Tranungkite - "Ketika ini hasil per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6244(RM21,500), satu prestasi yang membanggakan berbanding negara yang membangun, tetapi pada masa yang sama pendapatan per kapita rakyat Singapura AS$30,810(RM106,000). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.
Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4juta penduduk.
Kalau bergitu mari kita bandingkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan Adalah AS$19,200(RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700(RM52,300). Iaitu 2 atau 3 kali ganda berbanding rakyat Malaysia.
Ini berbeza dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan Malaysia berbanding negara-negara yang paling daif di Afrika atau negara-negara yang sering dilanda peperangan dalaman. Mereka langsung Membangkitkan tentang pelaburan asing yang banyak?mengumumkan projek koridor yang bernilai bertrillion ringgit (entah dimana duitnya?? sedangkan projek pembangunan jambatan P.Pinang kedua bernilai 3billion pun dipinjam dari China?), pengumuman tentang prestasi indeks BSKL yang mencapai 1200mata?Projek Monsun Cup dan Taman Tamadun Hadhari yg bernilai beratus juta? Sedangkan jurang semakin hari semakin melebar. Satu lagi indeks rasuah yang membimbangkan?
Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura 500% lebih kaya berbanding kita? dan rakyat Taiwan dan Korea Selatan 300% lebih kaya dari kita?Apakah tidak mengaibkan kita negara yang mempunyai hasil minyak mencapai RM80billion setahun, dibandingkan negara yang tidak mempunyai sumber asli? more...
Apr 7, 2008
Mengapa Rakyat Singapura 500% Lebih Kaya Dari Malaysia...
Labels: Analisa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment