KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

DOLLAH PAKSA JKKK PULAU PINANG LETAK JAWATAN

Semua anggota JKKK di pulau Pinang diminta letak jawatan
mstar

Semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang diminta supaya meletak jawatan mereka secepat mungkin kerana negeri itu kini diperintah oleh kerajaan DAPParti Keadilan Rakyat.

Timbalan Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, adalah tidak sesuai bagi anggota JKKK sedia ada untuk meneruskan perkhidmatan mereka berikutan perubahan pucuk pimpinan kerajaan negeri pada ketika ini.

Beliau memberitahu Bernama terdapat 200 JKKK di seluruh negeri melibatkan 4,000 anggota dan pihaknya sedang berunding dengan kerajaan persekutuan supaya mereka ini dilantik sebagai anggota JKKK Persekutuan.

"Kita sedang menguruskan soal garis panduan supaya mereka ini dapat dilantik semula sebagai anggota JKKK Persekutuan bagi menghargai sokongan dan perkhidmatan mereka kepada BN selama ini,"katanya.

Abdul Rashid berkata, dengan pelantikan itu kelak, JKKK itu akan memantau dan melaksanakan program-program yang dibiayai kerajaan persekutuan di Pulau Pinang.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive