KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 27, 2008

Semua blogger di kenakan tindakan?

Beberapa hari yang lepas, ada ura ura tindakan akan di kenakan kepada blogger, rujuk SINI

Semalam, Malaysia today sudah di sekat dari dilayari [SINI] dan hari ini Mahathir membuat kenyataan di bawah,

Reaksi Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mudah diramal. Cadangan kempen ini ditafsir olehnya sebagai perbuatan kurang ajar. Dan seperti biasa ugutan dibuat supaya polis akan ambil tindakan terhadap blogger berkenaan. Lain-lain blogger juga dibelasah sebagai tidak berfaedah dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat. - chedet
Adakah Mahathir juga di kenakan tindakan kerana beliau bukan lagi UMNO dan sekarang di gelar blogger?...

Umno yang tulis blog - Dr. Hatta

Ini jawapan dari kepimpinan PAS ... Steady dan tak melatah. Serta tak menggunakan undang undang untuk sekat blogger walaupun blogger tersebut membuat kenyataan tanpa bukti ......

Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli enggan mengulas berhubung dakwaan di blog Anti Husam bahawa ahli parlimen Kuala Krai menyelewengkan sumber kewangan parti.

"Saya tidak mahu respons apa-apa. Saya ingat, (tuduhan) itu orang Umno yang tulis blog tersebut.

"Orang yang kita tidak tahu (latar belakangnya), macam mana kita nak respons," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Dalam tulisan pada tarikh 19 Ogos lalu, blog yang dibangunkan bagi menyerang habis-habisan naib presiden Datuk Husam Musa dan "kumpulan Erdogan", termasuk Dr Hatta, menyatakan akan membongkar penyelewangannya jika ada bukti yang cukup.... selanjutnya.
ini blog yang dimaksudkan http://antihusam.blogspot.com/
Bagaikan ada tujuan melaga lagakan kepinpiman PAS. Kalau ada bukti ... buat laporan. Kalau tak der .. tak payah la.

Korang rasa MCMC nak contact owner blog ni untuk bincang soal etika blogger? Chettttt !!!

Jakim ..... Ramlang Porigi atau Avril Lavigne ?

Aku nak sokong Imam Ramlang Porigi atau gi tonton konsert Avril Lavinge?

Sokong, tonton, sokong, tonton,Sokong, tonton, sokong, tonton,Sokong, tonton, sokong, tonton,Sokong, tonton, sokong, tonton,

Sebelum wat keputusan ... aku nak baca dulu keratan berita.....

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi (gambar) boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dengan kempen pilihan raya Permatang Pauh yang berakhir semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata penjawat awam yang terlibat dengan program kempen pilihan raya adalah bercanggah dengan peraturan kerajaan. - MStar
dan ini .....?

http://i3.iofferphoto.com/img/item/247/484/17/o_Avril_Lavigne_Blender_6-07.jpg

Huh ... susah nak buat pilihan niiiiiii !!!!! Kena tanya JAKIM ...

P. PAUH | Kenyataan dari Tengku Razaleigh

Kenyataan Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
26 Ogos, 2008

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Lima bulan lalu UMNO mengalami hakisan dominasi politik terburuk dalam sejarah menerusi Pilihanraya Umum yang menyaksikan kehilangan kuasa di lima buah negeri serta penguasaan dua pertiga kerusi Parlimen, dan kini ia berulang lagi melalui Pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Kekalahan ini begitu dirasai walaupun dengan mengerahkan seluruh kepimpinan dan menggunakan pelbagai sumber yang ada namun parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun kecundang juga akhirnya.

Disebalik pelbagai kempen walaupun hingga ketahap menghina dan memecah-belahkan perpaduan rakyat. ternyata kita tetap kalah Sewajarnya kita menerima hakikat sebenar: kita telah dikuburkan dan bukan kita menguburkan mereka:

  • Kepimpinan Negara masa kini jelas telah ditolak oleh rakyat dan ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi untuk calon Barisan Nasional kurang daripada jumlah keseluruhan ahli UMNO di Permatang Pauh.
  • Dikalangan parti-parti komponen, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaras dan diselia dengan baik.
  • Keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang terhakis selepas pilihanraya umum 8 Mac 2008 kini terhapus dan lebur sama sekali.
Laporan yang dihantar kepada Perdana Menteri selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi BN, tidak mungkin mampu menyembunyikan kehilangan kredibiliti dirinya sebagaimana diperlukan untuk mengurus serta mentadbir Negara, apatah lagi bagi mengemudinya ke arah baru dalam dunia yang serba kompleks. Beliau tidak lagi mempunyai kredibiliti yang diperlukan kearah penyatuan Negara. Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh dibiarkan berterusan: semestinya ia tidak akan berterusan.

Dalam kemelut sebegini, saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO saat menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan ahli akar umbi UMNO sudah melaungkan suara keramat menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan diyakini mampu menyatukan mereka, untuk mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kerajaan serta terus mara dengan wawasan yang jelas.

Hari ini membuktikan arah aliran serta suara kebangkitan rakyat dan ahli UMNO akar umbi tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Marilah kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin bersama kehadiran Disember, kita mampu serta akan berbuat demikian.

Tengku Razaleigh Hamzah

Etika blogger

dipetik dari Malaysiakini berkenaan dengan tindakan menyekat laman web Malaysiatoday

malaysia today website 270808“We are governed by the Communications and Multimedia Act (1998) which allows us to take preventive measures and advise our license holders (such as ISPs) when a service user may be contravening national laws,” he said.

Under Section 263 of the Act, a licensee must “use his best endeavour” to prevent his/her facilities from being used to violate any law in the country.

Mohamed Sharil said that MCMC will be communicating with the Malaysia Today owner Raja Petra Kamaruddin and other blog owners soon regarding “ethical blogging”.

“We are not against blogs, but we would like to see ethical blogging,” he stressed. - Malaysiakini
Aku tunggu bila agaknya etika akhbar dan wartawan nak di praktikkan ...
kalau etika mereka di guna pakai, blogger pun ramai la menganggur nanti.

Terima kasih Saiful dan Mahasiswa UiTM…

 bmbupm | Jutaan terima kasih kepada Saiful dan juga mahasiswa UiTM yang keluar berdemonstrasi. Kerana anda, majoriti undi PKR di Permatang Pauh meningkat 2000 undi. Masa Wan Azizah dulu, masa PRU dulu, majoriti hanya lebih kurang 13 000 majoriti sahaja. Tapi, Anwar Ibrahim berjaya meningkatkan undi majoriti kepada 15000 lebih undi.

Terima kasih banyak-banyak kepada Saiful (budak yang bergelar mahasiswa yang tak malu mengaku diliwat Anwar tu la…) kerana beliau berjaya menambah undi kepada PKR di pilihanraya kecil di Permatang Pauh semalam. Juga terima kasih banyak-banyak kepada mahasiswa UiTM yang telah dijadikan kuda tunggangan UMNO di seluruh UiTM di Malaysia, kerana usaha anda berdemonstrasi dan mencetuskan huru-hara perkauman beberapa minggu lepas, telah memberi peluang kepada Pakatan Rakyat meningkatkan undi di Permatang Pauh semalam.... selanjutnya.

Anwar sudah tersenarai


Hahaha ...sudah tersenarai di dalam laman web Parlimen Malaysia. KLIK imej untuk ke sana.

Malaysia Today blocked ?

Malaysia Today blocked! Order from MCMC
sanooaung
| Controversial online portal Malaysia Today had its access blocked by the country’s largest internet service provider (ISP) TMnet.

Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) chief operating officer Mohamed Sharil Tarmizi confirmed that the block was ordered by the commission.

The domain name - http://www.malaysia-today.net - has been unaccessible to TMnet subscribers since yesterday evening as a result of the blockage - known technically as ‘DNS blackhole list’.

TMnet subscribers however can still access the website by typing in Malaysia Today’s IP address or an alternative web address in their web browsers.

also refer to - 1426

di dalam laman web tersebut di tulis di bahagian atasnya ....

"Malaysia Today is being blocked by TMNet. To access Malaysia Today please go here"
pada sesiapa yang masih ingin melawat laman web Malaysiatoday .... sila gi mirror nya di SINI
atau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/

Siapa membeli dan siapa kena beli?

Ini kata mahathir dalam berita hari ini

``Dia (Anwar) fikir bahawa dia boleh beli mereka (Ahli Parlimen BN), tetapi dia mesti ingat ada orang lain boleh menawarkan harga lebih tinggi,'' katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini. - UM
dan beberapa hari lepas dengan yakinnya Najib berkata,
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Jeffrey Kitingan, kononnya 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah akan melompat untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sudah mendapat pengesahan daripada Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, mengenai dakwaan itu, yang menyatakan tiada Ahli Parlimen Sabah akan berbuat demikian.

"Jeffrey kata 13 Ahli Parlimen Sabah nak lompat, tetapi saya nak bagi tahu tidak ada yang nak lompat. Tidak ada orang Sabah yang lompat," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat Cina di pekarangan tokong di Kampung Sungai Lembu, Penanti di sini, malam kelmarin. - BH
makanya ...... siapa yang berjaya membeli dan siapa yang di beli? Tawaran dari 2 pihak?

....di permatang pauh semalam




Selepas itu pada jam 3.30pm

Malaysia Today has received a phone call from a reliable source that Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has conceded defeat and has left for the airport. Can Malaysia Today's readers please confirm this information or whether this is a Red Herring meant to lull PKR supporters into complacency so that they don't work too hard to get the voters to come out and vote.

Lembaran Baru Untuk Malaysia

menerusi email

azzlie | Setelah pelbagai halangan ditempuhi, segala onak duri telah diredahi, setelah keringat membasahi bumi akhirnya hasil yang dinanti menunggu masa untuk dituai. Bukan seorang dua yang menanti untuk menuai hasilnya tetapi hampir keseluruhan rakyat marhaen menunggunya. Menanti hari yang menjanjikan masa depan yang lebih cerah. Masa depan yang lebih baik untuk bangsa Malaysia. Bukan masa depan perut hanya sesetengah golongan yang berkepentingan untuk kroni-kroni dan keluarga sahaja.

Akhirnya Anwar Ibrahim telah berjaya kembali menjadi seorang MP dengan begitu bergaya. Walaupun dengan pelbagai strategi yang disusun oleh SPR untuk menjadikan pilihanraya ini yang terkotor dalam sejarah namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Biarpun dengan hari pilihanraya yang diadakan pada hari kerja, senarai daftar pemiih yang meragukan, konspirasi-konspirasi yang memualkan dan pelbagai taktik yang dilakukan - ia akhirnya tidak berjaya menghalang penduduk Permatang Pauh untuk membuat pilihan yang bijak.
... selanjutnya.

Wanita UMNO hormat Anwar

Video menarik .... wanita or puteri ... minta maaf dan hormat Anwar Ibrahim

'Ramlang tidak kempen untuk Anwar'

ramlang permatang pauh ceramah 250808 02malaysiakini | Beliau diminta mengulas kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini untuk mengambil tindakan terhadap Ramlang jika didapati berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Ahmad Nizam berkata mereka akan mempertahankan imam Masjid Wilayah Persekutuan itu jika dikenakan tindakan disiplin.

"Jika perlu, kita akan membawa kes ini ke mahkamah," katanya yang mengetuai kumpulan khidmat guaman Ramlang (foto, kanan).

Menurut satu sumber masjid di Jalan Duta itu, Ramlang kini sedang bercuti mulai Isnin. Bagaimanapun tidak diketahui bila beliau akan kembali bertugas, tambah sumber..... selanjutnya.

no2umno - JAKIM ni bodoh ke?

Mukhriz desak Pak Lah letak jawatan

Sempat juga aku menonton berita tengahari tadi di dalam Astro Awani. Channel 501.

Pembaca berita sempat membuat panggilan tembual bersama Mukhriz Mahathir dan di dalam temubual itu, Mukhriz secara terang terangan mendesak Pak Lah letak jawatan. Uhhhh panas. Sebelum tu, dia ulas kemenangan DS Anwar di Permatang Pauh sebagai 'amaran yang ke 2' dari rakyat ....

Ini pula lapuran dari Harakahdaily.

Pesanan untuk Khairy

Sebelah ni gambar di ambil malam tadi kot? macam kenal ....
Ini ucapan Anwar selepas menang ....

... DSAI said the world media were there because they were interested to witness the change:

"This victory is due to the commitment and the support and the conviction of the people, not only the people of Permatang Pauh but of Malaysians in general. We demand change. We want freedom. Freedom from injustice. We demand an independent judiciary. We want to give a real meaning to the spirit of Merdeka. In terms of the economy, we demand a fairer distribution of wealth for the majority. Not for the corrupt few, (not for) families, sons and sons-in-law.
selanjutnya kat Rockybru

KDN Akan Panggil Khairy

tranungkite | ...Rakyat Malaysia mendesak Menteri Dalam Negeri & BPR memanggil Khairy Jamaluddin untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan bahawa semua dokumen yang berkaitan dengan projek yang diluluskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan telah hilang.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai di Kementerian Kewangan bahawa dokumen tersebut hilang semasa kementerian itu berpindah ke Putrajaya.

''Saya telah bertanya dengan pegawai berkenaan dan telah dimaklumkan mengenai perkara yang mengejutkan itu.

Adalah menjadi satu kesalahan , bagi beliau bukan seorang penjawat awam dan yang tidak mempunyai apa – apa kaitan dengan dokumen rasmi kerajaan , tetapi mempunyai akses kepada nya. ... selanjutnya.

Raden - Aku cadangkan Istana Budaya panggil Khairy ... aku dapat tau dia pandai menari. Cak pong .....cak pong !!!

Manusia pegang pada janji

Sebelum bahas menentang Anwar, Shabery cakap besar. Nak letak jawatan kalau kalah. Nasib baik bahas tak guna juri. Kalau ada hakim dan juri, rasanya Shabery sekarang dah kerja di pejabat POS, tadah air liur untuk tampal setem.

Pada musim berkempen yang lepas .. .ada seorang mangkuk lagi yang turut berjanji. Tapi kali ni Khairy berjanji untuk meletakkan jawatannya sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO MAlaysia ..


AKu nak ingat ingat kan korang semua.... ini yang dia cakap,

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertaruhkan jawatannya itu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan persekutuan yang baru sebagaimana dijanjikan 16 September ini. - Mstar
Jangan kita lupa ... boleh jadi modal lepas ni.

Lembu pegang pada tali, Manusia pegang pada janji. Kalau manusia tak tepati janji .. .baik jadi lembu. Kalau Khairy letak jawatan ... bukan Pakatan Rakyat saja yang suka .. malah antara UMNO pun gembira sama.

Kita tungggu........

Yes .... harga minyak turun lagi

UM | Kerajaan mungkin akan menurunkan lagi kadar harga minyak mengikut kadar harga di pasaran dunia bagi meringankan lagi bebanan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Jelaing anak Mersat.

“Kerajaan bercadang untuk meringankan lagi bebanan ini dan mungkin menurunkan harga ataupun mengikut kadar harga minyak setong di pasaran dunia,” katanya menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chong ingin tahu sama ada kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel pada 1 Sept nanti seperti yang dijanjikan walaupun harga bahan api itu telah diturunkan pada 22 Ogos lepas. ...seterusnya.

no2umno - Syabas setelah di maki hamun secukup rasa ... akhirnya minyak akan di turunkan. Husshhhhh .... itu baru angkat sumpah, kalau Anwar jadi PM, letrik pun kena turun jugak.

Jangan tahan BAS



Semalam, YB Gobala telah di belasah di balai polis. Dengar cerita, kesalahannya adalah kerana menahan bas. Dua anaknya turut ditahan dan di belasah. Sedih juga ...sebab tak dengar cerita tentangnya. Ada jugak yang kata, YB dah kuar, tapi anaknya masih di tahan. Sesiapa yang tahu tentang beliau .. .sila beritahu di ruang komen...

Ini cerita semalam dari Tukartiub

Ketika membuat laporan polis tentang bas yang membawa pengundi hantu YB Gobala telah ditahan.
Beliau dan 2 anaknya serta seorang petugas telah dikasari dan dipukul oleh pihak polis.
dan ini keadaan mereka yang di lapurkan oleh matcomot semalam.
dan ini pula berita dari Mpkapar - Gobala had released ... tapi tak cerita dengan terperinci.

Pengajaran dari peristiwa ini.
Jangan tahan bas kalau musim pilihanraya. Kalau tak der kereta, tumpang kawan. Atau beli tiket bas sebelum musim pilihanraya dan naik di stesyen bas sahaja.

Jakim: Ramlang boleh dikena tindakan tatatertib

MStar | ...PETALING JAYA: Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi (gambar) boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dengan kempen pilihan raya Permatang Pauh yang berakhir semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata penjawat awam yang terlibat dengan program kempen pilihan raya adalah bercanggah dengan peraturan kerajaan.

"Bagaimanapun Jakim akan menjalankan siasatan lanjut mengenai penglibatan beliau dalam perkara ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dua hari lalu Ramlang yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul memberi kejutan dengan membuat pengakuan sumpah itu tidak sah.

Ramlang muncul di Masjid Perda di Permatang Pauh yang turut dihadiri Anwar juga mendedahkan bahawa beliau 'dipaksa' menjadi saksi sumpah laknat Mohd Saiful.

Wan Mohamad menjelaskan Jakim akan menggunakan prosedur biasa untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi membantu siasatan.

"Kita juga akan mendapatkan penjelasan terperinci daripada imam berkenaan.... selanjutnya.

no2umno - pelik ....cakap betul pun susah.

Anwar angkat sumpah MP esok

rmalaysiakini | Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pagi ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh, akan mengangkat sumpah esok.

anwar ibrahim pc 120508 03Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi.

Mantan menteri kewangan itu, dipercayai akan terus dilantik sebagai Ketua Pembangkang esok, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Bajet 2009.

Kemunculan bekas timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak, khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini.

Ketua Whip PKR, Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata beliau akan menghantar surat kepada yang dipertua Dewan Rakyat bagi memaklumkan pemilihan Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Surat itu akan diserahkan petang ini," naib presiden PKR itu dipetik berkata di lobi Parlimen hari ini.

Tak mudah



Tak mudah nak menang. Dah menang pun Sidang akhbar Anwar kecoh...
Tak habis habis hasad dengki dan khianat.

Selepas ini Anwar akan di lewatkan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Selepas itu berdepan dengan kes kes yang sedang di bicarakan ...termasuk kes baru yang di kecoh kecohkan.

ACA wants Nalla to explain allegation on RM60 Anwar received from Magnum


Kecuali perancangan lompat parti di buat dengan segera. Tak payah tunggu Anwar di Parlimen. Kalau nak lompat .... lompat sekarang dan kita ubah kerajaan serta merta. Kita tengok siapa yang kena.

Salam Hormat kepada Penyokong PAS

Bermula kelmarin lagi, beberapa buah kereta dari Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam telah berlepas dari kampung mereka menuju ke Permatang Pauh.

Mereka itu semua adalah Ahli Pas yang telah bertekad untuk membantu kempen pilihanraya dan calun mereka adalah DS Anwar Ibrahim. Melalui jalan dalam menembusiTeluk Intan dan menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan untuk menuju ke lokasi Pilihanraya.

Mereka berada di sana selama 2 hari dan mengeluarkan belanja sendiri untuk membantu perjuangan tanpa mengenal penat lelah. Pertembungan DS Anwar dan Arif Shah di lihat sebagai medan yang sama untuk bertempur. Panggilan TG NIk Aziz untuk mereka datang membantu di sahut dengan penuh rela hati.

Wak di hubungi beberapa kali oleh mereka sejak mula kenderaan mereka bergerak meninggalkan kampung halaman untuk memberitahu perkembangan terkini.

Di sana mereka berada di merata rata tempat. Wakil mereka mengawal di semua kawasan dan saling berbalas. SMS setiap 5 minit sekali untuk memberitahu perkembangan.

Tak menang tangan juga melayan dan membalas SMS dari penyokong PKR dan PAS di dalam masa yang sama.

Ahli ahli PAS ini adalah Ahli PAS hardcore yang telah berjuang berpuluh tahun.

Ketika di Ijok dulu, mereka hadir bersama Keadilan mempertahankan pencalunan TS Khalid menentang calun BN, Parthiban.

Di Ijok tak macam Permatang PAuh. Di Ijok, BN lebih samseng dari Permatang Pauh. Masih ingat lagi geng 'kalajengking' memakai baju hitam yang mundar mandir mengawal penyokong BN?

Hampir hampir Tan Sri Khalid tidak dapat memasuki dewan pencalunan kerana di halang oleh mereka. Rujuk SINI. Dan Dr Hatta di belasah oleh samseng BN dan memasuki kampung di sekitar IJOK bukan lah perkara mudah. Ugut tu memang lazim.

Mereka dah masak dengan karenah samseng UMNO di merata lokasi pilihanraya tetapi keadaan di Permatang Pauh semalam jauh berbeza. Tiada kala jengking dan kurang samseng. Yang ada hanya pihak polis yang cuba menghalang mereka di beberapa tempat. Itu pun mereka dah biasa ....

Apa apa pun ... terima kaseh kepada mereka kerana bersama Pakatan Rakyat dan semangat mereka harus di puji dan hormati kerana berjuang tanpa kenal penat lelah dengan calun yang bukan dari parti mereka.

Kemenangan di Permatang Pauh adalah kenangan manis buat mereka dan sebelum pulang ... mereka menghubungi wak dan saling mengucapkan tahniah dan disudahi panggilan mereka dengan laungan TAKBIR...Allahuakbar !!!

Selepas Gerakan, MCA juga mahu keluar dari BN

Siasah |

...Calon Presiden MCA yang disokong oleh kepimpinan parti itu sekarang, Datuk Ong Tee Keat ketika bercakap di Pahang berkata, jika Umno terus dengan slogan ketuanan Melayu dan tidak membuat reformasi, anggota BN yang lain termasuk MCA akan meninggalkan BN.
... selanjutnya.

KENYATAAN MEDIA | Anwar Ibrahim

— KENYATAAN MEDIA —-

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

SPR ngada ngada la pulak

malaysiakini | ...Pertamanya, SPR enggan membenarkan Anwar menggunakan dewan tersebut untuk mengadakan sidang akhbarnya.

Ekoran itu, sidang akhbar tersebut terpaksa diadakan di luar dewan penjumlahan undi itu.

anwar pc permatang pauh 01 260808Sebaik sahaja selesai keputusan diumumkan, Anwar meninggalkan dewan untuk berucap kepada penyokongnya di padang institut tersebut.

Selepas Anwar selesai berucap, pihak media dimaklumkan bahawa penasihat PKR itu akan mengadakan sidang akhbar di dewan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika menunggu di situ, pegawai SPR mengarahkan mereka supaya meninggalkan dewan tersebut.

Percubaan penyelaras media PKR, Ginie Lim berunding dengan pihak SPR untuk membenarkan sidang akhbar diadakan di situ, menemui kegagalan.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive