Bernama | Penahanan penulis blog Raja Petra Kamarudin mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi merupakan satu amaran kepada penulis blog lain yang tidak bertanggungjawab bahawa tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penulis blog seperti itu sebelum ini mungkin beranggapan mereka tidak akan dikenakan tindakan kerana alasan laman blog mereka berpangkalan di luar negara yang didakwa tidak tertakluk dengan undang-undang negara ini.
"Adalah tidak wajar sekiranya Raja Petra sahaja yang dikenakan tindakan sedangkan penulis blog tidak bertanggungjawab yang lain masih bebas," katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Burung di sini hari ini.
Zahid mengulas penahanan Raja Petra mengikut ISA dekat Kuala Lumpur berikutan artikelnya bertajuk 'I promise to be a good, non-hypocritical Muslim' yang menggunakan ayat-ayat menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. untuk artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophets' yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today.
... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
1 comments:
Wonder when DSAI will take over the gvt ? Just cant wait to feed those crooks with dung no more........nauseated fella.....! Go to hell with BEEEND...n Zahid....u be in the Q no 1.
Post a Comment