malaysiakini - Tiada kawalan harga akan dikenakan ke atas petrol dan diesel dengan pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api itu Ogos
ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.
Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dua mekanisme subsidi bahan api iaitu "pendapatan tunai" dan penetapan kuota.
Menurutnya, dengan cara itu, harga bahan api di Malaysia akan mencerminkan harga pasaran global, demikain menurut laporan Bernama.
"Ia bergantung kepada harga pasaran global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia Pertama 2008 di Kuala Lumpur hari ini.
"Kita sedang menuju ke arah inflasi yang memerlukan keseluruhan sistem subsidi diubah, dan ini akan dilakukan menjelang Ogos. Tetapi apa yang akan berlaku esok adalah suatu langkah ke arah itu.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment