KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 12, 2008

Bantahan Terhadap Penahanan Raja Petra Kamarudin

Saya mengecam penahanan aktivis sosial dan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin, di bawah undang-undang kuku besi ISA. Dengan menggunakan ISA untuk menghalang proses perubahan di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO mengesahkan ianya telah tidak berpijak di atas sokongan rakyat dan sudah tidak mampu memimpin Malaysia dengan adil dan demokratik.

Saya menegaskan Raja Petra mesti dibebaskan segera dan sebarang tuduhan yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri mestilah diselesaikan dengan segera mungkin menuruti proses undang-undang. Raja Petra seharusnya dibenarkan untuk berjumpa peguam dan anggota keluarganya mestilah dibenarkan untuk berjumpa beliau sewaktu dalam tahanan.

Penahanan Raja Petra dan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan hari ini kepada Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan di samping halangan terdahulu terhadap laman web politik yang terkenal, menunjukkan dengan jelas kesediaan kerajaan untuk melumpuhkan kebebasan bersuara di saat rakyat berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan.

Selepas Pilihanraya 8 Mac dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, rakyat Malaysia telah menzahirkan keberanian dan iltizam mereka untuk membina satu masyarakat yang demokratik. Penahanan ini tidak akan meredakan merudumnya kredibiliti pentadbiran sekarang, malah hanya akan mempercepatkan kejatuhan pentadbiran ini.

KeAdilan mengulangi bantahan keras terhadap sebarang tindakan menahan individu secara sewenang-wenangnya. Kami secara konsisten menggesa pembebasan semua tahanan ISA kerana tindakan itu bertentangan dengan prinsip masyarakat demokratik. ISA ternyata digunakan untuk melumpuhkan sebarang kritikan dan digunakan terhadap individu yang mempertahankan hak kebebasan suara mereka yang bertentangan dengan pemerintah.

Menggunakan ISA hanya beberapa hari sebelum 16hb September jelas satu usaha untuk mencipta ketakutan dan ketidakstabilan palsu buat menjustifikasikan taktik kerajaan ke atas mereka yang bersama pembangkang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Amaran untuk penulis blog - Zahid

Bernama | Penahanan penulis blog Raja Petra Kamarudin mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi merupakan satu amaran kepada penulis blog lain yang tidak bertanggungjawab bahawa tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penulis blog seperti itu sebelum ini mungkin beranggapan mereka tidak akan dikenakan tindakan kerana alasan laman blog mereka berpangkalan di luar negara yang didakwa tidak tertakluk dengan undang-undang negara ini.

"Adalah tidak wajar sekiranya Raja Petra sahaja yang dikenakan tindakan sedangkan penulis blog tidak bertanggungjawab yang lain masih bebas," katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Burung di sini hari ini.

Zahid mengulas penahanan Raja Petra mengikut ISA dekat Kuala Lumpur berikutan artikelnya bertajuk 'I promise to be a good, non-hypocritical Muslim' yang menggunakan ayat-ayat menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. untuk artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophets' yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today.
... selanjutnya.

AMK Kecam Penahanan Raja Petra Di Bawah ISA

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam tindakan pemerintah Umno-BN yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan blogger Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin pada jam 1.10 petang hari ini. AMK percaya bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik sepenuhnya dalam keadaan Umno-BN terdesak akibat dihimpit pelbagai kemelut dalaman mutakhir ini.

Tanpa mengira sesiapa saja, penahanan Raja Petra kali ini juga adalah jelas sesuatu yang bercanggah dengan hak asasi manusia yang menggariskan hak seseorang individu tidak ditahan tanpa bicara.

Sekiranya Raja Petra jelas melakukan kesalahan, maka sewajarnya bagi pihak berwajib mendakwa beliau di Mahkamah Sivil atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh beliau sepanjang beliau mengendalikan Malaysia-Today.

Tindakan ini hanya meruntuhkan sokongan moral masyarakat kepada pemerintah Umno-BN, lantas menghancurkan kredibiliti Perdana Menteri yang kelihatan sangat lemah ketika ini.

AMK berpendirian tegas bahawa penahanan Raja Petra ini memberi gambaran jelas bahawa kejatuhan regim Umno-BN semakin hampir, memandangkan ini adalah senjata akhir mereka tatkala status quo mereka tergugat di saat keyakinan rakyat semakin terhakis dari hari ke hari.

Pakatan Rakyat kekal komited agar ISA dimansuhkan pada kadar segera apabila pemerintahan negara beralih tangan kelak demi menjunjung hak asasi manusia rakyat Malaysia.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Cops complete probe into Umno leader’s comment

Star | ...OCPD Asst Comm Azam Abd Hamid said the case file was taken to Bukit Aman by the investigating officer on Friday after statements were taken from the Umno leader and reporters who attended the press conference.

“Any action to be taken against Azhar will depend on my superiors’ recommendation. We have classified the case as criminal intimidation under Section 507 of the Penal Code,” he said.

Komtar assemblyman Ng Wei Aik made a report against Azhar at the Patani Road police station on Tuesday, alleging that Azhar had said if there was any racial tension, a certain reporter should be the first to be shot.

A VCD of the press conference, which took place at the state Umno building in Macalister Road, with a video clip of the threat, was also handed over to the investigating officer..... selanjutnya.

no2umno - bila orang umno yang salah ... Tunggu itu la ... tunggu ini la ....banyak lah cekadak nya.

Dayang bangkit dengan berbekal ketabahan selepas suami ditahan ISA

harakah | ..."Saya menangis dua minggu pertama suami ditahan. Selepas dari itu, demi anak-anak saya terpaksa bangkit untuk membekalkan ketabahan dan kecekalan saya kepada anak-anak. Saya tidak mahu melihat anak-anak lihat saya bersedih," kata beliau membuka bicara.

Suaminya, Idris Lanama, ditahan Mac 2006 lalu atas tuduhan terbabit dengan Darul Islam, yang dikatakan kumpulan anak didik Jemaah Islamiyah (JI). Sejak ditahan, Dayang hilang tempat bergantung memandangkan beliau hanyalah seorang suri rumah.

Namun, kelukaan itu terubat dengan pelbagai bantuan yang tidak putus-putus untuk dirinya sekeluarga. Beliau menerima bantuan daripada Pusat Zakat Selangor, yang bersedia memberi kursus menjahit kepadanya, selain membekalkan mesin jahit kepada beliau.

Dengan kemahiran tersebut, Dayang dapat menambahkan pendapatannya dengan mengambil tempahan menjahit daripada rakan-rakan dan jiran-jirannya. Beliau turut membuat pelbagai kerja bagi menampung hidupnya sekeluarga, termasuk membuat jualan langsung seperti menjual kopi dan makanan tambahan.

Jual kopi Rabbani

Berkat kesabaran dan kecekalan Dayang, jualannya boleh dikatakan laris dalam tempoh seminggu hingga menimbulkan kehairanan dan kekaguman pembekalnya.

"Saya bawa ke mana-mana sahaja kopi ini apabila keluar dari rumah. Saya juga suka bertegur sapa membuatkan saya terus mempromosikan kopi yang saya jual ini," kata beliau yang menjual produk kopi Rabbani. ... selanjutnya.

Dr Mahathir Masuk UMNO.. Paklah serah kuasa pada Anwar?

 tranungkite | ...Seperti dirancang,Sebenarnya Ahmad Ismail juga terlibat memerangkap Paklah, buktinya pada hari yang sama dia menyerang kaum Cina seperti orang Yahudi di Amerika, Khir Toyo juga menulis dalam Blognya bahawa jika Paklah tidak meletak jawatan peristiwa 13Mei bakal berulang. kenyataan Ahmad Ismail dan Khir toyo pada hari yang sama tentang soal perkauman seperti dirancang. sehari sebelum Ahmad Ismail membuat sidang medianya menyerang kaum Cina, dalam perjumpaan dengan Paklah Ahmad Ismail telah bersetuju untuk membetulkan kenyataanya dengan nada yang lebik baik. tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kenyataan Ahmad Ismail lebih racist dari sebelumnya. ia turut mengejutkan Paklah.dan dalam waktu yang sama Paklah diperlihatkan seperti perancang sebenar membangkitkan Api perkauman. seperti dirancang,kesoknnya Muhyidin Yasin mendedahkan Dr Mahathir akan menyertai semula Umno dan Mukhriz Mahathir mengumumkan untuk bertanding sebagai ketua pemuda. dan dalam sidang media Ahmad Ismail selepas ia dijatuhkan hukuman oleh Majlis Tertinggi Umno disebelahnya adalah setiausaha agung Umno Tengku Adnan iaitu sebahagian perancang untuk memerangkap Paklah. apa perlu setiua usaha agung Umno duduk bersama dalam sidang media kepada orang yang sudah dijatuhkan hukuman? apa yang Paklah terlepas pandang adalah Khir Toyo & tengku Adnan adalah Proksi Mahathir. Tg Adnan juga kini mencari jalan selamat untuk mengelak kes Video Vk Lingam yang akan memerangkap dirinya. Tg Adnan sendiri mahu Dr Mahathir kembali dan Paklah dijatuhkan.agar Tg adnan dan mahathir terlepas dari kes Video Vk Lingam yang sedang dibicarakan.... selanjutnya.

Raja Petra detained under ISA - Botak

NST |
Blogger Raja Petra Kamarudin was detained under the Internal Security Act (ISA) today, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said.

He said Raja Petra, 58, was picked up at his house in Sungai Buloh at 1.10 pm under Section 73(1) of the Act.
Raja Petra was detained after it was ascertained that he could disrupt and threaten security and public order, he said when contacted.

Syed Hamid said the detention came in the wake of various statements published by Raja Petra in his blog “Malaysia Today”, the latest being a commentary which allegedly ridiculed Islam and Prophet Muhammad.
“We have called and advised him many times following the publishing of his statements but he has continued to write, so much so that they (the statements) could pose a threat (to security and public order),” he said.

Raja Petra ditahan di bawah ISA, Kamarudin kata ia berat sebelah

Harakah |Harakahdaily dimaklumkan pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamarudin dilaporkan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 1.10 petang tadi.

Sehingga kini, kata sumber polis masih berada di rumah Raja Petra dan beliau belum di bawa ke mana-mana pusat tahanan lagi.

Sementara Malaysiakini turut melaporkan isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah menyatakan suaminya ditahan di rumahnya di Bukit Rahman Putra sebentar tadi.

Mengulas penahanan itu Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam kenyataan awalnya menyifatkan ia satu perkembangan yang mengejutkan tatkala kerajaan mengumumkan pembebasan sekatan terhadap laman web.

Ujarnya lagi, ini satu halangan kepada kebebasan akhbar dan maklumat di negara ini selain menunjukkan sikap 'double standard' kerajaan berikutan penahanan terpilih.

Jika benar ada bukti, sepatutnya kerajaan menghadapkan Raja Petra ke mahkamah terbuka, katanya.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Tapiling di mana mereka ditahan selama dua tahun._

Ingat Pesanan Raja Petra

Korang cuba check balik apa yang ditulis di dalam artikel “Is Anwar Unstoppable‘ ... ianya satu pesanan.

Today, I received many phone calls from concerned friends who told me that the government is considering detaining me under the Internal Security Act ‘very soon’. If that does happen, then this could probably be the last article I write, at least until 16 September 2008. So I too need Anwar to succeed. If not I will be in Kamunting for quite some time to come and you will not hear from me over the next couple of years.

But if I am wrong…..well, then see you maybe in six or seven years time, because for sure Najib Tun Razak will not release me in 2010 when he becomes Prime Minister. What he would do, instead, would be to rollover my two-year detention another two years, and another two years, and another two years, until I am too old to think and write anymore.

Till we meet again, if we do meet again, take care and keep the flame burning. There is still a long fight ahead of us in bringing reforms to this beloved country of ours.

RPK arrested under ISA (Updated)

Star |
Malaysia Today editor Raja Petra Kamaruddin was arrested Friday afternoon under the Internal Security Act.

Three Malaysian newspapers - Sin Chew Daily, The Sun , and Suara Keadilan - were also issued show cause letters by the Home Ministry.

Raja Petra's wife Marina Lee Abdullah said the blogger was arrested under Section 731 of the ISA, which stipulates a detention of 60 days.

"He was arrested at 1.10pm at our home (in Sg Buloh) by a team of 10 police officers," she told The Star.

Marina added that Raja Petra was taken away from their house by the police about 1.50pm.

"But I don't know where they are taking him," she added.

She said that the police officers also took some tapes and a computer from her room.

PKR Information Chief Tian Chua told The Star before leaving for Taiwan that he was informed of Raja Petra’s arrest by party colleagues.

“RPK’s daughter sent a SMS to say that her father was arrested about 1.15pm (Friday),” he said when contacted before he boarded China Airlines flight CI 0656, which was scheduled to depart KLIA at 2.20pm Friday.

Raja Petra’s arrest comes a day after the Cabinet ordered the Multimedia and Communications Commission (MCMC) to re­instate access to all blocked websites, including the controversial Malaysia Today.

Energy, Water and Com­mu­nications Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said on Thursday the order was made because there were other “harsher” laws in the country, under which authorities could take action against the owners of blogs and websites, instead of blocking it.

“The Cabinet has asked the ministry to direct MCMC to reinstate access to any blocked website with immediate effect.

“At the same time, it is asking MCMC to closely cooperate with the police, the Attorney-General’s Office and the Home Minister to monitor any website or blog to ensure that this does not contain seditious, racist or religiously insensitive remarks.

“Instead of blocking access to offensive websites, the Cabinet wants authorities to investigate and act quickly against the owners of these sites,” he said in Putrajaya.

Raja Petra arrested under ISA

Malaysiakini

Controversial blogger Raja Petra Kamaruddin has been detainede under the Internal Security Act (ISA).

According to his wife Marina Lee Abdullah, Raja Petra was arrested when 10 police police personnel who arrived at his home in Sungai Buloh at 1.10 pm.

When Malaysiakini Contacted her at 1.25pm, the police personnel were still there. According to Marina, Raja Petra has yet to appoint a lawyer to handle the matter.

This is the second time Raja Petra has been detained under the ISA.
Tha first incident was in 2001.

Rujuk berita lain
What the @#$% - We need Pakatan Rakyat NOWWWWW!
Raja Petra Kamarudin ditahan ISA?
Cowards using ISA on Raja Petra?
Breaking News! Raja Petra arrested under ISA!
A Nightmare Begins...
ISA mengganas lagi!!!!!!!! 12 Ramadan
RAJA PALING KENTAL (RPK) ditahan ISA!

Anwar"s target MPs returning home tomorrow

Malaysianinsider | TAIPEI, Sept 12 The four dozen Malaysian MPs who are on an -agriculture- tour of Taiwan will officially end their trip tomorrow, and some of them had already left for home, said lawmaker Datuk Seri Tiong King Sing, who organised the trip.

Their return would blunt any excuse by opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim if he is not able to deliver on his promise to topple the government through crossovers by Tuesday because some of the potential defector MPs were in Taiwan.

As the deadline looms, four leaders from Anwar's Parti Keadilan Rakyat are expected to travel to Taiwan today to meet the MPs, said party strategist Saifuddin Nasution.

Tiong, chairman of the ruling Barisan Nasional Backbenchers Club, said: -Officially, our tour finishes on Sept 13. In fact, about five to six MPs had already gone back on Wednesday.-

-So there is still time to Sept 16,- he told The Straits Times yesterday in an interview.... selanjutnya.

Pemergian Kami Adalah Demi Negara dan Rakyat!

fuziahsalleh2 | Hari ini, saya berserta sahabat saya akan berlepas ke Taiwan dalam usaha kami untuk menemui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini telah bersetuju untuk melompat menyertai Pakatan Rakyat di bawah rancangan 16 September.Selain saya adalah Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye; Ketua Penerangan, Tian Chua, dan pakar strategi parti , Saifuddin Nasution.

Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat biro politik semalam yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Pemergian kami adalah demi negara dan rakyat! Kita doakan agar usaha ke arah reformasi Malaysia baru berjalan lancar.

Salam Reformasi!

Kem di bina tanpa kelulusan?

Kem PLKN Sri Mutiara dibina tanpa kelulusan

BHarian | Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Mutiara, Balik Pulau di sini, yang mengalami tanah runtuh sejak Selasa lalu, dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Zainal Rahim Seman, berkata Kementerian Pertahanan yang juga pemilik kem berkenaan tidak pernah menghantar pelan kebenaran merancang sebelum membinanya.

MPPP akan menjalankan siasatan terperinci dan mungkin menutup kem berkenaan jika keselamatannya meragukan.

“Pengurusan kem pernah berjanji dengan pentadbiran kerajaan negeri lama untuk mengemukakan pelan pembinaan tetapi sehingga peralihan kuasa mereka tidak melakukannya," katanya selepas mengiringi Ketua Menteri, Lim Guan Eng, melawat kerja pembersihan runtuhan bukit di belakang Taman Cantik, Hye Keat Estet, Air Itam, semalam.... selanjutnya.

no2umno - Tu la pondok yang menempatkan anak anda. Apa komen Najib? Wajib lagi ke?

Tanah runtuh di PLKN semakin buruk


kosmo | Keadaan tanah runtuh di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Mutiara, Pantai Acheh di sini semakin buruk apabila sebuah lagi menanti masa menyembah bumi.

Tinjauan Kosmo! ke kawasan tersebut semalam mendapati bahagian dinding dua buah blok penginapan peserta itu sudah runtuh dan ia dikhuatiri menjadi lebih buruk kerana masih berlaku pergerakan tanah di bawah bangunan itu.

Lebih memburukkan keadaan air longkang yang dibiarkan mengalir menyebabkan tanah itu terhakis sedikit demi sedikit mengakibatkan sebuah blok bagaikan 'tergantung'.

Aliran air longkang itu membentuk lubang besar di bawah bangunan itu dan ia mungkin runtuh bila-bila masa sahaja sekiranya tidak dibaiki dengan segera.

Sebahagian tanah di kem PLKN itu runtuh kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa lalu mengakibatkan banyak tanaman penduduk berhampiran musnah ditimbus tanah.... selanjutnya.

Peralihan Kuasa Tetap Akan Berlaku Kerana BN Telah Gagal

Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini yakin proses pembentukan kerajaan baru yang berlandasan Agenda Reformasi sedang berjalan secara lancar. Kami percaya kerajaan Barisan Nasional akan diganti dalam masa terdekat.

Pakatan Rakyat yakin mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk mempunyai majoriti dalam Parlimen yang membolehkan penubuhan kerajaan baru. Bagaimanapun tarikh sebenar penubuhan kerajaan mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September sebagaimana rancangan awal akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan.

Umum mengetahui negara kini masih dicengkam permasalahan politik, ekonomi dan sosial yang getir. Akibat kehilangan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN, timbul percubaan mengalih pandangan kepada isu perkauman sempit.

Masalah perkauman yang diapi-apikan berterusan sehingga kini menunjukkan formula BN yang dihantui kebejatan rasuah dan korupsi gagal mentadbir negara ini. Api perkauman yang cuba dibakar akan mengancam kestabilan negara dan kebajikan rakyat. Kepimpinan BN yang semakin lemah juga menyaksikan parti tersebut semakin berpecah dan semakin hilang arah.

Melihat kepada perkembangan semasa inilah ramai Ahli Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN dan memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kami tidak pernah dan tidak perlu membeli atau menyogok Ahli Parlimen berkenaan untuk menyertai kami. Mereka didorong oleh kesedaran sendiri serta memberikan komitmen menyokong agenda perubahan.

Kami yakin terdapat segelintir elit pemerintah BN yang diketuai UMNO bercita-cita untuk mencipta huru hara agar dapat membantut perubahan, melumpuhkan demokrasi dan merampas hak-hak rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan. Kami khuatir seandainya masalah sengaja dibiar merebak dan berlarutan untuk memberikan alasan kepada pemerintah bertindak keras termasuk penangkapan beramai-ramai menggunakan Undang-undang Darurat untuk membendung kemaraan rakyat yang menuntut pembelaan.

Kami menyeru kepada rakyat Malaysia termasuk penyokong UMNO untuk bertenang dan tidak terperangkap dengan retorik perkauman. Marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama berusaha keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi kita yang semakin teruk dan menyambut perubahan yang akan memberi harapan baru kepada kita semua.

Kami percaya apa pun jua usaha BN hanyalah dapat melambatkan proses pertukaran kerajaan tetapi tidak dapat menggagalkannya kerana formula BN telah gagal.

Dato’ Salehuddin Hashim
Setiausaha Agung PKR

YB Loke Siew Fook
Pengarah Pendidikan Politik DAP

YB Dato’ Kamarudin Jaffar
Setiausaha Agung PAS

Posting terkini

Blog Archive