KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 12, 2008

Kerajaan enggan jelas langkah syarikat penerbangan atasi impak kenaikan minyak

suarakeadilan | ....Persoalan itu dibangkitkan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dalam soalan tambahannya meminta kerajaan menjelaskan langkah persediaan yang akan dan sedang dilakukan syarikat penerbangan di negara ini bagi memastikan kelangsungnya berikutan kenaikan kos jet fuel sejak kebelakangan ini.

Dalam soalannya itu, Dr. Dzulkefly turut merujuk kepada 24 syarikat penerbangan gergasi dunia seperti Delta North Wealth, United Airlines dan lain-lain yang telah mengalami kerugian berbilion ringgit.

“Lantaran impak kerugian tersebut, syarikat-syarikat berkenaan mengambil langkah mengurangkan kapasiti dan kos serta meningkatkan kadar tambang masing-masing tetapi syarikat penerbangan tempatan mengambil pendekatan yang sebaliknya”, jelas Dr. Dzulkefly.

“Kita khuatir terhadap survival national career kita. Apakah langkah-langkah yang diambil MAS untuk terus ‘hidup’ dalam suasana yang meruncing ini” soal beliau kemudiannya.

Timbalan menteri itu walaubagaimanapun tidak menjelaskan langkah-langkah itu secara lebih terperinci dan berilmiah sebaliknya menjelaskan pengurangkan kos perkhidmatan di samping mengurangkan penerbangan ke sesuatu destinasi tanpa menjelaskan mekanisme yang bersepadu dan komprehensif.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive