Gua tonton berita bernama di ASTRO hari ini dan MB Terengganu terus berkeras untuk memilih kereta Mercedes untuk kenderaan EXCO nya. Dengan tegas memberikan pandangan dan meminta wartawan mencari bukti bahawa menggunakan Proton Perdana memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.
Menurut beliau lagi ... semua Menteri Besar maklum tentang perkara itu tetapi takut untuk memberitahu. "Saya tidak hipokrit" sambung beliau lagi. Seterusnya, kenderaan Mercedes CKD turut termaktub di dalam Arahan Perbendaharaan.
Merujuk kepada persoalan itu, Shahrir Samad diminta menjawab dan ini kenyataan darinya,
"Memang dari segi kerajaan adanya Arahan Perbendaharaan yang membolehkan membeli kenderaan yang dipasang dalam negara tetapi bagi anggota pentadbiran, ia khusus kepada kenderaan Proton Perdana Executive. Mungkin itu yang jadi salah faham.Bila MB Terangganu berkeras menolak penggunaan PROTON PERDANA, ia merupakan satu tamparan hebat kepada Perusahaan Automotobil pertama malaysia dan ini pula alasan Proton,
"Mereka mungkin tak baca untuk anggota pentadbiran, maknanya menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, setiausaha politik dan juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang perlu pakai Proton Perdana, bukan terbuka kepada kenderaan yang dipasang di dalam negara," katanya. - MStar
No warranty claims have been made since October 2004 on the Proton Perdana V6 that the Terengganu state government claimed to have spent more than RM100,000 to repair.Entah kenapa, jika merujuk kepada kenderaan CKD yang dibenarkan.... selain dari Mercedes, Kerajaan Terengganu harus memikirkan sekali jenama lain termasuk Toyota atau NAZA. Tapi Ahmad Said masih memilih Mercedes. Kenapa ye? Berani buat, berani lah tanggung. Kalau Rosol Wahid dan kuncu kuncunya keras, apa bezanya Ahmad Said .... Kalau dah produk UMNO, semuanya keras keras kepala belaka. Nak buat camane ..... semuanya di ajar dek UMNO.
In a statement issued Wednesday, Proton’s corporate communications division said the car was purchased in May 2004, and that Proton would seriously look into the matter to find out details of its service history. - Star