klpos
10 pagi ini (4 Jun 2008), Hakim Mahkamah Tinggi di Seremban telah menolak untuk membicarakan kes petisyen pilihanraya Rembau.
Petisyen ini dibuat berdasarkan 4 asas
- Jumlah Kertas undi yang tidak sama amat ketara iaitu jumlah kertas undi dikeluarkan bagi parlimen berlebih dari jumlah semua kertas undi yang dikeluarkan diperingkat DUN di bawah parlimen Rembau. Ini sudah tentu tidak munasabah ada orang yang datng mengundi ambil kertas undi parlimen tetapi tidak ambil kertas undi DUN.
- Hak agen calon keADILan mendapatkan salinan borang 14 dinafikan dengan perbagai alasan. Ini menyebabkan pihak keADILan gagal menghalang pengumuman kemenangan BN malam tersebut walaupun dari kiraan awal tidak rasmi keADILan dilaporkan menang. Ini merupakan penipuan terancang melibatkan SPR, walaupun didedahkan perkara ini Pengarah SPR Negeri telah mengeluarkan kenyatan menafikan perkara ini dan mengatakan semua pusat dibekalkan borang 14 yang cukup, tetapi hakikatnya terlalu banyak saluran yang khususnya keADILan menang borang 14 tidak diberikan dan antar alasanya ialah salinan tidak mencukupi. Proses kiraan dan penjumlahan undi amat diragui termasuk kejadian bagaimana kira kira jam 10 malam, 2 peti undi masuk ke pusat penjumlahan dengan disertai oleh kenderaan yang dinaiki Pengerusi BN Negeri.
- Sepanjang tempoh pilihanraya terlalu banyak aduan mengenai keganasan dan perlanggaran undang - undang dibuat termasuk oleh calon keADILan sendiri tetapi pegawai - pegawai yang bertindak selaku SPR seolah gagal bertindak. Pegawai - pegawai yang menjalankan tugasan SPR semenjak dari permulaan PRU 12 di Rembau jelas menyebelahi atau didapati 'berusaha' memenangkan calon BN.
- Kejadian pembelian undi dan kekeliruan dalm senarai permilih termasuk pengundi yang hilang dari senarai terdapat aduan mengenai perkara ini di hari mengundi.
Malangnya petisyen yang difailkan pada 25 April 2008 yang mula disebut di Mahkamah Tinggi Seremban (isnin lalu) telalu di tolak pagi ini oleh hakim kerana kononya pihak keADILan gagal membuktikan tuduhan tersebut mampu mengubah keputusan pilihanraya.
Secara peribadi keputusan ini sudah dijangkakan kerana BN sudah tidak mampu hilang mana - mana kerusi lagi dan mereka jelas tidak sanggup berdepan dengan mana - mana pilihanraya kecil jika berlaku. Cuma peliknya penolakan itu terlalu mudah. Bagaimana nak membuktikan jikalau tidak dibenarkan proses perbicaraan tersebut ?
Saya tidak mahu terperangkap dengan hujah teknikal. Saya ingin menarik semula fokus semua terhadap alasan saya turun 'bertempur di Rembau' dan cabaran debat saya yang masih tidak terjawab.
Saya memilih untuk bertanding melawan menantu Perdana Menteri kerana keyakinan yang tinggi dan menggalas harapan rakyat (khususnya golongan muda) yang menyedari hakikat betapa kita sedang diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang amat lemah dan kelemahan beliau sedang dipergunakan oleh menantu, anak dan keluarga serta kenalan beliau untuk mengaut keuntungan. Lebih parah lagi orang di kelilingnya begitu tamak sehingga tidak langsung mempedulikan mengenai risiko terhadap negara dan kedaulatan rakyat dan negara ini.
Cabaran debat say untuk membincangkan isu rakyat seperti pergabungan ECM Libra Avanue Capital, skandal penjualan Telekom dan Pantai Holding kepada pihak asing, penglibatan keluarga Perdana Menteri dalam skandal minyak untuk makanan di Iraq, penglibatan keluarganya juga dalm kegiatan jaringan penjanayah pengganas antarabangsa diselindungkan dengan 'pemenjaraan' BSA Tahir di bawah ISA dan puluhan isu lagi .....Cabaran debat saya masih gagal dijawab.
Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada panel peguam, penyokong dan semua yang terlibat. Walaupun apa keputusan mahkamah ia tidak menghalang untuk terus berkhidmat demi rakyat Rembau dan keseluruhanya. Usah khidmat masyarakat dan pembongkaran isu akan terus diperhebatkan. Di Peringkat Rembau, Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Rembau yang masih tidak ditutup dalam peringkat akhir untuk dijadikan Pusat Khidmat Rakyat Rembau. Semenjak Pilihanraya juga gerak kerja di Rembau tidak dihentikan, kawasan yang dulunya kubu kuat Umno dan 'pembangkang' dilihat begitu lemah diRembau kini telah berbeza.
Jumlah keahlian bertambah mendadak. Pendedahan isu dan program khidmat telah berjaya membuka mata rakyat. Terlalu banyak isu di Rembau ini dari isu rumah terbengkalai, bangunan di diami tiada sijil layak duduki, kemiskinan tegar, kemudahan asas sehinggalah kepada masalah keciciran anak sekolah. Sehingga kini ada ramai pihak yang sudah mula mengeluh dengan prestasi wakil BN yang 'terpilih'. Rakyat juga menanti - menanti manifesto atau janji PRU dilaksanakan di Rembau.
Kepada penyumbang / dermawan seluruh negara yang sudi menyumbang untuk Pusat Khidmat di Rembau boleh terus menghubungi NorAzizi Aziz 0123696474.
Terdapat kenyakinan yang tinggi jika BN menggunakan taktik pilihanraya umum mengejut untuk menghalang penubuhan pakatan rakyat yang bakal berlaku dengan penghijrahan besar - besaran ahli Parlimen Bn ke dalam Pakatan Rakyat, kami di Rembau yakin Parlimen Rembau bakal bertukar tangan.