harakah | .... Di saat remaja seusianya sibuk menimba ilmu di sekolah, Nasimah hanya menghabiskan masanya di kedai menjual telur, selain membantu ibunya, Norhatta Paraji di kedai runcit kecil milik mereka.Ingatkan YAHUDI dan AMERIKA je yang suka sistem dera macam ISA ni ... rupanya orang yang mengaku Islam pun suka jugak. ATau Yahudi sekarang dah pandai pakai topeng berwajah kan Islam? Ntah ... bingung gak aku ni.
Tidak bersekolah
Keciciran tersebut tidak lain dan tidak bukan angkara ISA yang menyelubungi kehidupan mereka sejak empat tahun lalu, di saat ayah kesayangannya ditahan akta rimba itu.
Kesukaran Norhatta menjaga tujuh orang anak sekaligus, menimbulkan rasa trauma kepadanya untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan kesempitan hidup yang dialaminya, kekangan kewangan serta masa yang perlu diluangkan bersama anak-anak menjadikan hasrat melihat anak-anak menimba ilmu terpendam begitu sahaja.
"Sejak suami ditahan, saya mengambilalih tugas suami sebagai bapa kepada mereka, selain meneruskan peranan saya sebagai ibu. Bagaimana dalam satu masa, saya terpaksa mencari nafkah, menghantar dan mengambil anak bersekolah, sekaligus menjaga anak kecil saya?" soal beliau ketika krew Harakah menemui beliau di kediamannya di Batu 19, Sandakan, 23 Sept lalu.
Norhatta, memiliki tujuh orang anak, masing-masing berusia lingkungan 16 tahun sehingga lima tahun, yang hanya menghabiskan masa-masa bersama di rumah usang milik mereka. ... selanjutnya.
Sep 26, 2008
Angkara ISA buat anak isteri tahanan hidup melarat
Labels: Abolish ISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment