KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 19, 2008

CETAK DAN EDAR


Di dalam surat itu menyatakan bahawa Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad meminta kerjasama daripada Ketua dan Setiausaha Bahagian agar memberikan kerjasama yang baik untuk melaksanakan pelan (ISU PERKAUMAN). Kandungan surat dan tandatangan adalah bukti awal pembabitan Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad. YB Salahuddin telah pun membuat lapuran polis NAMUN tiada tindakan dari Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad untuk menyanggah mahupun menyaman pihak yang membuat lapuran. Kenapa? Takut kerana salah.

Pak Lah pula cuba untuk menutup perkara tersebut dan mengumumkan ianya sudah selesai. Ada rahsia yang BIMBANG TERDEDAH. Maka ia menjadi tanggung jawab kita untuk mengedar dan mendedahkan kandungan surat berkenaan untuk tatapan umum. CETAK DAN EDAR !!! Biar rakyat tahu betapa jahatnya kepimpinan yang kita miliki sekarang.

ADA PIHAK CUBA TUTUP ISU BABI MELAKA?


LAPURAN BULETIN UTAMA 19/1/2008
Nampaknya tindakan kerajaan mengurangkan ternakan babi di Paya mengkuang TIDAK BERJAYA. Penduduk disana sudah keletihan dengan karenah pengusaha BABI dan KERAJAAN NEGERI yang kononnya mengendalikan proses pengurangan tersebut sedangkan hakikatnya tiada pengurangan yang berlaku.

Karam Singh Walia nampaknya sekali lagi berkunjung ke kawasan tersebut untuk menemui penduduk yang tidak henti henti merungut. Kemarahan jelas terlihat di wajah mereka sambil menunding jari menunjuk aliran air dari kampung ke laut yang berwarna kehitaman dan berbuih buih. Masih serupa, masih tiada beza. Sebelum proses pengurangan dan selepas ia dilakukan. Nampanya ada yang tertipu dengan penipuan kerajaan negeri dan Pengusaha BABI MELAKA.

Sebelum ini, kerana panik, ALI RUSTAM telah membawa isu ini kepada Najib Tun Razak dan dengan selambanya MANGKUK itu mengatakan bahawa isu itu SELESAI. Strategi yang sama digunakan untuk mendiamkan mulut orang ramai yang merintih tentang isu berkenaan. Hari ini, cerita yang sama timbul kembali. Ia merosakkan alam sekitar dengan bau yang masih sama busuknya dan merosakkan pemandangan pantai di Melaka.

Apakah kaitan kerajaan Negeri, Ali Rustam, Najib Razak dan pengusaha babi berkenaan? Mungkin ada yang berselindung disebalik semua lakunan ini? Kini terserah kepada penduduk kampung untuk menilai kembali sejauh mana kebenaran sikap tanggung jawab penduduk kampung, kerajaan negari dan pemimpin negara. Keputusan ditangan anda, Hendak pilih BABI dan BN atau hendak hidup senang tanpa gangguan?

manners? what manners?!..

with more scars tissue and bumps on my head and face than the average guy, i look a pretty messed up guy.

so when i appear at my parents' place when they're having visitors, they often tense with trepidation when they first see me. the visitors, i mean..

then they see me bending forward and touching the floor as i walk in front of my parents to introduce myself, give a perfect "salam" in Arabic (or a finely accented "good afternoon") and their faces suddenly relax, and things get warm quickly.
this is the Asian way. that we show respect to our elders. polite decorum.

elders, leaders, are expected to set the example, worthy of such respect.

what i have seen of this country's elders, our leaders, in recent months, beggars belief. and leads me to seriously wonder where their manners have gone. .

"How to Lead" for Dummies i.e. Malaysians

1) when someone clarifies - and on later evidence questions - an multi-million project you suggested, accuse them of blatant idiocy. because you went to school overseas.

2) when 70,000 people take the streets to protest something despite threat of physical force by the police, say "they're just ruffians. i don't listen to ruffians."

despite the fact that research shows that for every one vocal disenchanted, there are 7 more.

3) and when London gets a ferris wheel for the Millenium Celebrations, and Singapore puts one up too and we just HAVE to have one too?!
and you lose millions, pay no heed to feedback, cut down 100 year old trees and disrupt operations in 6 local hospitals, and these citizens later don't want to talk to you anymore, preferring to talk to your boss, call them arrogant.

spend another RM2.5 million to build toilets on an atoll. who cares if 25 percent of Malaysians live under the poverty line in Sabah.

4) when a foreign journalist is critical about Malaysia say "i don't bother about non-Malaysians writing about Malaysia." then when you rant rave and sputter in a Press Conference, say "don't write what i just said! i know where you work. i know your editor."

5) when the public protests and question highway plans and routes, say "you're not an engineer. i'm an engineer. you don't question my plans."

and when an engineer questions? "i have a TEAM of engineers. do you have a team of engineers?"

and when those highways collapse? blame the rain. in fact blame everyone but yourselves!

and when they lose money and few motorists use them?

INCREASE THE TOLL CHARGES BECAUSE IF LOWER FEES DIDN'T WORK, HIGHER ONES WILL.

why? because if you lower tolls and no one uses them, then you'll be proven wrong in the first place, isn't it?!

* * *

as a journalist i remember asking a Minister about the issue, when contaminants in the water made citizens throw up and pass nasty stuff thru their bowels. his reply?

"eh, i know what you want. you want to talk about compensation right? you think what government got money ah?"

i said "actually Sir, i just wanted to ask you what the government intends to do to ensure clean water quality for her people." .. he kept quiet, and his advisers turned away ..

why am i writing this? because i've had enough.

because as the elections slowly approach, after years of giving the benefit of the doubt, i am SERIOUSLY thinking about voting for the non-ruling party, regardless of who's fielded in my constitution. why?

because when i die and the Big Chief White Hair asks "why the Kapuntzel Buttkus didn't you do something?" i wanna be able to say i did.

because when the country is filled with unused roads, we choke on smog and schools are crumbling, oil revenue has disappeared and my kids ask me "what did your generation do with all that money?", i want to be able to look them in the eye and say "i tried".

because even tho Senior Minister Lim says "a vote for DAP (an Opposition party) does not equal a vote against UMNO (he was addressing distress against the ruling party's Big Brother), i feel that hubris, is not the trait i want to see in my leaders.

more so when they claim to be humble leaders guided by values such as the Hadhari etc.

if that was the case i'd rather they bend forward, reach for the ground, and ..

i'd pay good money to see that.


pics copyright sacredspaces, shaolintiger, shlonkombakazay, jeffooi.com, politics101malaysia

Tidak rela menang dengan menipu - Najib Altantuya

hanfeitsu

"JOHOR BAHRU 18 Jan. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak rela menang pilihan raya dengan menipu rakyat, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak". (Utusan Malaysia - 19 Januari 2008)
Begitu bunyinya kata-kata si Najib Altantuya, sewaktu hadir ke Johor Bahru semalam. Satunya, memang percakapannya ini adalah sesuatu yang maha besar belitnya. Saban hari di televisyen, radio dan akhbar cetak, rakyat disogok dengan semua cerita-cerita bagus tentang BN dan UMNO semata-mata.

"Ada media pembangkang yang kerajaan benarkan seperti akhbar online dan juga blog yang boleh menyebut apa sahaja yang mereka mahu" kata seorang pemimpin UMNO.

Hei, dengar sini UMNO, tiada yang bebas di Malaysia. Baik bercakap soal permit berhimpun dan berceramah, soal Akta Mesin Cetak, soal ugutan dan hukuman mahkamah kepada penagamal media yang berlainan anutan dengan mereka, hatta para bloggers juga diseret sama ke mahkamah. Kebebasan apa yang sedang diperkatakan?

Rakyat memang sedang ditipu. Setiap hari disampaikan maklumat yang salah kepada mereka.

Rakyat dibuta-pekak-tulikan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Pembangkang mahu megharapkan rakyat mendapat akses maklumat melalui internet sahaja? Di negara kita hanya 11% rakyat yang ada akses ini dan tidak semua daripada bilangan ini melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan politik dan kenegaraan. Banyaknya yang mencari hiburan dan keperluan lain sahaja.

"Timbalan Perdana Menteri berkata, jika benar BN menipu dalam pilihan raya seperti dakwaan segelintir pihak, tidak mungkin parti pemerintah kalah di Kelantan.
Ujar beliau, keputusan yang tidak memihak kepada BN seperti di peringkat negeri di Kelantan, membuktikan pilihan raya yang diadakan sebanyak 11 kali di negara ini berlangsung secara bebas."

Ini pula merupakan satu lagi jawapan yang paling popular yang akan pimpinan UMNO sebut bila kita berkata pilihanraya tidak adil dan banyak penipuan. Sebenarnya, pelbagai strategi (baca: penipuan) yang telah mereka laksanakan untuk merampas Kelantan daripada PAS. Tetapi penipuan untuk belum cukup ramuan dan khasiatnya sehingga boleh berjaya seperti di Terengganu.

Dan, mereka akan terus melipat gandakan penipuan selepas ini.

kita TERTIPU selama ni!!!

penatxabes

to sdr fahmi reza,

sebagai tanda terima kasih dan ucapan tahniah kepada sdr. pengarah filem dokumentari pendek '10tahun', sdr fahmi reza, aku siapkan juga reviu aku mengenai filemnya ini. [sori bro, i took too much time and kept u waiting]

"Hartal tu, membantah!" -Zainuddin Andika, 10tahun
petikan kata2 favourite aku dlm filem ini. itu menunjukkan yang bangsa Malaysia [Malaya ketika itu] tidak semuanya turut bersetuju dan menjadi 'pak sanggup' menubuhkan Persekutuan Malaya 1947. apa sebenarnya yang berlaku 10 tahun sebelum merdeka? penting ke? ada ape2 ke yg berlaku pun? apesal kita xpenah tahu? filem 10tahun arahan Fahmi Reza cuba mencungkil rahsia2 peristiwa yang berlaku di sebalik kemerdekaan negara dan bakal memadamkan persoalan2 yang timbul seperti di atas. seperti mana yang diketahui, tanah melayu telah dijajah oleh pelbagai kuasa besar dunia silam seperti portugis, belanda, inggeris dan jepun. bertitik tolak dari penjajahan jepun, masyarakat Malaya, khususnya Melayu telah beroleh kesedaran untuk bangun dan berusaha memajukan diri sendiri.
"...kita punya tanah air, kita punya. dia datang menjajah, kita mesti suruh dia balik..." -Yahya Nassim, 10tahun
perjuangan bangsa Melayu pada masa itu dimulakan oleh PKMM [Parti Kebangsaan Melayu Malaya] dan dipengaruhi oleh kebangkitan rakyat Indonesia menentang Belanda. kata2 Allahyarham Sukarno menyuntik semangat mereka untuk berjuang menuntut kemerdekaan dengan darah. pelbagai usaha telah dilakukan oleh mereka untuk memastikan kedaulatan dan kekayaan Tanah Melayu tidak terus menerus dirompak oleh pihak kolonial british. bergandingan dengan kesatuan2 buruh se-Malaya, MDU [Malayan Democratic Union], AWAS [Angkatan Wanita Sedar] dan pertubuhan2 lain, mereka telah membentuk gabungan PUTERA-AMCJA.

PKMM [dan gabungan PUTERA-AMCJA] telah menganjurkan rapat2 umum, demonstrasi dan majlis2 penerangan untuk menyampaikan misi mereka kepada masyarakat tetapi sayangnya masyarakat Melayu ketika itu masih dibelenggu masalah kurang pengetahuan dan trauma selepas perang, menyebabkan mereka takut untuk memilih perjuangan PKMM. beberapa fakta menarik mengenai Perlembagaan Rakyat [yang diusulkan untuk menentang Perlembagaan Persekutuan Malaya] dan fakta2 yg disembunyikan dari buku sejarah malaysia tingkatan 5:

  1. perlembagaan rakyat kata, xada beza melayu, cina atau india. semua akan jadi melayu
  2. presiden MCA ketika itu, Tun Tan Cheng Lock pun terus bersetuju nak jadi Melayu. tanpa banyak soal...[rujuk kenyataan Lim Kean Chye dlm 10tahun]
  3. british berunding dgn UMNO walaupun mereka x mewakili golongan majoriti
  4. pihak PUTERA-AMCJA lebih awal mewujudkan pakatan antara kaum berbanding parti Perikatan [rujuk kenyataan Lim Kean Chye dlm 10tahun]
  5. banyak org yg ditangkap semasa zaman darurat yg dituduh komunis adalah Melayu [hampir 30%] padahal merekalah yang sebenar2 menuntut kemerdekaan, bukan 'Hidup Melayu!'

kemuncak penentangan mereka ialah menganjurkan hartal seluruh Malaya pada 20 oktober 1947 sebagai tanda protes terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaya.

IMHO, dokumentari 10tahun ialah satu langkah mulia untuk menerapkan kembali semangat patriotisme dlm diri belia zaman sekarang supaya mereka sedar bahawa Malaysia bukanlah merdeka semata2 melalui rundingan. i giv d documentary a dazzling 5 star out of 5, for a superb effort and quality displayed despite of a small budget and lack of living proofs [heck, those ppl involved are already 80 something. luckily fahmi reza found them while they are still alive and kicking] salute also to the true freedom fighters of old!!!

Darah rakyat masih berjalan, menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan, rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim
Ayuh, ayuh bergerak sekarang!
Merah putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat

Simple Tips To Gain Votes From Villagers In The Next G.E.

Malaysiatoday - Understanding those people in the villagers with simple background and lifestyle (not to say that they are not intelligent), the following are simple tips that those political party can act on during their campaigns.

Do not create hatred against the present government but talk about simple policy that the government had gone wrong. Do not talk about FDI, stock market and all that. Do not talk about development like the WPI, Northern corridor, Southern corridor and all that. Talk about simple matters and simple issues that are close to their hearts. Make it simple. Justify in layman terms about issues that were wrongly handled by the government that affect the majority of them.

Ask them what we can do about it. Do not give them empty promises. List them all. Do not exaggerate things. Just make them think that why the present government cannot address that simple issues. Ask them what actually happen to this government official. Just ask but do not accuse the official. The people will provide you with the answer. Help them to give you the answer. Could it be that the official just does not care? Is salary not enough that they have to resort to other things to meet their ends need? Why after increased in salary, their efficiency is no better than before. Do not talk about taxpayer money. They will not understand if they do not pay tax (Orang kampong mana bayar cukai beb).

Bombard their sub-conscious – Is it right that when salary are paid they fail to deliver satisfactory services.

  • Ask them - how many wrongs can make it right?
  • Can we give the present government another chance?.
  • Can the people wait another 5 years from now?
  • Can you wait another 5 years after that? You might not be there another round. Are you sure that you will be around another 5 years from now?

more...

BANTUAN BANJIR PADA TEMPOH BERKEMPEN

Bantuan Wang Ihsan Banjir Pusingan Kedua Diberi Pada Februari, Kata Najib


PEKAN, 19 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan "pusingan kedua" melibatkan bantuan wang ihsan RM700 hingga RM1,100 kepada mangsa banjir di seluruh negara Disember lepas, akan diberikan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Bantuan sebanyak RM1,100 akan diberikan kepada mangsa banjir yang kediaman mereka dinaiki air sehingga melebihi 1.5 meter manakala paras 1.5 meter ke bawah diberi bantuan RM700.

"(Bantuan pusingan kedua) dibuat setelah kita selesai membuat taksiran, supaya tidak timbul masalah pembahagian nanti, jadi kita akan beri dalam sedikit masa lagi, mungkin dalam dua tiga minggu selesai urusan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir daerah Pekan di sini, hari ini.

No2umnO - Pemberian dijangkakan akan dilaku ketika musim berkempen. Heehhhhe .... Bulan Februari beb.

JOHARI SALAHKAN SPEKULASI

Terlalu Banyak Spekulasi Ganggu Siasatan Polis

CHANGLUN, 19 Jan (Bernama) -- Media dan orang ramai diminta tidak membuat pelbagai spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis terhadap kehilangan seorang kanak-kanak Sharlinie Mohd Nashar, 5 tahun sejak 5 Januari lepas.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Datuk Mohd Johari Baharum berkata terlalu banyak spekulasi juga meletakkan polis dalam keadaan tertekan selain mengganggu dan menjejaskan proses siasatan.

"Saya meminta pihak media dan orang ramai membantu dengan mengurangkan publisiti dan spekulasi," katanya

Istilah subsidi tak tepat: Respon kenyataan Salahudin

Hazaha Haris
Sat | Jan 19, 08 | Harakahdaily

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kenyataan saudara Salahudin dalam laporan bertajuk 'DAKWAAN NEGARA BANGKRAP' yang tersiar pada 16 Januari lalu.

Saya tidak dapat bersetuju dengan kenyataan, "... Sungguhpun tidak menafikan hakikat bahawa kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM35 billion..."

Sebagai negara yang mengeluarkan atau mengeksport minyak, perkataan 'subsidi' minyak dalam negara tidak harus timbul, lebih-lebih lagi harga minyak hampir mencecah USD100 per barrel (USD91, beberapa hari lalu).

JANJI SIAP, ALASANNYA "MENGEJUT"

Bapa mangsa, B Kasvan, 55, yang ditemui ketika menuntut mayat anaknya di HKL, mempersoalkan tindakan pengurusan sekolah terbabit kerana lewat memaklumkan kejadian itu kepadanya.

“Sukar saya menerima hakikat anak tunggal saya sudah tiada. Lebih memilukan kerana kematiannya menimbulkan tanda tanya apabila pihak sekolah seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu,” katanya.

Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu menimbulkan pelbagai persoalan sama ada ia disengajakan atau kemalangan, malah keluarga mangsa juga mendakwa mangsa pernah mengadu dibuli pelajar lain.
Siasat pelajar mati jatuh bangunan sekolah
hmetro

KUALA LUMPUR: Polis tetap menjalankan siasatan kematian pelajar tingkatan tiga, K Yashovan (gambar) selepas dikatakan terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya kelmarin, walaupun kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata beberapa saksi dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kematian pelajar Sekolah Menengah Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong.

“Polis perlu kenal pasti dan memilih saksi yang tepat kerana kejadian berlaku di sekolah dan pasti ramai saksi melihat kejadian itu.

“Bagaimanapun, memandangkan kes ini dianggap sebagai kematian mengejut polis tidak membuat sebarang tangkapan sehingga kini,” katanya di sini, semalam.

Yashovan, 15, yang parah di kepala selepas terjatuh dari tingkat dua sekolahnya pada 10.30 pagi Isnin lalu, dimasukkan ke Hospital Serdang sebelum dimasukkan ke Wad Neurologi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

No2umnO - Mudahnya. Diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Macam orang mati sakit jantung. Siapa yang terkejut? Mangsa, guru guru atau teman teman? More...

MENCURIGAKAN

PA Bina Rumah RM250K, kereta baru 2 buah – ADUN Alor Limbat perlu buat Penjelasan buletinonline
buletinonline

The image “http://buletinonline.net/images/banners/pasystem1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Marang, 18 Jan – Bagaimana dalam masa tiga tahun, seorang yang tidak mempunyai apa-apa, bergaji RM 1500 sebulan, tiba-tiba boleh membina rumah RM250,000 dan membeli dua buah kereta baru ? Itulah persoalan yang diajukan kepada Buletinonline oleh En Abdullah (bukan nama sebenar) salah seorang ahli dari Kumpulan UMNO yang di boikot dan dipinggirkan oleh ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah.

Persoalan itu dikemukakan ketika beliau menunjukkan lokasi ‘Rumah Berkenaan’ kepada Buletinonline, di dalam Kampung Undang, Marang Terengganu.

The image “http://buletinonline.net/images/banners/pasystem2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Rumah tersebut masih belum sempurna siapnya, baru dibina sekitar enam bulan lalu. Ia didakwa dimiliki oleh Pegawai Khas(PA) bagi ADUN Alor Limbat yang kenali sebagai Sabri@Ibrahim Ali.

“Alias(ADUN Alor Limbat) kena jawap persoalan-persoalan yang membabitkan PA dia” kata Abdullah.

“Sudah menjadi buah mulut orang ramai didalam DUN Alor Limbat, Sabri(PA) menjadi ‘orang tengah’ kepada semua projek-projek yang dilaksanakan didalam DUN,” tambah Abdullah lagi.

Antara projek-projek yang dirujuk oleh En. Abdullah adalah Projek Jalan Tok Hakim, Alor Limbat, Projek Surau Taman Katong Jaya dan Projek Pembinaan Rumah PPRT. Sabri didakwa mendapat habuan dari projek-projek berkenaan dengan mendapatkan kerja-kerja projek tersebut menggunakan lesen para kontraktor yang dipilih oleh Sabri sendiri.

Nak kebas Kelantan, Penang yang terlepas

kudaranggi

Para panglima perang UMNO nampaknya begitu ghairah nak tumbangkan pentadbiran Islam di Kelantan. Bermacam-macam tuduhan dan gambaran negatif dilemparkan terhadap kerajaan negeri pimpinan YAB Dato Nik Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil Tuan Guru.

Media yang dikawal atau dikuasai oleh parti berkenaan turut mengisi halaman masing-masing dengan berita-berita yang jelas memperkecil dan menggambarkan 'keadaan yang amat teruk" di Kelantan.

Keghairahan UMNO untuk menawan Kelantan amat ketara sedangkan umum mengetahui bahawa negeri itu masih mencari-cari pemimpin yang benar-benar berwibawa, bersih dalam erti kata sebenar dan cukup beramanah untuk memimpin pentadbiran negeri. Pendek kata bukan senang nak cari pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz.

Dalam keasyikan UMNO untuk menawan Kelantan, sesuatu yang pada pemerhatian saya tidak akan berlaku, mereka lupa akan kedudukan di Terengganu, Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Ketidakpuasan rakyat terhadap kepimpinan BN sekarang berada pada tahap kritikal terutama di Pulau Pinang. Pada perkiraan saya, pada pilihan raya kali ini Pulau Pinang akan beralih angin dan akan ditadbir oleh gabungan parti pembangkang. Saya meletakkan pengamatan ini berasaskan rasa tidak puas hati bukan sahaja di kalangan pengundi atau warga negara keturunan Cina dan India tetapi Melayu/Islam.

Pendek kata, dalam keghairahan UMNO untuk kebas Kelantan, Pulau Pinang yang akan terlepas.

Teringat saya akan serangkap pantun lama:

Pulau Pinang bandar baharu,
Kapten Light menjadi raja,
Jangan dikenang zaman dahulu
Akan menitis si air mata.


Bermacam tafiran boleh dibuat berkaitan makna atau maksud pantun lama ini. Kepada orang UMNO lain maksudnya dan kepada yang tidak memihak kepada UMNO lain pula. Terpulanglah kepada pengertian yang ingin dihayati.

Jangan lupa! Gunakan hak dan kuasa anda sebagai pemilih dengan penuh tanggungjawab. Pilih yang terbaik sama ada antara yang baik atau antara yang buruk. Jika tiada pilihan, fikir-fikirkanlah apa yang boleh dibuat.

BUKAN TUNJUK KEKUATAN ATAU MEMANG DAH TAK KUAT

Perhimpunan Bukan Tunjuk Kekuatan Tetapi Sokongan Kepada PM Dan Kerajaan

PUTRAJAYA, 19 Jan (Bernama) -- Pertemuan kira-kira 15,000 anggota MIC dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu perhimpunan pada petang esok,
bukan untuk menunjukkan kekuatan parti ini tetapi lebih kepada sokongan kepada beliau dan kerajaan, kata presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Beliau berkata pertemuan itu yang menghimpunkan paling ramai anggota MIC pada satu lokasi setakat ini, dianjurkan MIC Wilayah Persekutuan bertemakan "Sepetang dengan Perdana Menteri" yang akan diadakan di Stadium Badminton Cheras di sini.

"Perhimpunan itu akan berikrar untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri. Ini ialah permulaan siri perhimpunan di seluruh negara untuk mengukuhkan lagi kekuatan dan sokongan BN menjelang pilihan raya umum," katanya kepada Bernama.

"Perhimpunan 20 Januari ini bukan untuk menunjukkan kekuatan tetapi untuk menghantar mesej yang kuat dan jelas bahawa kaum India Malaysia adalah bersatu," tambah beliau.

No2umnO - Bukan tunjuk kekuatan kerana memang dah tak kuat. Berapa banyak anggaran belanja yang akan dikeluarkan untuk membawa kaum India berlakun menyokong kerajaan? Berapa banyak bas dan berapa banyak nasi bungkus? Bagaimana dengan sekatan polis dan jalan dan ketiadaan perlunya permit untuk perhimpunan?

ADI PUTRA: FERRARI YANG SURUH JALAN MACAM KANCIL

Sistem pendidikan Malaysia, umpama paksa kereta 'Ferrari' jadi 'Kancil'
Mat Zain Mat Isa
harakahdaily



Jika tidak kerana sorotan khas oleh sebuah stesen televisyen swasta selama dua malam berturut-turut mengenai kedudukan terkini Adi Putra Abdul Ghani, nescaya tidak ramai yang tahubahawa budak pintar Matematik itu kini sedang menghadapi hari-hari sukar menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan negara.

Bahkan, ditolak jiran-jiran dan keluarga terdekat, barangkali semua pihak menyangka Adi Putra kini sudah ditempatkan di kelas khas sebagaimana disaran dan dijanjikan pelbagai pihak sebelum ini.

Tinggalkan sekolah, belajar di rumah

Tidak akan ada yang menyangka betapa budak itu kini terpaksa meninggalkan bangku persekolahan dan memilih kaedah pembelajaran sendiri di rumah.

Sorotan perkembangan terkini Adi Putra disiarkan menerusi slot Buletin Utama TV3 dua malam berturut-turut bermula Rabu (16 Januari). Sebelum itu akhbar-akhbar arus perdana juga ada menyiarkan keadaan beliau sekali dalam beberapa ketika.

Menurut pengakuan dibuat ibu bapanya, Adi Putra tidak lagi meneruskan persekolahan di Sekolah Islam Antarabangsa (IIS), Gombak. Sebelum berpindah ke situ pada April 2006, Adi Putra hanya sempat bersekolah selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buloh, Bagan Serai. Itu pun Adi Putra kerap tidak hadir ke sekolah kerana mendapati pembelajaran di sekolah sangat membosankan. More...

UMNO TERUS BERPROPAGANDA

Pakatan Pembangkang Semakin Kukuh Atau Rapuh?

"Pakatan yang ada hanya di permukaan tapi tidak dalam perkara-perkara pokok," kata Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada Bernama di sini.

"Pakatan mereka (pembangkang) akan sentiasa ada masalah kerana ada isu-isu yang sukar diselesaikan antara tiga pihak itu. Isu agama yang ditegakkan PAS, sudah tentu DAP tidak mahu Islam jadi agenda terpenting.
Itulah yang dikatakan sebagai politik murahan UMNO dan BN. Mempengaruhi minda dan diri professor yang berada di Universiti semata mata untuk melahirkan pelajar yang condong kepada kerajaan. Maka tidak hairan lah kalau,

UKM arah pensyarah pastikan pelajar tidak sokong pembangkang ...17 Jan 2008 by AR RISALAH

Ini kerana ada sesetengah pihak menganggap bahawa Abdul Wahid merupakan agen utama Umno-BN yang bertanggungjawab mencaturkan politik kampus UKM bagi mengikis semua unsur pembangkang daripada bertapak di universiti itu. ...

Cukuplah, Tok Guru!

penarik beca

Oleh kerana rundingan-rundingan mengenai pembahagian kerusi di kalangan pembangkang masih jauh dari selesai dan mereka masih berkelahi mengenainya, Raja Petra Kamarudin bertanya, adakah kita perlu mengundi parti yang memerintah dan memulaukan pembangkang untuk mengajar mereka?

Ketika soalan itu masih belum terjawab atau tidak ramai yang menjawabnya (jawapan saya, Tak Nak Barisan Nasional!), tiba-tiba Malaysiakini melaporkan berita bertajuk "Nik Aziz sifatkan PKR parti 'mencelarukan'".

Bagi yang sering mengunjungi blog kutu ini, tentu mereka tahu bahawa saya tidak boleh menerima sama sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 29 Mac 1982. Ringkasnya sejak dia masuk Umno.

Saya pernah dituduh tidak pemaaf. Bukan hak saya memaafkan Anwar. Begitu juga, bukan hak PAS untuk memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Itu hak rakyat. Jangan ambil hak rakyat.

Pendirian saya mengenai Anwar tidak penting sama sekali.

Tetapi, ini soal perjanjian. Apabila kita membuat perjanjian untuk berpakat dengan mana-mana pihak, tentulah tidak elok dan tidak manis kita mengentam secara terbuka di hadapan umum pihak yang yang kita berjanji untuk berpakat dengannya.

Kalau di dalam bilik mesyuarat atau secara tertutup, tak kisahlah sampai terbeliak bijik mata pun. Takkan nak dibunuh pula hak untuk menyatakan rasa tak puas hati.

Walaupun mungkin tidak bertulis, PAS telah berjanji untuk berpakat dengan PKR. Kalau tidak ada janji, tentulah tidak ada perundingan serta gusti dan tomoi mengenai pembahagian kerusi.

Apabila telah berjanji, mengapa perkara seperti itu terjadi? Adakah ia di sebabkan ada pemimpin tertentu di dalam PAS mempunyai status kebal? Tidak ada siapa pun boleh kata apa-apa pun kepadanya. Ada immunity.

Ketika masih tak puas hati melihat orang-orang alim berbaris di Kota Bharu menyaksikan Mawi melalak dengan lagu "Aduh Saliha" dan "Habibi Ya Nour el Ein", saya memilih untuk berani menegur. Mungkin saya akan dituduh penentang, tidak hormat Tok Guru, menyakiti hati Tok Guru, tidak thiqah, tidak wala', kurang ajar, alahai... apa sahaja. Saya sudah bersedia.

Tentang thiqah dan wala', perkara itu tidak timbul. Saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS.

Walaupun hanya sebagai penyokong, saya memilih untuk menegur dan saya merayu janganlah lagi diulangi respon-respon spontan kepada akhbar yang menyebabkan ahli dan penyokong merasa ngeri. Cukuplah kenyataan-kenyataan lalu yang begitu meletihkan. Kita tak nak lagi kenyataan-kenyataan seperti yang dilontarkan dalam isu mencarut misalnya (wahai Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kelantan, ayat "li furuji him" bukan mencarutlah!)

Oleh kerana Tok Guru selalu sebut tentang Khalifah Abu Bakar, saya harap saya dapat memetik kata-kata khalifah itu di dalam pidatonya ketika dilantik sebagai khalifah:

Menyampaikan kebenaran kepada seseorang yang terpilih sebagai penguasa adalah kesetiaan yang sebenar-benarnya; sedang menyembunyikan kebenaran adalah suatu kemunafikan.
Saya nak cakap Arab tak reti. Tak reti langsung. Nak cakap Melayu pun, dah banyak kali dah. Oleh itu, izinkan saya nyatakan sesopan yang boleh di dalam Bahasa Inggeris kepada Tok Guru: Washing your dirty linen in public is neither professional nor encouraging!

KEEP WALKING


Quite interesting!
Keep Walking.....

Jus to check this out......

The Organs of your body have their sensory touches at the bottom of your foot, if you massage these points you will find relief from aches and pains as you can see the heart is on the left foot.

MENCIPTA BALA UNTUK ANAK DAN CUCU

TAK PERLU BIJAK UNTUK JADI MENTERI

Rujukan artikel "Inikah Tahap Pemikiran Pemimpin Malaysia?"

Perbandingan antara Menteri di Singapura dan Malaysia sebenarnya sudah lama dikeluarkan di Singapura. Ianya dilakukan oleh rakyat disana di dalam usaha mencari alasan kenapa pembangunan dan kemantapan ekonomi kedua dua negara yang rapat lokasinya, berbeza.

Di dalam era awal pemerintahan negara, sistem politik telah merubah negara menjadi sebuah negara yang bersifat " Negaraku, harta ku, aku punya" oleh segolongan pemimpin Barisan Nasional. Tidak hairan kalau sampai 100 tahun lagi pun, UMNO dan BN masih lagi menjadi Kerajaan kerana sikap tamak mereka membawa ke mati. Pemimpin yang pergi melahirkan pemimpin yang baru. Mentaliti pemimpin lebih kepada meniru instiusi di raja yang melahirkan salasilah kepimpinan. Setiap pemimpin akan melahirkan jenerasi mereka dan jenerasi itu akan mewarisi pemerintahan sehingga beberapa keturunan kemudiannya.

Setiap pemimpin menyusun salasilah untuk diatur susun bagi mengisi barisan kepimpinan negara yang akan datang. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tetapi istilah itu tidak menjelaskan bahawa kuah yang tumpah ke nasi itu adalah hasil halal atau haram. Makanya ketika ini sudah menjelaskan bahawa kepimpinan yang ada sekarang, tidak bertanggun jawab berbanding dahulu. Mungkin ada kaitannya dengan unsur pemakanan pemimpin yang lepas sehingga melahirkan jenerasi yang tidak bijak dan tidak bertanggung jawab seperti sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dan sijil kelulusan mereka setakat kertas yang bertampal di dinding. Malah setelah didedah pelbagai kelulusan yang sekarang ini boleh dibeli, maka ramai antara wakil rakyat pun tiba tiba mendapat ijazah cemerlang entah dari mana.

Banyak usul yang diberikan oleh menteri boleh dipersoalkan. Ini kerana idea itu lahirnya dari mental yang tidak cergas, lembab dan lembam. Sudah menjadi sikap UMNO dan Barisan Nasional, penyokong tidak boleh membantah untuk mengelak diri dilabel sebagai pembangkang. Maka yang buruk disetujui dan yang bodohpun di puji. Bila mentaliti kepimpinan seperti ini maka, bukan menteri sahaja yang menerima padah, malah rakyat pun semakin parah.

Cukup untuk mengambil contoh pembelajaran Matematik dan Sains di dalam bahasa Inggeris. Ditempelak dengan mudah oleh Professor DiRaja Ungku Aziz dengan kenyataan beliau, memberitahu bahawa Kita bukan belajar bahasa Inggeris, tetapi kita belajar Matematik dan Sains. Tiada Nahu di dalam Matematik dan Sains untuk menjadikan kanak kanak cerdik berbahasa Inggeris. Ada 2 kertas ujian di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris memadai untuk memberikan ilmu bahasa tersebut kepada kanak kanak. Ajar murid murid mengikut kecerdasan. Kalau mereka bijak Bahasa Malaysia, maka dengan bahasa Malaysia dan kalau murid bijak berbahasa Inggeris, maka ajar murid dengan Bahasa Inggeris. Matematik dan Sains seharusnya tidak menjadi isu dalam pendidikan sekolah.

Ungku aziz bukan lah calang calang orang di dalam ilmu pendidikan. Nama dan pendapat beliau sukar untuk dipatahkan kerana berdasarkan kepada pengalaman, ilmu dan kebijaksanaan. Tiada siapa yang boleh menempelak semula beliau kerana setiap perkataan nya disusuli dengan fakta dan kajian yang dibuat.

Namun Professor Ungku Aziz seperti sebuah replika yang hanya untuk ditonton. Dan bukan untuk diambil ilmu nya, dimanafaat dan diikuti. Ini kerana idea dan buah fikiran Ungku Aziz tidak mendatangkan keuntungan bagi pihak yang inginkan imbuhan dari setiap perancangan dan perlaksanaan kerajaan. Merubah sistem pelajaran memberikan peluang kepada kroni Menteri berkenaan di dalam pembekalan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Permasalahan rancangan itu akan timbul apabila setiap langkah kerajaan disusuli dengan muslihat yang sengaja dipendam.

Melihat pada senarai kelulusan akademik Menteri di Malaysia adalah jelas memberikan alasan kenapa kemajuan Malaysia seperti sudah tersekat. Ia berlaku sedemikian rupa kerana kecerdasan para Menteri tidak lagi terserlah. Keadaan ini bukan berlaku sekarang sahaja tetapi ia sudah bermula pada pertengahan pemerintahan Mahathir lagi. Apabila rakyat sudah sedar tentang temberang kerajaan, maka Mahathir terpaksa memilih di kalangan orang yang ampu dan bodek dirinya agar beliau terus boleh menggunakan kuasa diktatornya dalam setiap perkara dan setiap masa.

Akhirnya barisan kepimpinan yang dipilih terdiri dari yang Angguk angguk dan geleng geleng. Bila personaliti kepimpinan sebegini yang dicari, maka apa pentingnya kelulusan? Dan sejak itu lah kelulusan bukan perkara utama di dalam perlantikan seseorang menteri itu. Ia sekadar syarat sehinggakan kelulusan yang tidak berkaitan pun masih boleh menjadi menteri dan potfolio yang berlainan. Yang penting, aku suruh angguk, kau angguk dan aku suruh geleng, kau kena geleng.

Bila keadaan menjadi kritikal, Mahathir tiada jalan lain kecuali meletakkan jawatan. Penyalahgunaan kuasa dan sikap menyanyangi kroni memang sudah jelas. Kerana itu juga lah maka rakyat tidak lagi percaya dan memberikan undi padanya. Akibatnya pada tahun 1999, (PRU10) rakyat sudah berpatah arah. Undian terhadap BN jatuh merosot. Rakyat tunggu ketika untuk membongkar semua masalah dan Mahathir sendiri tidak mampu untuk berdepan dengan rakyat disamping tidak mahu pening kepala dengan semua ini selepas hilangnya kuasa.

Maka dilantiknya Timbalan beliau, Abdullah Ahmad Badawi yang ternyata lembab dan tidak mampu berfikir. Berharap pada orang lain untuk berfikir kerana sudah biasa dengan sikap YESMAN nya. Melantik Perdana Menteri sebegini memberikan kelebihan kepada Mahathir. Rakyat akan terus memujinya "LEBIH BAIK MAHATHIR DULU DARI PAK LAH." kerana prestasi Abdullah memang buruk.

Sekarang mata sudah tertumpu kepada Pak Lah dan tidak lagi mengindahkan Mahathir yang telah puas menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa. Pak Lah pun sama tabiatnya tetapi dengan ketidakcergasan minda dan otaknya, maka keadaan menjadi lebih buruk. Tambah tambah lagi pertabalan Pak lah sebagai Perdana Menteri tatkala negara kekeringan wang akibat sikap boros lakunan kemajuan Mahathir dahulu.

Maka bermula lah masalah kepimpinan yang serius. Pemimpin nya tidak cerdik, menteri nya pula tidak bijak. Lembab dan lemah. Sekarang negara menuju ke zaman kehancuran. Rakyat yang lembat sedar akan mendorong kepada kejatuhan yang lebih parah di masa akan datang. Lambat bertindak akan menyebabkan kuasa si bodoh bodoh ini akan menjadi lebih sukar untuk digulingkan.

Harta negara sebenarnya cukup untuk semua rakyat. Tamak dan gila kuasa pemimpin menyebabkan harta tersebut di monopoli oleh sebilangan kecil kelompok pengikut dan kroni kepimpinan. Kemiskinan akan bertambah tambah akibat sikap dominan sesetengah syarikat gergasi kroni pemimpin. Pendapatan rakyat makin mengecil. Peluang makin tersekat. Rakyat tidak mendapat manafaat dari perancangan kerajaan yang berbillion billion ringgit. Semuanya sudah diperuntukan kepada syarikat kroni yang ramai dikalangan UMNO dan BN. Pada yang duduk atas pagar sampai bila pun akan terus berada diatas pagar. Mahu mafaat kemajuan perlu tunggu 2035, satu sasaran baru.

Kalau sekarang rakyat sengsara, bayangkan apa akan berlaku lagi 5 tahun. Kalau PRU 12 masih memberikan mandat kepada menteri menteri yang sama, adalah sukar untuk berpatah balik kerana kita hanya boleh merubah pada tempoh 5 tahun sahaja. Mahukan kita menanti untuk tahun 2013 nanti untuk buat perubahan?

Tanya diri, periksa poket, pandang akaun, lihat harta, toleh sekeliling, mampukah ekonomi anda bertahan untuk 5 tahun yang akan datang kerana satu kesilapan, terlalu sukar untuk merubahnya. Teman tidak datang membantu kerana teman memikirkan nasib mereka sendiri. Jangan harap orang lain untuk merubah kerana tanggung kita, masa depan kita, keluarga kita serta anak anak kita. Anak aku, aku bela, orang lain tidak ambil tahu.

Berharap pada menteri yang rendah mentalitinya, kurang kebijaksaannya, tamak dan haloba bagaikan memperjudikan nasib masa depan anak anak dan jenerasi kita pada golongan yang tidak boleh diharap. Terus bersama UMNO dan BN, bagaikan mengulang kesilapan orang orang tua kita dahulu. Mereka ditipu dan takkan kita pun akan ditipu. Mahukah kita mencipta BALA untuk anak dan cucu kita nanti?

Bila Padang Pasir Pun Banjir

Dubai banjir baru baru ini. Gambar dipetik : wideangle.cafebabel

Parasolka

ulica

nad morzem

dalsze proby

pelerynki

BN serang PKR melalui MEDIA

Kebimbangan UMNO menyebabkan PKR diserang. Begitu lah hakikatnya permainan politik UMNO yang menggunaan media arus Perdana sebagai senjata kekal mereka di dalam setiap kali pilihanraya.

Perlu dijelaskan bahawa kebimbangan UMNO terhadap PKR setelah berlakunya penjelajahan Anwar Ibrahim bertemu dengan rakyat berbangsa India keseluruh negara mengenai isu Hindraf dan kaum India. Sambutan hebat yang berlaku di dalam setiap pertemuan sesungguhnya membimbangkan sesiapa sahaja.

Usaha BN untuk mengembalikan sokongan kaum India ternyata gagal. Pelbagai usaha di lakukan masih menemui jalan buntu. Samy Vellu cuba untuk memohon sebarang bentuk bantuan dari kerajaan untuk membantu Kaum India, rakyat tidak layan. Gerakan cuba untuk menghantar seorang HERO TAMILnya untuk memperjuangkan bangsa India, rakyat masih tidak layan. Hakikatnya BN sudah hilang akal berdepan dengan undi tidak percaya kaum India terhadap kepimpinan Barisan Nasional dan parti komponen yang tiba tiba memperjuangkan kaum India. Kini PKR adalah salah satu pilihan untuk kaum India selain parti pembangkang yang lain.

Maka, kesempatan yang diambil oleh Barisan nasional ketika ini adalah untuk memecah belahkan parti pembangkang dan mengelirukan rakyat dengan berita yang disiarkan di dalam TV. Biarpun apa yang media katakan, rakyat seharusnya mendengar sendiri ucapan TG NIK Aziz sebelum membuat sebarang kenyataan. Putar belit media bukan berlaku hanya sekarang tetapi sejak dahulu.

Media boleh ke sampai tahap membakar semangat perkauman dan memecah belahkan rakyat, sekiranya perlu. Kerana itu sesungguhnya adalah tidak menghairankan kalau TG NIK AZIZ dinyatakan di dalam media, mempertikaikan PKR. Tetapi kenyataan tersebut di buat di dalam bentuk TULISAN dan bukan video rakaman ucapan. Berhati hati dengan sendikit penipuan MEDIA TV3 dan sekutunya di dalam menghadapi suasana genting pilihanraya tahun ini. TG Nik Aziz sendiri pun sudah banyak kali mempertikaikan ketelusan media arus Perdana kerana menyiarkan yang bukan bukan.

Berhati hati kerana di dalam setiap musim pilihanraya, ada isu yang berjaya menawan hati para pengundi disaat akhir tempoh pilihanraya. WASPADA SEMUA.

Teman Menjawab

Sebelum kami berhenti berbual, sempat Ibnu hasyim bertanya dengan nada bergurau pada teman " apakah bunyi niat pemimpin UMNO semasa hendak mula mendirikan solat". Teman pun jawab secara berseloroh: "Sahaja aku sembahyang zohor empat rakaat kerana duit".

Ibnu Hasyim Bertanya: Teman Menjawab
sheikh-telukintan.blogspot

Dalam perbualan kami, teman sempat memberitahunya, bahawa setiap kali Pilihanraya Umum, Kerajaan Pas Kelantan memang dalam keadaan bahaya. UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah tidur dan sentiasa mencari jalan walau dengan apa cara sekalipun untuk menawan Kelantan dari tangan Pas.

Pada pilihanraya Umum nanti, entah berapa lori duit yang akan dibelanjakan untuk membeli undi rakyat Kelantan. Sesungguhnya duit tak jadi masalah pada UMNO. Tokeh judi boleh sediakan. Tokeh arak boleh sediakan. Kontraktor-kontraktor yang diberi beberapa projek besar pun tak kedekut untuk keluarkan duit. Ah, tak payah cerita panjang-panjang tentang hal ini kerana kebanyakkan penduduk bumi dan langit tahu dan teramat tahu , dari sumber mana duit mengalir untuk memenangkan UMNO /BN. Mati dan hidup UMNO / BN adalah kerana duit. more...

ZAM MERAPU LAGI


Kesal pihak salah guna kebebasan media

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin kesal terhadap sesetengah pihak yang didapati menyalahgunakan kebebasan media untuk memburuk-burukkan negara.

Menurut beliau, pihak terbabit terutamanya media milik pembangkang dilihat lebih gemar melakukan pembohongan daripada melaporkan segala usaha kerajaan dalam memartabatkan negara.

“Apa yang kita (kerajaan) lakukan untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat tidak dilaporkan.

“Sebaliknya, mereka melakukan pembohongan dengan memburuk-burukkan negara,” katanya pada majlis sepetang bersama media di sini, malam ini.


Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan beberapa ketua pengarang kumpulan media.

Zainuddin berkata, segala pembohongan yang dilakukan bukan sahaja merendahkan imej negara tetapi menghakis nilai kewartawanan dan media.

Jelasnya, lebih memburukkan keadaan, selain menyalahgunakan kebebasan akhbar, ada juga yang dilihat dipengaruhi pemikiran Barat sehingga ingin mengikis nilai budaya setempat melalui penulisan masing-masing.

“Ini satu perkara yang tidak wajar dilakukan kerana media sememangnya mempunyai pengaruh tersendiri,” tambahnya.

8TV KENA TINDAKAN


Kerana Faizal, 8TV pun kena tindakan
Kosmo

KUALA LUMPUR – Ekoran perbuatan seorang artis membuka baju ketika menyanyi di konsert siaran langsung, stesen televisyen 8TV dikenakan tindakan tidak dibenarkan membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Januari.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komuniksi dan Multimedia Malaysia Muhamad Tahir Muhamad Noor berkata, kelulusan juga tidak akan diberikan bagi sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen televisyen lain yang mahu menampilkan artis berkenaan dalam tempoh tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, penelitian dan maklum balas umum mengenai siaran langsung Rockin Birthday Concert yang disiarkan pada 13 Januari lalu, pihak Suruhanjaya mendapati 8TV gagal mematuhi syarat yang ditetapkan untuk kelulusan siaran langsung dan tertunda.

Beliau berkata, Suruhanjaya mendapati tindakan artis yang menanggalkan pakaian pada konsert itu adalah sesuatu yang dilakukan dengan niat tanpa memikirkan sentimen dan sensitiviti penonton serta nilai-nilai murni masyarakat negara ini.

“Ini merupakan satu kesalahan yang serius dalam sesebuah rancangan siaran langsung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ekoran itu, katanya Suruhanjaya menarik balik dengan serta-merta kelulusan yang diberikan untuk siaran langsung dan tertunda bagi rancangan konsert dan program berbentuk hiburan di saluran 8TV.

Bagaimanapun, katanya program prarakaman atau bukan program siaran langsung yang menampilkan artis yang sudah mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF), boleh disiarkan.

Dalam siaran langsung rancangan Rockin Birthday Concert itu, penyanyi yang merupakan bekas anggota kumpuan nasyid Mirwana, Faizal Tahir, bertindak menanggalkan baju sehingga mendedahkan badannya yang disembur dengan cat merah berbentuk ‘S’.

Akibat tindakan itu Faizal dikenakan hukuman melakukan kerja amal selama enam bulan oleh stesen televisyen 8TV.

Bila nama PM Malaysia tidak disebut

Beberapa orang tokoh korporat tempatan yang saya kenali tidak segan silu mengutuk Paklah. Ada juga yang bertanya, "Bila Anwar akan jadi PM?"

Seorang lagi yang memegang jawatan sebagai ketua pelaburan sebuah syarikat gergasi kerajaan Dubai berkata, "Selagi Abdullah menjadi PM Malaysia, kami tidak akan melabur, cukuplah!"

Bila nama PM Malaysia tidak disebut
klpos

PM UAE bersama marhaen dalam lawatan selepas hujan lebat melanda UAE

Oleh Fudzail

BERITA dibawah dari agensi berita WAM mengenai Forum Perikatan Ketamadunan (AOC) yang mana PM Malaysia, sebagai Pengerusi OIC turut serta berucap sebagai ahli panel. Kalau diukur dari segi kedudukan beliau sebagai pengerusi OIC dan Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim, sepatutnya nama Paklah termasuk dalam senarai mereka yang berucap, seperti Erdogan, PM Turki. Tetapi PM Malaysia tidak disebut. Begitulah taraf sebenar Paklah di Timur Tengah. Paklah tidak punya populariti seperti Mahathir. Kedudukan sebagai pengerusi OIC juga sekadar pada nama.

More...

Posting terkini

Blog Archive