KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

Adun DAP dakwa ditawar RM65 juta

Malaysiakini - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V. Sivakumar hari ini mendakwa ada pihak membuat tawaran sebanyak RM65 juta supaya beliau meninggalkan DAP dan menyertai parti komponen Barisan Nasional.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ipoh, beliau berkata tawaran itu jumlah tertinggi daripada pelbagai tawaran yang diterimanya sejak 9 Mac lalu, sehari selepas pilihanraya umum, daripada beberapa pihak yang mendakwa mewakili BN.

"Kalau saya setuju masuk BN, mereka tawarkan saya wang tunai antara RM10 juta dan RM65 juta serta jawatan exco dan jika saya bimbangkan keselamatan diri, mereka turut menawarkan kawalan polis 24 jam dan membantu saya berpindah ke luar negara bersama keluarga pada bila-bila masa," katanya.

Bernama memetik Sivakumar sebagai berkata beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kerana tertekan dengan gangguan yang diterima terutama sejak akhir-akhir ini. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive