Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam tindakan pemerintah Umno-BN yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan blogger Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin pada jam 1.10 petang hari ini. AMK percaya bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik sepenuhnya dalam keadaan Umno-BN terdesak akibat dihimpit pelbagai kemelut dalaman mutakhir ini.
Tanpa mengira sesiapa saja, penahanan Raja Petra kali ini juga adalah jelas sesuatu yang bercanggah dengan hak asasi manusia yang menggariskan hak seseorang individu tidak ditahan tanpa bicara.
Sekiranya Raja Petra jelas melakukan kesalahan, maka sewajarnya bagi pihak berwajib mendakwa beliau di Mahkamah Sivil atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh beliau sepanjang beliau mengendalikan Malaysia-Today.
Tindakan ini hanya meruntuhkan sokongan moral masyarakat kepada pemerintah Umno-BN, lantas menghancurkan kredibiliti Perdana Menteri yang kelihatan sangat lemah ketika ini.
AMK berpendirian tegas bahawa penahanan Raja Petra ini memberi gambaran jelas bahawa kejatuhan regim Umno-BN semakin hampir, memandangkan ini adalah senjata akhir mereka tatkala status quo mereka tergugat di saat keyakinan rakyat semakin terhakis dari hari ke hari.
Pakatan Rakyat kekal komited agar ISA dimansuhkan pada kadar segera apabila pemerintahan negara beralih tangan kelak demi menjunjung hak asasi manusia rakyat Malaysia.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment