KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

SMS isu PKFZ tidak tepat: Ong

Pihak tertentu sebar maklumat tak betul mengenai projek bernilai RM4.6 bilion?

BHarian - Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat terkilan dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan fakta tidak tepat mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu isu PKFZ dihebohkan tanpa fakta yang betul kerana ia menyebabkan masyarakat salah faham mengenai projek yang membabitkan kos RM4.6 bilion itu.

"Maklumat dalam SMS itu menggambarkan seolah-olah duit RM4.6 bilion itu sudah lesap. Saya tidak mahu masyarakat membuat andaian yang salah berdasarkan SMS yang diterima itu.

"Saya akan berusaha untuk memastikan semua isu berkaitan dengan PKFZ diselesaikan sebaik mungkin.

"Saya juga akan umumkan mengenai perjalanan projek ini kepada rakyat dalam masa terdekat supaya mereka ke mana perginya wang RM4.6 bilion itu dan mereka tidak lagi membuat andaian salah berikutan SMS itu.

"Setakat ini, taklimat awal sudah diberikan kepada saya, seterusnya saya akan meneruskan dengan kerja susulan untuk memastikan projek ini diselesaikan dengan baik," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive