roslansms - [..] Menurut Utusan Online:
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, PM berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.
Rebat atau subsidi atau apa sahaja istilahnya (kononnya tunai sekitar beberapa ratus akan dibayar semasa kita memperbaharui cukai jalan) pokoknya harga minyak pasca PRU ke 12 ini naik mendadak “gila” nya. Memang kita akui ianya berlaku ekoran kenaikan mencacak harga minyak dunia, tetapi berbalik kepada isu kita sebagai negara pengeluar minyak, mengapa kita rakyat menjadi mangsa, maka kerana itu perasaan marah meluap-luap rakyat terhadap kenaikan kali ini pasti mencabar.
Saya difahamkan disaat ini pun sudah ada usaha untuk menganjurkan PROTES besar-besaran, yang memang wajar memandangkan kerajaan sudah gagal sama-sekali membendung dan mengawal kenaikan kos hidup. Tetapi AWAS, PROTES kali ini berisiko tinggi, kerana kali ini ia pasti lebih hebat dan marak, kalau dulu kita PROTES dalam keadaan kita tiada kuasa kecuali di Kelantan (dengan bergantung majority 1 kerusi) kali ini kita ada 5 negeri dan puluhan kerusi Parlimen.... selanjutnya.
Jun 4, 2008
Minyak naik darah pun naik, tapi awas........
Labels: Minyak naik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment