and the airplanes. When they took over the Sabah/Sarawak routes, Air Asia had 'acquired' seven airplanes from MAS in perfect working condition. (MAS does have one of the best safety records in the world.)

However, when Air Asia 'returned' the planes to MAS, only one was left in working condition. The other six planes were grounded, not fit for flying and could not fly.

In actual fact, Air Asia was cannibalising parts from the six planes to keep the seventh one flying. Again MAS objected. Again overruled. Not relevant. It eventually cost MAS in excess of RM50 million to make the planes flyable again. This was a direct subsidy to 'rags to riches' Air Asia's profits.

Then Air Asia started eyeing the lucrative KL-Singapore routes. Tighten your seat belts. This one will really jolt. But they went about it the roundabout way. They said they wanted to go international. They did (some) but international routes are tough. No Zaki, Badawi, Khairy, Kalimullah or Kamaluddin to make your wishes come true.

But the KL-Singapore sector was generating RM40 million in PROFITS to MAS. This was the plum in the pudding. Air Asia wanted it badly.

So they made another wish. It came true. This is how they did it. Air Asia's bid to break into the KL-Singapore sector was first discussed in Cabinet when Badawi was on holiday overseas. Najib chaired the meeting and Air Asia's application was rejected.

The application was rejected for two main reasons:

i. By 2009 the whole of ASEAN becomes open sky anyway. ASEAN airlines can fly to all ASEAN capitals without restrictions. So why open up KL-Singapore in double quick time?

ii. If budget flights are allowed between KL-Singapore, KLIA will die an unnatural death. KLIA will become a feeder airport for Singapore's Changi. People will fly from KL to Singapore and then fly off from Singapore to the rest of the world. MAS will then die a natural death. So the request was declined.

Then Badawi came back from his travels and asked Tengku Adnan the Minister of Tourism to prepare a paper on tourism, linking MAS, Air Asia, SIA, etc., to tourist arrivals. At the next Cabinet meeting chaired by Badawi, he asked Tengku Adnan to present the 'Cabinet paper'.

Insiders say that the paper was an 'out of Agenda' item - meaning it surprised everyone, but the dunggus approved it nonetheless. Air Asia got its wish again. Tengku Adnan also secured his Putrajaya seat.

Now here is the killer. Soon after Air Asia started flying the KL-Singapore sector, they started giving away 300,000 free tickets, 5 sen tickets and all the other gimmicks. Singapore is believed to be subsidising Air Asia for all these expensive gimmicks.

For SIA, losing RM40 million (S$17 million) profit from the KL-Singapore sector is chicken feed. Air Asia is feeding thousands of transit passengers from KL to Changi . Air Asia is providing RM19 bus rides from KL to KLIA. From KLIA, passengers fly almost free to Changi. From Changi the passengers can connect to the world.

Now, Air Asia is making another wish - they want to fly direct from Kuching, KK, Penang, Alor Setar, Kota Bharu, etc., to Changi. They will earn even more 'subsidies' from Singapore. KLIA will drop dead later, MAS will die first.

This is how we go from 'rags to riches'. And we all thought Tony Fernandez was such a great guy too. The shareholders and/or stakeholders of Air Asia (directly, indirectly, through proxies, etc.) include Kamaluddin bin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan (also into Tune Hotels), Khairy Jamaluddin, Tony Fernandez, etc.

Yes, we believe in open skies, competition and all that. But friends, fellow Malaysians, this is the PM, his son, his S-I-L and his cronies lah. How can they sell out their own country? But this is what they are doing.

Kawan-kawan, come March 8th, 2008 you have an opportunity to hit the button for the ejecion seat. Hit the ejection button and send these people out into oblivion. Don't give them any parachutes either.

Yang Membuatkan Aku Megah Dengan Kejayaan Negara Kita

tronohtranquility

Pos awal tentang Noraini B Abu Samad sebelum ini mendedahkan bagaimana manusia tertua di dunia adalah seorang rakyat Malaysia berumur 128 tahun. Ada pembaca yang kemudiannya bertanya bagaimana pula jika SPR, seperti lazimnya agensi-agensi kerajaan yang lain, melakukan kesilapan dalam merekodkan tahun lahir Noraini B Abu Samad sebagai 1880 dan bukannya 1980. Bagaimana jika Noraini B Abu Samad sebenarnya berusia 28 tahun dan bukan 128 tahun?

Untuk berprasangka baik pada SPR, apa kata kita andaikan bahawa si kerani di pejabat SPR melakukan kesilapan dalam merekodkan tahun lahir Noraini B Abu Samad. Tidak mustahil, seorang kerani yang ditawarkan bekerja di sebuah pejabat kerajaan kerana kemungkinan besar beliau seorang Bumiputera yang mendapat faedah dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau kerana pak penakan beliau seorang pegawai di pejabat itu, bergaji kecil pula dan tidak seratus peratus komited dengan pekerjaan yang diperolehi bukan berdasarkan merit pastinya mempunyai kebarangkalian besar melakukan kesilapan sebegini.

Normal untuk kebanyakan agensi-agensi kerajaan, bukan?

Baiklah, Noraini B Abu Samad bukan manusia tertua di dunia. Beliau berumur 28 tahun, mungkin seorang graduan universiti, memandu kereta nasional, seorang pengundi yang berdaftar dan menetap di sekitar Damansara Utama. Beliau adalah seorang rakyat Malaysia self-conscious yang tidak akan memangkah BN secara membabi buta seperti seekor babi yang buta.

Yang membawa aku pada kes uji kaji kita yang kedua. Safiah Binti Ujang, seorang lagi rakyat Malaysia yang merupakan pengundi berdaftar di kawasan parlimen Rembau. Beliau juga seorang rakyat yang self-conscious, tidak semestinya akan memangkah BN secara membabi buta kerana Safiah Binti Ujang bukanlah seekor babi yang buta.

Tidak percaya?

Pergi ke laman SPR, masukkan 890211050014. Safiah Binti Ujang memang seorang pengundi yang berdaftar.

Oh, abaikan tahun lahir Safiah Binti Ujang yang direkodkan SPR sebagai 1889. Mana mungkin Safiah Binti Ujang lahir pada 1889 dan berumur 119 tahun pada hari ini. Beliau tidak mungkin manusia tertua di dunia (jika kita kecualikan Noraini B Abu Samad). SPR pastinya telah melakukan kesilapan kecil dalam merekodkan tahun lahir beliau.

Safiah Binti Ujang 'sebenarnya' lahir pada tahun 1989. Beliau masih muda dan memang seorang pengundi berdaftar yang sah, bukan pengundi hantu. Umur beliau pada hari ini baru 19 tahun.

Eh, nanti dulu, 19 tahun?!

Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan tentang kelayakan pemilih.
(A) Tiap-tiap warganegara yang —
(a) telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan;


Semua pembaca, beramai-ramai, jerit:

Malaysia Boleh!

Imam Hadhari...Undilah BN!!!!

family-marsis.blogspot.com






PAK LAH : UNDILAH BARISAN NASIONAL,KITA AKAN WUJUDKAN NEGARA ISLAM...InsyaAllah....InsyaAllah...

Sungai Siput: BN Salahguna Jentera Kerajaan

fds

Calon BN Menyalahgunakan Jentera Kerajaan Untuk Mengganggu Bilik Gerakan PSM dengan Bunyi Bising
.parti-sosialis.org
27 Februari 2008, Sungai Siput

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah meletakkan Dr Kumar untuk bertanding dalam Pilihanraya ke-12 di kawasan Parlimen Sungai Siput di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). Barisan Nasional (BN) yang pengecut telah menggunakan perlbagai taktik murahan untuk menghalang kerja-kerja kempen PSM.

BN telah mengkitar semula taktik lama mereka dengan mendirikan sebuah pentas bersebelahan bilik gerakan PSM di Taman Orkid. Menurut Letchumanan, wakil calon PSM, sejak awal lagi pihak PSM cuba memohon kebenaran untuk menggunakan tapak pasar malam Taman Orkid, iaitu kawasan lapang di hadapan bilik gerakan PSM, tetapi ditolak oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Namun, MPKK meluluskan permohanan daripada pihak BN untuk menggunakan tapak sama. Selepas PSM mengemukakan bantahan, permohonan PSM telah diluluskan juga.

Yang amat tidak menyenangkan adalah, BN telah menggunakan pentas yang didirikannya untuk mengadakan konsert yang sebenarnya program pengeluaran bunyi bising yang sangat kuat. Kehadiran konsert adalah kurang tetapi pihak BN sengaja meninggikan bunyi bising. Gelombang bunyi bising tersebut sangat kuat sehingga dinding bilik gerakan pun dapat merasai gegaran. Ini telah menyebabkan sukarelawan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kerja persiapan kempen dan ada sukarelawan yang sakit kepala kerana bunyi bising sepanjang malam.

PSM telah membuat aduan kepada polis dan MPKK. Apabila di MPKK, PSM telah membongkar satu lagi penyelewangan yang serius. Rupa-rapanya pihak mengekemukakan peromohonan untuk menggunakan tapak tersebut bukannya BN/MIC, tetapi Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan. Ini bermakna, Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan menganjurkan malam muzik sebagai kempen pilihanraya Samy Vellu dan tindakan sabotaj ke atas kempen Dr. Kumar.

Menurut pengarah kempen PSM di Sungai Siput, Rani, isi pertunjukan pentas tersebut langsung tidak memberi pendidikan dan pengetahuan kepada masyarakat tetapi sebaliknya cuba memperbodohkan rakyat. PSM membantah sekeras-kerasnya penggunaan jentera kerajaan dalam kempen untuk mana-mana calon kerana ia telah bercanggah dengan prinsip pilihanraya yang bebas, adil dan bersih. Tambahan pula program pentas yang diadakan oleh BN/MIC itu sememangnya berniat jahat untuk memprovokasi dan mensabotaj kempen PSM di Sungai Siput.

PSM telah membuat aduan di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Pejabat Daerah dan Tanah pagi ini. PSM menuntut supaya SPR mengambil tindakan tegas dalam memastikan pilihanraya dijalankan secara bersih dan adil.

Kembalikan Kuasa Kepada Rakyat!
Perubaham Bermula di Sungai Siput!

Bilik Gerakan Parti Sosialis Malaysia, Sungai Siput.
20, Taman Orkid, 31100,Sungai Siput (U)
Tel: 05-5984885
Fax: 05-5985885

BN TERUS guna premis awam

darigaunghati

Calon Barisan Alternatif (BA) membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkenaan penyalahgunaan Balai-balai Raya dan premis awam di dalam kawasan parlimen Temerloh oleh Barisan Nasional (BN).

Calon KeAdilan P.88 parlimen Temerloh, Ahmad Nizam hamid diwakili wakil calonya, Hashim Abdullah dan calon PAS kawasan Dewan Undangan Negeri N.32, Kuala Semantan , Syed Hamid Mohamad diiringi peguam Abdullah Abdul Karim mengemukakan laporan bertulis di Pejabat BPR Cawangan Temerloh hari ini.

Dalam sidang medianya, Hashim berkata, laporan dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Pilihan 1954 dan Seksyen 21 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Beliau berkata antara premis awam yang diguna Barisan Nasional ialah balai raya di kampung Tanjung Batu, Paya Pulai dan Bukit Kemuning.

“Perbuatan menggunakan premis kerajaan yang dibina dengan dana awam untuk sebuah parti politik (BN) amat berleluasa didalam kawasan parlimen Temerloh,” ujarnya.

Menurut Hashim beliau telah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat wakil-wakil calon dengan pegawai pengurus pilihan raya pada 24 Febuari lalu, pada 25 Febuari pihak pengurus pilihan raya mengeluarkan satu surat jawapan menyatakan pejabat daerah telah menyerahkan semua balai raya didalam daerah Temerloh kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) bagi tujuan penyelenggaraan dan kegunaan harian.

Salinan laporan BPR turut diserahkan kepada pegawai pengurus pilihan raya yang juga pegawai Daerah Temerloh, Abu Jamal Nordin.

Dalam pertemuan dengan Abu Jamal dipejabatnya, beliau menerima salinan laporan BPR itu.

Beliau berkata pihak kerajaan negeri telah menyerahkan semua balai raya kepada JKKK melalui pejabat daerah tetapi bukan untuk disalahguna.

Beliau mengekui tidak mengetahui ujudnya balai raya yang dijadikan bilik gerakan pilihan raya oleh parti-parti politik sehingga menerima laporan ini.

“Saya tidak tahu ujudnya balai raya dijadikan bilik gerakan, baru sekarang saya tahu,” ujarnya.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah calon PAS Kuala Semantan, Syed Hamid Mohamad dan peguam Abdullah Abdul Karim.

Sementara itu Syed Hamid berkata, perbuatan menyalahguna premis awam ini telah berlaku sejak dahulu lagi.

Katanya, semasa menjadi wakil calon kepada Dr Abdul wahab Ismail dalam pilihan 2004 lalu, bantahan sama dibuat BA dan pihak pengurus pilihan raya ketika itu mengambil tindakan segera mengarahkan BN mengosongkan premis berkenaan.

Hashim berkata, pihaknya menuntut keadilan daripada pihak pengurus pilihan raya untuk memastikan penyalahgunaan premis kerajaan serta lainya tidak berleluasa.

Difahamkan selain balai raya, BN turut menggunakan balai penerangan dan balai belia untuk dijadikan bilik gerakanya. Semua premis berkenaan dibina menggunakan wang rakyat tetapi BN menggunakanya untuk kepentingan partinya.

MENIPUsto BN tidak janji halang kenaikan harga minyak

petronas21co.jpg

KUALA TERENGGANU, 27 Feb (Hrkh) - Walaupun Barisan Nasional (BN) menyangkal dakwaan harga minyak akan dinaikkan selepas pilihan raya umum 8 Mac ini tetapi tidak bermakna ia menafikan kemungkinan naik pada tahun ini juga sebagaimana yang diramalkan banyak pihak dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata malah dalam manifesto BN bertema ‘Selamat, Aman dan Makmur’ tidak menegaskan bahawa minyak tidak akan naik pada tahun ini.

“Kalau BN tidak mahu naik harga minyak dia sepatutnya menegaskan dalam manifesto sebagai tindak balas kepada tawaran pembangkang yang mahu menurunkan harga minyak jika diberi mandat memerintah Malaysia,” ujarnya yang ditemui di sini.

Tambah beliau, ini bermakna sekali lagi BN cuba bermain teka-teki selepas rakyat tertunggu-tunggu tarikh pilihan raya sebelum itu.

Menurut beliau, rakyat masih ingat bagaimana Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sehari sebelum pembubaran parlimen berkata beliau tidak bersedia untuk membubarkan parlimen pada hari esok.

Kenyataan itu mendapat liputan meluas akhbar pada 13 Mac lalu yang melaporkan parlimen tidak dibubarkan hari ini untuk menjawab ramalan ramai bahawa parlimen dibubar pada angka 13 yang diminati perdana menteri itu salah.

Sebaliknya pada tengahari Rabu itu ternyata Abdullah membubarkan parlimen. Pembohongan yang terangan kepada rakyat dan media sokongan mereka sendiri.

Mohamad Sabu berkata peristiwa itu cukup ironis kepada rakyat bagaimana rakyat boleh mempercayai bulat-bulat bahawa minyak tidak akan dinaikkan selepas pilihan raya umum nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa ditanya adakah akan berlaku kenaikan harga minyak selepas pilihan raya berikutan peningkatan subsidi minyak yang dibayar oleh kerajaan tahun lepas, katanya: “Tak, bukan semestinya bermakna harga akan naik.”

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan laporan kemajuan Barisan Nasional (BN) dan manifesto pilihan raya BN bertema “Selamat, Aman dan Makmur” di Kuala Lumpur.

Mohamad Sabu mengingatkan pengundi supaya menolak kerajaan BN dan memberi mandat kepada PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP.

Menurut masyarakat kampung harus ingat bahawa kenaikan minyak turut melibatkan meraka dan orang miskin kerana pengangkutan barangan keperluan yang dihantar ke kedai-kedai di kampung menggunakan pengangkutan yang berasaskan minyak.

“Minyak naik bererti barangan keperluan harian ikut naik. Kita jangan sekadar marah kepada kerajaan semasa minyak naik sahaja bahkan kita perlu tukar kerajaan kerana PAS dan KeADILan menjanjikan harga minyak akan diturunkan jika kami diberi kuasa,” ujarnya.

Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Haji Ahmad Othman dalam satu kenyataannya berkata: “Tak kan bawang seulas datang bergolak ke rumah pengguna, ia tentunya diangkut dengan kenderaan, dan kenderaan menggunakan minyak untuk bergerak. Apabila harga minyak naik sudah tentu tambang akan meningkat.”

“Mengarut, kerajaan jangan hanya tahu bergantung kepada subsidi minyak untuk mencari modal bagi pembangunan rakyat, walhal banyak lagi cara untuk atasi masalah tersebut jika mereka pandai mengurus wang negara.

“Mengapa tidak diuruskan dengan betul permit import (AP) sebagai contoh, yang mana berbilion ringgit negara rugi, begitu juga dengan masalah rasuah dan pembaziran wang yang tidak ditangani dengan baik bagi melegakan bebanan rakyat,” komen penulis-penulis yang dipetik daripada laman web yang menzahirkan kekesalan kepada pemerintah yang diberi mandat tetapi gagal berkuasa secara bijaksana. - mks.

Cuma Buku .... Yuran makin mahal


Terdesak. BN cuba untuk melawan tanggapan rakyat tentang penipuan YURANnya. Juga cuba untuk melawan Manifesto Keadilan tentang Pendidikan Percuma. Cuma kalau Keadilan, percuma semua segi tapi pada BN cuma Buku Percuma dan Yuran naik lagi....... Kesian

LAMBANG DACING? Eeee....Geli aku

Kelam kabut pilihanraya
yanaam.blogspot.com

Suasana pilihanraya kali ini nampak agak kelam kabut. Paling serabut ialah di pihak BN. Sedikit sebanyak ini menggambarkan betapa lemahnya kepimpinan Pak Lah. Seolah-olah PM itu boleh digertak oleh anak buahnya. Oleh Shahidan Kassim, oleh Radzi Syeikh Ahmad, oleh Sultan Johor, oleh Idris Jusoh, oleh Aziz Shamsuddin dan ramai lagi. Tak boleh buat keputusan sendiri. Berbeza dengan karisma Tun Dr Mahathir. Walaupun aku benci Tun dalam hal-hal tertentu, tapi rasa kagum kepadanya tak dapat dinafikan. Cara dia menangani soalan wartawan, cara dia berucap, isi ucapannya. Tk hairanlah dia disegani kawan dan lawan.

Kelam kabut di pihak BA seperti sudah maklum. Kekurangan tokoh berwibawa, tiada ikatan rasmi yang kukuh antara parti. Namun di tempat aku, nampaknya kerjasama antara PKR dan PAS nampak amat baik. Tambahan pula kali ni, calonnya Melayu Islam. Tahun 1999, calon DAP vs UMNO dan tahun 2004, calon PKR ialah Dr. Xavier Jayakumar vs Dr. Rozaidah Talib.

Sepanjang kempen kali ini, sudah beberapa kali petugas PKR dan PAS dilihat bersolat di masjid berhampiran. Petugas BN tak pula kelihatan atau mereka tak pakai pakaian yang ada lambang dacing. Kenderaan yang ada lambang dacing pun hanya sekali kelihatan, itupun bendera kecil macam penyokong biasa je. Bilik gerakan mereka tak jauh pun daripada masjid.

Kalau tak ada aral, aku akan turun mengundi di Ampang.
Cakap berdegar-degar, undi belum tentu lagi dapat kat siapa. :) ekekeke...

Linda Zerain ? Eeee geli aku.
Azman Wahid bagi hadiah beg sekolah dengan lambang dacing untuk pelajar cemerlang PMR ? Dia ingat budak-budak nak pergi sekolah pakai beg dacing tu ke ?

Penyalahgunaan Premis Awam-DPPWM buat LAPORAN POLIS

dppwm.blogspot.com/

Lantaran terlalu rakus menggunakan premis awam/ kerajaan oleh petugas Barisan Nasional (BN) sebagai bilik gerakan pilihanraya mereka, DPPWM telah melakukan 3 laporan polis keatas 8 tempat disekitar Wangsa Maju awal pagi tadi.

Rombongan yang diketuai oleh KETUA PENERANGAN DPPWM telah membuat laporan tersebut di Balai Polis Wangsa Maju pada pukul 00.36 pagi tadi. " Lapan premis yang dilaporkan pada pagi ini adalah sebahagian kecil yang dikenalpasti oleh petugas kita disekitar Taman Melati dan Taman Ibu Kota. Insyaallah banyak lagi laporan polis yang akan kami susuli disekitar kawasan Wangsa Maju dan Setapak nanti." ujar Sdr Mahadzir Abdul Rani .

Menurut Exco Kebajikan DPPWM Sdr Mohd Yuamri Zaily Mohd Yusoff, tindakan petugas BN ini amat dikesali kerana jelas melanggar tatacara penggunaan premis awam/ kerajaan demi kepentingan parti mereka.

Turut membuat laporan tentang penyalahgunaan premis awam ini ialah Sdr Salahuddin yang menyatakan tindakan BN menggunakan ke dua- dua premis Dewan Komuniti/ Masyarakat di Taman Ibu Kota Kanan/ Kiri, seolah-olah mencabar arahan yang dikeluarkan sendiri oleh Setiausaha Agung Umno / BN, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad yang melarang mana- mana parti politik menggunakan premis awam sebagai bilik gerakan parti politik.

Seorang lagi ahli DPPWM yang sempat ditemubual, Sdr Lokman Tahir menyatakan kekesalan beliau diatas tindakan tidak profesional oleh pihak berkuasa dalam menangani permasalahan ini. "Kalaulah premis kerajaan ini digunapakai oleh parti pembangkang, sudah pasti berduyun- duyun pihak berkuasa datang menghalang. Tapi kalau premis ini disalah gunakan oleh BN, ianya seolah-olah tiada undang- undang mampu menghalangnya" ujar beliau.

Adalah menjadi harapan dppwm agar pihak berkuasa mampu melayan sama rata ke atas apa jua isu yang ditimbulkan sempena pilihanraya ini tanpa mendiskriminasikan kepada parti pembangkang sahaja.

PMN ...... INGIN BERBINCANG?

KENYATAAN AKHBAR

Parti Mahasiswa Negara (PMN) Mahu Bertemu Sdr. Khairy Jamaluddin

Di Rembau Ahad 2 Mac Ini

AYUH BERBINCANG
zainulfaqar.wordpress.co

PARTI MAHASISWA NEGARA (PMN) mengumumkan untuk bertemu Sdr. Khairy Jamaluddin, calon Parlimen Rembau merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada Ahad 2 Mac 2008 demi membincangkan beberapa agenda kepentingan generasi muda.

PMN melihat Sdr. Khairy Jamaluddin merupakan antara tokoh generasi muda yang agak lantang dalam beberapa isu kepentingan generasi muda – contoh isu prestasi sukan bola sepak nasional, gejala rempit, gengsterisme dan isu kemunduran Kelantan 18 tahun berbanding pembangunan kerajaan pusat.

Pada Ahad ini, seramai 50 orang sukarelawan PMN akan berkampung di parlimen tersebut demi bertemu dan berbincang agenda kepentingan generasi muda.

Pertimbangan PMN masih konsisten sebagaimana pertimbangan PMN di Parlimen Kepala Batas 24 Februari lepas. PMN bukan mahu mencabar bekas Perdana Menteri Malaysia; atau Saudara sendiri; atau mana-mana pihak. Kedatangan PMN lebih pada berkongsi agenda kepentingan generasi muda di Malaysia. PMN berharap Sdr. Khairy bersedia untuk bertemu kami pada hari tersebut.

PERSOALAN YANG MEMERLUKAN JAWAPAN

Jika pertemuan bersejarah tersebut berlaku antara PMN, Saudara dan UMNO Rembau; terdapat beberapa persoalan ingin kami utarakan. Kami memang memerlukan jawapan jujur Saudara. Soalan-soalan tersebut adalah:

PERTAMA: Jika Saudara dipilih ke Parlimen Malaysia, mahukah Saudara mereputasi semula kedudukan Bahasa Malayu dalam sistem pendidikan kebangsaan demi kepentingan generasi muda Malaysia? Bagaimana?

KEDUA: Bersediakah Saudara menerima pelawaan PMN untuk berdebat isu kepentingan generasi muda seperti isu rempit, jenayah, gengsterisme yang kian berleluasa di Malaysia dalam tempoh terdekat ini?

KETIGA: Benarkah Saudara terlibat dalam skandal pembelian saham ECMLibra-Avenue berjumlah 3% atau RM9.2 JUTA? Bago PMN, tokoh pemuda seharusnya bebas dari spekulasi dan bersih.

KEEMPAT: Dalam isu WPI, Tanah Rizab Melayu (TRM) khususnya di Felda akan hangus lebih sekitar 17%. Apakah langkah progresif demi menyelamatkan TRM generasi muda di sana?

KELIMA: Sudikah Saudara berwacana dengan PMN secara terbuka dalam isu rasuah dan sistem nilai di Malaysia?

HARAPAN

PMN berharap kedatangan kami ke sana untuk berkongsi agenda kepentingan generasi muda disambut baik oleh Sdr. Khairy Jamaluddin dan UMNO/BN di sana. Ayuh bersemuka di Rembau Ahad ini!

Selangor semakin bermasalah buat BN

n32.blogspot

Sebelum ini Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo dengan sombong menolak mentah-mentah pandangan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang menyatakan Selangor adalah salah sebuah negeri “hot spot” bagi BN selain Pulau Pinang dan Kedah.

Pernah Khir mengatakan kalau pun ada masalah bagi BN di Selangor, ia hanya tertumpu di kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara iaitu kawasan parlimen yang lebih 83% pengundinya terdiri dari masyarakat bukan Melayu. Bermakna cuma 1 kerusi parlimen (dari 22) dan 2 DUN (dari 56) iaitu Kg Tunku dan Damansara Utama yang menjadi masalah kepada BN yang selebihnya termasuklah semua kerusi-kerusi Umno selamat belaka. Malah kedua-dua kerusi DUN milik DAP iaitu Sekinchan dan Sg Pinang pun akan BN sapu bersih kata beliau. Hebat sungguh BN dan Umno Selangor.

Tiba-tiba selepas penamaan calon semalam senarai Khir itu bertambah. Menurut NST Khir berkata selain DUN Sekinchan dan Sg Pinang (dulu kata sapu bersih) BN menganggap 6 buah kersui lagi bermasalah baginya itu di Batu Caves (ditandingi calon PKR Amirudin Shari), Teratai ( ditandingi tokoh muda DAP Cik Janice Lee), Chempaka (ditandingi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad), Gombak Setia (ditandingi Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali), Bangi (ditandingi Dr Shafie dari PAS) dan Bukit Gasing (ditandingi Edward Lee dari DAP).

Nampaknya makin banyak pula kerusi yang goyang bagi BN dan Umno bermakna semakin sahihlah pendapat Tun Daim itu.

Saya rasa bukan hanya kerusi-kerusi yang Khir sebutkan itu malahan seluruh Selangor dirasakan bergegar setelah rakyat melihat barisan calon-calon yang mantap dan berwibawa yang dikemukakan oleh PAS, PKR dan DAP di Selangor. Terpulanglah kepada rakyat samada mahu terus setia membuta kepada calon-calon BN tanpa memperdulikan rekod atau kelayakkan peribadi mereka atau rakyat sudah mahu menuntut perubahan, dan mahukan calon-calon yang berkualiti, bersih dan cekap.

Semoga Selangor terus mengorak langkah membawa perubahan total yang diperlukan oleh rakyat. Selangor Terus Maju bawah BA!

BANGSA MELAYU TIADA PILIHAN

BANGSA MELAYU TIADA PILIHAN , JIKA MAHU SELAMATKAN GENERASI MASA DEPAN - TOLAK CALON DARI PARTI YANG MENYELEWENG
temanteras.wordpress.com

TERAS meneliti perjalanan PR12 dengan penuh perhatian. Sifir politik orang Melayu nampaknya memerlukan anjakan besar. Sementara kita mahu negara ini terus aman dan makmur melalui kehidupan yang harmonis antara kaum , namun kedudukan orang Melayu tidak boleh terus dimangsakan oleh parti yang mempunyai rekod penyeleweangan yang sangat ketara.

Kami menliti dengan objektif kenapa sifir politik orang Melayu perlu diberi perhatian bersungguh. Bermula dari keghairahan UMNO yang beria-ia benar untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam Kelantan, mereka tidak pula menghiraukan keperluan untuk memerintah Pulau Pinang. Mereka nampaknya begitu berkompromi dengan apa yang sedang dialami oleh orang Melayu di bekas pulau mutiara itu. Kaedah yang diambil

oleh UMNO ialah biarkan orang Melayu terus menagih simpati dan terpaksa berkorban di Pulau Pinang demi menjamin BN memerintah walaupun orang Melayu hidup melarat di negeri itu.

Kami sangat kecewa dengan UMNO yang tidak nampak mampu mengatasi persoalan Melayu Pulau Pinang. Suara dan teriakan orang Melayu tenggelam terus bila disenyapkan hanya dengan resolusi demi resolusi dalam pelbagai Konvensyen dan Seminar. Bukan sahaja ujud pelbagai agensi Melayu yang ditubuh untuk membantu nasib orang Melayu di Pulau Pinang gagal melaksankan tanggungjawab, malah kuasa UMNO yang ada disalahguana untuk memperkayakan segelintir golongan elit politik mereka.

Akibatnya Melayu terbanyak maseh terus berada dalam pinggiran pembangunan negeri ini.

Lantaran itu orang Melayu harus celik dari kelalaian yang telah menyebabkan bangsa ini sering menjadi mangsa kepada manipulasi kelompok yang berkepentingan.

PR12 yang sedang dilalui sekarang merupakan peluang yang sangat perlu diambil kesempatan bagi menganjak kedudukan politik Melayu di negara ini.

Kami berpendirian bahawa generasi masa depan orang Melayu mesti diselamatkan dengan memastikan kuasa yang dimandatkan kepada mereka yang akan menerajui pemerintahan berada ditangan parti yang tidak menyalahguna kuasa sesuka hati. Kita mahu sebuah kerajaan yang diterajui oleh mereka yang bukan sahaja mempunyai kemahuan poltik yang tinggi malah perlu menghayatai kejujuran politik yang murni.

Kami tidak melihat elemen kejujuran politik berada ditangan pemerintahan yang sedia ada berdasarkan pelbagai isu peminggiran orang Melayu terbanyak yang semakin kronik. Kami juga tidak nampak kejujuran politik dikalangan kepimpinan pemerintah kini dalam hal mempertahankan tanah Melayu , bahasa dan budaya Melayu dan ekonomi Melayu. Anjakan politik yang perlu dilakukan ialah kawasan pilihanraya yang majoriti orang Melayu perlu beralih kepada calon yang mewakili perjuangan Melayu Islam yang murni. Kita tidak boleh membiarkan orang Melayu menjadi alat kepada calon dari parti politik yang terus menyalahguna kuasa dan mengamalkan rasuah dan kronisme.

Sesungguhnya generasi Melayu selanjutnya akan menjadi mangsa kepada pelbagai kerosakan pemikiran, sikap, jati diri dan pegangan hidup jika kepimpinan Melayu yang sedia ada tidak dirombak. Jika ini juga tidak berdaya dilakukan kami menyarankan agar semua calon-calon PR12 kali ini dikalangan bangsa Melayu bangkit serentak di semua institusi untuk menggerakkan semua kakitangan ke arah membina semula sikap dan pemikiran orang Melayu..

Bukankah kepimpinan Melayu yang telah berkuasa 50 tahun inilah yang telah mengakibat budaya politik wang, politik kotor dan politik penting diri berleluasa?

Tidakkah dengan sikap berfoya-foya ramai kepimpinan Melayu muda yang dicorak oleh parti politik Melayu itu yang telah menjadikan budaya hidup hedonistic berkembang ? Bukankah mereka yang melaungkan ”hidup Melayu” dalam Perhimpunan Agong setiap tahun itu jugalah yang saling cantas-mencantas untuk merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi yang menyediakan pelbagai peluang untuk menjadi kaya-raya?

Berdasarkan itu TERAS mengambil sikap bahawa PR12 kali ini harus membawa anjakan besar dalam sikap berpolitik dikalangan orang Melayu. Sudah tiba masanya kita kembali mengingatkan diri kita kepada tanggungjawab untuk mempertahan dan membangun keagungan orang Melayu yang telah dipupuskan oleh mereka yang bergelar YB di Parlimen , Dewan Negara serta Dewan Negeri .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Jika Khairy melangkah ke Parlimen padahlah negara

lagiberita

Kenyataan menantu Perdana Menteri bertarikh 24 Februari lalu seperti yang dilaporkan di Utusan Malaysia dengan tajuknya 'Tugas saya rosakkan parti pembangkang – Khairy' akan mengundang banyak perbahasan.

Dalam satu majlis tahlil dan kesyukuran di kampungnya di Rembau pada 23 Februari lalu Khairy dilaporkan berkata: "Memang saya budak nakal dalam Umno dan tugas saya dalam pilihan raya kali ini memang untuk merosakkan dan menimbulkan masalah kepada pembangkang dan jika saya tidak berbuat demikian bererti saya tidak buat kerja".

Lihat betul-betul pada ucapannya, "… dan jika saya tidak berbuat demikian (merosakkan pembangkang) bererti saya tidak buat kerja." Dan perhatikan juga bahawa kenyataan itu dibuat sejurus selesai majlis tahlil, iaitu setelah beliau selesai memuji-muji Tuhan.

Tidaklah diketahui siapakah yang memberikan tugas khas tersebut kepada Khairy. Tetapi, adalah dipercayai bahawa 'tugas khas' itu dicipta sendiri oleh Khairy tanpa perlu merujuk atau pun disuruh oleh sesiapa, malah mungkin ia bukan arahan bapa mertuanya sendiri.

Sebenarnya, ucapan Khairy itu mungkin berasaskan dendam dan mungkin kesan daripada kritikan berulangkali yang kerap diterimanya dalam kalangan pembangkang, termasuklah ahli-ahli Umno sendiri yang tidak suka kepadanya.

Berdasarkan laporan, ucapan Khairy itu mungkin berasal daripada soalan pemberita yang ingin meminta komen beliau berhubung label pembangkang ke atas beliau sebagai 'budak nakal' dalam Umno dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Laporan itu menambah lagi, menurut Naib Ketua Pemuda Umno dan Timbalan Pengerusi Pemuda BN itu, beliau memang ditugaskan untuk merosakkan parti pembangkang yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini dengan mencetuskan huru-hara kepada parti itu.

"Pembangkang akan melakukan apa sahaja dalam memastikan kemenangan mereka sehingga sanggup mengunakan isu peribadi dalam meraih sokongan pengundi memandangkan mereka ketandusan idea untuk dijaja," katanya.

Sekali lagi, persoalan itu tidak dapat dijawab. Khairy ditugaskan oleh siapa? Atau, beliau cuma dengan sengaja ingin menonjolkan diri? Kenyataan ini mengingatkan kita terhadap lagaknya dalam pilihan raya di Ijok. Apa pun, Khairy perlu diberi pengajaran.

Terbawa-bawa sikap berlagak dalam Parlimen

Salah satu masalah yang berlaku apabila Khairy mula menguasai Parlimen adalah beliau mungkin terbawa-bawa sikap berlagaknya itu. Bayangkan, Khairy mungkin menimbulkan provokasi dalam Parlimen ketika pembangkang sedang membentangkan usul.

Beranikah Speaker Parlimen Tan Sri Ramli Ngah Talib menghalau Khairy keluar dari Parlimen jika menantu Abdullah itu membuat onar, bertempik seperti berukera dan atau orang utan dalam Parlimen?

Mungkin tiada seorang pun ahli-ahli Parlimen BN yang berani mengangkat suara untuk membantah ucapan Khairy. Beliau mungkin berasa kebal kalau ditempatkan berhampiran dengan ayah mertuanya dalam Parlimen.

Tidak mustahil, kalau Abdullah tidak berada dalam negara, maka tugas menjawab dasar-dasar negara nanti 'seolah-olah' akan terpikul ke atas Khairy. Khairy akan mewakili ayah mertuanya dalam menjawab seribu satu persoalan (atau menjawab secara kurang ajar) yang tidak mampu dijawab Abdullah.

Dan Abdullah, seperti yang banyak diriwayatkan oleh kalangan rakyat, adalah seseorang Perdana Menteri yang sukar membuat keputusan. Dan, ruang kelemahan Abdullah itulah sekali lagi 'dimanfaatkan' oleh menantunya. Tapi, kini ruang itu berlaku dalam Parlimen!

Di tingkat 4 Putrajaya pun Khairy seolah-olahnya sudah pun 'menguasai' kuasa eksekutif (kerajaan atau 'government of the day'), maka kali ini kuasa legislatif, iaitu di Parlimen.

Keadaan semakin kronik apabila ahli-ahli Parlimen BN tidak mampu bersuara sedikit pun dalam menyanggahnya termasuk Bung Mokhtar Raden (Kinabatangan) dan Mohamad Hj Aziz (Sri Gading) atau mereka yang terkenal dengan kelantangannya sebelum ini.

Untuk menyempurnakan hasratnya menjala budi memukat undi, Khairy menggunakan khidmat seorang penyanyi berkelulusan PhD baru-baru ini setelah beliau melonjakkan namanya melalui My Team. Ertinya, menantu Abdullah ini melihat juga faktor akademik artis. Khairy tahu, untuk golongan lama Umno, sukar untuk dikaut sokongan mereka kerana mereka mempunyai latarbelakang akademik yang tidak kurang hebatnya.

Khairy disindir ahli akademik

Bukan saja Khairy dibenci oleh golongan lama dalam Umno, malah dalam pusingan awal lagi Khairy tidak menarik perhatian ahli akademik yang berwibawa. Misalnya dalam satu program televisyen, Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin telah memberikan pandangannya yang agak negatif berhubung kehadiran Khairy dalam pilihan raya kali ini.

"Kita tak tahu adakah Khairy yang dipilih oleh Menteri Besar untuk bertanding atau pun dia sendiri yang menawarkan diri?

"Tapi, kalau saya di tempat beliau (Khairy), saya berkata kepada diri saya, bahawa saya berpelajaran tinggi, lulusan Harvard, Oxford dan Yale. Untuk apa saya bertanding di tempat saya? Saya akan bertanding di bandar besar, iaitu tempat di mana buah fikiran saya akan dicabar," kata Dr Shamsul Amri secara sinikal.

Ada beberapa pandangan tentang bagaimana Khairy boleh mendapatkan kerusi Rembau. Pertama, mungkin ada kalangan warga Rembau berminat kepada Khairy. Kedua, wakil Khairy atau Khairy sendiri bertemu Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Mohamad Hasan untuk membariskan namanya sebagai ahli Parlimen Rembau.

Oleh kerana takutkan Khairy sebagai menantu PM, maka mungkin Mohamad Hasan pun terpaksa menerima kehadiran Khairy di Rembau, sekali gus terpaksa dia menggugurkan penyandang sebelum ini; Firdaus Harun.

Namun, ketika sedang minum-minum dan bersantai di Restoren Haslam di bilik berhawa dingin di suatu petang, saya sendiri secara kebetulan terdengar suatu perbualan antara orang-orang Umno di situ yang sedang berbincang mengenai duit sebanyak RM120,000 yang mahu diagihkan kepada dua orang.

Mereka berempat orang semuanya. Tetapi, cuma dua orang yang diagihkan duit itu, menjadikan setiap seorang mendapat RM60,000 untuk tugas tertentu. Semua itu ada kaitan dengan pilihan raya. Namun, tidaklah dapat dipastikan apakah duit itu ada kaitan dengan Khairy atau tidak.

Namun, apa yang pasti mereka adalah ahli-ahli Umno yang mencemuh kehadiran Khairy sebagai orang yang mengambilalih tempat-tempat mereka di Parlimen Rembau.

Khairy dengan 'gentlement' mengaku bahawa dirinya memang nakal. Dan dia sudah pun mengakui bahawa beliau memang ditugaskan untuk merosakkan pembangkang. Sudah tentu onar ini berlanjutan dalam Parlimen, jika beliau menang. Kita tunggu dan lihat.

- http://www.harakahdaily.net

Serangan Desperado UMNO/BN di Kulim

zul4kulim.

Assalammu'alaikum,

Hari ni hari ke3 kempen. Alhamdulillah setakat ini sambutan sangat-sangat menggalakkan daripada kempen "touch on" yang dibuat khususnya kepada pengundi-pengundi bukan Melayu. Saya telah melawat sekolah-sekolah Cina, Tamil termasuk perkampungan mereka. Saya juga telah masuk ke kawasan pasar, (seperti SR Chiong On) pasar besar/ kecil. Termasuk menghadiri kematian seorang Cina di Taman Bersatu Kulim dan seorang India di Mahang. Hari ni saya diberitahu ada satu kematian seorang Melayu juga di Mahang.

Sambutan masyarakat bukan Melayu sangat memberangsangkan. Berbeza dengan orang Melayu, kaum Cina & India kelihatan telahpun membuat keputusan calun yang hendak dipilih. Rata-rata mereka memberi pengakuan akan memberi undi kepada PKR. Culaan yang dibuat takat ni menunjukkan hampir 65% masyarakat Cina menyokong PKR; dan masyarakat India lebih 80%. Kehadiran Dato' Seri Anwar baru ini memberi suntikan baru kepada masyarakat bukan Melayu.

UMNO/ BN makin terdesak. Taktik kotor terbaru mereka ialah dengan mengedarkan VCD kononnya Dato' Seri Anwar hadir di satu majlis makan malam Krismas di mana terdapat di kalangan hadirin meminum arak-tajuk VCDnya...ANWAR MENGHINA ISLAM!!! Aisey..kalau takat hadir majlis ada orang minum arak dianggap meghina Islam..bagaimana dengan syarikat UMNO MAS yang menghidangkan arak dalam pesawat; bagaimana dengan kedai-kedai 7 Eleven yang diberi lesen oleh kerajaan UMNO/BN untuk menjual arak..bagaimana pulak dengan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah tajaan UMNO/BN yang menyatakan kalau minum arak denda tak lebih RM3000-00-ini bukan lagi menghina Islam..malahan menukar ayat ALLAH!!!

Langkah desperado terbaru UMNO/ BN menghentam saya ialah dengan menurunkan Datuk Aziz Sattar berkempen lawan saya. Saya menghormati Pak Aziz..jadi saya tidak bercadang nak buat apa-apa mengenainya. Cuma saya sedih sedikit kerana mereka sanggup memperalatkan pelakon veteran ini untuk kepentingan mereka. Dan saya sedih Pak Aziz sanggup mencalarkan namanya sendiri..biaq pi depalah.

Dari maklumat intelligent yang dikumpul setakat ini..UMNO/ BN akan melancarkan kempen character assassination terhadap saya..dengar cerita nya saya ada affair dengan seorang pelakon..I hope that pelakon is Fasha Sandha..hahaha..siap pernah naik moto besar dengan pelakon tu..hwahwa..;')..

Well..saya nak ke pasar borong Taman Kenari ni..jumpak Ah Soo & nyonya-nyonya..peh tu terus ke Mahang ziarah jenazah. Then ke estet kaum India di Karangan..lawat sekolah-sekolah Tamil/ Cina di ULU Mahang..petang pulak lawat estet-estet India di Ladang Sg. Dingin..I'm talking about covering an area as big as Melaka..from Kulim to Ulu Mahang is one hour fifteen minutes!!! Adios..

Zul Noordin

AHLI DAN PENYOKONG KUAT UMNO IKRAR MENGUNDI PAS PADA PRU 12

prihatinsubang.blogspot.com

26 Feb 08 (Paya Jaras) – Di Kg Kubu Gajah Jalan 3, satu ceramah kelompok telah diadakan disalah sebuah rumah penduduk kampung tersebut. Ceramah kelompok ini diadakan adalah di atas permintaan tuan rumah sendiri ekoran telah mengikuti ceramah kelompok anjuran muslimat Kg Kubu Gajah Jalan 13 pada dua minggu lepas.

Penceramah yang dijemput ialah ustazah Maryam yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan sedikit doa selamat dan doa arwah. Selesai bacaan yasin dan doa, penceramah mengambil kesempatan untuk berceramah yang bertajuk 15 maksiat yang akan menurunkan bala dari hadith Nabi saw dari kitab 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman. Maksiat pertama sekali dari hadith tersebut ialah bila harta kekayaan negara hanya berkisar kepada golongan tertentu sahaja dan perkara kedua ialah apabila amanah menjadi rebutan.

APA YANG NABI SEBUT DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO
Penceramah sempat mengulas dua perkara ini dengan mengaitkan apa yang berlaku di negara kita di mana jelas dua perkara ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara kita dari kalangan UMNO khususnya.

Difahamkan majlis tersebut dihadiri oleh kalangan wanita atas pagar dan wanita UMNO. Melihat keadaan itu, bagi mengambil kesempatan dari majlis tersebut Ustazah Mariam mengambil peluang untuk memperkenalkan calon PAS DUN Paya Jaras iaitu Saudara Khairuddin bin Othman dan diberi ruang untuk memberi ucapan.

Beliau memperkenalkan diri dan menyampaikan ceramah ringkas hingga memukau hadirat di majlis tersebut.

PENGAKUAN SALAH SEORANG YANG MENDENGAR DI MAJLIS TERSEBUT

Setelah selesai majlis, bila penceramah meminta diri untuk pulang, seorang wanita telah menunggu beliau di depan pintu dan memberi ikrar dan pengakuan untuk mengundi PAS pada PRU 12 ini.

Penceramah difahamkan bahawa wanita ini adalah ahli wanita UMNO dan pendokong kuat kepada UMNO di masa-masa lalu. Dengan menitiskan airmata beliau meluahkan tentang kezaliman yang telah dilakukan oleh UMNO khususnya bekas ADUN Paya Jaras yang telah merobohkan kedai mereka yang mana, selama ini sebagai tempat beliau mencari nafkah menyara kehidupan beliau dan anak-anak.

Wanita tersebut adalah seorang ibu tunggal. Beliau dijanjikan dengan pampasan tetapi hingga kini janji hanya tinggal janji.

Inilah kebiasaan perangai dan sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang berkepentingan hingga sanggup menindas rakyat. Kami Difahamkan bahawa ramai lagi menerima nasib yang sama dengan beliau sehingga perbuatan zalim ini telah menutup periuk nasi mereka dan sekarang mereka hidup dalam keadaan dhaif dan susah.

PEMIMPIN UMNO SETEMPAT TIDAK AMBIL TAHU MASALAH RAKYAT

Sehingga sekarang tidak ada orang UMNO yang mengambil peduli masalah mereka jauh sekali bekas ADUN Paya Jaras iaitu En Bushro bin Mat Johor yang merupakan Calon BN dalam pilihanraya pada kali ini.
Rupa-rupanya apa yang kami sangkakan selama ini meleset, yang mana selama ini kami menyangka bahawa En Bushro adalah di antara ADUN BN yang berimej 'MR CLEAN'.

Buktinya, keluhan ini didengari dari ramai lagi penduduk Paya Jaras yang mengadu bahawa beliau jarang turun berjumpa dengan rakyat khususnya rakyat marhaen. Apa yang dilihat selama ini seperti memberi bantuan kepada golongan miskin pada majlis dan hari-hari tertentu dan membaiki serta membesarkan masjid dan surau di sekitar Paya Jaras adalah lakonan semata-mata dan ianya lebih kepada tujuan politik kotor dan penipu yang lazim dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Tidak ada pemimpin UMNO yang boleh digelar baik dan bersih. Orang baik tidak akan tahan duduk dalam lubuk najis dan kotor. Sememangnya dasar merekapun sudah menyeleweng dari dasar Islam, dasar mereka adalah dasar Nasionalis dan Kapitalis sudah tentu pelaksanaan dan tindakan mereka akan tersasar dari dasar Islam.

Di sebaliknya PAS, dasar dan matlamatnya adalah Islam, sudah tentu menjamin keadilan, kesejahteran dan berkebajikan untuk semua agama dan semua bangsa.

KEMPEN UMNO ADALAH LAKONAN

Melihat kepada beberapa insiden dan fenomena yang berlaku di Paya Jaras, jelas rakyat dah mula menolak UMNO/BN. Rupa-rupanya penat saja mereka berkempen di media-media arus perdana dan seluruh saluran televisyen. Kami pasti rakyat yang sedar akan memadamkan televisyen mereka kerana mual serta muak dengan propaganda dan sikap pura-pura pemimpin UMNO/BN.

Akhirnya wanita tersebut memberi pengakuan kepada kami akan menyertai kami berkempen untuk BA dan akan menceritakan perkara sebenar yang berlaku tentang sikap pemimpin UMNO kepada rakyat khususnya pengundi di Paya Jaras supaya membuat perubahan dan memihak kepada BA.

Mangsa tsunami kecewa, mahu undi pembangkang

Malaysiakini - Mangsa bencana Tsunami di Kedah mahu mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum 8 Mac depan kerana kerajaan gagal menunaikan janjinya untuk menyediakan mereka rumah baru serta berlakunya penyalahurusan wang sumbangan bencana tersebut.

Di pekan Kota Kuala Muda, penduduk yang rumah mereka musnah dilanda ombak besar sewaktu bencana tsunama berkata, lebih tiga tahun telah berlalu, tetapi kerajaan masih gagal menunaikan janji tersebut.

boat undp kuala muda tsunami"Saya diberi surat dan kunci oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2005 untuk tempat tinggal sementara, dengan janji kami akan dipindahkan ke rumah baru," kata Abdul Wahab Zainon.

"Saya patah hati bila janji tersebut tidak dikotai. Saya tidak tahu mengapa mereka melakukan ini terhadap saya," kata Abdul Wahab, 57, yang masih tinggal di rumahnya yang rosak, bersama keluarganya.

Tragedi pada tahun 2004 itu melanda kawasan pantai di banyak negara, yang mengorbankan 66 nyawa di Malaysia, sebahagian besarnya di Pulau Pinang.

Kota Kuala Muda mengalami kerosakan teruk apabila rumah dan bot-bot penduduk musnah dalam bencana tersebut, dengan kira-kira 700 rumah kayu rosak atau musnah bersama 12 nyawa.

Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut adalah nelayan dan petani, dengan pendapatan hanya kira-kira RM500 sebulan.

Abdul Wahab berkata, kawasan itu dulunya kubu kuat Umno, yang menjadi tulang belakang kerajaan yang memerintah negara ini sejak 1957.

Tetapi Abdul Wahab berkata, seperti ramai yang lainnya, , kesetiaannya telah berubah selepas beliau menerima bantuan hanya suku daripada RM10,000 yang dibelanjakan untuk memperbaiki rumahnya.

"Kita semua akan sokong PAS atau Keadilan," katanya, merujuk kepada dua parti pembangkang utama dalam pilihanraya umum kali ini.

Korupsi dan pembaziran

Seorang lagi penduduk yang tidak puashati, Shafigam Shuib, 32, berkata rakyat Malaysia telah menyumbang kira-kira RM85 juta untuk tabung bantuan bencana tsunami tetapi tidak tahu apa yang jadi dengannya.

Beliau menunjukkan beberapa struktur yang terbengkalai - gerai makan, dewan orang ramai dan muzium tsunami - yang hanya separuh dibina selepas tragedi tersebut dan kini menyakit mata mereka yang melihatnya.

long house kuala muda tsunami"Ini adalah satu kes klasik korupsi dan pembaziran. Apakah kita perlukan struktur-struktur tersebut? Tidak. Mengapa bazirkan wang? Ia sepatutnya digunakan untuk menaiktaraf rumah kami yang rosak dan jalan yang banjir setiapkali hujan lebat.

"Saya akan undi PAS. Saya tidak mahu Umno menang," katanya.

Di seberang sungai di pekan Kuala Muda, kerosakan yang berlaku di situ adalah minima tetapi kerajaan berkata akan turut memindahkan penduduknya ke tempat yang jauh dari pantai. Mereka juga masih menunggu untuk dipindahkan.

"Untuk menemui ahli politik parti pemerintah adalah mustahil. Hanya kroni-kroninya sahaja yang dapat menemuinya. Ramai pemuda yang telah meninggalkan Umno," kata Latif Hashim, 32.

Pasang bendera PAS

"Sekarang saya panjat pokok untuk memasang bendera PAS. Saya mahu mengundi pembangkang dalam pilihanraya kali ini," katanya.

Di Kuala Muda, skim perumahan dibina untuk mangsa tsunami tetapi banyak yang masih kosong.

Seorang ahli PAS di situ, Zulkifli Ishak berkata, ia menjadi pekan hantu kerana penduduknya tidak mampu membayar RM40,000 kos bagi setiap rumah tesebut.

Kuala Muda terletak di bawah dua kawasan Parlimen - Merbok dan Sungai Petani - keduanya kubu kuat Umno.

Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006 mendapati berjuta-juta ringgit wang sumbangan bantuan tsunami telah disalahurus.

Laporan itu menyentuh kualiti membaiki rumah serta pembinaan rumah yang tidak bermutu di Pulau Pinang dan mendapat "kontraknya tidak ditandatangani, projek-projek lambat disiapakan dan kurang berkualiti".
Berita asal

No2umnO - Selepas berita AP tentang perubahan undi mangsa Tsunami semalam, TV3 telah menyiarkan tentang berita yang berlawanan. Ditemubualnya beberapa orang penduduk Langkawi yang kononnya menyokong dan berterima kaseh dengan kerajaan. Tapi ....... yang benarnya adalah undi. BN sudah semakin bimbang kerana tanggug jawab mereka tidak tertunai. Peluang yang ada hanya lah menggunakan media, polis dan SPR untuk menang. Kalau harapkan rakyat .... BN sudah tiada harapan.

Memang Patut Kalau Hj Abd Hadi Tak Nak Salam !

sheikh-telukintan.blogspot

Hari ini surat khabar dan TV menabuh Tok Guru Haji Abd Hadi ,Presiden PAS dari setiap sudut. Isunya, Tok guru dikatakan tak mahu bersalam dengan Calun BN.

Dan bermadahlah si Deris Jusuh, bahawa Tok Guru angkuh. Secara tersirat Deris Jusuh ingin memberi mesej, makhluk yang tak pernah angkuh walaupun sedetik ialah dirinya dan semua anggota kabilah BN/UMNO.

Roslan SMS, Setiausaha Akhbar Presiden Pas telah memberi riaksi terhadap isu tersebut, yang boleh dibaca dibaca disini. Jawapan beliau , pada pendapat teman , adalah tepat dan ada asasnya.

Kalaulah teman ditakdirkan menjadi Setiausaha Akhbar Presiden Pas, mungkin jawapan teman lain bunyinya. Teman akan tanya balik: ' oiii.... Deris , kau dan pengikut kau masih tak puas-puas lagikah bersalam siang malam dengan puteri-puteri UMNO sehingga kemaruk pula hendak bersalam dengan Tok Guru Hj Hadi yang siang malam kau kutuk dan maki , kerana tok guru koununnya tak tahu mengurus Negeri Terengganu semasa Pas memerintah Terengganu pada tahun 1999 sehingga awal tahun 2004".

Jawapan teman, bunyinya agak kasar sikit . Tapi nak berlembut macam mana, Deris Jusuh dan para sekutunya tak faham bahasa yang ada irama lembut kerana perwatakkan mereka adalah seumpama orang utan.

Deris jusuh dan sekutunya, sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa yang telah dikawal rapi oleh UMNO, seterusnya menyatakan bahawa keengganan Tok Guru bersalam bertentangan dengan konsep persaudaran Islam.

Maka teman akan bertanya balik pada Deris anak kepada si Jusuh : " kalau kau pegang prinsip persaudaraan Islam, mengapa semasa Pas memerintah Negeri Terangganu , royalti minyak dimansukhkan ? Bukankah itu salah satu cara UMNO/BN hendak membunuh saudara seagama dengan kau .

Oh, tentang isu Tok Guru enggan bersalam dengan calun BN , pandai kau main sentimen Islam, tapi dalam bab yang lain kau buang Islam ke dalam laut China Selatan . Mungkin mengikut pendapat yang berdasarkan kepala otak kau yang sempit , Islam hanya terbatas kepada usaha mendirikan beribu-ribu masjid. Semakin banyak masjid yang besar dan cantik dibina , maka kau fikir islam semakin kuat".


Wahai Deris anak kepada si Jusuh , ketahuilah , teman cukup geli hati tengok berita TV 3 jam lapan malam tadi yang menyisipkan gambar Tok Guru Hj Hadi sedang berpelukan dengan Lim Kit Siang, orang kuat DAP dengan tujuan untuk memberitahu bahawa Tok Guru lebih suka bersahabat dengan seorang China yang bukan Islam dari bersababat dengan Calun Melayu BN.

Soalan teman, adakah haram bersalam dan berpelukan dengan orang China yang bukan Islam?

Lim Kit Siang walaupun tak bersetuju dengan konsep Negara Islam, tapi beliau cukup konsisten tentang soal keadilan dan suaranya cukup lantang menentang rasuah, penyalahanguna kuasa oleh kerajaan BN, tanggapan di bawah akta zalim ISA dan beberapa isu besar yang lain.

Cuba Deris Jusuh atau para sekutunya jawab secara jujur , mana satu yang lebih baik ,iaitu Lim Kit Siang yang kukuh prinsip perjuangannya untuk kepentingan rakyat atau pemimpin Melayu dari spesis UMNO yang mengaku Islam yang bukan setakat membisu terhadap amalan korup ,bahkan menjadi peserta yang aktif dalam melakukan amalan rasuah, merelakan maksiat bercambah dalam pelbagai bentuk dan menyalahgunakan khazanah negara untuk kepentingan diri , keluarga dan kroni , seolah Malaya ini mereka yang punya?

Teman cabar Deris Jusuh atau spesis yang sewaktu dengannya menjawab soalan yang mudah seperti di atas.

Sebelum teman berhenti , teman ingin membuat kesimpulan seperti berikut:

Bahawasanya teman rela berjabat tangan dan berpelukkan dengan orang China atau India yang bukan Islam yang punya prinsip membenci ketidakadilan dan perbuatan korup dari berjabat tangan dengan orang Islam yang tangannya kotor, sekotornya kerana siang malam menerima rasuah dan melakukan amalan korup!

SEJAK BILA UMNO JUJUR?

Rahman: Saya tak beli calon PKR
Calon BN Sementa Datuk Abdul Rahman Palil menafikan tuduhan bahawa beliau telah membeli calon PKR bagi membolehkannya menang tanpa bertanding pada hari pencalonan.

Ketua pemuda PKR Kapar Suzaimi Salam yang diumumkan untuk bertanding di kerusi DUN di Selangor itu gagal hadir.

Beliau dan keluarganya dilaporkan menghilangkan diri dari rumah mereka di Sementa.

Menurut laporan laman web The Star hari ini, Abdul Rahman berkata tuduhan membeli calon lawan bertujuan mencemarkan nama baiknya.

"Macam-macam cerita ditujukan kepada saya. Menurut khabar-khabar angin yang disebarkan, saya membayar antara RM500,000 hingga RM1 juta untuk membeli pencabar saya," beliau dipetik sebagai berkata.

No2umno - Tak mahu cakap banyak. Cuma tanya pada Rahman, adakah malah sabtu jam 8.00, dia berak tengah jalan Highway Shapadu, dari Kelang ke Port Kelang? Pasti dia tak ngaku. Sejak bila UMNO boleh bercakap benar sedangkan setiap hari kita dihidangkan dengan berita menipu dan membohong pemimpin UMNO? Tanya Zakaria Derus yang dahulunya rakan baik Rahman Palil, dengan duit apa dia beli harta yang berjuta juta tu? Semua nya tidak mengaku, lantas kenapa Rahman boleh cakap betul. Setakat ini hanya Bekas Orang kuat MCA, Chua Soi Lek yang mengaku buat kerja salah, selain dari itu, terutama orang UMNO tidak pernah mengaku sebab, undang -undang dan penguatkuasa berpihak kepada mereka. Bawalah kemana pun, atas bawa, kiri dan kanan, selagi BN pegang kuasa, ketelusan dan kebenaran tidak akan terdiri dengan sendiri. Mahu tahu kebenaran? Undi BA dan ketika itu, BN dan UMNO akan ketaq lutut kalau dapat surat dari mahkamah. Takbir !!!

MANIFESTO KEADILAN 2008



Klik pada gambar

Kebangkitan Rakyat Buat BN Semakin Parah - HUSAM

pilihanraya2008

Kebangkitan Rakyat di seluruh Malaysia mengakibatkan BN menjadi amat parah. Dato’ Husam Musa dalam sidang medianya kepada para wartawan hari ini memberitahu bahawa gelombang kebangkitan BN di Kelantan khasnya dan di merata-rata tempat di seluruh Malaysia menyebabkan tekanan yang amat kuat terhadap BN.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa pula di dalam sidang media sebelumnya memberitahu bahawa ‘manifesto’ BN 2008 membuktikan bahawa setelah 50 tahun memerintah Malaysia, BN hari ini mengaku bahawa gagal untuk menjamin Keselamatan, Keamanan dan Kemakmuran rakyat Malaysia. Atas sebab itulah, BN terpaksa menggunakan PRU 12 untuk berjanji menjadikan Malaysia selamat, aman dan makmur.

Lebih menyedihkan, BN terpaksa berjanji di dalam ‘manifesto’nya bahawa mereka akan berusaha menjaga keselamatan taman-taman permainan di Malaysia.

Kedua-dua pemimpin tertinggi PAS ini juga bersetuju bahawa apa yang BN kata sebagai manifestonya sebenarnya lebih kepada pembentangan belanjawan. Husam dengan menyindir berkata dia ingatkan itu sebenarnya buku belanjawan.

Sementara itu, di Kelantan keranapan Barisan Nasional semakin jelas apabila bakal ‘Menteri Besar’nya, Awang Adek terpaksa lari ke Restoran Hayaki pada malam semalam kerana Dato’ Husam membuat ceramah di Bachok.

Sewaktu Husam berceramah dan menerima penyertaan 125 orang ahli UMNO ke dalam PAS, Awang Adek dilihat sedang menghisap curut di Restoran Hayaki di Kota Bharu.

Gegaran yang paling dasyat setakat ini buat BN apabila Ustaz Nasaruddin berkata, rata-rata rakyat Malaysia bersedia mengundi pembangkang bukan atas dasar ideologi tetapi disebabkan faktor protes ke atas kelemahan pucuk pimpinan UMNO. Ini kerana ramai pengundi bukan Islam telah dengan terbuka berjanji akan mengundi PAS dan tidak lagi hiraukan ideologi PAS.

Bahkan, mereka secara terbuka mengakui bahawa Perjuangan Islam PAS ternyata lebih moderate dan bertamadun daripada Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah.

Husam pula dijangka akan membentangkan satu wadah baru buat rakyat Kelantan yang akan meranapkan BN di Kelantan ‘sehingga kiamat’. Menerusi kiasannya, Husam memberi isyarat kepada media bahawa wadah ini adalah berbentuk perjuangan habis-habisan mendapatkan royalti daripada operasi carigali Gas Asli di perairan Kelantan. Sehingga kini adalah disahkan oleh Petronas bahawa kawasan persisiran Pantai Kelantan tersimpan reserved Gas Asli sebanyak 13 trillion MMscf yang boleh diexplore untuk lebih 7 generasi. Berdasarkan kadar royalti bahan petroleum hari ini iaitu 5% yang menjadi milik negeri, beerti hasil bumi Kelantan dari sudut royalti sahaja telah bernilai hampir RM200 trillion.

Kebangkitan rakyat akan menjadikan BN lemah dan akibatnya akan terpaksa akur terhadap tuntutan rakyat termasuk tuntutan rakyat Kelantan terhadap hak pendaratan gas asli dan royalti hasil exploitasi bahan bakar.

BN Kelantan sudah semakin tercorot ke penjuru dan kemungkinan besar pada kadar serangan rakyat sekarang, BN Kelantan akan K.O sebelum tamat kempen pilihanraya.

Gelombang Rakyat telahpun memuncak di Kelantan. Sudah tiba masanya rakyat di negeri-negeri lain turut sama dengan arus kebangkitan rakyat ini. Hanya dengan mengurangkan majoriti BN dengan hanya memberinya simple majority sahaja, BN akan mendengar suara rakyat dan menjadi pemerintah yang taat kepada rakyat.

Sedarlah wahai rakyat, bukan rakyat yang sepatutnya taat kepada pemerintah, tetapi pemerintah yang sepatutnya taat kepada rakyat!.

Rakyat yang memilih, melantik dan membayar gaji pemerintah. Oleh yang demikian, siapa bos? Siapa anak kuli?

Bangkit terus rakyat Malaysia. Tuntutanlah ketaatan daripada pemerintah kita!

BN Terdesak, Rosakkan poster PKR Kelang

drxavier.wordpress.com

At 2am on the 27th Feb, our Wakil Calon was called by PAS members to document the destruction of the KeADILan posters by Barisan National. These photo’s were taken as proof of their blatant breach of the Election Offences Act. Jalan Sri Sarawak 23, Taman Sri Andalas, Kelang (in front of Abiz Mart)

Tomorrow morning we will file our complaints, with SPR, the police and even the BN

p2270094.jpg

p2270099.jpg

p2270098.jpg

CERAMAH KEMPEN DUN PAYA JARAS MERIAH

prihatinsubang.

26 Feb (Paya Jaras) – Ceramah anjuran UPU PAS Kg Melayu, kerjasama MTD PAS Paya Jaras bagi DUN Paya Jaras meriah. Ceramah yang membariskan pimpinan besar di peringkat pusat dan negeri.

Penceramah-penceramah yang menyampaikan amanat masing-masing terdiri dari Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali, Saudara Khairuddin bin Osman, Calon Dun Paya Jaras dan Saudara R Sivarasa Rasiah, Calon Parlimen Subang.

Kehadiran pengundi untuk mendengar ceramah yang menjangkau hampir 6000 orang itu merupakan satu petanda besar atas penolakkan rakyat di DUN Paya Jaras atas kepimpinan BN/UMNO.

Menurut maklumat dari golongan veteran, belum pernah berlaku dalam sejarah Kg melayu, ceramah yang dianjurkan oleh pihak PAS berjaya menarik kehadiran sebegini ramai.

Yang lebih menarik dari itu adalah, kutipan derma pada malam ceramah tersebut berjaya mengutip lebih RM 11000.00, yang semua kutipan derma itu digunakan oleh pihak MTD Paya Jaras bagi menghadapi Barisan Nasional di Dun Paya Jaras dalam Pilihanraya pada kali ini.

Kedengkian BN/UMNO pada malam ceramah tersebut amat terselah, apabila sebilangan “mat-mat rempit” yang membawa bendera BN telah mengkuatkan bunyi enjin motosikal mereka dikala majlis ceramah sedang berlangsung.

Menurut laporan juga, semalamnya Calon Barisan Nasional, iaitu Saudara Bushro bin Mat Johor juga ada menyampaikan ceramah di Kg Matang pagar, tetapi menyedihkan, kehadiran ceramah itu tidak sampai 30 orang pun.

Dengan kejayaan ceramah anjuran UPU PAS Kg Melayu dengan kerjasama MTD PAS Paya Jaras telah membuka satu pengharapan besar untuk PAS dapat menguasai Dun Paya Jaras pada pilihanraya kali ini – http://prihatinsubang.blogspot.com

Posting terkini

Blog Archive