Calon BN Menyalahgunakan Jentera Kerajaan Untuk Mengganggu Bilik Gerakan PSM dengan Bunyi Bising
.parti-sosialis.org
27 Februari 2008, Sungai Siput
Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah meletakkan Dr Kumar untuk bertanding dalam Pilihanraya ke-12 di kawasan Parlimen Sungai Siput di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). Barisan Nasional (BN) yang pengecut telah menggunakan perlbagai taktik murahan untuk menghalang kerja-kerja kempen PSM.
BN telah mengkitar semula taktik lama mereka dengan mendirikan sebuah pentas bersebelahan bilik gerakan PSM di Taman Orkid. Menurut Letchumanan, wakil calon PSM, sejak awal lagi pihak PSM cuba memohon kebenaran untuk menggunakan tapak pasar malam Taman Orkid, iaitu kawasan lapang di hadapan bilik gerakan PSM, tetapi ditolak oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Namun, MPKK meluluskan permohanan daripada pihak BN untuk menggunakan tapak sama. Selepas PSM mengemukakan bantahan, permohonan PSM telah diluluskan juga.
Yang amat tidak menyenangkan adalah, BN telah menggunakan pentas yang didirikannya untuk mengadakan konsert yang sebenarnya program pengeluaran bunyi bising yang sangat kuat. Kehadiran konsert adalah kurang tetapi pihak BN sengaja meninggikan bunyi bising. Gelombang bunyi bising tersebut sangat kuat sehingga dinding bilik gerakan pun dapat merasai gegaran. Ini telah menyebabkan sukarelawan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kerja persiapan kempen dan ada sukarelawan yang sakit kepala kerana bunyi bising sepanjang malam.
PSM telah membuat aduan kepada polis dan MPKK. Apabila di MPKK, PSM telah membongkar satu lagi penyelewangan yang serius. Rupa-rapanya pihak mengekemukakan peromohonan untuk menggunakan tapak tersebut bukannya BN/MIC, tetapi Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan. Ini bermakna, Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan menganjurkan malam muzik sebagai kempen pilihanraya Samy Vellu dan tindakan sabotaj ke atas kempen Dr. Kumar.
Menurut pengarah kempen PSM di Sungai Siput, Rani, isi pertunjukan pentas tersebut langsung tidak memberi pendidikan dan pengetahuan kepada masyarakat tetapi sebaliknya cuba memperbodohkan rakyat. PSM membantah sekeras-kerasnya penggunaan jentera kerajaan dalam kempen untuk mana-mana calon kerana ia telah bercanggah dengan prinsip pilihanraya yang bebas, adil dan bersih. Tambahan pula program pentas yang diadakan oleh BN/MIC itu sememangnya berniat jahat untuk memprovokasi dan mensabotaj kempen PSM di Sungai Siput.
PSM telah membuat aduan di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Pejabat Daerah dan Tanah pagi ini. PSM menuntut supaya SPR mengambil tindakan tegas dalam memastikan pilihanraya dijalankan secara bersih dan adil.
Kembalikan Kuasa Kepada Rakyat!
Perubaham Bermula di Sungai Siput!
Bilik Gerakan Parti Sosialis Malaysia, Sungai Siput.
20, Taman Orkid, 31100,Sungai Siput (U)
Tel: 05-5984885
Fax: 05-5985885
LEBAI HIPOKRIT
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment