nuraflah | Bloomberg Asia hari ini melaporkan, kadar inflasi negara pada bulan Jun 2008 ialah sebanyak 7.7% dan sekaligus mencatatkan rekod tertinggi sejak 26 tahun lalu.
Kenaikan inflasi yang mendadak ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang Bank Negara akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.
Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDN&HEP dipetik sebagai berkata :
“Indeks Harga Pengguna untuk bulan Julai turut dijangka akan melebihi 7% dan berkemungkinan besar, Malaysia akan mengikut cara Thailand dan Indonesia yang sudahpun menaikkan kadar faedah mereka.”
Bila ditanya bilakah kerajaan akan menaikkan kadar faedah, Shahrir berkata :
“50-50 dalam minggu ini dan jika tidak, mungkin pada Ogos ini”
Kali terakhir Malaysia mencatatkan kadar inflasi melebihi 6% ialah pada tahun 1998 dan pada waktu itu, kadar OPR semalaman negara telah dinaikkan sehingga 11%.
Setakat ini, Vietnam adalah negara yang mencatatkan kadar faedah tertinggi di rantau Asia iaitu setinggi 14% sejak bulan lalu....selanjutnya.
Jul 23, 2008
INFLASI 7.7% : PAK LAH PECAH REKOD BARU?
Labels: Dollah Pening, Inflasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam
tq kerajaan kerana umumkan benda ni..ttingat blk aku pd debat DSAI dgn saberi buih ari tu...
ternata betul apa yg DSAI ckp psl kenaikan harga myk akn naikkan inflasi...
so aku hrp yg masih lg UMNO piki2 la...dah la dok dgn pembohong tu..
dah terbukti pn apa yg DSAI analisis tu betul..
hangpa pikr la yee..bak kata nabil
LU PIKIR LA SENDIRI
Bukan ke DSAI kata inflasi akan naik dua bulan lagi. Takkan tak ingat dia cakap masa debat aritu. Betul cakap lu DSAI.
anwar ibrahim dah lama mengagak dgn tepat keadaan inflasi negara akan menjadi begini...
a true far-sighted leader...
Post a Comment