KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 19, 2008

MENCIPTA BALA UNTUK ANAK DAN CUCU

TAK PERLU BIJAK UNTUK JADI MENTERI

Rujukan artikel "Inikah Tahap Pemikiran Pemimpin Malaysia?"

Perbandingan antara Menteri di Singapura dan Malaysia sebenarnya sudah lama dikeluarkan di Singapura. Ianya dilakukan oleh rakyat disana di dalam usaha mencari alasan kenapa pembangunan dan kemantapan ekonomi kedua dua negara yang rapat lokasinya, berbeza.

Di dalam era awal pemerintahan negara, sistem politik telah merubah negara menjadi sebuah negara yang bersifat " Negaraku, harta ku, aku punya" oleh segolongan pemimpin Barisan Nasional. Tidak hairan kalau sampai 100 tahun lagi pun, UMNO dan BN masih lagi menjadi Kerajaan kerana sikap tamak mereka membawa ke mati. Pemimpin yang pergi melahirkan pemimpin yang baru. Mentaliti pemimpin lebih kepada meniru instiusi di raja yang melahirkan salasilah kepimpinan. Setiap pemimpin akan melahirkan jenerasi mereka dan jenerasi itu akan mewarisi pemerintahan sehingga beberapa keturunan kemudiannya.

Setiap pemimpin menyusun salasilah untuk diatur susun bagi mengisi barisan kepimpinan negara yang akan datang. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tetapi istilah itu tidak menjelaskan bahawa kuah yang tumpah ke nasi itu adalah hasil halal atau haram. Makanya ketika ini sudah menjelaskan bahawa kepimpinan yang ada sekarang, tidak bertanggun jawab berbanding dahulu. Mungkin ada kaitannya dengan unsur pemakanan pemimpin yang lepas sehingga melahirkan jenerasi yang tidak bijak dan tidak bertanggung jawab seperti sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dan sijil kelulusan mereka setakat kertas yang bertampal di dinding. Malah setelah didedah pelbagai kelulusan yang sekarang ini boleh dibeli, maka ramai antara wakil rakyat pun tiba tiba mendapat ijazah cemerlang entah dari mana.

Banyak usul yang diberikan oleh menteri boleh dipersoalkan. Ini kerana idea itu lahirnya dari mental yang tidak cergas, lembab dan lembam. Sudah menjadi sikap UMNO dan Barisan Nasional, penyokong tidak boleh membantah untuk mengelak diri dilabel sebagai pembangkang. Maka yang buruk disetujui dan yang bodohpun di puji. Bila mentaliti kepimpinan seperti ini maka, bukan menteri sahaja yang menerima padah, malah rakyat pun semakin parah.

Cukup untuk mengambil contoh pembelajaran Matematik dan Sains di dalam bahasa Inggeris. Ditempelak dengan mudah oleh Professor DiRaja Ungku Aziz dengan kenyataan beliau, memberitahu bahawa Kita bukan belajar bahasa Inggeris, tetapi kita belajar Matematik dan Sains. Tiada Nahu di dalam Matematik dan Sains untuk menjadikan kanak kanak cerdik berbahasa Inggeris. Ada 2 kertas ujian di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris memadai untuk memberikan ilmu bahasa tersebut kepada kanak kanak. Ajar murid murid mengikut kecerdasan. Kalau mereka bijak Bahasa Malaysia, maka dengan bahasa Malaysia dan kalau murid bijak berbahasa Inggeris, maka ajar murid dengan Bahasa Inggeris. Matematik dan Sains seharusnya tidak menjadi isu dalam pendidikan sekolah.

Ungku aziz bukan lah calang calang orang di dalam ilmu pendidikan. Nama dan pendapat beliau sukar untuk dipatahkan kerana berdasarkan kepada pengalaman, ilmu dan kebijaksanaan. Tiada siapa yang boleh menempelak semula beliau kerana setiap perkataan nya disusuli dengan fakta dan kajian yang dibuat.

Namun Professor Ungku Aziz seperti sebuah replika yang hanya untuk ditonton. Dan bukan untuk diambil ilmu nya, dimanafaat dan diikuti. Ini kerana idea dan buah fikiran Ungku Aziz tidak mendatangkan keuntungan bagi pihak yang inginkan imbuhan dari setiap perancangan dan perlaksanaan kerajaan. Merubah sistem pelajaran memberikan peluang kepada kroni Menteri berkenaan di dalam pembekalan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Permasalahan rancangan itu akan timbul apabila setiap langkah kerajaan disusuli dengan muslihat yang sengaja dipendam.

Melihat pada senarai kelulusan akademik Menteri di Malaysia adalah jelas memberikan alasan kenapa kemajuan Malaysia seperti sudah tersekat. Ia berlaku sedemikian rupa kerana kecerdasan para Menteri tidak lagi terserlah. Keadaan ini bukan berlaku sekarang sahaja tetapi ia sudah bermula pada pertengahan pemerintahan Mahathir lagi. Apabila rakyat sudah sedar tentang temberang kerajaan, maka Mahathir terpaksa memilih di kalangan orang yang ampu dan bodek dirinya agar beliau terus boleh menggunakan kuasa diktatornya dalam setiap perkara dan setiap masa.

Akhirnya barisan kepimpinan yang dipilih terdiri dari yang Angguk angguk dan geleng geleng. Bila personaliti kepimpinan sebegini yang dicari, maka apa pentingnya kelulusan? Dan sejak itu lah kelulusan bukan perkara utama di dalam perlantikan seseorang menteri itu. Ia sekadar syarat sehinggakan kelulusan yang tidak berkaitan pun masih boleh menjadi menteri dan potfolio yang berlainan. Yang penting, aku suruh angguk, kau angguk dan aku suruh geleng, kau kena geleng.

Bila keadaan menjadi kritikal, Mahathir tiada jalan lain kecuali meletakkan jawatan. Penyalahgunaan kuasa dan sikap menyanyangi kroni memang sudah jelas. Kerana itu juga lah maka rakyat tidak lagi percaya dan memberikan undi padanya. Akibatnya pada tahun 1999, (PRU10) rakyat sudah berpatah arah. Undian terhadap BN jatuh merosot. Rakyat tunggu ketika untuk membongkar semua masalah dan Mahathir sendiri tidak mampu untuk berdepan dengan rakyat disamping tidak mahu pening kepala dengan semua ini selepas hilangnya kuasa.

Maka dilantiknya Timbalan beliau, Abdullah Ahmad Badawi yang ternyata lembab dan tidak mampu berfikir. Berharap pada orang lain untuk berfikir kerana sudah biasa dengan sikap YESMAN nya. Melantik Perdana Menteri sebegini memberikan kelebihan kepada Mahathir. Rakyat akan terus memujinya "LEBIH BAIK MAHATHIR DULU DARI PAK LAH." kerana prestasi Abdullah memang buruk.

Sekarang mata sudah tertumpu kepada Pak Lah dan tidak lagi mengindahkan Mahathir yang telah puas menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa. Pak Lah pun sama tabiatnya tetapi dengan ketidakcergasan minda dan otaknya, maka keadaan menjadi lebih buruk. Tambah tambah lagi pertabalan Pak lah sebagai Perdana Menteri tatkala negara kekeringan wang akibat sikap boros lakunan kemajuan Mahathir dahulu.

Maka bermula lah masalah kepimpinan yang serius. Pemimpin nya tidak cerdik, menteri nya pula tidak bijak. Lembab dan lemah. Sekarang negara menuju ke zaman kehancuran. Rakyat yang lembat sedar akan mendorong kepada kejatuhan yang lebih parah di masa akan datang. Lambat bertindak akan menyebabkan kuasa si bodoh bodoh ini akan menjadi lebih sukar untuk digulingkan.

Harta negara sebenarnya cukup untuk semua rakyat. Tamak dan gila kuasa pemimpin menyebabkan harta tersebut di monopoli oleh sebilangan kecil kelompok pengikut dan kroni kepimpinan. Kemiskinan akan bertambah tambah akibat sikap dominan sesetengah syarikat gergasi kroni pemimpin. Pendapatan rakyat makin mengecil. Peluang makin tersekat. Rakyat tidak mendapat manafaat dari perancangan kerajaan yang berbillion billion ringgit. Semuanya sudah diperuntukan kepada syarikat kroni yang ramai dikalangan UMNO dan BN. Pada yang duduk atas pagar sampai bila pun akan terus berada diatas pagar. Mahu mafaat kemajuan perlu tunggu 2035, satu sasaran baru.

Kalau sekarang rakyat sengsara, bayangkan apa akan berlaku lagi 5 tahun. Kalau PRU 12 masih memberikan mandat kepada menteri menteri yang sama, adalah sukar untuk berpatah balik kerana kita hanya boleh merubah pada tempoh 5 tahun sahaja. Mahukan kita menanti untuk tahun 2013 nanti untuk buat perubahan?

Tanya diri, periksa poket, pandang akaun, lihat harta, toleh sekeliling, mampukah ekonomi anda bertahan untuk 5 tahun yang akan datang kerana satu kesilapan, terlalu sukar untuk merubahnya. Teman tidak datang membantu kerana teman memikirkan nasib mereka sendiri. Jangan harap orang lain untuk merubah kerana tanggung kita, masa depan kita, keluarga kita serta anak anak kita. Anak aku, aku bela, orang lain tidak ambil tahu.

Berharap pada menteri yang rendah mentalitinya, kurang kebijaksaannya, tamak dan haloba bagaikan memperjudikan nasib masa depan anak anak dan jenerasi kita pada golongan yang tidak boleh diharap. Terus bersama UMNO dan BN, bagaikan mengulang kesilapan orang orang tua kita dahulu. Mereka ditipu dan takkan kita pun akan ditipu. Mahukah kita mencipta BALA untuk anak dan cucu kita nanti?

2 comments:

al-chechen said...

Sebenarnya...lebih baik Pak Lah dari Mahathir kerana masa Pak Lah ini kita sudah hampir ke Putra Jaya. Kalau Mahathir ada lagi, dia akan ambil tindakan sadis terhadap rakyat. Ekonomi Mahathir memang baik sikit dari Pak Lah tetapi kita tidak akan sampai ketahap ini. Ini semua adalah projek Kuda Trojan I dan Kuda Trojan II.

al-chechen said...

Dendam Mahathir pada orang Melayu maka dimusnahkan orang Melayu secara halus.

Posting terkini

Blog Archive