Dailyexpress | ...Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar in Bukit Aman said Parti Keadilan Rakyat Advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim will be called to give a statement on the fresh sodomy accusation against him.dalam pada itu .... ini berita angin yang tersebar [klik]
"When... we do not know," he said Friday. Ismail said 20 witnesses had been called to give statement and the investigation was still ongoing. "If there are other witnesses, we will call them to assist in the probe," he added.
The complainant, 23-year-old Mohd Saiful Bukhari Azlan who said he had served as Anwar's aide, lodged the police report on June 28. Anwar has denied his allegation.
Meanwhile, Ismail warned the public including people with interests in the investigation into the sodomy case and the sworn declarations affirmed by private detective P. Balasubramaniam to stop making speculations and assumptions.
"Speculations based purely on emotion can worsen the situation and will bring negative implications to the general public," he said and added that legal action could be taken on individuals making baseless speculations over the two cases. ... selanjutnya.
Jul 12, 2008
Unsure when Anwar will be summoned
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Biar Fitnah Disanggah Fakta
anwaribrahimblog
Ada kegusaran di kalangan teman-teman pengunjung tatkala wujud beberapa ‘pengunjung setia’ blog ini kelihatan berterusan menyebar fakta-fakta yang salah dan juga acapkali membangkitkan isu yang telah dijawab sekian lama.
Saya meneliti kalangan pengunjung-pengunjung tersebut yang cenderung menyebar fitnah berterusan dan mempersoalkan perkara yang tidak berbangkit. Pun begitu sekalung penghargaan buat teman-teman yang tampil menyatakan pendirian dan memberi hujah balas kepada persoalan mereka.
Saya akan siarkan teguran tersebut di dalam blog. Saya sememangnya memilih pendekatan terbuka, memperluas ruang berwacana.
Maka saya terus menyiarkan respon pengunjung yang menyerang saya. Kendati begitu fitnah dan pernyataan lucah harus disekat.
Terdapat pengunjung upahan Umno yang akan mempertahankan kezaliman. Namun tidak semua serangan muncul dari laskar bajingan. Mungkin saja ada yang jahil atau terkeliru dengan asakan propaganda Umno-BN.
Justeru itu kita harus berhikmah dan sabar menjelaskan isu. Biar mereka berterusan menabur fitnah, yang pasti di pihak kita perlu terus menabur fakta.
ANWAR IBRAHIM
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jangan tangguh, dedahkan sekarang - Tian Chua
Suarakeadilan | ...Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua membalas kenyataan ahli baru Umno, Ezam Md Noor, yang mengancam untuk mendedahkan rahsia-rahsia sulit Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sekiranya dia dikaitkan dalam konspirasi sodomi.
Kata Tian Chua, sekiranya bekas Pengerusi Gerakan Demokrasi & Anti-Korupsi (Gerak) itu tekad membasmi rasuah sepertimana yang diikrarkannya dahulu, Ezam tidak seharusnya menyimpan bukti penyelewengan mana-mana pemimpin politik.
“Sekiranya seseorang itu mempunyai bukti rasuah atau salahlaku, mengapa perlu disembunyikan? Jadi saya persoalkan, mengapa perlu tunggu adanya pertuduhan terhadapnya baru mahu bongkar sesuatu? Sekiranya sungguh Ezam Md Noor ada bukti Anwar Ibrahim menyeleweng – jangan tunggu, jangan tangguh – dedahkan sekarang juga,” tegas Tian Chua.
Ezam, yang menyertai Umno semula baru-baru ini dengan sokongan kuat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, membuat amaran sedemikian di suatu majlis anjuran Umno dan badan bukan kerajaan Alam Free Speech di Shah Alam 12 Julai lalu.
Lapor Bernama, Ezam memberi amaran sekiranya Anwar Ibrahim mahupun Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaitkannya sebagai sebahagian dari sebuah konspirasi, beliau akan membongkar semua ‘rahsia’ yang dia tahu meskipun pendedahan itu akan membawa malu kepada anak-anak dan keluarga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.... selanjutnya.
no2umno - Kalau masa PKR dulu 6 kotak, dengan UMNO mesti lebih sikit. Untuk Anwar 24 kotak mungkin
Labels: belit ezam, Tian Chua
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Kita berani berhadapan - Muhammad Muhd Taib
agendol | ... Menurut Ketua Penerangan UMNO itu, melalui debat berkenaan, rakyat dapat diberikan penjelasan yang sebenarnya berhubung dengan isu minyak kerana selama ini ada pihak yang memosongkan fakta sehingga menyebabkan rakyat keliru.
“Datuk Ahmad Shabery faham tentang apa yang telah berlaku, kenapa harga minyak naik, kenapa penstrukturan subsidi dilakukan. Saya fakir debat ini harus fokus kepada isu atau tajuk mengenai kenaikan harga minyak bukannya nak diselitkan soal-soal politik yang lain. Kita harapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ambil kesempatan ini untuk spin berbagai-bagai isu yang lain,” ujarnya. ... selanjutnya.
No2umno - Mat Tyson ni tahu ke sejarah debat Shabery - Anwar? Nak bagi tau Tok... tajuk debat ini adalah ‘ Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak ‘ . Maknanya memang ada melibatkan soal politik. Kalau tak mahu babitkan politik, ubah tajuk "Bagaimana benteras Aedes", atau pun "Bagaimana nak masak lemak cili padi".
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Shabery Cheek, Debat, MAT TYSON MAT THAILAND
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Polis ambil keterangan Peguam Kumaresan?
bernama - Polis hari ini memanggil peguam kepada R. Kumaresan, anak saudara penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, bagi merekod kenyataannya.
Peguam itu -- N. Surendran -- tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana di sini pada pukul 3 petang dengan ditemani presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan tiga anggota majlis itu.
"Saya menerima faks daripada polis berhubung perkara ini pada pukul 3.45 petang semalam yang bertulis '...polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan berhubung kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan berkanun...', dan arahan untuk mengambil keterangan saya adalah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas keluar daripada bangunan itu pada pukul 5 petang, beliau berkata: "Saya hanya menjawab sebahagian soalan kerana ia menyalahi etika guaman," katanya.
Beliau berkata tindakan polis memanggilnya merupakan satu perkara luar biasa kerana kebiasaannya hanya anak guam yang dipanggil untuk direkodkan keterangan.
no2umno - Malaysia boleh !
Labels: Balasubramaniam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Himpunan Berita hari ini [12-July-2008/Sabtu]
All roads leading to Parliament to be blocked on Monday | Star
Budaya Fitnah Melalui Blog Dan SMS Boleh Hancurkan Tamadun - Shafie | Bernama
Harga getah dijangka naik minggu depan | UM
Samy sedia undur | UM
Guan Eng: Abdullah has run out of options | Sun2surf
Nicol to be a Penang Datuk | Star
Wan Azizah welcomes SAPP's support for no-confidence motion | Star
TV3 lakukan 'jenayah media', sebar fitnah | harakah
Scomi Oiltools expects RM48m new jobs | Star
SMS Nurul Izzah ditahan polis palsu! | MStar
Abdullah berjaya alihkan bebanan politik kepada Najib | harakah
Anggota parlimen dinasihat tidak bawa tetamu ke parlimen Isnin ini | BH
Kerajaan Pulau Pinang komited hapus miskin tegar | BH
Pemuda MIC tetap utuh tanpa ketua pemuda: Samy Vellu | BH
Ramai Lagi Akan Ditahan Berhubung Kes Rasuah Visa Buruh Asing | bernama
Diskaun gas industri naik | UM
Politik semasa gugat keyakinan pelabur | UM
Nurul Izzah pleads for support as sodomy, no-faith vote looms | Minsider
Namewee and friends filming special National Day documentary for Malaysia | Star
Coffee costs 30 sen more in Penang | Star
Police did not orchestrate Bala's sudden flight, says CID Director | Minsider
Perak MB denies Pangkor 2 Agreement with DAP | Minsider
Three Datuks among 7 nabbed in ACA operation | Minsider
PI Bala - little man, big blast | Star
Grand MIC dinner disrupted by delegates’ walkout | Star
TV3 berbohong, hina Istana Kedah | harakah
Polis nafi rancang Bala 'hilang' | UM
Polis panggil Anwar bila tiba masanya | UM
Khutbah hina Sahabat? | buletin
Harga simen naik RM150 sekampit di utara Sarawak | UM
Azizan sertai penerbangan rombongan diraja | UM
KP imigresen direman - Bantu siasatan kes rasuah cepatkan kelulusan visa pekerja asing | UM
BPR boleh dakwa kes kepentingan awam tanpa rujuk Peguam Negara | UM
ACA nabs director-general and six others | Sun2surf
Ezam sedia dedah 'rahsia besar' PKR | UM
Tiada sebab tarik balik kenyataan - Khir | UM
Anwar umum kaedah turun harga minyak semasa debat | UM
Labels: Berita Semasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Blog dan SMS fitnah?
Budaya Fitnah Melalui Blog Dan SMS Boleh Hancurkan Tamadun - Shafie
Beliau berkata kementerian memandang serius budaya itu kerana terdapat kecenderungan rakyat semakin mempercayai blog dan SMS sedemikian.
"Ini yang merisaukan kerajaan kerana budaya fitnah melalui blog dan SMS sudah ditahap yang boleh merosakkan budaya bangsa yang akhirnya boleh menghancurkan negara. Ia perlu dikawal segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jiranku Keluargaku di Padang Perdana di sini Sabtu.
Mohd Shafie berkata rakyat dinasihat menilai terlebih dahulu kandungan blog dan SMS yang diterima mereka sebelum membuat sebarang keputusan.
"Apabila mempercayai fitnah ini menyebabkan rakyat terdorong menyertai perhimpunan haram atau membuat penilaian yang silap terhadap pemimpin," katanya.... Bernama
no2umno - Ini fitnah depan mata ..... TV3 lakukan 'jenayah media', sebar fitnah
Labels: Belit media, Belit Shafie Apdal
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pelan serah kuasa 2010 gagalkan pakatan Najib-Muhyiddin?
MStar | ... Bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan dengan pengumuman pelan peralihan kuasa 2010 membabitkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib yang diumumkan kelmarin.
Kata Dr. Mahathir, beliau difahamkan bahawa Najib, Timbalan Perdana Menteri, sepatutnya mencabar Abdullah yang telah memutuskan untuk mempertahankan kerusi Presiden manakala Muhyiddin, Naib Presiden pula merebut jawatan Timbalan Presiden.
"Saya diberitahu kerjasama ini telah dipersetujui secara lisan oleh kedua-dua mereka. Malah, penyokong-penyokong mereka juga sudah mula berkempen untuk menjayakan kerjasama Najib-Muhyiddin," kata beliau.
"Bagaimanapun Najib telah memungkiri ini (pakatan) apabila terperangkap dengan langkah Abdullah dalam soal peralihan kuasa," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Port Dickson Golf and Country Club di sini.... selanjutnya.
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pemuda PAS Johor Bantah Konsert Inul
tranungkite | ...." Alhamdulillah, memorandum bantahan terhadap konsert Ratu Dangdut Goyang Gerudi, Inul Daratista telah berjaya diserahkan pada pukul 10.30 pagi tadi kepada wakil MB Johor.Kita tak tahu langsung tentang ada pihak yang mahu bawa masuk penyanyi kontroversi yang di haramkan di Indonesia ini. Ada yang rasakan Islam Hadhari cukup sesuai dengan persembahan seperti ini. Korang baca berita terdahulu di Sinar Harian.....
Kehadiran kami telah disambut dengan baik dan dimaklumkan kepada kami bahawa MB Johor ketika ini berada di Kuala Lumpur.
Maklumat yang diperolehi dalam pertemuan tadi, konsert tersebut belum mendapat apa-apa kebenaran daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kami menegaskan agar kerajaan Johor perlu konsisten terhadap keputusan untuk tidak mengeluarkan permit kebenaran terhadap konsert tersebut.
Apapun, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor akan terus memantau perkembangannya selepas ini.... selanjutnya.
Goyang Gerudi Inul bakal gegar JBIslam Hadhari ke arah Islam yang lebih maju? Rasanya ini bukan maju, tapi budaya zaman Jahilliah. Kok, kita berundur .....? Kalau mahunya dangdut banget, mabur saja ka Indonesia. Temui Inul di sana. Tambangnya cuma RM400.00 campur inapan. Waduhhhhh !!!!
[...] Nama Inul Daratista jika di Indonesia memang cukup popular. Dia merupakan ratu dangdut yang amat disegani dan sangat sinonim dengan 'Goyang Gerudi' yang mampu membuatkan para peminatnya bergoyang sama apabila melihat dia bergelek.
Malah di Malaysia juga peminat Inul tidak kurang ramainya. Buktinya konsert pertamanya yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2005 mendapat sambutan yang cukup hangat. Lanjutan daripada kejayaan itu, Inul sekali lagi ke Malaysia untuk mengadakan konsert keduanya yang akan diadakan di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru (JB) pada 19 Julai ini.
Berpeluang bertemu dengan Inul di Inul Vista, Anggerik Mall, Jakarta baru-baru ini dia mengakui amat teruja untuk bergoyang di JB. Apatah lagi sudah hampir tiga tahun dia tidak menemui peminatnya di Malaysia yang dianggapnya sebagai sangat 'sporting' dan luar biasa.
"Sebelum ini saya pernah membuat konsert di Kuala Lumpur dan sambutannya sangat membanggakan. Dianggarkan lebih 20 ribu peminat yang hadir. Kini di JB dan saya harap sambutannya juga tidak mengecewakan. Pada saya ini merupakan peluang untuk saya mendekati para peminat saya di Malaysia dan Singapura.
"Apatah lagi saya menerima banyak respon daripada para peminat saya di Malaysia yang mahu melihat kemunculan terbaru saya. Saya mengharapkan bukan saja peminat dari Malaysia atau warga Indonesia yang bermastautin di Malaysia sahaja yang akan datang menyaksikan konsert itu malah saya juga sangat mengalu-alukan kedatangan peminat dari Singapura," ujar Inul ketika bercerita tentang konsert yang dianjurkan oleh IMS Prima Sdn Bhd itu....selanjutnya
Labels: Maksiat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Parlimen ditutup untuk tetamu, Nazri dakwa ada demonstrasi
Harakah | ...Ia ekoran tindakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul itu, Isnin ini.no2umno - cadangan usul pertama dulu, MP dari SAPP tidak muncul. Usul tidak percaya kali ini pula, diorang kata DEMONSTRASI pulak ... APa cerita sebenarnya? Agenda siapa semua ni? Takut kerana benar, berani kerana salah. Kelakar punya parlimen. Ada yang tak senang duduk ... sebabnya adalah berikut,
"Saya difahamkan, sama ada usul ini akan diterima ataupun ditolak, saya telah mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat sama ada di dalam atau di luar kawasan Parlimen, Isnin ini,"dakwanya.
Nazri berkata pihak polis akan membuat kawalan yang ketat dan hanya akan membenarkan ahli Parlimen sahaja masuk ke dalam kawasan Parlimen, demikian menurut laporan Bernama.
"Saya telahpun menghubungi Speaker memaklumkan tentang tindakan yang saya ambil ini, semata-mata untuk keselamatan ahli-ahli Parlimen dan juga kawasan Parlimen.
"Keselamatan Anggota-anggota Parlimen dan keselamatan kawasan Parlimen adalah diutamakan dan kita tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku dalam kawasan Parlimen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di Kampung Ngok, Beluru di Kuala Kangsar hari ini.... selanjutnya.
Lanskap baru politik negara bermula Isnin ini - Anwar
Anwar berkata, usul tersebut begitu penting bagi memulihkan kembali suasana politik negara yang semakin tidak selesa sekarang.
Beliau juga menjelaskan selagi keadaan politik negara tidak dipulihkan semakin ramai pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara ini.
"Ketika saya menghadiri perjumpaan dengan kira-kira 700 pelabur dan pengurus dana di Singapura baru-baru ini mereka memberitahu sudah tidak yakin dengan suasana politik di Malaysia sekarang.
"Keadaan politik yang tidak menentu menyebabkan mereka tidak berminat. Begitu juga pelabur dan pengurus dana dari negara-negara Arab. - Harakah
Labels: Belit Nazri, Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Rally on Monday?
All roads leading to Parliament to be blocked on Mondayand read this also ....
Star | ...City police chief Datuk Muhammad Sabtu Osman said as of Saturday the police had yet to receive any official application for a permit from any party on the rally.
However to avoid any untoward incidents, the police have set up 12 road blocks on several major roads within all four districts in the city staring 2pm Saturday.
Muhammad Sabtu said about 15 policemen are stationed at each location.
In addition, all roads leading to Parliament will be totally blocked to road users from 7am Monday.
“Only those working in Parliament and with valid passes or Members of Parliament are allowed access to the area,” he said Saturday.... selanjutnya.
jdmrombungaraya | .... It is also understood that no permit was issued although Nurul Izzah argued that she had already informed the police of the gathering.
Undeterred, the organisers moved the venue to a multipurpose hall in Section 5 here where Nurul Izzah arrived at 10.30pm to a crowd of over 500.
She told reporters later that she personally had no confrontation with the police but her car could not access the planned venue due to police roadblocks. She also denied the rumour that her gathering’s organisers in Pantai Dalam were arrested by the police. Seterusnya....
Labels: Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Biarlah Rahsia....Siti
kassim8888 | ...Lagi lantang Ezam bersuara lagi laju aku membelasah roti canai banjir berkuahkan kari ayam dan sambil tumis. Sedar tak sedar dua keping roti canai habis aku belasah dengan secawan kopi panas. Memang panas! cara Ezam bercakap pun ada iras² mentornya, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Memang berkarisma Ezam ni sebagai pemimpin.
Dalam ucapannya itu, Ezam mendakwa mempunyai enam kotak rahsia salah laku pemimpin Umno. Banyak tuu! Semua orang tercengang termasuk juga aku. Ada yang bertepuk tangan dan ada yang bertakbir. Biasalah tu....semangat!
Tunggu dok tunggu dok tunggu! Dari Ezam yang masuk penjara dah keluar penjara. Dato' Seri yang kena enam tahun penjara dah pun keluar penjara. Aku pun yang boleh berjalan dulu sampai dah tak boleh berjalan. Tapi sampai ler ni (sebut sleng utara) enam kotak rahsia yang Ezam cakap tu tak nampak bayang pun!
... selanjutnya.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Mesyuarat tergempar
matsamankati | ... Ingatkan hari tu dah OK dah, rupanya Hj. Hadi masih menyimpan dendam. Bila rancangan Program Ikhwan diLondon gagal, dia buat kenyataan. "Tidak ada perundingan dengan Umno, dan ini semua fitnah." Ustaz Nasha pun nak ambil tindakan terhadap webmasters dan blogger yang buat fitah ini! Last-last, baru mengaku, memang benar depa ada jumpa Umno. Cakap la siang-siang, pasai apa nak main sembunyi?
Apa beza antara Hadi dengan Anwar? Anwar buat terang-terang, nak tarik YB BN masuk Pakatan Rakyat supaya PR take over kerajaan. Hadi buat diam-diam, nak join Umno, lingkupkan PR. Itu saja beza nya.
Banyak orang kata, kenyataan Hadi dibuat sebab dah tak tahan dengan kerenah PKR dan DAP. Boleh labun la. Dah lama dah Hadi dan Nasha tak join program PR. Sejak program 5 MB diPerak dulu lagi, Hadi tak mau hadir dalam program PR. Dah lama dah dia tak minat dengan PR dan hanya menunggu isu-isu yang boleh digunakan untuk menegakkan apa yang dihajatinya. Bukan aku nak salahkan Hadi Awang, sebab sapa-sapa pun boleh merancang, tapi apa yang berlaku ialah takdir yang telah ditentukan. Sebahagian dari evolusi yang tak dapat dielakkan. Kalau Tuhan kata nak berpecah, maka berpecahlah ia. Isu-isu hanya menjadi penyebab.... selanjutnya.
Labels: Belit UMNO., TG Haji Hadi
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Ezam melalak lagi
Ada politik kerana agama, politik kerana perjangan dan politik kerana wang. Kalau dah setiap hari keluar masuk parti, rasa nya Ibrahim ALi dah jumpa kawan.
Ezam bongkar rahsia Anwar jika dicabar atur konspirasiKalau dulu dia melalak di dalam Pembangkang, susah nak tembus kerana orang tau banyak halangan. Sekarang ni melalak di dalam parti kerajaan, gua rasa memang la mudah. Tapi macamana dengan lalak dulu? Takkan simpan 6 kotak jadi tukun. Ni perjuangan apa? Kalau betul berjuang untuk kebenaran, kerja yang tak selesai di PKR dan GERAK dulu di selesaikan dulu. Kalau setakat cuit sana, pastu cuit sini. Semua kerja tak selesai dan sekarang nak lalak cara baru. Takkan lolong dulu dah terdiam sebab yang salah tu satu parti? Itu pun kalau korang caya jugak, gua tak tau nak komen.
MStar | ...."Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan isteri Anwar) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam satu ceramah mengenai isuisu semasa anjuran UMNO Bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 di sini malam tadi.
Beliau kini aktif mengambil bahagian dalam siri jelajah ceramah di seluruh negara sejak kembali ke pangkuan Umno Mei lalu.... selanjutnya.
Kalau sempat berjumpa... .gua nak tanya, apa cerita 6 kotak dulu? Masih aktif atau dah lama buang kat tong sampah? Gua nak rekommen blog ini pada pelayar - http://kisahezam.blogspot.com/
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kerajaan enggan jelas langkah syarikat penerbangan atasi impak kenaikan minyak
suarakeadilan | ....Persoalan itu dibangkitkan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dalam soalan tambahannya meminta kerajaan menjelaskan langkah persediaan yang akan dan sedang dilakukan syarikat penerbangan di negara ini bagi memastikan kelangsungnya berikutan kenaikan kos jet fuel sejak kebelakangan ini.
Dalam soalannya itu, Dr. Dzulkefly turut merujuk kepada 24 syarikat penerbangan gergasi dunia seperti Delta North Wealth, United Airlines dan lain-lain yang telah mengalami kerugian berbilion ringgit.
“Lantaran impak kerugian tersebut, syarikat-syarikat berkenaan mengambil langkah mengurangkan kapasiti dan kos serta meningkatkan kadar tambang masing-masing tetapi syarikat penerbangan tempatan mengambil pendekatan yang sebaliknya”, jelas Dr. Dzulkefly.
“Kita khuatir terhadap survival national career kita. Apakah langkah-langkah yang diambil MAS untuk terus ‘hidup’ dalam suasana yang meruncing ini” soal beliau kemudiannya.
Timbalan menteri itu walaubagaimanapun tidak menjelaskan langkah-langkah itu secara lebih terperinci dan berilmiah sebaliknya menjelaskan pengurangkan kos perkhidmatan di samping mengurangkan penerbangan ke sesuatu destinasi tanpa menjelaskan mekanisme yang bersepadu dan komprehensif.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BPR tahan ahli perniagaan cuba rasuah pegawainya
Utusmeloya | .... Gara-gara beranggapan mudah untuk merasuah, seorang ahli perniagaan di sini terperangkap apabila memberi rasuah kepada seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun di Lebuhraya Utara Selatan di sini semalam.
Pengarah BPR Kedah Idrus Jaafar berkata, ahli perniagaan terbabit pada mulanya ditahan di R&R Gurun Selatan pada pukul 6.45 petang untuk membantu siasatan mengenai kes rasuah terhadap pihak tertentu dalam sebuah jabatan kerajaaan di sini.
Katanya, ahli perniagaan berusia 31 tahun itu menjalankan perniagaan import-eksport kenderaan berat dan BPR menerima maklumat mengenai kegiatan beliau memalsukan nombor chasis jentera berat untuk tujuan eksport.
“Kegiatan memalsukan nombor chasis itu dipercayai turut melibatkan “orang dalam” sebuah jabatan kerajaan”, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
BPR dengan kerjasama Jabatan Kastam kemudian mengekori lelaki terbabit dan menahannya ketika beliau dalam perjalanan ke Pelabuhan Pulau Pinang untuk urusan mengeksport tiga buah jentera membajak ke Nairobi, Kenya semalam.... selanjutnya.
Labels: Rasuah Negara
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Seorang lagi pegawai kanan Imigresen ditahan
malaysiakini | ....Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang lagi pegawai kanan Imigresen bagi membantu siasatan kes rasuah mempercepatkan pengeluaran visa pekerja asing.
Pegawai berkenaan ditahan di rumahnya, awal pagi ini, demikian menurut laporan Utusan Online.
Pegawai kanan itu dibawa ke Mahkamah Majistret Klang pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Semalam, BPR menahan reman tujuh orang termasuk Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd. Don, 55, bagi kesalahan yang sama.
Kesemua mereka kini ditahan reman antara empat hingga lima hari untuk membantu siasatan.
Kes tersebut terbongkar berikutan aduan yang diterima BPR pada awal bulan ini yang mendakwa seorang ejen meminta bayaran RM350 daripada setiap pekerja asing untuk diberikan kepada pegawai kanan di Jabatan Imigresen.... selanjutnya.
Labels: Rasuah Imigresen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
FITNAH DAN TOHMAH EZAM & KHIR TOYO
seksyen 19, 13 Julai,
pada jam 8.30 malam.
Pemidato adalah Shamsul Iskandar, YB Amir , YB Mike, Khairul Anuar dll.
Sila datang beramai ramai untuk
sessi menjawab FITNAH dan TOHMAH Ezam dan Khir Toyo.
Labels: EMAIL
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Doakan Ezam Panjang Umur
Marhaen | ...Sepatutnya saudara himpunkan orang-orang PKR, sekiranya mereka bersetuju, dan basuh pemikiran mereka supaya masuk UMNO. Nak buat apa saudara kempen kat orang-orang UMNO. UMNO dah macam tu, dia tak jadi kuat, kerana ada sebahagian dari ahl-ahli UMNO dan juga pemimpin-pemmpin kanan nya sedang memerhati saudara, dengan penuh prejudis.
Bukan apa, takut- takut nanti ahli- ahli UMNO pulak yang akan tambah meluat dengan saudara,dan ramai pulak nanti yang akan meninggalkan UMNO.
Untuk rakyat Malaysia teramai, yang sudah tak sabar menunggu peralihan kuasa pemerintah di Putrajaya, khususnya ahli- ahli Pakatan Rakyat, PAS,PKR dan DAP, mohon di sini sama-sama kita berdoa semoga Allah memanjang umur Saudara Ezam, mungkin tak perlu mohon supaya diberikan taufik dan hidayah oleh Allah, kerana beliau yang memilih untuk lari dari keampunan dan rahmat Allah, tetapi untuk bersama-sama Presiden nya mencari Al Ghazali dan Al-Shafiei yang palsu.
Doakan ke atas saudara ezam panjang umur
Doakan ke atas saudara ezam panjang umur, supaya segala rangka kerja jahat beliau, bermula diterima masuk UMNO bulan lepas, diperlihatkan oleh Allah, untuk pengiktibaran generasi anak muda sekarang ini, sama seperti Almarhum Ustaz Fadhil Nor mendoakan, moga-moga Allah memajangkan usia Dato’ Seri [ sekarang TUN ] Dr. Mahathir Mohamad, bagi diperlihatkan segala kerosakan yang telah beliau cipta selama 22 tahun memerintah Malaysia.
Alhamdulillah, dipenghujung hidupnya pada usia 83 tahun beberapa hari lalu, penuh dengan bala, kesusahan, kesakitan, huru hara, kemelaratan, kerungsingan, kedaifan, kemurungan dan segala azab siksa.... selanjutnya.
no2umno - aku cuba bayangkan ...
Masa dengan UMNO .... kutuk Pembangkang
Masa dengan PKR .... kutuk UMNO
Masa kembali pada UMNO .... Kutuk PKR
Apa pendirian EZAM? Lepas ni dengan siapa pulak dia? Kalau aku ... kemana nak kusorokkan muka ini. Kalau Anwar tak betul, dulu di dalam UMNO sampai ke PKR, dia terus bersama. Penyokongnya dok ikut dia kemana pergi. Lepas ni kalau Ezam masuk lombong, semua pun terjun. Ezam ada pelampong, penyokong mati kembung. Apa dapat?
Malam tadi dia ceramah kat seksyen 19, Shah Alam. Dia bersama Khir Toyo ... menggelembong habis. Disediakan jamuan untuk tetamu, orang belasah, lepas itu balik. Aku diantaranya. 13 hb nanti, PKR buat ceramah, di dewan yang sama. Tujuan diorang nak tolak fitnah dan hasut diorang... aku akan datang lagi.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
TV3 lakukan 'jenayah media', sebar fitnah
harakahdaily | .... "Dalam keghairahan untuk mencari apa sahaja isu yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain BN , didapati media perdana nampaknya tidak berhati-hati dalam memilih bahan berita.
"TV3 baru-baru ini telah melakukan 'jenayah media' yang turut melakukan fitnah sedangkan hanya beberapa hari sebelumnya media tersebut telah memaparkan secara khusus isu fitnah yang dikaitkan dengan politik Malaysia.
"Untuk kali pertama TV3 menyiarkan slot khas lengkapkan dengan bacaan ayat-ayat Al Quran yang mendedahkan fitnah yang menjadi gejala politik di negara ini,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily pagi ini.
Tambahnya lagi,"akan tetapi hal yang sama jugalah yang dilakukan bila sebuah klip gambar yang membayangkan MB Kedah dikatakan mengguna pesawat khas dalam suatu penerbangan baru-baru ini."
Katanya lagi, padahal yang sebenarnya seperti yang dilaporkan oleh Bernama , ia bukan seperti yang telah cuba digambarkan oleh TV3 dan ia dikatakan ialah sebuah penerbangan rombongan di raja Kedah untuk berlepas ke Brunei bagi mengundang Sultan Brunei hadhir di sambutan jubli emas Sultan Kedah.
"Teras kesal kenapa budaya fitnah media ini diamalkan oleh TV3, bukankah dengan cara yang sangat gelojoh ini akan memburukkan lagi keadaan berpolitik di negara ini....selanjutnya
pautan lain TV3 digesa mohon maaf,jangan ulangi kesilapan
no2umno - Jangan cerita soal FITNAH dan HASUT di dalam blog, kalau dah depan mata pun jelas terbentang. Sudah terang lagi bersuluh, kalau masih salahkan blog ... memang SAH ujud dasar pilih kasih dan hanya serang musuh.
Labels: Belit media
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Sedapnya Ikan Patin
Sebelum korang rancang untuk masak apa .... baca dulu ... isuhangat
Labels: AWAS.... HARAM, Pengetahuan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Cerita orang kayo kayo
Sebelum aku cerita pengalaman, korang baca dulu cerita ni ....
Paling terkini, gaya artis kita yang semakin mewah berkongsi tatahias rumah mereka - ruang tamu yang seperti dewan, kamar tidur seperti motel, ruang rehat yang cukup indah, surau, swimming pool, bilik snooker dan semua yang membuat kita rasa kagum, kaget dan hairan. Mewah sungguh artis kita?Orang mesti pelik kenapa aku tak kaya kaya. Berkawan usah cerita la, asyik dengan orang orang kaya. Tu orang yang kata, tapi bila diorang tak perasan, aku lebih 'betah' (selesa) duduk dengan orang sederhana kat warung warung. 'Cuma member kat seksyen 7 tu tak mahu ajak aku minum sekali takut aku kenal dia.'
Kemewahan yang membuat mereka sampai tidak mampu lagi cakap berlapik. Kemegahan mula mengambil tempat dan kita tertanya-tanya lagi. Adakah kekayaan sudah mengubah artis kesayangan ramai ini? ... selanjutnya.
Ni nak cerita tentang perangai orang orang sekarang. Kalau dah kaya, tak tunjuk, tak sah. Kalau buat rumah baru, kawan kawan kena buat tour dulu. Adakan pesta, makan dan minum, kenduri doa selamat dan macam macam. Acara akhir, 'melawat kawasan'.
AKu ingat ni cerita tipu, bila kena batang hidung, baru aku tau ni dah jadi budaya orang sekarang. Cuma aku yang ketinggalan zaman.
Nak jadikan satu cerita, aku gi makan jamuan hari raya rumah orang kenamaan. Aku biasa la...time makan, nombor satu. Di hidangkan dengan kambing golek di panggang berkilat. Dengan sos yang secukup rasa...Pergh, dunia ni macam ana yang punya. Kambing tak sempat mengembek, aku dah ricih belah kaki, peha dan dada. Berpinau pinau. Makan tak ingat bini kat umah.
Habis aku jelajah semua meja. Kalau orang tengok, aku umpama musafir di padang pasir. Kelaparan. Sebenarnya lapar tidak, tapi mata dah kelabu dengan hidangan ala hotel. Yang bestnya ... Tak payah bayar, aku datang untuk belasah. Nasib baik, tuan rumah tak bagi beg plastik, kalau tak ... semua makanan aku usung pulang.
Tuan rumah tak perasan. Selepas makan, duduk relax. Tuan rumah tunggu semua selesai makan. Satu meja kami makan 5 orang. Meja lain ... aku tak kenal sangat. Aku sorang yang datang bujang, diorang datang dengan isteri. Isteri gua tak selesa dengan jamuan cam ni. Terasa rendah diri katanya. Pernah ajak sekali, sampai sekarang dah tak mau join. Malu katanya.
Tiba tiba "Jom !!!" kata Tuan rumah. Aku terpinga pinga. diorang bangun dan terus masuk ke rumah. Aku yang tak tau cerita ni, terus ikut .... membontot. Rupa rupanya tuan rumah dah bawa kami semua naik tengok ISI rumah. Dari dapur membawa ke bilik tidur dan tandas. Cam YB lawat tapak. Habis rata rata tempat kitorang gi. Cuma tak masuk ke 'garage'. Macam macam cerita waktu lawat tu. Buatan mana, beli kat mana, berapa harga dan bertukar tukar maklumat. Aku tengok bilik diorang dah macam ruang tamu. Punya la besar. Tandas macam bilik tidur. Lagi mahal dari rumah aku. Tapi muka aku macho je, macam dah biasa. Ada mata pasang, ada telinga dengar dan ada mulut melopong.
Hah ... tu la dia trend sekarang. Kalau diorang datang rumah aku, lawat tak sampai 5 minit, semua dah jelajah. Bila di orang pulang, mesti ketawa terbahak bahak. All in one. Dalam satu bilik, semua ada. Tandas, mejo komputer, kain baju bergantung dan bantal sampai bawah katil. Kekadang tu ado lak bantal kat atas TV. Tak ke pelik tu.
Ni cerita pengalaman jer. Kalau korang terserempak dengan kes cam ni. Jangan la pelik. Oraiiiittt .....
Labels: pengalaman
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Makan cili waktu Khutbah
Ada sesetangah orang menganggap khutbah di jadikan medan politik. Tapi pemahaman tentang satu satu khutbah itu tidak di teliti dan kupas. Ada jemaah yang agak tersinggung bila mendengar khutbah yang seakan akan memihak pada satu satu pihak. Ada yang kecewa dan berkerut muka .... contohnya seperti di bawah. Ia di nyata secara am, tapi siapa makan cili dia terasa bahang. Lepas tu, 2 rakaat, terasa lama ...
Isu khutbah: Zahid panggil Pengarah JAKIMSatu ketika dulu, aku pernah bersambahyang Jumaat di sebuah masjid lama di satu kampung. Kalau di lihat pada Imam, Khatib, mereka seperti ahli kepada satu parti. Penduduk tempatan yang memang dah lama bertugas secara FREE. Pada ketika itu media media hebat cerita tentang isu Rasuah yang melibatkan seorang pemimpin parti. Di dalam khutbah itu tidak disebut cara terperinci. Secara General dan Cuma pengertian rasuah, hukum, dan balasan akhirat.
Ramai yang lahirkan rasa tidak puas hati kerana isi kandungan khutbah itu seolah-olah memihak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan.
"Saya telah memanggil pengarah JAKIM yang bertanggungjawab meluluskan teks khutbah Jumaat," jelas Zahid.
Beliau juga telah diberitahu tentang teks khutbah bertajuk 'Budaya fitnah mengundang bala bencana' itu, di mana terdapat satu perenggan yang menyentuh bab 'qazaf.'
"Khutbah itu berniat untuk meminta jemaah agar tidak melakukan fitnah secara umum. namun isi kandungan khutbah itu seolah-olah memihak kepada seseorang. Khutbah minggu depan akan membuat penjelasan tentang isu ini yang akan turut menyentuh mengenai qazaf, mubahalah (sumpah laknat) dan li'an," kata Zahid lagi
"Saya telah mengarahkan agar khutbah minggu depan tidak memihak kepada mana-mana tetapi menyentuh tentang hukum dan sumber-sumber hukum yang sahih seperti yang terdapat dalam nas, ijmak Ulamak and Qias," katanya. - Mstar
baca berita lain - JAKIM politikkan isu fitnah Anwar dalam khutbah Jumaat?
Belum selesai khutbah, ada orang yang sudah angkat kaki. Beberapa orang yang berpakaian ala pemandu teksi, bangun dan berlalu. Esoknya, kampung tu kecoh dengan isu Khutbah Politik. Pihak berkuasa pun di hantar ke sana. Siasat ... pastu Iman, Khatib di lucut jawatan. Keputusan masa tu memihak kepada penyokong ala pemandu teksi. Yang jelas berlaku kepada isu ini, Siapa makan cili, dia tak kan rasa manis atau pahit tapi terasa pedas. Orang cerita pasal lain, mata melirik perasan dia yang kena.
Macam anak bongsu aku, baru cerita pedas, belum makan nasi tapi habis air bergelas gelas.
Labels: khutbah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Datuk di tahan, RM500,000 dirampas
malaysiakini | ....Dalam satu sidang akhbar hari ini, Pengarah Siasatan BPR, Shukri Abdull berkata, ketua pengarah yang berpangkat Datuk, ditahan dirumahnya di Damansara malam tadi.
Manakala enam orang lagi itu, termasuk ahli perniagaan terbabit dalam bekalan tenaga kerja kepada syarikat tempatan. Tiga daripada mereka bergelar Datuk.
Wang tunai kira-kira RM500,000 dan visa turut dirampas. Ketujuh-tujuh mereka disiasat meengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Walaupun BPR tidak menyebut sebarang nama, tetapi Bernama melaporkan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen di ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah bagi mempercepatkan kelulusan visa kepada buruh asing.... selanjutnya.
berita lain - Wahid Believed To Have Be Detained For Investigation | Sinchew
Labels: mesti baca, Rasuah Imigresen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Wahid detained by ACA?
Sloone | Only Sin Chew Daily seem to have reported the name of the Immigration department director-general who is reportedly detained by ACA for investigations.
Wahid Mohd Don (image, left) was alleged to have received a RM250 thousand bribe and is currently detained under section 117 of the Criminal Procedure Code.
Sources from ACA told Sin Chew Daily that Wahid was arrested by ACA officials at his home at 8.30pm Thursday (10 July)..... selanjutnya.
Labels: BELIT BPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Lebih 100 Ribu Banjiri PUTIK Dengar Penjelasan Isu Fitnah Anwar
msomelayu | PUSAT Terbiah Islamyiah Pas (Putik) di Pengkalan Chepa malam ini mencatat sejarah apabila lebih 100,000 orang hadir untuk mendengar ceramah Anwar Ibrahim berhubung isu dakwaan liwat ke atasnya yang diadakan di situ.
Kesesakan jalan raya menuju ke Putik diberitakan mengalami kesesakan lalu lintas teruk, sepanjang lima kilo meter. Putik menjadi tumpuan termasuk para peniaga sejak selepas Asar lagi.
Ceramah malam tadi adalah dalam siri jelajah Malaysia dilakukan penasihat PKR untuk menjelaskan berhubung isu fitnah liwat ke atasnya oleh bekas Pegawai Khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ceramah berkenaan disiarkan secara langsung oleh tv internet Global Media Channel yang berpusat di Kota Bharu Kelantan.
Labels: Anwar Ibrahim, Husam Musa, Kelantan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
DAMN YOU BOTAK!
zorrounmasked | This blog will not desecrate its page with a photo of this despicable man. His signature had to be obtained for seven-year ISA detainee Shahrial to visit his dying daughter. When Shahrial was finally released to visit his daughter it was 5.00pm. Aina Mardiah Shahrial was admitted to Kajang Hospital at 3pm July 2. 26 hours later Kamunting released her father to take the 4 hours journey to Kajang. 1 hour 20 minutes into his journey Aina passed away. Baldy made it such that Shahrial was not able to see his daughter when she was alive. What manner of man would be so beastly?... selanjutnya.
Labels: Abolish ISA, Belit Hamid Lebar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hearbreaks in silence
Niamah | Heartbreaks in silence. That is the poignant title of a wonderful piece written by a gay friend of mine. Yes, he is homosexual. He is talented. He is caring. He is passionate about his art, his beliefs. He is my friend. Enjoy...
HEARTBREAKS IN SILENCE
In response to all the homophobic Bernama articles out there telling me how evil it is being gay, and to prelude our upcoming Seksualiti Merdeka celebrations, I hereby offer this long post taken from my "personals" profile on www.guys4men.com, with which I break the hearts of the men of Malaysia, and then seduce them.
Amazingly, I had my first erection when I was 7. It came from like nowhere. Wah, I thought, a new toy! Like a transformer robot - from a little teapot into a space rocket! Papa! Mummy! Look at my transformer! "Ah boy, put away your toy, we have visitors."
I really didn't know how to play with my new toy until I was 12 when a classmate and I went went to the toilet behind school to compare sizes (wah, you so big; no lah, you bigger - bloody hell, it's a tie!). "Come," he said, "let's goncang together." What is goncang? I asked. "There you shake it like that." Oh, so that is what "goncang" means, I said. Um, I don't feel anything lah. "You just keep shaking. You will feel it." Eh, so boring, man, I see you back in class. In class, we continued comparing sizes under the table, right under the teacher's nose.... selanjutnya.
Labels: Artikel, mesti baca
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Police questions lawyer for Bala’s nephew
Sloone | Why is the police always going after the wrong man?
In their bid to nail PI Balasubaramaniam, who made a stunning statutory declaration last week, and retracted it 24 hours later, only to go missing to “one of the ASEAN countries”, the police now wants to question his nephew’s lawyer N Surendran (image).
Surendran, who helped Kumarasen lodge a police report on his missing uncle, is required to report at the multimedia and cyber crime investigation unit, at 3pm on Saturday, says the Malaysian Anti-Death Penalty and Torture network (MADPET, where Surendran is a member).
What is the justification for questioning Surendran? He is merely the lawyer for the nephew who was worried about the safety of his uncle, especially an uncle who had made revelations, that might bring down the number 2 top leader of the country. That leader happens to be slated now to take over the country’s premiership in 2010 (or so it seems).
Bala’s case is now being classified under section 199 of Penal Code (False statement made in any declaration which is by law receivable evidence).... selanjutnya.
Labels: Balasubramaniam, Sloone
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Himpunan Berita hari ini [11-July-2008/Jumaat]
Harga baru gas diumum | UM
Tujuh termasuk tiga bergelar Datuk ditahan rasuah keluar visa PATI | UM
Pegawai kanan Imigresen direman kes terima suapan | UM
Lepas segera, tidak perlu tunggu – Nik Aziz | UM
Di sebalik peralihan kuasa, Najib 'main politik' dengan Abdullah | harakah
Kaedah Anwar turunkan harga minyak diumum dalam debat Selasa ini | BH
CIMB mahu kerajaan kaji semula cukai durian runtuh IPP | BH
Petronas ke-8 paling untung di dunia | BH
'Protection only if Bala asks for it' | Nst
Experts question Anwar's wrongful accusation charge | Nst
Leased aircraft was carrying Kedah royal entourage, says Kedah MB’s office | Nst
No tax at more ‘makan’ shops | Nst
IGP beri keterangan kepada BPR | UM
Gani Patail selesai beri keterangan | UM
Musa, Gani hadir di Ibu Pejabat BPR beri kenyataan kes mata lebam | Bh
Tengku Razaleigh sifatkan keputusan PM silap langkah | Bh
Peguam Negara beri keterangan kepada BPR | UM
Pegawai kanan Imigresen ditahan terima suapan | UM
Ahli majlis MDKS nafi pernah edar dadah, samun | UM
JPM nafi terlibat projek landasan berkembar | UM
Musuh Bawah Selimut - MB Meraba-raba, Ku Tera Raih Laba | buletin
P Bala Diancam – Kenyataan Syed Hamid dan Polis Berbeza | buletin
Jika Iran diserang, Armada US di Teluk dan Israel akan jadi sasaran | Buletin
'Puteri' kena talak dua | kosmo
Ku Li: Umno members should decide | Star
Pengawal Parlimen ditegur | kosmo
Iran lancar ujian lagi | kosmo
AS mahu pertahan Israel | kosmo
Najib pengganti baik: Abdullah | BH
Wan Azizah dapat ‘Datuk Seri’ | BH
Menepati kehendak ahli | UM
Serah kuasa Jun 2010 | UM
Musa, Gani beri keterangan hari ini | UM
Rumah Bala dipecah masuk | UM
Helikopter Nuri mendarat cemas | UM
Muhyiddin: Tempoh terlalu lama? | UM
Satu langkah yang silap - Ku Li | UM
Labels: Berita Semasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments