KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 22, 2008

KENAPA PENCALONAN BAHAGIAN TIDAK DIGUNAPAKAI SEBAGAI KEPUTUSAN MUKTAMAD

Komentar menarik oleh domny merujuk kepada artikel 'Tender tertutup pemilihan UMNO"

Sekarang demam pemilihan dalam umno telah hampir 'kebah'. Setiap bahagian umno sibuk dengan pencalonan masing-masing dalam proses mancari pemimpin mereka yang paling 'afdal' yang dirasakan paling sesuai bagi memimpin mereka.

Persoalannya ialah, adakah suara setiap bahagian ini akan selari dan seiring dengan pemilihan bulan Mac yang akan datang. Kenapakah pencalonan bahagian ini tidak digunapakai sebagai keputusan muktamad pemilihan pimpinan umno. Manakala perhimpunan bulan mac ini eloklah hanya sekadar perhimpunan untuk meraikan mereka yang telah dipilih.

Bukankah pencalonan bahagian ini merupakan suara akar umbi yang paling tepat dan merupakan gambaran yang diinginkan akar umbi. Sekiranya ada usaha melobi melalui bahagian tidak kiralah samada melalui politik wang, janji projek dan sebagainya, dirasakan keberkesanannya agak terbatas. Ini kerana skopnya yang besar dan luas meliputi seluruh bahagian diseluruh negeri.

Terdapatnya banyak laporan pencalonan bahagian dimana suara pimpinan bahagian dan ahli-ahlinya tidak selari, tetapi akhirnya suara ahli yang dipilih. Masalahnya ialah apabila pengundian dibuat pada perhimpunan Mac nanti, perwakilan bahagian yang beberapa orang itulah yang akan membuat pengundian semula. Pada peringkat inilah usaha melobi ataupun politik wang oleh calon jika dilakukan akan berjaya dengan cemerlang dan gemilangnya.

Ini kerana perwakilan yang jumlahnya lebih kurang 2500 orang inilah akan menentukan pimpinan parti. Seolah-olahnya pencalonan bahagian tidak berguna. Bukankah pencalonan bahagian adalah sia-sia dan membazir masa jika suara perwakilan pada Mac nanti tidak sama dan selari dengan pencalonan akar umbi.

Satu lagi yang dirasakan perlu diubah ialah jarak masa antara mesyuarat bagi pancalonan setiap bahagian ini tidak boleh terlalu jauh. Paling molek sekiranya dijalankan serentak. Ini bagi mengelakkan keputusan pencalonan satu-satu bahagian digunakan sebagai 'inspirasi' pencalonan bahagian lain. Ini terutamanya pencalonan bahagian presiden dan timbalan presiden yang bakal digunakan oleh bahagian lain atas alasan selari dengan pucuk pimpinan. Kaedah dan caranya boleh diperhalusi kemudian.

Pencalonan oleh bahagian ini menjadi sangat penting apabila sistem kuota mula diperkenalkan sejak peristiwa pemilihan tahun 1987 dulu. Dirasakan sistem ini elok, tetapi haruslah diperkemaskan sebagai pemilihan oleh bahagian tetapi bukannya pencalonan untuk layak bertanding sahaja. Pencalonan oleh bahagian eloklah digunapakai sebagai proses pemilihan yang muktamad.

Lihatlah pada peristiwa tahun 1987 dimana Dr Mahathir menerima pencalonan lebih 2/3 daripada bahagian. Lojiknya tentulah beliau tidak ada aral yang melintang lagi. Tetapi bila pemilihan dibuat seperti yang termaklum Dr Mahathir nyaris-nyaris tewas tersungkur.

Bagi kali ini pemilihan pimpinan ketua pemuda paling sengit terutamanya antara Khairy vs Mukhriz. Gambaran awal menunjukkan Mukhriz ada 'dihati' ahli pemuda. Tapi yakinlah Khairy tidak akan berpeluk tubuh dengan senyuman manja dengan 'signal' yang pemuda bahagian berikan. Tentunya usaha melobi akan dilakukan dengan apa cara sekalipun.

Percayalah kita bahawa sistem yang diamalkan ini sebenarnya menyemarakkan politik wang menjadi lebih membarah dan bernanah. Yang menang pencalonan akan berusaha untuk menterjemahkan pencalonan itu kepada kemenangan sebenar dengan apa cara sekalipun. Yang tewas pencalonan, tapi layak bertanding juga akan berusaha dengan apa cara sekalipun, supaya kemenangan dipihaknya.

Semua dan segalanya ini apa lagi kalau tidak dengan wang. Makanya politik wang akan dapat dihapuskan. Jawapannya tentulah sangat-sangat mustahil, akan hanya merupakan retorik sampai bila-bila.

Eloklah pemilihan dua kali ini yang tidak berapa cerdik ataupun dalam bahasa yang mudahnya 'bodoh' ini dihentikan supaya matlamat perjuangan umno kembali dilandasannya seperti yang difalsafahkan dalam perlembagaan perjuangannya demi kelangsungan umat melayu seperti yang dinyanyikan pimpinan atasan.

Posted by donmny

Melawat Tuan Guru

Akhirnya impian untuk mencilok melawat Tuan Guru Nik Aziz yang berada di Hospital Sains Kubang Kerian menjadi kenyataan.

Selepas solat maghrib, rombongan menziarahi Tuan Guru yang di dalam keadaan ceria dan sihat walafiat. Alhamdullillah !!! Tuan Guru beransur pulih. Perjuangan di teruskan.

Beberapa pesanan dan cerita di perolehi sepanjang temubual dengan Tuan Guru dan beliau akan keluar hospital di dalam masa terdekat. Butir perbualan .... ahhhh rahsia.

YB Fairuz [Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang] dan En Shamsul Iskandar [Ketua AMK Malaysia] turut berada di sana ketika itu.

Aku tak banyak mencelah ... tengok sambil senyum senyum sendiri. Ahhhhh ..... berjaya !!!
Hati senang ... dada di di duuuuduuu .....

Berikut adalah sedikit imej yang di perolehi ketika di sana.






Letih ... . Kerja banyak. Blackberry dah pulangkan. Tak der la member nak kutuk kutuk lagi. Dan aku pun tak boleh nak eksyen eksyen lagi.

Bantai tidur. Apa khabar kawan kawan ...? Emmmmm ...budu dah beli, tapi dah habis. Semua dah habis kitorang belasah kat sana.

Salam.....

Wartawan tunjuk sikap profesionalisme - Najib

Utusan | ...``Saya menyatakan bahawa saya menerima permohonan maaf daripada pihak pengarang Malaysiakini atas siaran berita yang tidak betul sama sekali kononnya saya mengeluarkan manifesto itu.

``Wartawan yang menulis berita itu juga menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap berita yang tidak benar sama sekali itu,'' katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Bagaimanapun, Najib berkata, persoalan yang berbangkit sekarang ialah mengenai identiti pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan manifesto berkenaan.

``Persoalan yang masih berlegar ialah pihak yang bersalah sebenarnya masih bersembunyi. Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawab atas cerita itu,'' katanya.... selanjutnya.

'Tender tertutup' pemilihan UMNO

Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua - kata Rais dalam Malaysiakini.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithaudeen kena siasat statement ni. Kalau Mat Sabu yang buat kenyatan ni, mesti panas bontot. Silap silap kena dakwa bawah AKTA HASUTAN lagi.

Tengku tak sedar ke pada 5 Oktober lepas, "Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail pernah memberi amaran tegas kepada bahagian UMNO untuk tidak terlibat dalam politik wang."

UMNO peduli apa pada amaran, undang undang bapak aku yang punya.

Ingat tu Tengku !!!

salam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Amboi amboi amboi !!!

Semalam sibuk kerja. Maklumlah, tak kerja tak ada gaji.

Aku bukan TPM yang boleh keluarkan tender kemudian aku sendiri yang sapu. Aku bukan ahli UMNO yang cuma duduk kat dewan, buang undi dapat duit rasuah berguni guni.

Aku rakyat biasa yang kais pagi, beli blackberry. Ahhaa... Menatang 'berberry' ni aku pinjam je. Esok kena pulangkan.

Terima kaseh pada yang beri komen. Amboiiiii .... amboi ... amboi !!! bukan main lagi korang. Mentang mentang aku jauh, korang belasah cukup cukup ye. Wakakakaka ...

Aku semalam lalu depan hospital Kubang Kerian, rasa nak singgah, tapi pemandu kata, tak sempat. Ada banyak jadual. Jadi kena kejar masa.

Tunggu aku pulang ke pejabat dan aku akan belasah korang cukup cukup.

Salam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Posting terkini

Blog Archive