jahilgoblog | Semalam dok minum teh tarik dekat rumah, kawan ada tanya “apa hal ameno sekarang dok sibuk nak bekawan balik dgn PAS?”
Aku jawab ringkas, “bertahan”.
Bertahan?
Yup. Sekarang ameno dalam posisi bertahan. Dalam posisi semua balik kubu untuk bertahan. Kalau dalam bola, semua dok ghumun dalam petak penalti. Bertahan.
Dalam apa jua keadaan pun, bertahan bukanlah satu situasi yang best. Dan dalam politik, jika kita berada dalam situasi bertahan, menandakan lawan kita tengah kuat mengasak dan kita bakal hilang fokus. Masa sekarang, ameno tengah sibuk bertahan sebab diasak teruk oleh pakatan rakyat.
Ameno, secara umumnya semua dah tau mereka dah lemah dan menjadi sangat lemah pada pru12 tuhari selepas kalah teruk. Menjadikannya lebih menarik ialah apabila pemimpin “agung” mereka, mahadet, telah pun angkat kaki keluaq dari ameno tempohari. Dan kemasukan ezam dalam ameno memecahkan lagi ameno itu sendiri dengan rasa prejudis yang sangat menebal pada ezam. Ditambah dengan kenaikan petrol dan inflasi, rudumnya fdi, dan jenayah yang semakin meningkat, ameno sekarang terpenjuru dengan masalah2 negara.
Kemudian datang pulak sahibul samahah al-uztadz saiful yang “menentang orang munafik” melontar tuduhan yang sekali lagi memalukan tanah melayu selepas sepulo tahun kurapnya dirawat. Al-ustadz saiful yang dilaporkan pernah mengetuai persatuan Islam di zaman pengajiannya menggelikan hati rakan2 bilamana bersungguh untuk bersumpah dengan nama Tuhan sedangkan dia sendiri sebut nama Tuhan pun tak betul (akan diceritakan nanti.. Tunggu….). Dan tekanan sekali lagi dari seluruh dunia samada melalui saluran politik atau agama, menekan ameno untuk bertindak bijak.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment