Tinggi-tinggilah....tapi kita beri rebet
Agendodaily - “Tinggi-tinggilah tapi taklah tinggi sangat…walaupun harga naik kita beri rebet…itu mengurangkan beban… membantulah juga ,” itulah penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Agendadaily ketika ditanya tidakkah keputusan kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak RM0.78 sen itu terlalu tinggi. Menurut Abdullah, sebelum kerajaan mengambil keputusan tersebut, kerajaan telah mengambil kira pelbagai faktor khususnya yang membabitkan kepentingan golongan berpendapatan rendah serta peniaga-peniaga kecil. ... selanjutnya.
Dan dengan beraninya Pak Lah bertemu dengan Senator Dewan Negera untuk membuat keterangan [KLIK]
Tapi berani setakat jumpa senator je .... untuk bertemu dengan Ahli dewan kesemuanya .... bila lagi? Aku rasa Pak Lah akan sengsara seumur hidup kerana menyusahkan rakyat selama ini. Kalau esok bertemu rakyat, tanpa bodyguard, mungkin wajahnya di penuhi dengan telur tembelang yang dilempar oleh rakyat.
Weyyyy... Bro ... Tahun ini saja, beras naik, minyak naik dan bulan Julai nanti .... elektrik juga akan turut naik. Emmm......rasanya hidup Pak Lah akan terus di hujani dengan sumpah sumpah seranah rakyat. Apa agaknya gelaran untuk Pak Lah selepas bersara nanti?
Jun 4, 2008
Tinggi tinggi lah ... asalkan minyak untuk aku, FREE
Labels: Minyak naik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment