KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 19, 2008

ADA PIHAK CUBA TUTUP ISU BABI MELAKA?


LAPURAN BULETIN UTAMA 19/1/2008
Nampaknya tindakan kerajaan mengurangkan ternakan babi di Paya mengkuang TIDAK BERJAYA. Penduduk disana sudah keletihan dengan karenah pengusaha BABI dan KERAJAAN NEGERI yang kononnya mengendalikan proses pengurangan tersebut sedangkan hakikatnya tiada pengurangan yang berlaku.

Karam Singh Walia nampaknya sekali lagi berkunjung ke kawasan tersebut untuk menemui penduduk yang tidak henti henti merungut. Kemarahan jelas terlihat di wajah mereka sambil menunding jari menunjuk aliran air dari kampung ke laut yang berwarna kehitaman dan berbuih buih. Masih serupa, masih tiada beza. Sebelum proses pengurangan dan selepas ia dilakukan. Nampanya ada yang tertipu dengan penipuan kerajaan negeri dan Pengusaha BABI MELAKA.

Sebelum ini, kerana panik, ALI RUSTAM telah membawa isu ini kepada Najib Tun Razak dan dengan selambanya MANGKUK itu mengatakan bahawa isu itu SELESAI. Strategi yang sama digunakan untuk mendiamkan mulut orang ramai yang merintih tentang isu berkenaan. Hari ini, cerita yang sama timbul kembali. Ia merosakkan alam sekitar dengan bau yang masih sama busuknya dan merosakkan pemandangan pantai di Melaka.

Apakah kaitan kerajaan Negeri, Ali Rustam, Najib Razak dan pengusaha babi berkenaan? Mungkin ada yang berselindung disebalik semua lakunan ini? Kini terserah kepada penduduk kampung untuk menilai kembali sejauh mana kebenaran sikap tanggung jawab penduduk kampung, kerajaan negari dan pemimpin negara. Keputusan ditangan anda, Hendak pilih BABI dan BN atau hendak hidup senang tanpa gangguan?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive