KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

PERISTIWA LUCU PERHIMPUNAN UMNO DI PWTC

(...) Menurutnya, sebaik sahaja Abdullah selesai menyampaikan ucapan, ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, meminta supaya sesi soal-jawab tidak diadakan atas alasan penjelasan presiden Umno sudah cukup jelas.

"Tan Sri Muhd Taib bertanya kepada hadiran siapa yang bersetuju sesi soal-jawab tidak diadakan, ramai yang jawab setuju.

"Kemudian beliau bertanya siapa yang tidak setuju ia dibatalkan, ramai yang jawab tidak setuju.

"Tapi beliau berkata, yang berkata bersetuju ramai dan beliau menamatkan majlis tersebut dan Datuk Seri Abdullah berjalan keluar untuk menghadiri sidang akhbar di bilik sebelah," katanya.


Beliau berkata, tindakan itu pasti menimbulkan persoalan sama ada beliau tidah mahu para hadirin bertanya soalan yang mungkin dianggap mempersoalkan kepimpinan Abdullah.

Oleh itu, katanya, adalah tidak tepat apabila Muhd Taib memberitahu pemberita bahawa para hadirin yang tidak mahu majlis soal-jawab itu diadakan. more...

Sudah 30% UMNO Bukit Gelugor desak adakan EGM

Star
(..) "Janganlah para pemimpin ini saling berbalah sesama sendiri kerana bukan sahaja anggota parti merasa gelisah dengan perkembangan ini malahan ia membuka peluang kepada pembangkang untuk mengkritik kita," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Omar berkata kritikan terbuka bekas presiden parti, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini, seharusnya tidak dianggap negatif tetapi ia dibuat kerana beliau sayangkan parti dan tidak mahu melihat Umno hancur.

"Kita tidak boleh tinggalkan veteran parti yang telah banyak berjasa dan juga berpengalaman dan pemimpin sekarang jangan pula mudah melatah dan melompat bila ditegur.

Tapi apa yang saya lihat sekarang, tuding menuding kesalahan lalu, memburukkan imej parti,"katanya.

Omar juga berkata Umno Bahagian Bukit Gelugor mungkin mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu kuota pencalonan bagi membolehkan seseorang itu bertanding jawatan tertinggi parti dan membincangkan mengenai prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Ketika ini 30 peratus daripada jawatankuasa bahagian itu telah mendesak supaya diadakan EGM dan saya serahkan kepada semua jawatankuasa tiga peringkat di bahagian untuk memutuskan kewajaran EGM itu," katanya. more...

DOLLAH PAKSA JKKK PULAU PINANG LETAK JAWATAN

Semua anggota JKKK di pulau Pinang diminta letak jawatan
mstar

Semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang diminta supaya meletak jawatan mereka secepat mungkin kerana negeri itu kini diperintah oleh kerajaan DAPParti Keadilan Rakyat.

Timbalan Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, adalah tidak sesuai bagi anggota JKKK sedia ada untuk meneruskan perkhidmatan mereka berikutan perubahan pucuk pimpinan kerajaan negeri pada ketika ini.

Beliau memberitahu Bernama terdapat 200 JKKK di seluruh negeri melibatkan 4,000 anggota dan pihaknya sedang berunding dengan kerajaan persekutuan supaya mereka ini dilantik sebagai anggota JKKK Persekutuan.

"Kita sedang menguruskan soal garis panduan supaya mereka ini dapat dilantik semula sebagai anggota JKKK Persekutuan bagi menghargai sokongan dan perkhidmatan mereka kepada BN selama ini,"katanya.

Abdul Rashid berkata, dengan pelantikan itu kelak, JKKK itu akan memantau dan melaksanakan program-program yang dibiayai kerajaan persekutuan di Pulau Pinang.

UMNO BIMBANG HILANG PENYOKONG

UMNO Pahang tidak akan mengambil tindakan terhadap Setiausaha Badan Perhubungannya, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang meminta agar semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO meletakkan jawatan bagi memberi laluan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan.

Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keputusan itu dibuat kerana kenyataan lantang Ahmad Tajuddin itu hanya bersifat peribadi dan bukan mewakili UMNO negeri.

Menurutnya, beliau telah memanggil Ahmad Tajuddin untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu semalam.

``Saya dapati kenyataannya hanya bersifat peribadi dan saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di Wisma Seri Pahang di sini hari ini.- Utusan.
No2umnO - Kerana bimbang hilang penyokong dan keadaan menjadi parah, maka UMNO tidak berani mengambil sebarang tindakan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Pahang yang meminta agar semua MT UMNO untuk meletakkan jawatan. Semuanya gara gara, Pemimpin UMNO tidak tahu sekuat mana sokongan UMNO pahang kepada Ahmad Tajuddin.

Apa Sudah Jadi Pada Saudi?

 JOM PAKAT-PAKAT BANTAH WAHHABI KERANA TUKAR TEMPAT SA'I SOFA & MARWAH
Tranungkite
Saban hari umat Islam kini pergi menunaikan Umrah. Tetapi kerana kejahatan Wahhabi pengkhianat agama Allah waktu yang sama melakukan amalan bid'ah yang paling besar iaitu menukar tempat Nabi melakukan sa'i antara bukit Sofa dan Bukit Marwah ke tempat yang lain. Mari Berpakat dan Bersatu Menbantah Wahabi !! Sekiranya amalan sambutan Maulid dianggap bid'ah sampai beria-ria mengedarkan risalah yang lama lagi kuno kononnya membantah amalan Maulid tapi yang sekarang ini Wahhabi TUKAR tempat sa'i kepada tempat & kawasan lain tanpa berdalilkan sehuruf nas pun dari mana-mana dalil Al-Quran mahupun Hadith adakah ia bukan bid'ah?!


Nah! sekalipun Wahhabi tidak menganggap perbuatan menukar tempat sa'i itu adalah bid'ah maka mana nas yang kata harus?! adakah dari kenyataan orang Barat kafir yang Wahhabi berkerjasama menjatuhkan kerajaan Islam dahulu dan membunuh ribuan umat Islam bersama kafir Barat?!
atau berdalilkan dari ruh Muhammad bin Abdul Wahhab yang menjelma hidup semula menjadi " NABI " memberi sabda?!
Inilah Wahhabi..pengkhianat agama Allah...pencetus hura-hara..tanduk fitnah.. tidak cukup aqidah sesat Wahhabi " Allah Letih Duduk Atas Kerusi" disebarkan dikampung2 kini tempat ibadah (sa'i) yang tetap pula telahpun diubah.more...

Syed Hamid tuduh

MSTAR - Keengganan penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) menyerahkan satu memorandum kepada pegawai Kementerian Dalam Negeri mendesak lima orang pemimpin pertubuhan itu yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan, menunjukkan kes ini bermotif politik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sekumpulan 50 orang penyokong Hindraf ke kementerian itu pagi tadi untuk menyerahkan memorandum itu kepada pegawainya kerana beliau sibuk.

"Oleh kerana mereka tidak dapat menyerahkannya kepada saya, mereka enggan memberikan memorandum itu kepada pegawai saya.

Saya terlalu sibuk kenapa mereka tidak menyerahkannya kepada pegawai saya. Ini menunjukkan bahawa mereka ada motif politik.

"Kumpulan itu terdiri daripada dua anggota Parlimen. Mereka mengeluarkan satu ugutan dengan mengatakan bahawa jika saya tidak terima memorandum itu, mereka akan menganjurkan satu lagi reli di Kuala Lumpur.

Tolong jangan ancam kebajikan negara kerana ia akan menyebabkan kerajaan tidak ada pilihan lagi selain melindungi negara, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perintis bagi Latihan Kesedaran mengenai Respon Keadilan Jenayah terhadap Pengedaran Manusia untuk Hakim dan Pendakwa Raya Asean. more...

KEMPEN ANTI DOLLAH KE SELURUH NEGARA

Malaysiakini - Kempen sekumpulan pemimpin Umno untuk mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur akan dipertingkatkan ke tahap lebih besar ke seluruh negara.

Selain majlis penerangan di negeri-negeri, kumpulan itu tidak menolak kemungkinan berkumpul beramai-ramai di Putrajaya untuk mencapai matlamatnya.

Dua tokoh berpengalaman Umno - Tan Sri Sanusi Junid dan Datuk Fuad Hassan - dijangka bersedia membuka gelanggang kempen di negeri-negeri.

Sementara rakaman ucapan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di Ampang, Selangor semalam akan diedarkan secara meluas.

PAK LAH LEMAH DI KEDAH, KU LI LEMAH DI KELANTAN

Oleh Harakahdaily
Isnin, 07 April 2008

TERTEKAN sungguh nampaknya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mutakhir ini. Belum pun terubat rasa malu dan kecewa atas kekalahan teruk partinya dalam Pilihan Raya Umum ke-12 bulan lalu, satu demi satu masalah dan kerenah anak-anak buahnya pula yang terpaksa dihadapinya kini.

Barisan Nasional (BN) bukan saja gagal merampas Kelantan daripada PAS, tetapi hilang empat lagi negeri ke tangan pakatan parti-parti pembangkang. Itu sudah cukup memeningkan kepala Abdullah.

Tambah mengusutkan keadaan, BN turut hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. Keadaan itu belum pernah dialami kerajaan pemerintah atas nama BN. Kali terakhir ia berlaku ialah kepada kerajaan Perikatan pada Pilihan Raya Umum 1969 lalu.

Namun, apakah yang lebih memalukan seorang Perdana Menteri selain tawarannya melantik anggota kabinet ditolak oleh ahli partinya sendiri? Belum pernah berlaku dalam sejarah pembentukan kabinet BN, dua Ahli Parlimennya yang dinamakan sebagai timbalan menteri menolak pelantikan mereka.

Ahli Parlimen Jerantut, Dato' Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Luar. Rakan sejawatnya Ahli Parlimen Kimanis, Dato' Anifah Aman pula menolak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan. Kedua-dua mereka dilaporkan menemui Abdullah pada petang sama Perdana Menteri mengumumkan senarai kabinet barunya, 18 Mac lalu. more...

Apakah Umno 'dimansuhkan' baru tahanan ISA akan bebas?

Harakahdaily - "Saranan MIC supaya kerajaan membebaskan lima aktivis Hindraf yang ditahan mengikut ISA ,dibuat secara ikhlas atas dasar perikemanusiaan..."

Inilah antara kata-kata yang tertera di muka 6 akhbar Berita Harian pada,Rabu 2 April 2008 yang lalu.

Menarik juga saranan ini walaupun ianya dibuat setelah MIC kalah teruk dalam Pilihan raya Umum ke-12 yang baru saja berlalu dan orang yang membuat seruan itu, sudah tidak punya kuasa dalam kerajaan.

Ya, saya percaya, seruan itu dilakukan secara jujur. Namun, suka saya menyebutkan, sepatutnya bukan setakat MIC saja, malahan semua parti politik yang ada di Malaysia ini, sepatutnya sama-sama tampil dengan saranan dan seruan masing-masing supaya semua tahanan ISA dibebaskan, ISA dimansuhkan dan elok tutup saja Kem Kamunting yang telah menjadi tempat tahanan tanpa bicara kepada ramai ahli politik, ahli akademik dan rakyat Malaysia yang tidak berdosa.

Selama ini, Parti PAS sentiasa konsisten, atas dasar perikemanusiaan, menyeru supaya semua tahanan ISA tanpa mengira kaum, agar segera dibebaskan .Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum, KeADILan dan juga Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang, kedua-duanya pernah ditahan dibawah ISA, juga membuat seruan yang sama.

MCA masih membisu dalam isu ini, manakala Umno secara terus-terang melalui lidah para pemimpinnya (cari kata-kata mereka di Media arus Perdana),menyatakan mereka amat memerlukan ISA untuk memastikan "keselamatan Negara" tidak terancam.

Umno, sebuah parti yang selalu mendakwa memperjuangkan nasib orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, seharusnya memberi contoh yang baik kepada parti lain, terutama dalam usaha mempertinggikan nilai-nilai kemanusiaan dan sepatutnya sanggup atau bersedia mendengar keluhan rakyat yang sedar dengan kezaliman ISA dan seterusnya menggantikan akta zalim itu dengan undang-undang lain yang sedia ada di Negara kita. more...

Petrol subsidy decision by year-end

Star - The Government will decide on its plan to slash subsidy for higher grade of petrol before the end of the year.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the plan would be implemented within a feasible period.

"I think it will not be later than this year. It will be very soon," he told reporters Monday after officiating the Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration 30th anniversary conference here.

Najib, who is the Cabinet Committee on Fuel Prices chairman, was asked how soon the plan would be carried out so that oil refineries would be prepared for the effects of the move on their operational costs.

He said the Government had asked Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad to study the proposal in terms of its practicality. more...

PKR Jangan Ikut Budaya Umno!

tawanpekan
http://anwaribrahimblog.com/2008/03/30/mengingati-sahabat-dan-pejuang/

Rakyat Marhaen Mar 31st, 2008 at 6:58 pm
A’kum, DS Anwar Ibrahim Sekembalinya DS dari Bahrin sy buat temujanji melalui Rahimi,Pa DS.Sy datang bersama seorang consultan eng.Hampir 2 jam menunggu.Sy dan sahabat begitu gembira kerana akan bertemu mata dgn DS.Tapi semuanya hampa.Sy rasa tertipu setelah menunggu sekian lama,hanya sdr Ibrahim yg kami jumpa. Setelah keluar dari bilik semua orang di pej DS telah tiada. Hanya tinggal kerani saja.Kenapa jadi begini? Apa salah saya.Apa salahnya kalau DS turun sambil nak balik jumpa kami,setidak-tidaknya bersalam.Sy rasa terhina dek perbuatan DS.Rasa malu pada rakan saya.Beginikah cara DS melayan tetamu? Keesokan hari sy hantar sms pd Sani tapi tiada jawapan.Untuk pengetahuan DS sy dtg dari Kuantan.Harap dapat jawapan dari DS..

Soleh Mohamad Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Pahang Berjuang Dari awal penangkapan DS. Orang yg memberitahu berita penangkapan DS pada Almarhum Ust Fadhil Noor Salinan akan sy hantar melalui fax. Lagi info mengenai saya
http://tawanpekan.blogspot.com/

Inilah komen saya pd blog DSAI,sehingga kini belum mendapat jawapan.Adakah untuk berjumpa bakal PM pun perlu ada kasta2.Saya bukan pergi nak minta sempati maupun minta jawatan.Temujanji telah dibuat.Adakah kerana saya bukan nama besar dalam politik? Tak tahu apa punca.Kalau anda pembaca ada pendapat / faktor boleh lah kongsi dengan saya.

Oh ya.Sebelum itu saya kongsikan keadaan hari itu.Suasana pada hari itu tidaklah sibuk .Ada beberapa orang india (katanya dato) ada juga dari Sabah dan beberapa orang lagi.Ada juga hari itu beberapa staff DSAI,saya kenal juga seorang dua,termasuklah Azmin Ali.Kalau tak silap.

Posting ini bukan untuk kepentingan saya,tapi supaya dapat dibaiki,kalau tidak semakin ramai rakyat mengalami nasib seperti ini dan mereka akan berjauh hati.Lama2 PKR akan jadi macam umno.

SMS isu PKFZ tidak tepat: Ong

Pihak tertentu sebar maklumat tak betul mengenai projek bernilai RM4.6 bilion?

BHarian - Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat terkilan dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan fakta tidak tepat mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu isu PKFZ dihebohkan tanpa fakta yang betul kerana ia menyebabkan masyarakat salah faham mengenai projek yang membabitkan kos RM4.6 bilion itu.

"Maklumat dalam SMS itu menggambarkan seolah-olah duit RM4.6 bilion itu sudah lesap. Saya tidak mahu masyarakat membuat andaian yang salah berdasarkan SMS yang diterima itu.

"Saya akan berusaha untuk memastikan semua isu berkaitan dengan PKFZ diselesaikan sebaik mungkin.

"Saya juga akan umumkan mengenai perjalanan projek ini kepada rakyat dalam masa terdekat supaya mereka ke mana perginya wang RM4.6 bilion itu dan mereka tidak lagi membuat andaian salah berikutan SMS itu.

"Setakat ini, taklimat awal sudah diberikan kepada saya, seterusnya saya akan meneruskan dengan kerja susulan untuk memastikan projek ini diselesaikan dengan baik," katanya.

400 minum air bercampur najis


ANGKUT: Lori syabas yang membawa air

bersih untuk penghuni kondominium, semalam.
BHairan
KLANG: Kira-kira 400 penduduk sebuah kondominium di Jalan Kampung Jawa, di sini terkejut selepas menyedari mereka bukan saja mandi, malah minum air bercampur najis sejak empat hari lalu.

Mereka menyedari perkara itu selepas jawatankuasa penduduk melakukan pemeriksaan kerana tidak tahan dengan bau busuk dan 18 penghuni mengalami cirit-birit, muntah, ruam dan demam, sejak dua minggu lalu.

Pemeriksaan mendapati ada najis dalam tangki utama takungan air berkenaan yang terletak di tingkat bawah kondominium.

Ia dipercayai berlaku apabila satu daripada paip di atas tangki air utama pecah menyebabkan najis yang disalurkan masuk dalam tangki berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei, ketika melawat kawasan berkenaan memaklumkan bekalan air di aras enam kondominium dihentikan serta-merta sejurus penemuan Khamis lalu.

"Ia sangat menjijikkan dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kini membekalkan air kepada penduduk menggunakan dua tangki air besar ditempatkan di bawah kondominium. more...

Bar council in DBKL advisory board?

Malaysiatoday

Dear Honourable Bar Councils,

Last Friday, I attended a meeting called by FT minister Datuk Zulhasnan Rafique whom I believe at one time was one of us in the Bar. KL city mayor & about 30 heads of various FT Ministry/DBKL departments were there in the meeting.

During the meeting, one of the many questions I asked the minister was to let the Malaysian Bar have a seat in the DBKL advisory board. It can be done because their rule allocates 3 seats for professionals. The role of the board members is similar to local councillors at the states' local governments.

Zulhasnan's first response was "We will study it". I pressed him for an answer in a given date. His response was still "We will study it".

Fellow councils, please make noise if you agree that there must be a representative from the Bar to sit in the powerful DBKL advisory board.


Lim Lip Eng
DAP MP for Segambut KL

Land titles for residents of Kampung Tersusun - Umno unhappy

maverickysm - Perak Umno Youth has challenged MB Nizar to prove that the 134 planned and new villages in the state only had temporary occupation licences (TOL).

Nizar had earlier announced that permanent land titles would be issued to all Kampung Tersusun (Planned Villages) and new Villages. He said this was to enable the residents to enjoy the fruits of their patience and the benefits of from Pakatan Rakyat.

State Umno Youth chief Zainol Fadzi Paharudin said the previous state administration under BN had issued out a total of 48,183 land titles. On Nizar's statement that it was the state's gift to the people, Zainol Fadzi said: "What is their present to the Malays living in the city with no land of their own?"

Source: Umno Youth challenges Nizar over TOL land issue

I am surprised and perplex with the question Zainol posted. BN and Umno had ruled the state for 50 years and he is asking Nizar what is his present to the Malays in the city with no land of their own. It shows he knows there are many Malays in the city and kampungs who had no land of their own and it also signifies that Umno and BN had never bothered about this Malays dilemma; but he is challenging Nizar what he can do for the Malays when Umno can't do anything for the last 50 years. Maybe Zainol should provide us the list of names of owners of the 48,183 land titles issued by Umno and the list of state land given to Umno leaders to show us how much Umno had cared for their leaders, enriching them at the expense of the ordinary Malays.

Mengapa Rakyat Singapura 500% Lebih Kaya Dari Malaysia...

Tranungkite - "Ketika ini hasil per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6244(RM21,500), satu prestasi yang membanggakan berbanding negara yang membangun, tetapi pada masa yang sama pendapatan per kapita rakyat Singapura AS$30,810(RM106,000). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4juta penduduk.

Kalau bergitu mari kita bandingkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan Adalah AS$19,200(RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700(RM52,300). Iaitu 2 atau 3 kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Ini berbeza dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan Malaysia berbanding negara-negara yang paling daif di Afrika atau negara-negara yang sering dilanda peperangan dalaman. Mereka langsung Membangkitkan tentang pelaburan asing yang banyak?mengumumkan projek koridor yang bernilai bertrillion ringgit (entah dimana duitnya?? sedangkan projek pembangunan jambatan P.Pinang kedua bernilai 3billion pun dipinjam dari China?), pengumuman tentang prestasi indeks BSKL yang mencapai 1200mata?Projek Monsun Cup dan Taman Tamadun Hadhari yg bernilai beratus juta? Sedangkan jurang semakin hari semakin melebar. Satu lagi indeks rasuah yang membimbangkan?

 Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura 500% lebih kaya berbanding kita? dan rakyat Taiwan dan Korea Selatan 300% lebih kaya dari kita?Apakah tidak mengaibkan kita negara yang mempunyai hasil minyak mencapai RM80billion setahun, dibandingkan negara yang tidak mempunyai sumber asli? more...

Khairy letak calon proksi?

Malaysiakini - Kini tersebar berita bahawa Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda tetapi akan meletakkan calon proksinya bagi merebut jawatan tersebut.

Khairy sendiri tidak berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Malah, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri terpaksa melepaskan jawatan ketua Pemuda Umno kerana tindak-tanduk beliau serta kenyataannya yang dipercayaai menjadi antara sebab kekalahan BN dan Umno.

hishammuddin hussein 01Ia termasuk isu Hishammuddin menghunus keris di perhimpunan agung Umno yang menyebabkan kalangan bukan Melayu, termasuk di kalangan parti-parti komponen BN sendiri, merasa tidak senang.

khairy jamaluddin 061107Khairy pula mencetuskan kontroversi apabila beliau didakwa menyampaikan ucapan yang didakwa memperlekehkan sumbangan sayap-sayap pemuda komponen BN yang lain.

Calon yang dijangka dicalonkan sebagai proksi Khairy ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang pernah aktif sebagai exco Pemuda Umno.

Perkara ini mula diperkatakan di kalangan ahli-ahli pergerakan tersebut sejak minggu lalu. more...

Prime Minister's Wife Wasn't Hiding Pregnancy

Sinchew - The mystery has been solved. Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's wife is not pregnant _ or angry.

Jeanne Abdullah hadn't been seen in public in recent weeks, and speculation was swirling that the first lady, who married the prime minister last June, was pregnant or that she was fighting with her husband.

But the couple dispelled those rumors when they appeared together at an art gallery Saturday (5 Apr). Their explanation: Jeanne had been recovering from surgery on her heel.

"So the rumor that she is having morning sickness is over now," the prime minister was quoted as saying by the national news agency, Bernama, late Saturday.

Most people had dismissed the pregnancy rumor because Jeanne is 54 years old, but others believed the couple had been quarreling.

"They said you ran away from me. Show them, show them," Abdullah said, pointing to his wife's bandaged heel.

Abdullah and Jeanne have been inseparable at social events following their wedding last year. Abdullah remarried after his first wife died of breast cancer in 2005. (AP)

85 MCA councillors to resign

Star - IPOH: MCA has received the resignation letters of all of its 95 local councillors throughout Perak, said party secretary-general Datuk Ong Ka Chuan.

Ong, who is also Housing and Local Government minister, said the resignations were effective immediately in light of the setting up of the new DAP-PKR-PAS coalition government.

"We directed them to resign because the principle we have with Barisan Nasional is that we cannot serve under another coalition.

"Therefore, we should give way so that (the new government) can take over," he told reporters during the swearing-in ceremony of the Perak Bonsai and Suiseki Association committee members here on Sunday night.

However, Ong stressed that the party would put in place a mechanism that would allow the MCA members to continue serving the community.

"This can be done through our MCA branches, resident associations and other non-governmental organisations not under the state," he said. more...

Latest from Datuk Seri Najib Razak


themalaysianinsider - The deputy prime minister and Umno No 2 says he's touched and grateful to be named by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi as successor to head the administration and party.

DOLLAH KE SABAH LAGI



KLPOS - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini bagi lawatan kerja sehari.

Perdana Menteri tiba pada pukul 10.10 pagi dengan pesawat khas diiringi bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, anggota kabinet negeri dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

Abdullah akan menghadiri perjumpaan dengan Badan Perhubungan Umno negeri pagi ini dan pada pukul 2 petang Perdana Menteri akan menghadiri perjumpaan dengan pemimpin BN negeri.

Abdullah dijangka menghadiri majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas sebelum berlepas pulang pada kira-kira pukul 10 malam ini.

PUTERI UMNO BUKA KAUNTER DI PESTA BUKU ANTARABANGSA?

Harakahdaily - Tinjauan Harakahdaily mendapati Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF 2008) yang sedang berlangsung dari 4-13 April ini dicemari dengan kaunter pendaftaran keahlian Pergerakan Puteri Umno yang terletak di lobi bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Puan Hayati, 42, menyifatkan kewujudan kaunter tersebut benar-benar mencemarkan suasana pesta buku dan bukannya untuk memperkenalkan kepada umum sebuah parti politik yang semakin terhakis di hati kebanyakan pengunjung yang datang.

Katanya, tindakan jentera Umno itu menyakitkan mata pesta buku tersebut, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang semakin bijak menilai parti yang mereka mahukan.

"Bagaimana pula kalau ada parti-parti lain buka kaunter di situ, sudah tentu ia juga akan menyakitkan mata penyokong Umno, malah tidak akan sama sekali mendapat keizinan berbuat demikian," tegasnya. more...

UMNO sudah ada gambaran awal individu terlibat sabotaj parti

Utusan Meloya - UMNO sudah menerima gambaran awal mengenai individu-individu yang didakwa terlibat dalam tindakan mensabotaj parti itu pada pilihan raya umum Mac lepas.

Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika terbukti bersalah, individu terbabit boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk dipecat keanggotaan seumur hidup.

Beliau berkata, setakat ini belum ada tindakan diambil memandangkan Jawatankuasa Disiplin parti masih tidak menerima sebarang laporan rasmi (bertulis) daripada mana-mana pihak.

“Ada suara-suara kita sudah dengar daripada anggota parti dan calon-calon yang kalah tetapi itu tidak mencukupi untuk kita memulakan prosiding disiplin terhadap mana-mana anggota parti, (kerana) mesti ada laporan bertulis (kepada Jawatankuasa Disiplin),” katanya di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai isu perbuatan sabotaj oleh anggota UMNO di peringkat Parlimen dan negeri yang dikenal pasti sebagai punca prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini.

JANGAN JEALOUS ... INI LAH KERETA BARU WAK



Radenjowo

Akhir nya wak capai keputusan untuk membeli kenderaan Nissan. Sudah jenuh mencari cari dan mengumpul maklumat dan akhirnya wak temui kereta idaman untuk ganti kereta wak yang sudah uzur..... Tolak campur, tolak campur ...tambah lebih sikit untuk deposit, dan wak akan selesa memandu kenderaan pacuan 4 roda terbaru keluaran Nissan, meluncur di jalan dengan kepala mendongak apabila memintas kenderaan kecil dan murah.

Malam Sabtu yang lepas wak tak banyak bercerita di Forum kerana melihat lihat katalog. Hmmmmmm......

Deposit sudah dibayar dan tiba masanya untuk mengambil kenderaan di Show Room. Plate Number sudah diluluskan JPJ dan sudah pun di tampal di depan dan belakang kenderaan canggih. Salesman senyum puas hati dan anak anak wak melompat kegembiraan. Semua menaiki kenderaan baru dan wak pun sempat melambai jurujual untuk meninggalkan showroom Nissan. Tiba tiba kenderaan tidak boleh dihidupkan. Wak panik...isteri wak pun dah binggung dan mencuit bahu wak berkali kali. Isteri wak berkata ..... Bah, bah, bangun !!! Apesal tidur depan komputer. Rupanya wak bermimpi. Wak pun bersiap pagi ini dan bersedia untuk ke tempat kerja. Masih guna kenderaan yang lama. Gegegege....bunyi kenderaan bila langgar lopak kat jalan. Hati berkata .... "Tu la apesal tak sokong BN?"

Sufiah tak kesal jadi pelacur

B/Hairan - Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai 'wanita penuh berahi' yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).

Anak ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya.

Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang.

"Saya tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin dengan tubuh ini serta pekerjaan saya," katanya dalam temubual dengan wartawan tabloid, News of The World. more...

No2umno - Malaysia sudah sampai ke angkasa .... pencapaian yang sungguh membanggakan. Eh eh eh ... aku silap tajuk ke?

Berita sebelum ini:

Rujuk juga:

Dunia bertanggungjawab akibat daripada tidak peduli tragedi Gaza.

palestinkini - Pergerakan Hamas memberi amaran bahawa dengan sikap tidak ambil peduli akan masalah kemanusiaan di Gaza, negara-negara Arab dan komuniti antarabangsa akan menanggung akibat yang serius serta dunia harus dipertanggung jawabkan diatas kesan dariapda sikap ini.Didalam kenyataan akhbar yang diterima oleh PIC, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, menggariskan kegagalan berterusan pihak Arab dalam mengambil langkah berani untuk menghapuskan sekatan keatas Gaza adalah hasil daripada tekanan pihak Amerika yang dikenakan kepada mereka.

“Kami ingin memberi peringatan bahawa dengan meneruskan polisi yang tidak adil ini keatas rakyat kami yang mengakibatkan tekanan yang amat serius kepada sejuta setengah rakyat Palestin di Gaza sepatutnya dapat dibaca oleh semua pihak, dan ianya tidak masuk akal dimana dunia terus menerus hanya melihat rakyat kami disembelih dan menamui ajal dengan cara ini”, kata Barhoum.Jurucakap itu menyeru kepada pihak antarabangsa and organisasi hak asai manusia untuk menghantar deligasi mereka ke Gaza untuk membiasakan diri dengan realiti situasi yang tragis ini. more...

Casual Sunday backdrop to Dr M's insistent message

themalaysianinsider - When Tun Dr Mahathir Mohamad walked into Hotel De Palma in Ampang at 10.25 this morning for an open dialogue with Umno members, it was to the accompaniment of kompang and P. Ramlee's Getaran Jiwa.

When he walked out about 2 hours later, it was to the tune of Frank Sinatra's My Way, which some may remember him professing to be his favourite song. Certainly the lyrics reflected his style of leadership for 22 years.

In between, there were several other singsong sessions: the national anthem, the party anthem, even a music video karaoke session of a song titled, “Warisan” (heritage).

It set a very different tone from when he last publicly engaged Umno members at Hotel Singgahsana in Petaling Jaya a week ago on April 1.

There he played to a much larger gallery, numbering more...

Pidato perdana pimpinan PR MALAM INI !!!

Harakahdaily - Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua dalam Parlimen Tasek Gelugor bakal bergegar lagi dan kali ini ia lebih hebat apabila Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd Fairuz Khairudin dijangka mengadakan pidato perdana bertempat di Dewan Besar Sungai Dua jam 9.00 malam pada 7 April ini.

Semalam buat pertama kalinya dalam sejarah PAS menggunakan dewan tersebut untuk program parti bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrisnan dan Setiausaha PAS Kedah, Saudara Yusuf Husin.

Program pidato perdana yang dijadualkan berlangsung di Stadium Batu Kawan pada peringkat awalnya terpaksa dipindahkan ke dewan berkenaan ekoran kesilapan teknikal.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika mengumumkan program itu berkata, rakyat negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama dijemput hadir untuk bersama-sama mendengar amanah yang akan diberikan oleh kepimpinan PAS dan kerajaan negeri pimpinan Lim Guang Eng. more...

Exco Selangor tak minat duduk di rumah RM40 juta

Harakahdaily - Menurut Exco Hal Ehwal Agama, Adat Istiadat dan Infrastruktur Perkhidmatan Awam, Dato' Dr Hassan Ali semua ahli Exco yang baru mengangkat sumpah tidak berminat untuk tinggal di rumah Exco yang dibina ketika BN/Umno memerintah Selangor.

"Kita belum pastikan lagi sama ada rumah itu mahu disewakan atau dijual tetapi yang pastinya tidak ada Exco yang akan masuk ke situ. Tiada Exco yang menukar kereta baru, mengubah bilik atau melakukan sesuatu dalam sebulan ini. Pada saya walaupun kecil tetapi amalan ini tidak biasa pada pimpinan BN/UMno," katanya.

Dalam tempoh sebulan Pakatan Rakyat (PAS, KeADILan dan DAP) memerintah Selangor katanya, Menteri Besar dan Exco telah menghadkan pemberian tanah kepada individu dan hanya diberikan kepada institusi.

Kerajaan Selangor akan membatalkan langsung pembangunan di tanah cerun bukit, pembangunan yang dikatakan sebagai katogeri tiga dan empat yang melebihi 35 hingga 25 peratus kecerunan yang BN/Umno tidak pernah lakukan, tegasnya. more...

Adun DAP dakwa ditawar RM65 juta

Malaysiakini - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V. Sivakumar hari ini mendakwa ada pihak membuat tawaran sebanyak RM65 juta supaya beliau meninggalkan DAP dan menyertai parti komponen Barisan Nasional.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ipoh, beliau berkata tawaran itu jumlah tertinggi daripada pelbagai tawaran yang diterimanya sejak 9 Mac lalu, sehari selepas pilihanraya umum, daripada beberapa pihak yang mendakwa mewakili BN.

"Kalau saya setuju masuk BN, mereka tawarkan saya wang tunai antara RM10 juta dan RM65 juta serta jawatan exco dan jika saya bimbangkan keselamatan diri, mereka turut menawarkan kawalan polis 24 jam dan membantu saya berpindah ke luar negara bersama keluarga pada bila-bila masa," katanya.

Bernama memetik Sivakumar sebagai berkata beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kerana tertekan dengan gangguan yang diterima terutama sejak akhir-akhir ini. more...

ANAK VIP HOBI PECAH KERETA DITAHAN


POLIS membuat pemeriksaan pada kereta suspek di Kepong semalam.

kosmo - Siapa sangka seorang lelaki yang merupakan anak kepada seorang kenamaan rupa-rupanya mempunyai hobi pelik iaitu melakukan jenayah pecah kereta.

Lelaki berusia 29 tahun tersebut dikatakan terlibat sekurang-kurangnya 15 kes pecah kenderaan menggunakan senjata tajam seperti parang dan kapak sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan kerana terlibat dengan satu kes rogol.

Semuanya terbongkar apabila polis dapat menahan suspek di rumahnya pukul 12.30 tengah hari di Kepong di sini semalam selepas menerima maklumat mengenai satu cubaan pecah kereta di Jalan Klang Lama.

Sumber memberitahu, suspek yang cuba memecahkan sebuah kereta Toyota Avanza pukul 12 tengah hari telah disergah oleh pemiliknya sebelum melarikan barang berharga di dalam kereta tersebut. more...

Shock confession of maths prodigy who turned to life of vice



newsoftheworld

"My clients love the fact that I can stimulate their minds AND their bodies," she boasts in a shockingly frank interview with the News of the World.

"And I don't believe my education has been wasted—in fact I usually take problem sheets with me to solve before appointments."

MATHS genius turned hooker Sufiah Yusof reveals how she drives men wild... by reciting EQUATIONS to her clients as they have sex. more...

WARNING: INTERVIEW CLIP (18SG)

PENGAKUAN SUFIAH YUSOF



Kosmo - Dalam temu ramah dengan akhbar News of the World yang disiarkan semalam, Sufiah membuat pengakuan itu selepas akhbar yang sama mendedahkan dia bekerja menjual tubuh dengan bayaran £130 (RM828) sejam pada 29 Mac lalu.

Dia yang memiliki wajah menarik itu mendakwa kehidupan menjual tubuh adalah lebih glamor berbanding ketika dia pergi ke Universiti Oxford.

"Pelanggan saya melayan saya seperti seorang puteri. Seorang lelaki yang saya temui di London membawa saya membeli-belah di Bond Street.

"Dia membeli saya sehelai pakaian hitam Gucci yang berharga £700(RM4,461) dan kemudian membawa saya ke Selfridges dan memberitahu saya supaya memilih mana-mana beg tangan yang saya suka," kata Sufiah.

"Saya memilih sebuah beg tangan Gucci berharga £600 (RM3,824). Saya berasa seperti Julia Roberts (aktres) dalam filem Pretty Woman," tambahnya.

Menurutnya, selepas itu, mereka pergi makan malam di mana dia memakai pakaian Gucci.

Sufiah sebelum itu bekerja sebagai seorang pembantu pentadbiran dengan memperoleh gaji £16,000 (RM101,976) setahun di Manchester apabila seorang bos agensi teman sosial mendekatinya di sebuah bar empat bulan lalu.

Ketika itu, Sufiah mempunyai hutang tertunggak kad kredit dan sewa sebanyak £3,500 (RM22,307). more...

SATU LAGI JASA PM .... CADANGAN TUKAR TARIKH HARI KRAF



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta tarikh Hari Kraf Kebangsaan pada masa akan datang ditetapkan ketika musim percutian bagi masyarakat Eropah dan Asia Barat.

Perdana Menteri yakin sekiranya perkara itu dilakukan hasil jualan kraf akan lebih tinggi kerana kemasukan beramai-ramai pelancong dari luar negara.

Rujuk: PM cadang tukar tarikh hari kraf

No2umnO- Maka peninglah para wartawan mencari content menarik dari wawancara dan temubual bersama PM untuk dijadikan tajuk berita. Dek kerana kekosongan point, terpaksalah wartawan memilih antara banyak banyak patah perkataan yang terhambur untuk digandingkan bersama lapuran PM pada Hari Kraf.

Semuanya KERNA TERPAKSA. Dan untuk tidak mengosongkan berita, ini lah hasilnya. Hari Kraf pada hari cuti masyarakat Eropah dan Asia Barat. Aduh pening .... bila kah tarikh yang sesuai itu? .... 1 hari dalam setahun dan ia mesti merujuk kepada cuti Eropah dan Asia Barat. Nak buat camane...itu je yang boleh PM cadangkan. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sekarang adalah Datuk Mohd. Shafie Apdal ..... so tahu lah apa yang bakal Shafie buat. Ketuk, sikit jalan. Ketuk, sikit jalan. Tanya orang BN, mereka akan jawab, cadangan PM sungguh baik atau ..... PM dan Shafiee adalah gandingan yang hebat. Senang cakap, susah nak buat.

Rupanya Umno kalah bukan kerana Dollah


Roslansms - Rupa-rupanya kenaikkan kos hidup yang menggila, kes jenayah yang melambung, rasuah, kronisma, nepotisma, salah guna kuasa, pimpinan yang longgar dan runtuh moralnya, diskriminasi, kepimpinan yang lemah semuanya bukan faktor utama kejatuhan Umno dan BN dalam PRU ke 12 lalu. Sekurang-kurangnya itulah pendirian terkini Presiden Umno Dollah Badawi.

Sesiapa yang mengikuti sidang akhbarnya selepas sesi khas bersama jentera penerangan Umno di PWTC siang tadi akan mendapati bahawa Dollah tiba-tiba menemui dua faktor baru yang baginya lebih utama dan besar menyumbang ke arah kekalahan partinya. Pertamanya kerana sabotaj dalaman, manakala keduanya bersandar pada gelagat dan aksi bekas bosnya, Tun Dr Mahathir.

Bermakna bukan Dollah yang silap, bukan juga menantunya Khairy, bukan mereka yang dikeliling-kelalangnya, bukan kegagalan mereka, bukan perangai mereka, yang silap dan perlu dipersalahkan adalah sabotaj orang-orang Umno sendiri disamping perangai Tun Dr Mahathir.

Kata Dollah akibat sabotaj orang-orang Umno, BN hilang 14 kerusi Parlimen dan 22 DUN di Kedah dan Perak yang dianggap selamat. Jika tiada sabotaj ini pastinya BN tidak hilang 2/3 majoriti di Dewan Rakyat dan pastinya juga Kedah dan Perak tidak jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dengan penemuan baru ini, Umno dijangka akan bertindak terhadap ahli-ahli mereka yang merupakan petualang dan penderhaka perjuangan keramat mereka. Ramailah nanti yang akan disembelih kerana mereka dan bukannya Dollah,rupa-rupanya yang mengakibatkan Umno kalah!

more...

Tiga ‘penderhaka’ tidak disenaraikan

The image “http://buletinonline.net/images/berita/3jahanam.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Buletinonline - Tiga orang kuat yang digelar ‘tiga penderhaka’ oleh kebanyakkan laman web dan blogger, Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam tidak dilihat di Seri Iman.

Sepuluh orang ADUN dipanggil ke Seri Iman hari ini merupakan proses terakhir pemilihan dan barisan Exco Terengganu setelah nama-nama berkenaan di persetujui oleh Perdana Menteri dan diperkenan oleh Istana Terengganu.

Pada 2 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau berpuas hati dengan senarai barisan exco kerajaan Terengganu yang dikemukakan oleh Ahmad Said dan menyifatkannya sebagai senarai yang bagus. more...

OPEN SECRET NOW: Historians and Younger Generation Take Note


drhalimahali.blogspot
"There is no stopping (Dr Mahathir's) slew of accusations. He claims there is no freedom of media. Does he not remember that during his time, he asked the media to 'block out' stories and photos of (former Prime Minister) Tun Hussein Onn and not give coverage to certain people.

"As for Operasi Lalang, don't forget who's responsible," he said, in reference to the 1987 crackdown in which over 100 people were arrested under the Internal Security Act for purportedly causing racial tension and posing a threat to national security.

On Razaleigh's recent open criticism of his leadership, Abdullah said the Gua Musang MP should take a good look at himself.

"He was the reason Barisan lost Kelantan to PAS in the first place," he said, adding that the Kelantan leader had done nothing to win the state back.

On former deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim who was sacked from the party in 1998 and was trying to make a political comeback, Abdullah said Anwar could wait all he liked.

"He may be the Prime Minister-in-waiting but I'm the leader of today," he stressed. more....

UMNO menggelapkan wang KEMPEN = Dollah


Utusanloya - Abdullah Ahmad Badawi hari ini mendedahkan wujud perbuatan pemimpin UMNO 'menggelapkan' wang kempen pilihan raya sehingga menyebabkan calon parti itu kalah pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pendedahan yang dibuat Abdullah ketika Majlis Penerangan Bersama Presiden UMNO, membabitkan perbuatan pemimpin tertentu melakukan sabotaj dengan tidak mengagihkan wang berkenaan kepada jentera pilihan raya.

Sebaliknya, kata beliau, wang itu disimpan pemimpin terbabit untuk digunakan ketika pertandingan dalam parti.

Mohd. Ali berkata, langkah itu juga bertujuan memastikan calon yang bertanding dalam pilihan raya kalah kerana bimbang jika menang, individu berkenaan akan lebih bersemangat untuk merebut jawatan di peringkat pemilihan parti.

''Kita melihat banyak ahli yang menyesal kerana melakukan perbuatan sabotaj ini semata-mata disebabkan tidak menyukai calon yang dipilih sehingga menyebabkan kita kalah di kawasan sendiri," katanya.

Posting terkini

Blog Archive