KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 26, 2008

Malaysia negara Republik Pisang - KULI

MSTAR | ... Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengecam keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti yang menangguhkan pemilihan sehingga Mac depan dengan menyifatkannya sebagai "permainan kanak-kanak."

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang sebelum ini pernah menawarkan diri mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanding jawatan Presiden berkata, beliau masih kekal dengan pendirian mahu menawarkan kepimpinan alternatif kepada Umno dan negara.

Tengku Razaleigh berkata, beliau tetap akan bertanding tidak kira bila pemilihan Umno diadakan.

"Kini kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai prasarana bertaraf dunia dan politik negara dunia ketiga dengan pemimpin-pemimpin menjadikan negara sebagai sebuah republik pisang," kata beliau pada sidang media di sini mengulas keputusan mesyuarat khas MT pagi ini.

Tengku Razaleigh yang pernah bertanding jawatan Presiden pada 1987 tetapi tewas di tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata:

"Saya fikir saya bercakap untuk negara apabila saya mengatakan bahawa saya rasa malu ekoran permainan kanak-kanak tidak habis-habis oleh dua pemimpin dewasa ketika berhadapan dengan tanggungjawab penting buat negara, tidak sedar soal perundangan, tidak sedar kerosakan yang mereka sebabkan kepada negara."... selanjutnya.

Kenyataan dari orang yang JAHIL AGAMA - Mufti Perak

Malaysiakini | Timbalan pengerusi PKR Perak menyifatkan kenyataan seorang ahli nya bahawa habuan seks seumpama menerima sedekah, sebagai sekadar "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan", demikian dilaporkan oleh Bernama.

"Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah.

"Saya boleh komen setakat itu sahaja," kata Zulkifli Ibrahim seperti dilaporkan agensi berita nasional itu.

zulkifli ibrahim pkr perakZulkifli (foto kanan) berkata demikian dalam satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Seorang lagi ahli parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata, kenyataan Zul itu datangnya daripada seseorang yang jahil tentang hukum agama, selain satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan dirinya daripada kesalahan yang telah dilakukan.... selanjutnya.

Polis halang sebaran risalah anti-ISA

malaysiakini | ...Mereka cuba berkumpul dekat Masjid Jamek berhampiran Dataran Merdeka untuk mengedar risalah tersebut tengahari tadi.

gmi masjid jamek 260908 crowdBagaimanapun, belum sempat mereka berkumpul, sepasukan polis yang diketuai oleh ASP Sydney Clyde Jeremiah memberi amaran kepada penyelaras GMI, E Nalini supaya jangan menggunakan pembesar suara dan membawa sepanduk.

Mereka bagaimanapun cuba memasang kain rentang dan sepanduk di kawasan berdepan dengan masjid, tetapi anggota polis bertindak membuangnya.

"Kita tidak mencapai matlamat kita untuk mengedarkan risalah kerana anggota polis berada di mana-mana dan mereka mungkin akan turut merampas bahan-bahan tersebut," kata Nalini kepada Malaysiakini.

Selepas kain rentang dan sepanduk tersebut dirampas, Presiden GMI Syed Ibrahim Syed Noh membaca kenyataan yang mengecam tindakan kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu-individu tanpa bicara.... selanjutnya.

Seksanya di Lokap Polis

tranungkite

Baru-baru ini aku mengalami kejadian yang paling teruk dalam kehidupanku. Polis telah tersalah tangkap aku.Mereka menuduh aku melakukan janayah. Walaupun telah dilepaskan namun kesan itu amat mendalam kepada keluarga dan aku sendiri.

Jam 12.45 malam sepasukan polis telah megetuk pintu rumahku dan mengajakku untuk ke balai. Aku dengan rela menurut kehendaknya. Alasan diberi untuk disoal siasat. Alangkah terkejutnya apabila mereka menahan aku di lokap. Inilah kali pertama aku mengalami kejadian itu. Bermulalah episod ngeri dalam hidupku.

HARI PERTAMA

Jam 3.00 pagi - Aku melangkah masuk kedalam lokap.Aku disumbat ke sel no.1.Seramai 15 penghuni disana.Tiada tempat untuk tidur menyebabkan aku terpaksa berdiri sepanjang malam.

Jam 5.00 pagi - Di sediakan makan sahur berlaukkan ikan kerisi (yang layak dibuat baja) dan segelas air teh di isi dalam gelas yang penuh lumut.Kuahnya adalah kuah asam yang sudah basi.Nak tak nak aku terpaksa makan walaupun sikit untuk mengalas perut untuk puasa esoknya.

HARI KEDUA

Jam 10.00 pagi - Aku terus di bawa kehadapan hakim untuk di tahan reman bagi membantu siasatan.Aku hairan membantu siasatan pun harus ditahan di lokap.

Jam 7.00 petang- Setelah satu hari dalam lokap tanpa sebarang siasatan,waktu berbuka pun tiba.Aku lihat makanan yang di sediakan di hadapan mata.nasi putih,seketul ikan tongkol sebesar ibu jari dan sedikit sayur yang sudah basi.Hanya beberapa suap saja yang sanggup ku telan, selebihnya dibuang.

Jam 5.00 Pagi - Sepanjang malam aku tidak dapat melelap mata akibat keadaan penghuni yang amat ramai dan nyamuk yang terlalu banyak. Semasa sahur,makanan disediakan adalah seperti menu berbuka tadi tapi kali ini ikannya tidak masak dan sudah buruk dan berbau semacam namun terpaksa ku telan sedikit saja.

HARI KETIGA

Jam 10.00 pagi - Aku telah dinafikan hak untuk menelefon keluarga di luar.Dalam kerisauan itu adalah seorang penghuni sel menyarankan aku berjumpa seorang polis yang menjaga lokap jika ingin menelefon namun mesti membayar duit kopi kepadanya.Walaupun berat hati namun aku terpaksa memberinya.Wang sudah tidak ada makna ketika itu.

Jam 7.00 petang- Menu berbuka rasa nak muntah dimana isinya adalah ikan tongkol dan sayur malam tadi.

Jam 5.00 - sudah tiga hari aku tidak dapat tidur kerana terlalu ramai orang kena tahan dan nyamuk.Makanan sahur seperti biasa semuanya tidak semacam makanan aje.

Di atas adalah catatan beberapa hari aku di lokap.catatan lengkap selama enam hari aku di lokap biarlah menjadi tauladan pada aku.Namun beberapa perkara yang aku ingin ketengahkan adalah:

1)Kenapa harus apabila di tahan kita dianggap salah sehingga mahkamah menyatakan tidak bersalah.

2)Kenapa hak-hak kita sebagai manusia di nafikan sewenangnya?

3)Kenapa makanan yang di sediakan terlalu teruk sehingga kucing pun tidak mahu makan makanan tersebut?

4)Kenapa dibiarkan penagih HIV POSITIF di campurkan bersama dengan tahanan yang tidak terlibat dalam dadah?

5)Kenapa dibela nyamuk di dalam lokap yang mana orang tahanan di haramkan memakai baju hanya seluar lokap saja?

6)Kenapa kerana urusan siasatan saja seseorang itu harus direman tanpa sebarang bukti?

7)Kenapa harus diseksa tahanan untuk mendapatkan pengakuan ?

8)Kenapa harus berlaku rasuah dilokap sedangkan lencana intengriti adalah satu kebanggaan polis?

9)Kenapa harus mengharamkan keluarga untuk berjumpa apabila seseorang kena tahan?

10)Kenapa Polis merasakan kuasanya terlalu besar sehingga tidak mahu mendengar jawapan yang tidak menjuruskan kepada kesalahan itu?
Aku harap agar rencana ini di jadikan tauladan dan aku berharap agar aku mendapat keadilan setelah kehilangan enam hari yang dirampas kejam oleh kekuasaan yang tidak di bendung.Ingat POLIS adalah penjaga keselamatan bukannya tiket untuk kekayaan.Jika trend ini berterusan tiadalah istilah tidak bersalah kerana paksaan di gunakan untuk mendapat pengakuaan.....fikirkanlah dengan serius.....

Gempar !!! Kebocoran radioaktif kapal selam AS di Klang ?

malaysiakini |Kementerian Pertahanan harus menjelaskan kebocoran radioaktif dari kapal selama Amerika Syarikat USS Houston di Pelabuhan Kelang sewaktu ia singgah pada 2006.

Kapal selama itu telah mengalami kebocoran selama dua tahun, termasuk sewaktu kunjungannya ke negara-negara Asean dua tahun lepas, tetapi hanya disedari apabila ia pulang ke negara itu tahun ini.

Menurut laporan CNN, tentera laut Amerika Syarikat mengesahkan kebocoran tersebut sejak dua tahun lalu dan telah memaklumkan kepada kerajaan Malaysia dan Singapura.

Ahli parlimen Kelang, Charles Santiago hari ini mendesak Menteri Pertahanan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan laporan dari negara kuasa besar itu seperti yang dimaklumkan rakan sejawatnya dari Singapura, Teo Chee Hean.

Najib jadi PM? Hancussss ......

Rakyat tak boleh di permainkan. Kita bisa tahu samaada seseorang pemimpin itu berilmu atau tidak. Mufti perlis pernah sebut di dalam Astro Awana baru baru ini. Bimbang nya beliau bila ada pemimpin yang gila kuasa, tidak memikir kan tentang kemampuan seseorang pemimpin itu. Perbezaan antara pencetus idea dan menurut arahan.

Kalau Najib menjadi PM .... ehek ehek ehek .... ok alallahhhh ...
Memang ada yang menyokong dan sokongan terdiri dari dua punca. Pertama, dari mereka yang mahukan projek dan kedua dari mereka yang mahukan kebebasan sampai mati. Dan ada juga mereka yang menyokong tak tentu arah. Ikut pucut pimpinan katanya ... tapi akibatnya tak terpikir dek otak. Cam lalang lah tu.

Korang baca ucapan Anwar di Hongkong ... KLIK SINI

Agak agak ... mampukah Najib atau Pak lah untuk berbicara tentang ekonomi menyelitkan unsur sejarah, gurau kritis di dalam masa yang sama selain dari menjuihkan bibir yang ranum serta mekar ....wakakakakak.

Memang .... Mahathir antara pemimpin yang hebat. Itu tidak di nafikan, tapi selepas beliau .... BN memang mahukan beliau terus jadi lagenda dengan melantik tong kosong dan tunggul pohon cemara menjadi PM.

Ishhh klkkkkk ....kesiannya aku. Kalau korang pilih Najib jadi PM ... jangan salahkan aku. Aku nak bagi tau ..

Dollah (atau Idris), sudah belanja habis semua RM 7.364 bilion duit royalti ?

buletinonline | Kelmarin Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta sebagai bantuan Dana Khas Hari Raya, menjadikan keseluruhannya berjumlah RM47,594 juta,

untuk diagihkan kepada penduduk di negeri ini yang didapati tercicir, samada secara sengaja atau tidak, oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM46.594 juta sebagai bantuan yang sama, yang kini menjadi kontroversi kerana terdapat ketidakadilan didalam pengagihan bantuan tersebut dibawah kendalian Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).... selanjutnya.

Angkara ISA buat anak isteri tahanan hidup melarat

harakah | .... Di saat remaja seusianya sibuk menimba ilmu di sekolah, Nasimah hanya menghabiskan masanya di kedai menjual telur, selain membantu ibunya, Norhatta Paraji di kedai runcit kecil milik mereka.

Tidak bersekolah

Keciciran tersebut tidak lain dan tidak bukan angkara ISA yang menyelubungi kehidupan mereka sejak empat tahun lalu, di saat ayah kesayangannya ditahan akta rimba itu.

Kesukaran Norhatta menjaga tujuh orang anak sekaligus, menimbulkan rasa trauma kepadanya untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan kesempitan hidup yang dialaminya, kekangan kewangan serta masa yang perlu diluangkan bersama anak-anak menjadikan hasrat melihat anak-anak menimba ilmu terpendam begitu sahaja.

"Sejak suami ditahan, saya mengambilalih tugas suami sebagai bapa kepada mereka, selain meneruskan peranan saya sebagai ibu. Bagaimana dalam satu masa, saya terpaksa mencari nafkah, menghantar dan mengambil anak bersekolah, sekaligus menjaga anak kecil saya?" soal beliau ketika krew Harakah menemui beliau di kediamannya di Batu 19, Sandakan, 23 Sept lalu.

Norhatta, memiliki tujuh orang anak, masing-masing berusia lingkungan 16 tahun sehingga lima tahun, yang hanya menghabiskan masa-masa bersama di rumah usang milik mereka. ... selanjutnya.
Ingatkan YAHUDI dan AMERIKA je yang suka sistem dera macam ISA ni ... rupanya orang yang mengaku Islam pun suka jugak. ATau Yahudi sekarang dah pandai pakai topeng berwajah kan Islam? Ntah ... bingung gak aku ni.

March is new deadline for Pak Lah to quit - Muhyiddin

MInsider | Umno vice president Tan Sri Muhyiddin Yassin said today the postponement of the party elections to March next year indicates a new deadline had been set for party president Datuk Seri Abdullah Badawi to step down.

"It was earlier decided 2010, but at today's meeting the president and deputy president indicated that the postponement from December to March is to facilitate earlier transition, you can analyze anyway you want, but as far as I am concern, maybe a new deadline has been set, but let the president make the announcement," he told reporters after the supreme council special meeting today.

"I sense magnanimity in making this decision which is very important for the party," said the International Trade and Industry Minister.

When asked whether he was satisfied with the decision, as it is still unclear whether March 2009 is the new deadline, Muhyiddin said: "There must be some element of trust on the decision made today, there is no need for unnecessary speculation."... selanjutnya.

Exit Pak Lah

malaysiainsider | It is game over for Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

His 2010 transition plan was shredded by his deputy and the Umno Supreme Council today and he was presented with little choice but to accept the exit plan.

The plan calls for the Umno General Assembly and party elections to be postponed from December till March next year. Divisions will still meet from Oct 9 and nominate candidates for top positions in the party.

At a brief press conference after the Supreme Council meeting, Abdullah appeared to suggest as much that the 2010 plan had been dumped.

The Umno president said: "If we want to make it before 2010, it is not an issue."

He also added that he would make an announcement before Oct 9, when party divisions will meet to nominate their candidates for the party leadership.

One name not likely to be considered is Abdullah Ahmad Badawi. He is expected to announce that he will not defend his party president's position, possibly just after the Hari Raya holidays.

He will then stay on as party president and prime minister until March 2009. Presumably he will be given some time to complete some of the reforms he promised Malaysians and then be given a grand send off at the party assembly.... selanjutnya.

Anwar nafi wujud perbualan dengan Perdana Menteri

MStar | Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kandungan emel yang kini disebarkan dan tulisan dalam blog kononnya ada rakaman perbualan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Mutakhir ini bertebaran cerita bahawa ada rundingan di buat oleh wakil Pakatan Rakyat dengan BN mengenai peralihan kuasa.

"Catatan ringkas melalui beberapa catitan emel dan blog kononnya ada rakaman perbualan saya dan Abdullah yang dilaporkan adalah tidak benar sama sekali," kata beliau dalam blognya semalam. ...selanjutnya.
Radenjowo dengan ini mengesahkan ... tiada perbincangan antara Pak Lah dan Anwar ....Kalau ada pun, buat buat la tak der. DAn kalau benar benar ada .... Best Gak.

Rasanya UMNO jer yang risau. Pada yang tak sokong UMNO .... horey !!!

Pengendali LRT pernah diberi surat amaran

Pengendali LRT pernah diberi surat amaran
Bharian | Kementerian Pengangkutan pernah memberi surat teguran sebanyak dua kali kepada syarikat pengendali Transit Aliran Ringan (LRT), Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (Rapid KL) kerana masalah teknikal sebelum berlakunya insiden perlanggaran dua buah tren LRT pada Rabu lalu. ... selanjutnya.
Amaran? Maksudnya surat yang tulis tulis ... tu. Macam surat cinta. Eleh ... tak hairan. Aku nak bagi tau. ... kalau dapat surat amaran cam tu, balas dengan surat sokongan dari menteri menteri. Surat amaran tu akan terhapus kuasanya.

Kejadian yang kedua ni pun sama jugak. Dah cedera 6 orang, dapat amaran. lepas tu balas surat tersebut. Kalau Menteri menteri barua yang kat belakang tu malas nak buat surat. dia boleh talipon sendiri menteri pengangkutan. Ngomel sikit, puji sikit ... pastu makan malam, disusuli dengan rombongan keluar negera dengan layanan first class, terus boleh sambung projek. Tak caya ....kita tengok.

Panas mula mula je....pastu senyap !!! Apa kutuk kutuk ... berani bet .....

Abdullah akan umum keputusan pertahankan jawatan Presiden UMNO sebelum 9 Oktober

Bernama | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu sebelum persidangan perwakilan bahagian bermula pada 9 Oktober ini.

Perdana Menteri bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.
Juga boleh di andaikan sekiranya tarikh tersebut untuk Pak Lah umumkan perletakan jawatan juga. Eh mmmmmm ..... amacam, siapa nak jadi PM? Mana yang nak jawatan tu .. untuk sedap sedapkan hati, boleh lah fikir yang syok syok. Cuma jangan kecewa kalau Pak Lah nak teruskan kuasa .... pegang jawatan. Sebab sakit gila kuasa ni memang penyakit yang kritikal.

Anwar di Hong Kong .... LIVE !!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim “live” dari Hong Kong

Tempat : CLSA, Hong Kong
Masa : 12.15

Sila klik disini untuk menonton siaran langsung tersebut

http://www.justin.tv/anwaribrahim

Orang beruban ni nak jadi Ketua Pemuda

Image

Khir mahu jadi Ketua Pemuda?
umnoreform | Khir Toyo laung hasrat untuk menjadi Ketua Pemuda. Khir Toyo yang membawa Selangor tumbang kepada Parti Keadilan Rakyat pada PRU 12 baru-baru ini kini mahu menerajui Ketua Pemuda pula. Mana agaknya arus Pemuda UMNO mahu beliau bawa. Bukankah rakyat Selangor menolak kerajaan Selangor kepimpinan Khir Toyo yang gah – menjerit Setinggan Sifar dan pembangkang Sifar. Adakah salah kalau kita katakan kekalahan Selangor adalah kerana pengemudinya lupa bahawa rumah peneroka kota yang dirobohkan pada bulan Syawal, tak kala anak-anak kecil kala itu sedang menghadapi peperiksaan adalah satu dosa yang mencemar kepimpinan beliau. Hari ini mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO – sedang UMNO Selangor di himpit trauma kekalahan.... selanjutnya.

Pak Lah tahu - dakwaan Anwar mengenai peralihan kerajaan BENAR?

umnoreform | Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO akan diadakan hari ini. Ramai yang menjangkakan sesuatu keputusan penting mengenai peralihan kuasa akan diperbincangkan hari ini. Ada yang telah membuat spekulasi bahawa memang ada pertemuan antara wakil PKR dan wakil Pak Lah mengenai peralihan KERAJAAN dan bukan peralihan kuasa antara Pak Lah dengan Najib.

Spekulasi bahawa Pak Lah sudah tahu mengenai BENAR ada peralihan kerajaan timbul dan mesyuarat ini adalah untuk mencari daya dan melakukan tindakan susulan mengenai cara yang terbaik untuk menghalang Pakatan Rakyat dari memerintah. Berita Harian hari ini mengatakan bahawa mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan peralihan kepimpinan UMNO di samping hasrat menangguhkan pemilihan parti tetapi sumber turut mengatakan bahawa ini bukan mengenai hal ehwal UMNO tetapi lebih kepada perubahan kuasa dan Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat.... selanjutnya.

Hamid Albar sah BODOH

“Kenyataannya (Syed Hamid) yang meminta saya tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta saya dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai.

“Biro menerima kira-kira 180 aduan tentang setiap kementerian daripada Januari hingga Ogos dan bagaimana saya boleh lakukan tugas saya jika saya tidak boleh ‘campur tangan’ dalam kementerian lain,” soal beliau di sini semalam.

“Biro Pengaduan Awam berada di atas semua kementerian lain apabila tiba hal mengendalikan aduan,” katanya selepas melawat SJK (T) Batu Ampat di Jalan Kota Raya di sini. - MStar
Sah Hamid Albar bodoh
Aku malas nak komen
Korang komen la .... tapi pastikan komen korang setuju bahawa Hamid Albar Bodoh.
Kalau korang kata Hamid ALbar tu masih pandai... aku tak nak siarkan
Wakakakakaka

Sidang akhbar Dollah jam 12.00 tgh ... agak je

bhairan | Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual mengadakan sidang akhbarnya kira-kira jam 12 tengah hari bagi mengumumkan hasil mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mesyuarat khas yang kini sedang berlangsung difahamkan bagi membincangkan isu mempercepatkan peralihan kuasa serta syor penangguhan pemilihan parti ke tahun depan.

Mesyuarat yang dipengerusikan Abdullah itu bermula kira-kira jam 10 pagi tadi di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.... selanjutnya.

Khairy dakwa disekat temui ahli Pemuda

Utusan | Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, hari ini mendedahkan beliau disekat daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan itu.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda berkata, situasi itu berlaku di beberapa kawasan yang dihadirinya.

“Saya mempunyai bukti, ada yang memang nak datang tetapi mendapat arahan supaya jangan hadir.

“Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana saya sendiri tidak pernah menyekat mana-mana ahli Pemuda daripada berjumpa dengan pemimpin yang bakal bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Nur Ramadan anjuran bersama Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO Kelantan dan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh di sini malam ini.... selanjutnya.

Dapatkah Abdullah tekan MT ikut kehendaknya?

Harakah | .... Berdasarkan laporan , semua cara dirancang akan digunakan supaya kehendak Abdullah itu menjadi kenyataan.

Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad melaporkan dalam blognya, kuda-kepang.blogspot.com, cadangan Abdullah untuk menangguhkan mesyuarat agung perwakilan Bahagian dan PAU ke tahun hadapan malah dibangkang dan ditentang oleh timbalannya sendiri yang dilihat dan sentiasa dilaporkan begitu setia.

Menurut sumber Seri Perdana, Abdullah telah memanggil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi kelmarin untuk membincangkan isu-isu parti.

Dalam pertemuan tersebut, Presiden Umno itu telah mencadangkan supaya Mesyuarat Bahagian dan PAU ditangguhkan ke bulan April dan Jun 2009. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Najib.

Bagaimanapun Abdullah berkeras mahukan Majlis Tertinggi meluluskan kehendaknya itu dalam mesyuarat hari ini.

Ruhanie memetik laporan dalam laman web penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz, mykmu.net ... selanjutnya.

PM, Najib adakan pertemuan empat mata pagi ini

malaysiakini | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam sebelum Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno bermula di ibupejabat Umno di ibunegara pagi ini.

Bertemuan itu berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 11 pagi. Mesyuarat MT bermula sejurus kemudian.

Ekoran itu timbul desas-desus yang mengatakan kedua-dua pemimpin tersebut telah memuktamadkan tarikh sebenar peralihan kuasa.

Mesyuarat hari ini, menjadi tumpuan ramai kerana ia dijangka menetapkan tarikh sebenar dan lebih awal peralihan kuasa dalam parti itu dan kerajaan.

Sebelum ini, Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Najib pada pertengahan 2010.

Sehubungan itu, Abdullah mencadangkan agar tiada pertandingan bagi jawatan presiden yang disandangnya dan jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan banyak yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive