KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 3, 2008

Batu Puteh: Segera kemukakan semakan kehakiman

harakahdaily - Kerajaan mesti bertindak segera untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman (judicial review) kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam tuntutan bertindih Malaysia dan Singapura ke atas Pulau Batu Puteh, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

"Jangan nanti sehingga hampir sepuluh tahun baru hendak membuat semakan kehakiman. Jika Singapura mengukuhkan lagi cengkaman dan kelengkapan ketenteraannya ke atas pulau itu, keadaan akan semakin sukar," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa kerajaan membuat persediaan yang lebih rapi dan menyeluruh.

"Persediaan yang ada sebelum ini bukan sahaja tidak mencukupi malah memalukan sehingga Peguam Negara Singapura, Chao Hick Tin menolak gambar-gambar yang dikemukakan pasukan Malaysia ke ICJ itu kerana gambar tersebut dikatakan telah diciplak dari blog yang juga dituduh menciplak gambar itu," kata beliau.

Mahfuz juga mempersoalkan apakah kriteria perlantikan anak Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang bernama Faezul Adzra sebagai salah seorang anggota pasukan Malaysia ke ICJ dalam perbicaraan mengenai Pulau Batu Puteh itu sedangkan beliau "baru habis mengaji".

"Jangan nanti orang tuduh ambil kesempatan nak melancong ke Belanda atau menyalahgunakan kedudukan," kata beliau.... selanjutnya.

Malaysia masih tunjuk kebaculan bila berhadapan kes minyak dengan pelanggan singapura

almuslimin2 - Bila berhadapan dengan sama melayu , hebat sungguh UMNO , larangan jual minyak kepada melayu Thailand berkuatkuasa serta merta. Namun apabila berhadapan Cina Singapura dan peniaga minyak juga tauke cina, UMNO hilang satu lagi pembatuan , bukan batu putih tetapi takut dengan ugutan Singapura dan ini tidak di dedahkan. Akibatnya Dollah kata kita kaji dulu. Bilalah Dollah nak berhenti jadi PM kita pun tak tahu. Sudah berapa kali jadi flip flop. Adakah kerana tekanan dari pemerintah Singapura maka terus tersenyap takut. Bukan kah awal awal dah cakap bergegar gegar , minyak itu minyak kita, subsidi itu duit rakyat dan tiba tiba , eee,,kita kaji dulu. Inilah yang menyebabkan orang dah tak yakin pada Dollah. Elok tak payah lah tunggu December, serah lah saja pada Najib jadi PM bulan depan. Boleh rehat dan bermain dengan anak menantu.

Begitu cepat larangan menjual minyak kepada kereta asing yang kebanyakan Melayu Thailand berlaku di Kelantan Perlis tetapi apabila sampai kepada mennggangu rakyat Singapura , tiba ia di tunda, di kaji. Apa punya polisi ni, utara lain selatan lain. Mengapa Dollah dan shahrir tak beritahu apa sebenarnya berlaku. Adakah kerajaan malaysia telah di ugut oleh kerajaan singapura, penjual minyak johor atau pun apa. Kita mahu tahu sebab apa ia di tangguh.
Dalam keadaan orang dah give up dengan kelemahan kita menghadapi Batu Putih sekarang tiba pula kes batu hitam ia itu minyak. Berapa lagi yang hilang sebelum PM bertukar kita pun tak tahu.

Nyatakan Bantahan Anda!!

email oleh azzlie

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan pertanyaan dan jemputan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklum balas di atas permintaan untuk mendaftar 3 domain name di bawah :-

i) www.bible.net.my
ii) www.injil.org.my
iii) www.gospel.org.my
Jika anda merasa prihatin dan membantah pendaftaran domain nama di atas, sila hantarkan bantahan melalui hard copy atau soft copy kepada devi@cmc.gov.my sebelum pukul 12 tengah malam 9 Jun 2008. Anda boleh merujuk di website mcmc dan rujukan penuh di sini. Jalankan tanggungjawab sebagai anggota Muslim yang prihatin.

300 penduduk adakan demonstrasi bantah operasi kilang pasir

bharian - Kira-kira 300 penduduk di Kampung Bangau Parit di sini mengadakan demonstrasi memohon Kerajaan Negeri Pahang supaya campur tangan bagi memindahkan sebuah kilang pasir yang didakwa mereka mendatangkan pelbagai kesan buruk termasuk pencemaran bunyi, hakisan tebing sungai dan kerosakan jalan.

Penduduk mendakwa, kilang yang beroperasi sejak enam tahun lalu itu menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan berkudis, selain terpaksa hidup dalam keadaan amat berdebu.

Wakil penduduk, Ramli Mat Lela, 52, mendakwa pihaknya pernah melaporkan masalah berkenaan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh serta Jabatan Alam Sekitar (JAS), namun tiada tindakan diambil sehingga kini, menyebabkan mereka bertindak mengadakan demonstrasi secara aman berhampiran kilang itu.

Talipinggang keledar untuk penumpang bas?

Mai aiiiii..... naik bas pun kena pakai talipinggan keledar. Di luar negara tidak pernah berlaku, tapi di Malaysia macam macam boleh jadi. Bantai lah labu....asalkan hati senang .

Kerajaan akan melaksanakan peraturan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua penumpang bas baru.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pemasangan tali pinggang keledar itu diwajibkan ke atas bas-bas baru mengikut piawaian antarabangsa, United Nation Economic Commission for Europe (UNECE) Akta 80 sejak November 2007.

``Peraturan baru akan dilaksanakan tidak lama lagi,'' katanya ketika menjawab soalan Senator Lee Chee Keong pada Sidang Dewan Negara di sini hari ini.- Utusan.

Malaysia’s two systems of justice

ImageNO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday - [...] What is Islam? Is Islam just about rituals? What would rituals be without akidah? And what is the foundation of Islam? The foundation of Islam is justice. Islam is all about justice and nothing but justice. Without justice there would be no Islam. Muslims talk about the syariah and about the hudud legal system. Is not the syariah and hudud about justice? Are Muslims not taught that they must subscribe to the syariah and hudud because these are God’s laws and God deals with justice?

You just can’t separate justice from Islam. Without justice there would be no Islam. Islam would not exist without justice. Islam, with mere rituals minus the justice, would not be Islam. Saddam Hussein performed the rituals of Islam. But Saddam was not just. So Saddam was ousted and hanged by the neck until he died because he just performed the rituals of Islam minus the justice that Islam makes mandatory. Justice, justice, justice. That is what Islam decrees. And a ‘good’ Muslim who performs the rituals of Islam but is not just is put to death. That is Islam and that is how Islam dispenses justice.

ABIM says we should not whack the Muslims. And since, by law, Malays are Muslims then we should not whack the Malays as well. But is it okay for Malays to whack the non-Malays and non-Muslims?

What if the non-Muslims were to say they do not recognise Islam or the Quran because Islam and the Quran have been distorted over the last 1,400 years? What if the non-Muslims were to say that Islam and the Quran have been changed and are no longer the original Islam and Quran that Prophet Muhammad introduced 1,400 years ago? If the non-Muslims say this then they would be committing a crime under the Sedition Act. The non-Muslims would face punishment because they are not sensitive to the feelings of the Muslims.

But Muslims are permitted to say they do not recognise Christianity and the Bible because Christianity and the Bible have changed and have been distorted over the last 2,000 years and are no longer the original Christianity and Bible which Jesus introduced 2,000 years ago. Muslims can openly say this in the Friday prayer sermons and it is not seditious, even if this is not sensitive to the feelings of the Christians.

And why can Muslims say this but Christians can’t? Because Islam is the official religion of Malaysia and Christianity is ‘tolerated’ as long as it stays out of the way of Islam.... selanjutnya.

Petronas’ RM600 billion profit: Where has it all gone?

anilnetto - So the figure has been revealed. Petronas’ group profit before taxes, royalties, dividends and export duties amounted to RM570 billion for the period from its establishment in 1974 to 31 March 2007.

If you include the figure for the period until 31 March 2008, then you are probably looking at a figure closer to RM700 billion, with the higher oil prices.

Let’s see the breakdown of that RM570 billion:

Payments to the government (royalties, export duties, taxes and dividends) - RM359 billion

Allocations for shareholders, royalties and taxes abroad - RM41 billion

Profits re-invested in Petronas operations - RM170 billion

Total RM570 billion

(In case you are wondering where I got these figures from, they are from an oral response in Parliament to a question put forward to the Prime Minister by the MP for Bagan, Lim Guan Eng.)

... selanjutnya.

Pelajar jual dadah tampung duit poket

Mstar - [...] "Polis percaya pelajar terbabit telah menjalankan kegiatan ini sejak minggu lepas untuk menampung perbelanjaannya semasa cuti sekolah ini."Hasil siasatan awal mendapati individu yang membekalkan dadah kepada suspek adalah individu yang dikenalinya," katanya.

Polis juga percaya wujudnya kumpulan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pelajar-pelajar sekolah sebagai agen dalam kegiatan tersebut.

Dadah itu dijual sekitar RM2,000 hingga RM2,800 untuk satu kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM700 hingga RM1,000, katanya.

"Kumpulan ini menggunakan golongan pelajar kerana mereka mudah diperdaya dan mereka juga ghairah untuk mendapatkan duit lebih walaupun menggunakan jalan yang salah," kata Kang.

Bagaimanapun suspek didapati negatif dadah setelah ujian air kencing dilakukan ke atasnya. ... selanjutnya.

Negeri bawah Pakatan Rakyat tunjuk sikap agresif - Mat Tyson

Mstar - [...] Negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas menunjukkan sikap agresif dengan menukar pegawai dan menghalau agensi kerajaan keluar dari bangunan yang ditadbir mereka, Dewan Negara hari ini diberitahu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, ia berlaku di Selangor di mana operasi Radio Selangor FM di bawah Jabatan Penyiaran dihalau keluar dari bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

"Begitu juga mereka menukar pegawai di masjid-masjid, tukar ketua kampung. Kerajaan persekutuan memberi peruntukan kepada nazir masjid dan juga guru agama. Jadi kita kata perkara ini tak adil.

"Wakil Rakyat Barisan Nasional juga tidak dibenar merasmikan majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor. Balai Raya juga tidak dibenarkan pakai. Kalau kita tak beri anak mereka sekolah di Sekolah Kebangsaan pula macam mana," katanya semasa menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, bagi kementeriannya.

Katanya, oleh sebab itu penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) di keempat-empat negeri berkenaan adalah wajar bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan di peringkat kampung.... selanjutnya.

Kuala Kangsar!!!! Get ready!

matsamankati - [...] Baru aku ingat, geng Umno Kuala. Masa kempen, aku hentam dia, dia hentam aku. Lepas ceramah, nak pi pekena roti canai tak ada tempat duduk. Last-last, share satu meja.

"Tak lama lagi kita berentap lagi, yob"

Berderau darah aku. "Pasai apa?"

"Mike tak baca Siasah hari ni? Anwar nak bertanding diKuala." Ini kali pertama aku tengok orang Umno baca Siasah.

"Mike percaya Sayuti tu? Sepuluh cakap dia, kot-kot ada le dua yang boleh pakai."

"Betui, yob!! tak kan mike tak tau. Kami pun dah dapat arahan suruh standby bilik gerakan. Dua hari sudah ada mesyuarat cawangan, 50:50"

Aku dah tak sabor. Ambil handphone dan terus call member PKR Kuala tanya tentang perkembangan terbaru. Member pun terus bagi tau.

"Malam esok ada mesyuarat khas, kalau senang datang la"

"Mesyuarat pasai apa?"

"Pasai jawatankuasa pilihanraya!!"... selanjutnya.

Umno to decide on re-entry of ex-PKR members in three weeks

NST - [...] The decision to accept former Parti Keadilan Rakyat (PKR) members into Umno may be known within the next three weeks, said Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
The Rural and Regional Development Minister said the matter had to be decided at the Supreme Council (MT) level and the next MT meeting might be held in three weeks’ time.

Muhammad disclosed this to reporters after attending the ministry’s monthly assembly and opening a day-long seminar entitled Generating Potentials of Human Capital organised by the ministry, here today.

Former PKR Youth chief Mohamad Ezam Mohd Nor and former PKR Permatang Pauh division head Anuar Shaari, who had left Umno to join the PKR, now wanted to return to Umno.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, however, had said that only the MT had the power to approve their re-admission, and the matter would be tabled by Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
In another matter, Muhammad did not rule out the possibility that there were several cases where applications to become members of the party had taken a long time.
... selanjutnya.

Three months on, Selangor councillors list still not finalised

theStar - [...] “This is ridiculous. The councillors should have been sworn in at the end of April or May at the latest. We do not understand why the state government is delaying the announcement,” an officer in the Shah Alam City Council said on condition of anonymity.

Because of the delay, none of the local councils have held the monthly full board meetings, which are crucial for the day-to-day administration of the municipalities and city councils, the officer said, adding that even the standard committee meetings that require councillors, like finance, planning and infrastructure were not being held.

According to a state government official, the delay in the appointment of the councillors is due to the difficulty in coming to a mutual agreement on the allocation of seats between the Pakatan Rakyat members namely PKR, DAP and PAS.... selanjutnya.

Proposal on Middle Rocks just a suggestion, says Rais

NST - [...] The proposal to "enjoin" two rocks that form Middle Rocks will have to be approved by the Cabinet after studying a feasibility report, Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said.

He said joining the two rocks was just a suggestion for the Government to consider after it had been determined that Middle Rocks now belongs to Malaysia following a ruling by the International Court of Justice last month.

"Whether the proposal will affect the eco-system in the area will have to be determined by a feasibility study. These are among points and suggestions raised by various parties but for now, we have to register our presence there through legal means," he said.

He was speaking to reporters Tuesday after handing over RM4.3mil to Chinese Ambassador to Malaysia Cheng Yonghua in aid of the people of China who were affected by a heavy snowstorm last February.... selanjutnya.

Bila kedaulatan tergadai

harakahdaily - [...] Susah sebenarnya hendak menggambarkan perasaan saya bilamana pertikaian mengenai Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) akhirnya menyebabkan Singapura mendapat laba.

Walaupun mengikut fakta sejarah dan lokasi, Singapura tidak berhak sama sekali untuk memperolehi Pulau Batu Puteh. Namun atas kelemahan dan kekhilafan yang ditonjolkan oleh barisan para peguam yang mewakili Malaysia di ICJ, maka akhirnya yang untung hanyalah Singapura.

Isu ini mungkin nampak tidak akan menimbulkan apa-apa masalah di masa akan datang, namun sebenarnya inilah satu daripada "Precedence Case" yang pastinya akan digunakan oleh Singapura bila mana mereka akan cuba untuk mendapatkan beberapa lagi kawasan yang strategik seperti mana yang ditonjolkan oleh laman blog ini.

Apa yang pasti di masa akan datang Singapura pastinya akan mencabar Malaysia sekali lagi di ICJ mengenai hak-hak kedaulatan bagi beberapa kawasan termasuklah satu kawasan yang dijangkakan akan juga tergadai kepada Singapura iaitu WPI. ...seterusnya.

Batu Puteh: Segera kemukakan semakan kehakiman

harakahdaily - [...] Kerajaan mesti bertindak segera untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman (judicial review) kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam tuntutan bertindih Malaysia dan Singapura ke atas Pulau Batu Puteh, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

"Jangan nanti sehingga hampir sepuluh tahun baru hendak membuat semakan kehakiman. Jika Singapura mengukuhkan lagi cengkaman dan kelengkapan ketenteraannya ke atas pulau itu, keadaan akan semakin sukar," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa kerajaan membuat persediaan yang lebih rapi dan menyeluruh.

"Persediaan yang ada sebelum ini bukan sahaja tidak mencukupi malah memalukan sehingga Peguam Negara Singapura, Chao Hick Tin menolak gambar-gambar yang dikemukakan pasukan Malaysia ke ICJ itu kerana gambar tersebut dikatakan telah diciplak dari blog yang juga dituduh menciplak gambar itu," kata beliau.

... selanjutnya.

PM calls for ban on oil speculation

malaysiainsider - [...] Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi today called on the international community to consider bold and unprecedented measures to counter the steep rise in food, oil and commodity prices.

The prime minister said the burden of price increases, now borne largely by the developing countries and the poor, could easily spill over into developed societies.

"Protests, demonstrations and food riots have broken out in many countries in the developing world, including in our region. However, there does not seem to exist the same degree of concern in the developed world except for the rising fuel prices," he said in his keynote address at the 22nd Asia-Pacific Roundtable here.

Citing the example of Japan's bold move to deal with rising prices of rice, Abdullah suggested that the same move be adopted for the oil market. "To prevent speculative biddings, Japan has suspended trading of rice in the futures market," he said.

"We should examine such steps for possible application to the oil market, itself an important contributor to the soaring prices of other commodities. All such measures would, of course, require negotiations and agreement at the international level," he said.... selanjutnya.

Tiada kawalan harga minyak mulai Ogos

malaysiakini - Tiada kawalan harga akan dikenakan ke atas petrol dan diesel dengan pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api itu Ogos
ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.

Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dua mekanisme subsidi bahan api iaitu "pendapatan tunai" dan penetapan kuota.

shahrir samad 01Menurutnya, dengan cara itu, harga bahan api di Malaysia akan mencerminkan harga pasaran global, demikain menurut laporan Bernama.

"Ia bergantung kepada harga pasaran global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia Pertama 2008 di Kuala Lumpur hari ini.

"Kita sedang menuju ke arah inflasi yang memerlukan keseluruhan sistem subsidi diubah, dan ini akan dilakukan menjelang Ogos. Tetapi apa yang akan berlaku esok adalah suatu langkah ke arah itu.... selanjutnya.

Isu peniaga, Dr Lo'Lo' jumpa MB S'gor

malaysiakini - [...] Arahan tersebut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui notis bertarikh 20 Mei lalu, yang mengarahkan mereka mengosongkan premis perniagaan di situ dalam tempoh sebulan.

dr loloLot 25 merupakan kawasan perniagaan terawal orang Melayu yang pernah dibangunkan semula dan dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1967.

Lot itu meliputi kawasan pasar minggu, gerai Mara, pusat kebudayaan PKNS dan deretan gerai makanan di Jalan Raja Muda Musa.

Menurut Dr Lo'Lo', beliau telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada Khalid ketika mereka bertemu di Parlimen minggu lalu.

Katanya, beliau juga telahpun menemui wakil Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) berhubung perkara tersebut.... selanjutnya.

Debat PERJUANGAN MELAYU !!!

Seperti biasa bila wujud suara liberal akan muncul kumpulan ektremis atau ultra. Kumpulan ini sudah menuntut lebih banyak hak orang Melayu dikembalikan semula. Sudah ada suara mahu bahasa Malaysia kembali ditukar kepada bahasa Melayu, sistem kuota di universiti di kembalikan. Malahan ada juga yang sudah mendesak kerajaan turut mengkaji mewujudkan sistem kuota pekerja mengikut peratusan kaum di syarikat swasta,

Pada hemat saya, orang Melayu perlu mengekalkan suara moderate atau sederhana seperti UMNO hari ini. Melayu yang ultra bukan sahaja tidak membantu perkembangan kemajuan negara, malah akan terus melemahkan kuasa Melayu. Ini kerana ramai golongan terpelajar Melayu sendiri tampaknya tidak lagi menerima idea-idea eksterim ini.

Manakala idea Melayu liberal yang terbuka ini sungguhpun tampak idealis tetapi tidak akan mendatangkan keadilan dalam masyarakat majmuk seperti negara kita.

Ketika Melayu menjadi liberal, saya percaya akan muncul kumpulan-kumpulan ultra bangsa lain seperti Hindraf dan Dong Jia Zhong. Mereka mahukan orang Melayu menjadi liberal tetapi mereka sendiri bergerak ke arah ultra. - selanjutnya drkhir
Usah cerita tentang perjuangan Islam kerana UMNO terlalu janggal untuk digandingkan dengan perkataan itu. Mereka lebih mesra dengan perjuangan Melayu. Tetapi tulenkah perjuangan mereka? Adakah Khir Toyo layak menjadi pejuang melayu atau setakat kokok sendirian tanpa ucap balas. Perjuangan selepas bergelar Bekas Menteri besar.

Ada berita yang memberitahu, AMK keadilan Selangor sedang di dalam usaha menguji ketulenan jantan dan melayunya pemimpin UMNO selangor ini dengan mengaturkan acara DEBAT antara,

Saudara Shamsul Iskandar Mat Akin [Ketua AMK Pusat]
dan
DS Khir Toyo

di dalam Topik, PERJUANGAN MELAYU

Kita akan dapat kan maklum balas dari Angkatan Muda Keadilan Selangor di dalam sedikit masa lagi.... Tunggu. Tentunya menarik kerana jika pelawaan ini ditolak ..... Khir Toyo tak payah bercerita lagi tentang Bangsa melayu. Kalau alasannya sibuk ..... maka tidak lah logik kerana masa sibuk beliau sudah lama berlalu.

Malaysia lebih banyak menjana kemiskinan dari membasminya

 tranungkite - "Dollah badawi dan Shahrir Samad akan mengumumkan kenaikan harga minyak Rabu ini. Susah apa nak tadbir negara kalau setakat nak umum naik harga minyak.

Orang kampung pun boleh tadbir negara kalau macam itu cara nya. Kenaikan harga minyak akan menaikkan harga barangan dan kos sara hidup akan naik berlipat ganda. Malaysia sebenarnya lebih banyak menjana kemiskinan rakyat dari membasmi kemiskinan rakyat.

Dengan upah yang sama dan ada setengah nya menganggur dan tidak ada upah langsung, maka bilangan orang miskin akan bertambah apabila harga barang naik. Rakyat yang tidak cukup duit pendapatan untuk menyara hidup keluarga nama nya MISKIN. Jadi manakah kehebatan kerajaan Dollah membasmi kemiskinan?. Semua bohong belaka. Shahrir bohong dan Dollah bohong. Mengapa perlu naik harga minyak kalau subsidi yang di katakan itu hanya cukai yang tidak di kutip kalau minyak tempatan di jual pada orang tempatan. Rakyat paling bodoh pun tak dapat menerima bagaimana pengeluar minyak terpaksa membayar harga yang sama dengan negara tidak berminyak.

Saya rasa negara kita sekarang sudah menjadi negara yang sangat capitalist dan tidak ada tanggung jawab social langsung. Negara lebih mahu bermewah dengan duit tersimpan dalam perbendaharaan dari memikirkan mengurangkan kemiskinan dan kesusahan rakyat. Apa perlunya menyimpan berbillion dalam perbendaharaan kalau rakyat sudah menderita. Apa kah perlu kita membina dan terus membina walau pun rakyat menderita miskin. Di mana tugas kerajaan membela rakyat.
... selanjutnya.

Seloka Ezam keluar parti

kassim8888 - [...]

Ezam tukar identiti
Dari Gerak kini dah berparti
Dari borak²
Kini dah menjadi realiti

Ezam tukar parti
Ada teman yang sakit hati
Ada lawan yang senang hati
Tak kurang juga yang simpati
PKR sekadar memerhati

Ezam tukar parti
Ahli Umno senang hati
Yang keluar dah pun berganti
Mahathir keluar Ezam ganti

Ezam keluar parti
Bawak sekali rahsia enam peti
Pak Lah terima dengan senang hati
Najib dah boleh goyang kaki
Muhyiddin kata, kena rujuk MT
Pemuda kata hati²... selanjutnya.

PENGAKUAN

cabaikampong - Pengakuan Ezam Mohd Nor Jun 1, 08 11:25am Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan Umno.Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.Saya berterima kasih pada soalan tersebut, sebab itu soalan penting kerana ada perbezaan yang besar di antara cakap-cakap dan pertemuan-pertemuan saya dengan pemimpin Umno sebelum pilihanraya baru-baru ini, pilihanraya 2004 dan sebelum itu, dengan keputusan saya kali ini.Saya mengakui dalam 2004 khususnya, ialah kita bermula dengan 1999 lagi, setelah saya ditahan di bawah ISA dan semasa saya di Kamunting, tidak ada usaha untuk menarik saya balik ke Umno, tiada ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tetapi selepas itu dipisahkan dengan rakan-rakan di penjara Kajang dan sendirian, masa itu ada usaha untuk cuba mengajak saya untuk meninggalkan perjuangan PKR, memimpin Pemuda PKR untuk masuk Umno.Saya tolak masa itu kerana prinsip saya, saya tidak akan deal (berbincang) dan bertolak ansur dalam keadaan saya dalam penjara. Bagi saya, apapun, kena keluar saya (dari penjara). Saya bebas dalam 2003, dan selepas itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi menteri. Beliau berbeza dengan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Kalau Dr Mahathir, approach (pendekatannya) adalah menekan.... selanjutnya.

Bersedia untuk di dakwa ...

tanjongsempoi - [...] Salam bertemu dalam tanjong sempoi. Apa yang akan tanjong sempoi perkatakan Ini masih berkaitan dengan masyarakat melayu. Apa yang menghairankan tanjong sempoi, sehingga kini masyarakat di sekeliling kita masih bersikap hipokrit dengan keadaan politik di Malaysia ini. Jika dilihat selepas pilihanraya ke 12 ini masyarakat melayu khususnya masih mengambil sikap sambil lewa dengan keadaan semasa yang berlaku. Apa yang dapat tanjong sempoi coretkan disini adalah sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang kelihatan masih untuk menjaga kepentingan peribadi mereka dan bersandiwara dengan ahli UMNO dan masyarakat melayu di Malaysia ini.

Ketika ini badut-badut politik masih membincangkan mengenai kemelut yang melanda dalam UMNO. Apakah kita sebagai ahli UMNO harus dipermainkan untuk kepentingan politik mereka? Dan apakah kita masih mahu diri kita ditipu oleh pemimpin-pemimpin UMNO? Bukankah mereka ini kita yang angkat sebagai pemimpin? Dan bukankah dengan kuasa ahli-ahli UMNO juga mereka ini akan jatuh tersungkur? Sebagai contoh yang paling dekat ketika ini, apakah dapat kita lihat Ketua-ketua UMNO Bahagian-Bahagian di Malaysia ini datang berjumpa dengan ahli-ahli akar umbi bagi memberi penerangan kepada mereka ini semua. Bukankah mereka masih angkuh dengan sifat ego mereka yang tinggi. Sebagai contoh yang paling dekat jika kita lihat ketua Umno bahagian tanjong, apakah pengorbanan beliau yang paling besar di buat untuk ahli-ahli tanjong. Beliau masih tergilakan jawatan di PPSB kerana beliau masih yakin bahawa beliau mempunyai pengaruh dalam politik. Apakah tidak di fikirkan oleh beliau sepanjang beliau menerajui PPSB itu berapa banyak kerugian yang di alami.... selanjutnya.

Peniaga Karnival dakwa ditipu – Kerajaan Negeri, Sekretariat SUKMA tidak membantu

The image “http://buletinonline.net/images/pas/thumb/karnivalkecoh1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - [...] Bagi peniaga yang berniaga ditapak karnival di belakang stadium utama itu, tidak menghadapi apa-apa masalah dengan penganjur.

Namun, peniaga yang mendaftar dengan penganjur ‘Evolution Plan Resources’ bertapak di hadapan stadium menjadi begitu marah dengan sikap penganjur yang lari meninggalkan tanggungjawab dan membiarkan mereka menghadapi pelbagai masalah.

Para peniaga terkejut dan merasa tertipu apabila pemilik khemah memaklumkan bahawa khemah-khemah yang telah dipasang akan dirobohkan kerana pihak penganjur tidak membayar wang pendahuluan kepada mereka.

Setelah perbincangan dibuat diantara peniaga dengan pemilik khemah yang dikenali sebagai ‘Cikgu Zul’, para peniaga mengucapkan rasa syukur kerana mereka dibenarkan terus berniaga atas dasar ihsan Cikgu Zul yang kasihan melihat nasib para peniaga.

Walaupun begitu, lebih 60% peniaga telah membuat keputusan untuk menutup perniagaan dan meninggalkan karnival SUKMA, kerana ‘serik’ dan tidak tahan menghadapi masalah ketiadaan bekalan air, elektrik dan kekurangan pengunjung .... selanjutnya.

Tiada Beza Shahrir dan Shafie - Minyak Petrol dan Diesel Mungkin Naik Harga Ogos

The image “http://buletinonline.net/images/pas/thumb/shahrirminyaknaik.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - [...] Hari ini Shahrir membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.

"Harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula,” kata Shahrir.

Beliau berkata, walaupun harga minyak naik, subsidi minyak masih akan dinikmati rakyat berasaskan keperluan bukannya penggunaan.

"Kalau hari ini kita lihat subsidi yang kita terima itu, ia berasaskan kepada jumlah yang kita pakai. Kalau kita guna 200 liter sebulan pun kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli, kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi, jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita.
"Itu bermakna ia satu sistem subsidi yang tak terjurus kepada masalah.
Sepatutnya subsidi itu kepada kumpulan yang memerlukan pertolongan dan memerlukan subsidi, bukan hanya diberikan ikut kemampuan kita menggunakannya (bahan yang bersubsidi),”
Dengan alasan yang beliau berikan bermakna, kemungkinan yang akan mendapat subsidi adalah golongan berpendapatan rendah, dan tiada subsidi bagi pengeluar, pengedar, peruncit dan peniaga.... selanjutnya.

Kempen Naib Presiden Umno Sudah Bermula

msomelayu - Mereka akan mula diuji bakat, suara, personaliti dan kecergasan minda sebelum diterima masuk secara rasmi ke dalam 'akademi' berkenaan menerusi mesyuarat cawangan yang kemudian diikuti oleh mesyuarat bahagian bermula Ogos hadapan. Pemilihan mereka oleh mesyuarat bahagian bolehlah dianggap sebagai pertarungan di suku akhir.

Hari ini sebermulanya mesyuarat agung cawangan Umno boleh dianggap mereka masing-masing mempamerkan diri diperingkat awal untuk dipilih memasuki 'akademi' berkenaan atau memungkinkan diri mereka turut bertarung merebut jawatan dilayer ketiga dalam Umno itu.

Di samping dua pemenang sebelum ini (penahan jawatan) iaitu Muhyiddin Yassin dan Mohd Ali Rustam, kini terdapat sekurang-kurang tujuh yang telah disebut-sebut atau berminat untuk mengambil bahagian dalam 'akademi' berkenaan atau berhajat untuk merebut jawatan berkenaan.

Seorang lagi calon atau juara akademi tahun 2003 dahulu, iaitu Mohd Isa Samad dibatalkan kemenangannya kerana telah didapati bersalah 'merusah para pengirim sms' agar mengundi beliau. Mohd Isa kini digantung daripada bertanding sebarang jawatan di dalam Umno.... selanjutnya.

Berita menarik hari ini [2-June-2008/Isnin]

Ismail Sabri leaves Mokhzani’s SIC position to Finance Ministry [nst]
Harga minyak mungkin naik mulai Ogos: Shahrir [bharian]
Umno supreme council to hold pow-wow [theStar]
Violated by Ah Long mob [thestar]
Rice from Thailand due to the ban from other countries [nst]
ustify RM8 million expenditure, former Perak assemblymen, exco members told [nst]
Pulau Pisang not a transit for smuggling, illegal aliens [nst]
Unit risikan APMM di Pulau Pisang banteras kegiatan tidak diingini [bharian]
Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Kenakan Levi, Tetap Gaji Minimum Pekerja Asing [bernama]
Ada Pemimpin Sekat Penyertaan Anggota Baru Umno [bernama]
Bapa bimbang kes Sharlinie makin dilupai [utusmeloya]
MCA siasat empat cawangan di Pulau Pinang [utusmeloya]
Jutawan tabur duit dari langit [utusmeloya]
Pelatih PLKN diserang virus [utusmeloya]
Ezam nafi ada muslihat sertai Umno [bharian]
Pemuda bantah biasiswa tak ditambah [bharian]
Dr M berucap melalui bumbung lutsinar [bharian]
Tee Keat temui KPN isu Bandar Mahkota Cheras [bharian]
Pelajar lahir bayi bawah tangga [kosmo]
'Bertempur' di Pulau Redang - Dua kumpulan remaja bergaduh kerana perempuan [kosmo]
Iran gesa umat Islam ‘padamkan’ Israel [kosmo]

Posting terkini

Blog Archive