Bharian | Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak notis usul peguam pemerhati kepada keluarga Altantuya Shaariibuu, Karpal Singh, untuk memanggil semula penyiasat persendirian P Balasubramaniam bagi memberi keterangan di mahkamah pada perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia itu.
Selain Balasubramaniam, notis usul itu turut meminta mahkamah memanggil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Pegawai Pengiring, Deputi Superintendan Musa Safri; Ketua Siasatan Jenayah Balai Polis Brickfields, Deputi Superintendan Idris dan peguam, Dhiren Rene Norendra, supaya hadir sebagai saksi.
Penolakan notis usul oleh Karpal itu diputuskan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Mahkamah kemudian meneruskan perbicaraan bagi mendengar hujahan akhir pihak pendakwaan.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment