KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

UMNO BIMBANG HILANG PENYOKONG

UMNO Pahang tidak akan mengambil tindakan terhadap Setiausaha Badan Perhubungannya, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang meminta agar semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO meletakkan jawatan bagi memberi laluan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan.

Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keputusan itu dibuat kerana kenyataan lantang Ahmad Tajuddin itu hanya bersifat peribadi dan bukan mewakili UMNO negeri.

Menurutnya, beliau telah memanggil Ahmad Tajuddin untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu semalam.

``Saya dapati kenyataannya hanya bersifat peribadi dan saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di Wisma Seri Pahang di sini hari ini.- Utusan.
No2umnO - Kerana bimbang hilang penyokong dan keadaan menjadi parah, maka UMNO tidak berani mengambil sebarang tindakan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Pahang yang meminta agar semua MT UMNO untuk meletakkan jawatan. Semuanya gara gara, Pemimpin UMNO tidak tahu sekuat mana sokongan UMNO pahang kepada Ahmad Tajuddin.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive