KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

PAK LAH LEMAH DI KEDAH, KU LI LEMAH DI KELANTAN

Oleh Harakahdaily
Isnin, 07 April 2008

TERTEKAN sungguh nampaknya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mutakhir ini. Belum pun terubat rasa malu dan kecewa atas kekalahan teruk partinya dalam Pilihan Raya Umum ke-12 bulan lalu, satu demi satu masalah dan kerenah anak-anak buahnya pula yang terpaksa dihadapinya kini.

Barisan Nasional (BN) bukan saja gagal merampas Kelantan daripada PAS, tetapi hilang empat lagi negeri ke tangan pakatan parti-parti pembangkang. Itu sudah cukup memeningkan kepala Abdullah.

Tambah mengusutkan keadaan, BN turut hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. Keadaan itu belum pernah dialami kerajaan pemerintah atas nama BN. Kali terakhir ia berlaku ialah kepada kerajaan Perikatan pada Pilihan Raya Umum 1969 lalu.

Namun, apakah yang lebih memalukan seorang Perdana Menteri selain tawarannya melantik anggota kabinet ditolak oleh ahli partinya sendiri? Belum pernah berlaku dalam sejarah pembentukan kabinet BN, dua Ahli Parlimennya yang dinamakan sebagai timbalan menteri menolak pelantikan mereka.

Ahli Parlimen Jerantut, Dato' Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Luar. Rakan sejawatnya Ahli Parlimen Kimanis, Dato' Anifah Aman pula menolak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan. Kedua-dua mereka dilaporkan menemui Abdullah pada petang sama Perdana Menteri mengumumkan senarai kabinet barunya, 18 Mac lalu. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive