KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 18, 2008

Dewan Orang ramai atau dewan BN?

http://mafrel.files.wordpress.com/2008/08/img_76071.jpg

Dewan orang ramai bertukar menjadi dewan BN. Kesian ... UMNO dan BN masih ingat mereka masih menjadi kerajaan di Pulau Pinang ..... lihat gambar lain DI SINI

Mencari kekasih ku Khairyunisak?

ADa sesiapa jumpa kekasih ku yang sudah lama menghilang. Khairynisak namanya ... Untuk lebih terperinci., Korang gi tengok gambar lain di perisikrakyat

Billboard PERKAUMAN




Aku tak pernah lihat Billboard seperti ini. Kalau hendak di kategori kan perniagaan ... mustahil. AKu kategorikan 'permit' Billboard yang diluluskan oleh Majlis atau PBT ini dibawah kategori "Perkauman".

Imej ini telah di hantar melalui email oleh pelayar setia. Besar modal dan mahal bayaran permitnya ... atau FREE?

Apa kata kalau korang jalan jalan dan temui billbord begini pula,

Roboh KTAR
Roboh CINA Malaysia

.... marah tak?

Kepada sesiapa yang tahu di manakah lokasi Signboard ini ... SILA BERITAHU di ruangan komen. WOKAY !!!

Tambahan: Selepas aku keluarkan artikel ini .... aku terbaca berita ini

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) said he was shocked when he saw a video on online news portal Malaysiakini which showed Kota Raja Umno members carrying a huge banner with the words Melayu DiTindas, Mana Keadilan (Malays Oppressed, Where is Justice).
"This is a very racist, communal and chauvinist stand. We are celebrating the 51st Merdeka celebrations in the couple of weeks and this is making a mockery of the celebrations," he said at the parliament lobby today. -NST

Ketua wanita Gerakan kecewa dengan BN

Bila merujuk kepada majoriti pengundi Melayu di Permatang pauh, BN mula memainkan isu perkauman. Ceh ... perjuangan bangsa melayu konon ... Kerana ghairah dengan lakunan semangat kemelayuan ini, maka Ketua wanita Gerakan. Datuk Tan Lian Hoe, melahirkan rasa kecewanya.

Rujuk berita BERNAMA 17/8/2008

Earlier, he accompanied Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in a meeting with leaders of Chinese non-governmental organisations and Islamic religious class teachers here Sunday.

Tan who is Deputy Information Minister, told reporters after the annual conference of Perak Gerakan delegates in Ipoh Sunday that party grassroots were unhappy with BN leaders who used racial issues to gain political support.

Dr Koh said that probably, Tan raised the matter because as Deputy Information Minister, she received information from the Chinese community and grassroots.

It would not become an issue, he said and added that he would continue to campaign for the BN candidate in the Permatang Pauh by-election as Penang BN chairman.

Orang Penang kata ... " No to UMNO "

Hangpa tak caya oghan Penang dah tolak UMNO. Hangpa ingat aku tipu ka? Kita ghamai ghamai baca cerita menarik dari orang Penang sendiri tentang masa depan UMNO di sana. Telaah cerita berikut .

Beza hat belah bapak aku ni, depa dok sokong kuat Ketuanan Melayu! Berbuih depa cakap pasai tergadai maruah la pasai ini la pasai tu la. Hat belah mok aku pulok, kalau pi sana (TTDI ja, tak jauh pun) borak pasai justice la, pasai truth la. Tu dia; truth dan justice lawan ketuanan melayu - dua DNA yang berbeza hat dalam jinetik aku! Nasib baik depa tak dak bertembung, terutamanya tang dekat-dekat pilihan raya. Tapi dua-dua belah civilised la, jadi kalu tembung pun, tak dak nak gaduh aih.

La ni, tengok keadaan Penang, aku pun terasa haru - sebab ramai dah kata NO to UMNO. Baguih aih, depa dah sedaq sapa dok tindaih sapa. Walaupun ke sian jugak hat mokcik aku - reta dia kena ludah hari-hari (sampai penuh satu reta dengan ludah aih!) semata-mata sebab suami dia Dato Sri Ibrahim Saad. Tu dia!

La ni kalu UMNO hat Penang sudah gubra! Rata-rata rakyat benci betui hat depa, walaupun masih ada yang meyanjungi parti ni - sebab memang ada pun MP UMNO yang baik hati dan pemurah. Tapi yang chek tau, kalu dah lebih dari lima puluh peratus korap, korap la tu walaupun ada segelintir yang baik hati.

La, aku na ceghita hat aku pi balik rumah nenek aku bulih pulak dok syiok habaq hat politik. Tu dia, betapa hebatnya suasana politik di Penang la ni. - seteruih nya dari thezik

Puteri UMNO ketakutan nak berkempen

Ada ubi ada batas. Berani kerana benar ... dan sekarang UMNO di hantui keganasan mereka ketika pilihanraya di IJOK dulu. Akibat sikap kurang ajar mereka ... berikut adalah kaedah terbaru yang akan digunakan oleh Puteri UMNO untuk berkempen di Permatang Pauh .... yang sememangnya sudah pasti kubu kuat Pakatan Rakyat.

Puteri Umno yang ditugaskan ke kampung-kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh untuk menarik undi akhirnya terpaksa bertukar imej daripada berbaju pink, bertopi dan berjaket hitam kepada berpakaian biasa berbaju kurung dan bertudung. - penpasksgb

Dr Toh Kin Woon joint Pakatan Rakyat?



Satu lagi kejutan. Lompat parti dah jadi sindrom di takuti Barisan Nasional. Menjelang 16 Sept 2008, sibuk di perkatakan Dr Toh Kin Woon ex-Gerakan’s MP akan menyertai Pakatan Rakyat. Nak tahu cerita lanjut .... sila lawat SLOONE.

Kenapa UMNO bodoh sangat

Jangan bawa isu mahkamah untuk berkempen. Benda ni tak perlu disebut. Kerajaan dah tahu apa yang boleh di war warkan dan apa yang belum. Tak cukup dengan 'angkat sumpah Saiful' sekarang BN dah gunakan isu mahkamah tersebut untuk tujuan berkempen .... rujuk berita SINI...

Nak aku kata BODOH ... memang UMNO bodoh. Pihak berkuasa tengok aje ke?

Banyak bodyguard ... banyak lah musuhnya.

Mak aku pesan .... kalau banyak penyakit, banyak lah ubatnya. Dan kalau banyak musuh, banyak lah bodyguard nya ... menarik artikel mutaligat. Sila baca

Mayat di Rampas ..... eeeeeeee


Nasib peserta tunjuk perasan membantah AUKU tidak seperti penunjuk perasan 90,10 kuota bumiputera bila mereka di halang untuk berbuat demikian di Parlimen pagi tadi. Malah .... mayat yang mereka usung di rampas oleh pihak polis .... baca berita seterusnya di Malaysiakini.

MB Selangor alu-alukan UiTM ambil tindakan mahkamah

Mstar | Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau mengalualukan jika Universiti Teknologi MARA (UiTM) membawa isu mengenai kenyataannya supaya 10 peratus kuota diperuntukkan kepada penuntut bukan Bumiputera di institusi itu, ke mahkamah.

Beliau berkata masyarakat Bumiputera, Melayu dan Malasyia sudah matang dalam perkara ini dan mereka tahu jika cadangan ini dilaksanakan, ia dapat membimbing komuniti tersebut ke arah globalisasi.

"Maknanya negara Malaysia akan dapat bersaing secara berkesan dengan masyarakat luar negara dan dunia akan datang memerlukan perkhidmatan yang mahir. Oleh sebab itu setiap gunatenaga dalam negara mesti dipertingkatkan kemahiran mereka, saya rasa cadangan untuk keterbukaan daripada segi pendidikan adalah perlu," katanya.... selanjutnya.

Najib lari dari orang kampung



Bila orang kampung dah marah ... Najib kelamkabut lari. Baca tapi jangan ketawa ... DISINI

Panggilan SESUMPAH untuk Ezam di Permatang pauh.

Suaran Ezam tenggelam .... begitulah selepas tidak terpilih sebagai calun di Permatang Pauh walaupun sudah merayu sebanyak 3 kali.

Yang menarik untuk dikongsi bersama.

Pada hari penamaan calun, Ezam kelihatan Hadir. Sepanjang laluan dia ke tempat penamaan dia di BOO dan di cerca dengan panggilan 'Sesumpah' oleh ribuan penyokong Pakatan Rakyat sepanjang laluan tersebut.

Ezam berjalan tanpa berpaling kerana malu nya tak terhingga.
Apa nak buat? ... berani buat berani lah tanggung.
Manakala pada Najib pula .... setelah penyokong PR kelihatan kelibat beliau di pentas pengumuman calun, Ribuan rakyat di bawah pentas menjerit "ALTANTUYA" beramai ramai.

Menarik ... memang menarik hari penamaan calun. Sayang gua tak dapat ke sana.

imej di petik dari medaninfo

Si PENIPU yang bersumpah

Cukup menarik untuk di jelaskan. Ketika di temubual selepas acara bersumpah, Saiful menyatakan upacara angkat sumpah itu tidak ada kaitan dengan politik. Walaupun di buat beberapa hari sebelum penamaan calun. Tapi .... sebenarnya lagi penipuan telah berlaku.

dipetik dari harisibrahim

Saiful was asked by a reporter to explain how the timing was so close to nomination date for the Permatang Pauh by-election.

Saiful replied : It’s all a coincidence. We don’t know that Anwar is going to contest…

Yet, on 2nd August, Malaysiakini reported that in a posting in Saiful’s blog on 1st August, ‘Saiful also briefly wished Anwar ‘good luck’ in contesting for the Permatang Pauh by-election’.

This is what Saiful posted in his blog on 1st August : Kepada DSAI, saya mengucapkan selamat bertanding

Layak ke si Saiful bersumpah? Satu lagi penipuan Saiful. Perlu kah Saiful bersumpah mengatakan dia tidak tahu yang Anwar akan bertanding di Permatang Pauh?

Cesss ... .kalau lah jenis UMNO, sampai bila pun tetap UMNO.

Pembangkang Bersikap Biadap, Kata Najib

PERMATANG PAUH

Berikut aku petik, kritikan Najib Tun Razak terhadap sikap pembangkang ketika penamaan calun di Permatang Pauh. DI sertakan bersama adalah gambar gambar pembangkang yang ......ee...eee..ee.dia maksudkan,

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas sikap anggota parti pembangkang yang dianggap biadap terhadap para pemimpin negara dalam menjalankan kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Katanya, parti pembangkang mengggunakan kumpulan untuk bersorak dan menunjukkan isyarat lucah kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) dan turut mengejar ke mana sahaja para pemimpin itu pergi.

"Pembangkang tidak menunjukkan rasa hormat pada lawan mereka, adakah ini imej parti yang nak perintah negara," katanya ketika mengadakan tinjauan di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di sini malam ini.... bernama
Siapa yang kurang ajar? UMNO ajar Pembangkang menjadi kurang ajar. Najib kena tahu.

PC | Aku diberitahu, mamat berbaju jingga di atas menjadi sasaran penyokong Pembangkang pada hari itu. Nasibnya baik kerana selepas penamaan calun, hujan pun turun. Jika tidak .... tak tau nak cakap. Sapa suruh jadi hero depan puteri?

Police force has joined the battle for Permatang Pauh?



Pembangkang bakal berhadapan dengan masalah berkempen. Polis memberikan amaran untuk membuat tindakan terhadap sesiapa yang berkempen tanpa permit .. Itu lapuran dari SLOONE. Dan untuk mengerti tajuk dengan lebih jelas klik SINI.

Peguam buat laporan terhadap Raja Petra

MStar | Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog "Malaysia Today" Raja Petra Kamaruddin berhubung tiga artikel yang dimuatkan dalam blog itu yang didakwanya mengandungi tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.

Muhammad Shafee membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi di sini pada 6.20 petang.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Muhammad Shafee mendakwa tiga artikel itu yang masing-masing bertarikh 6,7 dan 11 Ogos yang bertajuk 'Abdullah: Sodomologist Extraordinaire', 'Money, Power and Sex: What Motivates Man' dan 'The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation', mempunyai beberapa tuduhan yang tidak berasas terhadap beliau dan pihak polis.

"Saya menyifatkan kesemua artikel terbabit sebagai hasutan yang amat serius," katanya.

Katanya, beliau juga akan menyaman 45 orang yang memberi komen berhubung artikel itu yang didakwanya juga berbentuk hasutan dalam blog itu.... selanjutnya.

Beberapa Catitan Ulama Jawi

anwaribrahimblog

|...| Sementara jika ada seorang yang mengaku dirinya diliwat tanpa mendatangkan baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf syara’ ,sedangkan orang yang kena tuduh itu pula menafikan tuduhan tersebut dan dia meminta kepada qadi agar orang yang menuduh itu didakwa sebagai orang yang melakukan qazaf. Dan orang yang menuduh itu kerana menguatkan hujjahnya, dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh itu bersumpah menafikan yang dia telah meliwat orang yang menuduh. Maka apabila orang yang kena tuduh itu bersumpah maka orang yang menuduh itulah yang dijatuhkan hukuman had qazaf.

Sekiranya orang yang menuduh itu mempunyai baiyyinah atau qarinah, sepatutnya dia menthabitkan jenayah orang yang kena tuduh itu dengan menggunakan baiyyinah dan qarinah tersebut, jangan diminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, kerana sekiranya orang yang dituduh itu bersumpah menafikan yang dia meliwat orang yang menuduh, maka hukuman had qazaf jatuh ke atas orang yang menuduh. Itulah kefahaman kebanyakan ulama dalam mazhab Imam as-Syafi’ie. Ini kerana apabila dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, implikasi undang-undangnya ke atas orang yang membuat tuduhan ialah dia mesti menerima butiran sumpah yang dibuat oleh orang yang kena tuduh

Bagaimana pula sekiranya orang yang membuat tuduhan itu tidak mempunyai baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf oleh syara’ dan mendesak agar orang yang kena tuduh bersumpah? Tidakkah dia takut kepada hukuman lapan puluhan sebatan thabit ke atas zimmahnya, serta dia akan dikira sebagai seorang yang pembohong di sisi hukum syara’. Mengikut Imam as-syafi‘ie dan sebahagian ulama yang lain, sekiranya orang yang melakukan qazaf ini bertaubat sekalipun, maka taubatnya itu di antara dia dan Allah, dari segi perlaksanaan hukum syara’ dia dikira sebagai ‘fasiq’ sampai bila-bila.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive