KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 12, 2008

Makan cili waktu Khutbah

Ada sesetangah orang menganggap khutbah di jadikan medan politik. Tapi pemahaman tentang satu satu khutbah itu tidak di teliti dan kupas. Ada jemaah yang agak tersinggung bila mendengar khutbah yang seakan akan memihak pada satu satu pihak. Ada yang kecewa dan berkerut muka .... contohnya seperti di bawah. Ia di nyata secara am, tapi siapa makan cili dia terasa bahang. Lepas tu, 2 rakaat, terasa lama ...

Isu khutbah: Zahid panggil Pengarah JAKIM
Ramai yang lahirkan rasa tidak puas hati kerana isi kandungan khutbah itu seolah-olah memihak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan.

"Saya telah memanggil pengarah JAKIM yang bertanggungjawab meluluskan teks khutbah Jumaat," jelas Zahid.

Beliau juga telah diberitahu tentang teks khutbah bertajuk 'Budaya fitnah mengundang bala bencana' itu, di mana terdapat satu perenggan yang menyentuh bab 'qazaf.'

"Khutbah itu berniat untuk meminta jemaah agar tidak melakukan fitnah secara umum. namun isi kandungan khutbah itu seolah-olah memihak kepada seseorang. Khutbah minggu depan akan membuat penjelasan tentang isu ini yang akan turut menyentuh mengenai qazaf, mubahalah (sumpah laknat) dan li'an," kata Zahid lagi

"Saya telah mengarahkan agar khutbah minggu depan tidak memihak kepada mana-mana tetapi menyentuh tentang hukum dan sumber-sumber hukum yang sahih seperti yang terdapat dalam nas, ijmak Ulamak and Qias," katanya. - Mstar

baca berita lain - JAKIM politikkan isu fitnah Anwar dalam khutbah Jumaat?
Satu ketika dulu, aku pernah bersambahyang Jumaat di sebuah masjid lama di satu kampung. Kalau di lihat pada Imam, Khatib, mereka seperti ahli kepada satu parti. Penduduk tempatan yang memang dah lama bertugas secara FREE. Pada ketika itu media media hebat cerita tentang isu Rasuah yang melibatkan seorang pemimpin parti. Di dalam khutbah itu tidak disebut cara terperinci. Secara General dan Cuma pengertian rasuah, hukum, dan balasan akhirat.

Belum selesai khutbah, ada orang yang sudah angkat kaki. Beberapa orang yang berpakaian ala pemandu teksi, bangun dan berlalu. Esoknya, kampung tu kecoh dengan isu Khutbah Politik. Pihak berkuasa pun di hantar ke sana. Siasat ... pastu Iman, Khatib di lucut jawatan. Keputusan masa tu memihak kepada penyokong ala pemandu teksi. Yang jelas berlaku kepada isu ini, Siapa makan cili, dia tak kan rasa manis atau pahit tapi terasa pedas. Orang cerita pasal lain, mata melirik perasan dia yang kena.

Macam anak bongsu aku, baru cerita pedas, belum makan nasi tapi habis air bergelas gelas.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive