KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 12, 2008

Dayang bangkit dengan berbekal ketabahan selepas suami ditahan ISA

harakah | ..."Saya menangis dua minggu pertama suami ditahan. Selepas dari itu, demi anak-anak saya terpaksa bangkit untuk membekalkan ketabahan dan kecekalan saya kepada anak-anak. Saya tidak mahu melihat anak-anak lihat saya bersedih," kata beliau membuka bicara.

Suaminya, Idris Lanama, ditahan Mac 2006 lalu atas tuduhan terbabit dengan Darul Islam, yang dikatakan kumpulan anak didik Jemaah Islamiyah (JI). Sejak ditahan, Dayang hilang tempat bergantung memandangkan beliau hanyalah seorang suri rumah.

Namun, kelukaan itu terubat dengan pelbagai bantuan yang tidak putus-putus untuk dirinya sekeluarga. Beliau menerima bantuan daripada Pusat Zakat Selangor, yang bersedia memberi kursus menjahit kepadanya, selain membekalkan mesin jahit kepada beliau.

Dengan kemahiran tersebut, Dayang dapat menambahkan pendapatannya dengan mengambil tempahan menjahit daripada rakan-rakan dan jiran-jirannya. Beliau turut membuat pelbagai kerja bagi menampung hidupnya sekeluarga, termasuk membuat jualan langsung seperti menjual kopi dan makanan tambahan.

Jual kopi Rabbani

Berkat kesabaran dan kecekalan Dayang, jualannya boleh dikatakan laris dalam tempoh seminggu hingga menimbulkan kehairanan dan kekaguman pembekalnya.

"Saya bawa ke mana-mana sahaja kopi ini apabila keluar dari rumah. Saya juga suka bertegur sapa membuatkan saya terus mempromosikan kopi yang saya jual ini," kata beliau yang menjual produk kopi Rabbani. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive