KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

UMNO sudah ada gambaran awal individu terlibat sabotaj parti

Utusan Meloya - UMNO sudah menerima gambaran awal mengenai individu-individu yang didakwa terlibat dalam tindakan mensabotaj parti itu pada pilihan raya umum Mac lepas.

Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika terbukti bersalah, individu terbabit boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk dipecat keanggotaan seumur hidup.

Beliau berkata, setakat ini belum ada tindakan diambil memandangkan Jawatankuasa Disiplin parti masih tidak menerima sebarang laporan rasmi (bertulis) daripada mana-mana pihak.

“Ada suara-suara kita sudah dengar daripada anggota parti dan calon-calon yang kalah tetapi itu tidak mencukupi untuk kita memulakan prosiding disiplin terhadap mana-mana anggota parti, (kerana) mesti ada laporan bertulis (kepada Jawatankuasa Disiplin),” katanya di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai isu perbuatan sabotaj oleh anggota UMNO di peringkat Parlimen dan negeri yang dikenal pasti sebagai punca prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini.

1 comments:

Anonymous said...

Typical Umno style crisis management plan....Adoilaaah..bila lah this sort of non-progressive mentality akan terhapus dalam umno??? tolongglaaah

Posting terkini

Blog Archive